Birthday friends, Teacher's Day and more...

30.4.09


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hari ni nak citer sket pasal kawan-kawan kuh yang akan atau sedang atau telah menyambut birthday nya. Well, malam ni malam minggu, kite blogging jela, kan? Huuuuu... Nie nak kongsi. Today is Athirah Nadia's birthday. Esok Aliuddin's birthday and luse Halimatul & Aqilah's birthdays. Hehehe. Aliuddin & Halimatul akan dapat hadiah. The others tu... Tak dapatlah coz diorang satu kelas dengan ana. Takkan birthday diorang ana kasi hadiah, yang lain-lain? Tak adillah nanti! Aliuddin & Halimatul tu diorang memang kawan baik ana dari sekolah rendah. InsyaAllah hari Sabtu ni dapat berjumpe dengan Farhana dan guru-guru di SKK. Seronoknye! Rindu betul dekat cikgu-cikgu lame. Hari Guru dah nak dekat.. Ape tah hadiah nak bagi kat cikgu-cikgu yang mengajar ana nanti.

Okey, lupekan Hari Guru kejap. Nanti cite balik. Nak sambung pasal Nadia punye birthday story nie. Tadi semue classmates ana bekerjasame menyiapkan satu kertas yang ditandatangani oleh kami semua. Muslimin pun termasuk jugak. Then, mase rehat sesape yg ade dalam kelas nyanyi lagu happy birthday untuk Nadia. Wah, nak jugak! Hehe. Takpelah, birthday ana dah lame lepas. 14 januari! Sebelum ana masuk SHAMS lagi.. Wuuu... Pastu, Sofiah, Sarah & beberape orang lagi kiss that birthday girl! Nak jugak... Hihihihi. Aku tak kisslah coz... Tak biase kiss-kiss kawan nie. Except for Halimatul, mase standard 3 kami selalu cium2. Cikgu pernah ternampak, beliau senyum je. Hihi... Malu pun ade gak mase tu...

Pastu mase balik tadi, classmates ku sekali lagi membuat kejutan buat Aqilah yg akan menyambut birthdaynye yang ke-13 Sabtu nie. Sabtu x skolah, so ucaplah cepat-cepat. Semua tandatangan kat whiteboard (luckily all the boys were praying at the surau) sekali gus diorang bawak turun beg. Ana dah bagi satu kad buatan tangan kat Aqilah. She's so kind, so tu jelah yang mampu. Hehehe... Hari Sabtu ni, actually berpakat dengan Farhana nak pergi rumah Halimatul. Saje nak lawat die. Pastu, pergi skolah jumpe cikgu memandangkan sekolah kami dulu hanye beberapa meter dari rumah Halimatul. Jalan kaki pun boleh! Hehehe! Farhana cakap ade KELAS DANA, so takkanlah takde cikgu, budak-budak je duk tercegat lam kelas. Dah lain macam tu! Adik Farhana ade lagi yang sekolah kat SKK. Rindunye SKK! Kawan-kawan lame pun rindu. Bile nak jumpe kembali? InsyaAllah akhir tahun nanti sekolah panggil yang dapat 5A untuk mendapat anugerah. Hihihi! Tak sabarnye! Chop! Tapi kite kenalah sabar sebab sabar itu sebahagian daripada iman. =D! Betul tak, kawan-kawan? Herm... Apa lagi nak cakap?

Oh ya! Teacher's Day! Tu pun tak sabar nak tunggu! Nanti nak pergi jumpe cikgu-cikgu, nak cium. Hihihi. I love kissing the teachers because their cheeks are so gebu! Hehehehe. And sebab diorang banyak berjasa kepada ana. *TERHARU*. Pernah hari tu (mase skolah rendah), cikgu ana tukar tempat duduk ana kat lain sebab tak nak ana terpengaruh ngan sorang budak baru yang cakap banyak. Hehehee. Tu pun ana tahu sebab kawan ana cerite. Pastu, baru-baru ni, cikgu Geografi ana tanye ana dengan lembut, "Tak siap agi, Fie?"... Sebab mase tu ana pergi tanye die soalan yang kurang faham & soalan tu sepatutnya sudah disiapkan. Tapi ana tak faham, takkan nak buat jugak! Cikgu tu baik sangat! Huuu... Jasamu dikenang! (ayat power tuh)

Persoalan:
Di sini ana nak kemukakan beberapa soalan.

1. Bolehkah kita menyambut birthday?

2. Is it okay if you want to give something to your non-muhrim?

*note: for those who know something about the above questions, please answer them. (sorry, my English is bad, right?)



********

Wallahualam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Diri ini yang hina..

26.4.09


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Okey. Today, I will kemukakan(in English apa eik? haha) topik berkaitan diri ana dan sahabat-sahabat ana. Ana rasa kita semua mesti ade best friend, kan? Girls with girls, boys with boys. Muslimat dengan muslimat, muslimin dengan muslimin. Tapi, ade jugak sesetengah tu, girls with boys atau muslimin dengan muslimat. Tak salah tapi adat pergaulan MESTI DIJAGA. Ana sendiri pun, kawan baik ana lelaki. (Wah, macam tak percaye je!) Tapi, sekarang tak lagi. But we still contact each other. Alhamdulillah, sejak ana masuk sekolah agama yang hebat ini (SHAMS ye), ana dah sedikit berubah. Berjayela... Tapi nak dibandingkan dengan kakak-kakak & abang-abang memanglah ana ni hanya sekecil kuman. Diorang memang ana tabik 100%! Tambah-tambah Kak Amirah, ketua pengawas tu... Hehehehe... Sukela beliau.. Kalau macam ana duduk sebelah die(kebetulan), rase cam tepi artis gitu(takde maknenye). Erm... Dulu, mase ana di SKK, memang ana teruk! Tapi solat still tak tinggal. Ana memang dididik oleh mak ayah ana supaye sentiasa solat. Alhamdulillah...

Di SKK, ana dengan lelaki-lelaki memang tiada batas pergaulan. Ade la. Kite orang never touch-touch hands la... Tapi kalau TERsentuh, buat derk je. Kite orang selalu duduk rapat-rapat. Astaghfirullah... Tak sanggup ana mengenang waktu tuh. Keje gile namenye! Tapi serapat-rapat ana dengan lelaki, alhamdulillah ana tak pernah bercouple. Mungkin disebabkan kekurangan yang ade pade diri ana(iaitu gemuk). Haha. Alhamdulillah, kekurangan yang ade pade diri ana ni sedikit sebanyak menyedarkan ana tentang kebesaran Pencipta. Syukur! Ana tak pernah sedih ana gemuk. Ana suke gemuk, walaupun kekadang tu telinge ini yang menjadi mangse mendengar gelaran-gelaran yang kurang menyenangkan kepade ana. Ah, tak kisahlah. Ape sangatlah kelebihan diorang yang asyik duk mengutuk orang? Kalau ade tu, gunekanlah dengan sebaik mungkin kelebihan tersebut. Jangan menambah dose dengan mengutuk orang! Berbalik kepade cerite di SKK(lari topik plak hehe), ana bukannye gatal(kot TERENGGANU panggil galok) sangat. Ana suke berkawan dengan lelaki. Rase selese. Diorang baik pun baik. Girls, tak dinafikan yang diorang pun baik. Tapi, ana rase ana lebih selese ngan lelaki disebabkan perempuan-perempuan kurang layan ana. Ana juge lebih selese menyendiri. Tapi kalau bosan sangat, cari jugak kawan-kawan. Biasalah, hidup ini takkan pernah sempurna. Kan, kan?

Kini, ana di SHAMS. Sudah boleh memperbaiki kelemahan diri ini. Segale perkare mungkar, ana cube tinggalkan. Sebaliknye, ana cube menghayati Islam ini dengan lebih mendalam. Alhamdulillah, rase seronok pulak! Tambah-tambah hobi ana yang gemar membace. Buku pilihan ana kini sudah tertumpu kepada NOVEL SEJARAH ISLAM. Cume buku Salahudin Ayubi hasil karya Abdul Latip belum habis dibace(ni kes malas & takde mase). Hahaha. Begitulah, hidup ana sendirian. Abang-abang ana semua jauh di perantauan. Yang tinggal hanya ana dan kakak ana yang berusia 33 tahun serta ibu bapa ana yang masing-masing sudah menjangkau 60 tahun. Moga mereka dipanjangkan umur, Amin.. Kadang-kadang, agak bosan juga di rumah ini. Menyendiri tanpa hala tuju. Kakak ana yang seringkali pulang lewat dari mengajar. Ana pun tiada tempat mengadu. Hanya mengadu kepada teddy bear Pooh yang tak boleh bercakap tu. Hehehehe... Ana tidaklah terlalu manja dengan ibu atau bapa atau kakak atau abang. Kerana itu, ana tidak selesa mengadu kepada mereka. Mungkin dari segi fizikal, kakak-kakak dan abang-abang ana melihat ana ni seorang yang manja denne(bahase teranung ye). Ikut suke hati merekalah nak panggil apa pun. Tapi mereka tak pernah faham yang ana ni keseorangan. Nak buat macam mana, mereka tak nak pernah faham. Tidaklah perlu ana mengeluh dengan keadaan seperti ini. Jika ana sakit, ana tidak pernah mengadu kepada sesiapa. Sudah kerap kali ana sakit gigi dan sakit kepala serta sakit hati(er, masuk jugak ke?) tapi ana tak pernah beritahu orang. Ana suka bersendirian. Kerna itu, masa ana dihabiskan dengan melayari internet, membaca dan sebagainya yang memerlukan kesenyapan(ade ke?).

Pendiam? Adakah antum antuna semua melabelkan ana seorang yang pendiam? Di sekolah, tentunya tidak! Ana memang mulut murai di sekolah(mase SKK tapi di SHAMS kurang). Ana hanya bermulut murai pada waktu-waktu tertentu. Tapi, ana dilabelkan pendiam oleh kakak ana. Ana juga tidak banyak bercakap di khalayak ramai. Khususnya, di rumah orang kenduri, waktu perhimpunan rasmi sekolah, majlis tazkirah dan sebagainya, bilangan perkataan yang terbit dari mulut ini hanya boleh dikira dengan sebelah tangan. Ana memang tidak suka berada di tempat yang ramai orangnya! SESAK, SEMAK! Hehehehe... Alhamdulillah, kerana mulut ana yang kurang berkata-kata ini, kuranglah sikit dosa ana. Tapi, entahlah. Mungkin banyak juga dosa ana disebabkan mulut, tangan, telinga, kaki(bak kate walid, dan diulang-ulang oleh abecik & kakngah; JANGAN MAIN NGE KAKIIIIII...) dan sebagainye... Pernah sahabat ana memberitahu, "Barangsiapa yang merasakan dirinya banyak pahala dan sedikit dosa, maka dia orang yang mempunyai banyak dosa dan sedikit pahala. Hal sebaliknya berlaku apabila seseorang itu merasakan dirinya banyak dosa dan sedikit pahala..." Kata-kata yang amat menusuk akal fikiran itu masih terngiang-ngiang. Sungguh beruntung orang yang mempunyai pahala yang banyak! MasyaAllah!

Kembali kepada topik sahabat. Kini, ana mempunyai tiga sahabat karib. Pertama, semestinya Farhana yang amat ana rindui. Beliau kini di SESMA. Sudah lebih satu bulan kami tidak bertemu. Kali terakhir adalah pada cuti semester bulan 3 lalu. Sejak darjah enam, kami bersahabat baik. Beliau pernah tidur di rumah ana 3 hari 2 malam(ceh, macam pergi bercuti plak) sewaktu rumah ana tiada orang. Beliau menemani ana kerana ibu bapa serta kakak ana pergi menunaikan haji di Mekkah. Ana juga ditemani oleh seorang lagi rakan ana, iaitu Syazwani. Namun begitu, kami tidaklah serapat mana. Kedua, Sofiah. Beliau sungguh baik hati! Amat memahami. Tapi kadang-kadang, kami agak renggang kerana kesulitan yang dialami. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. Haha. Kalau kami gaduh pun, esoknye berbaiklah. Hehehehe... Ketiga, namenye... Sape ye? Lupelah... Wakakakaka!!! Name die Syakirah Afifah. Die memang baiklah. Baik, baik dan baik. Ana je yang kejam dengannye(mwahaha!!!). Tu jelah pasal kawan ana. Maybe next time ana cite agi kot.

Herm... Alhamdulillah, entry kali ni nampaknye lebih bermanfaat. Hehehe. (kes perasan sedang berlaku). InsyaAllah, dengan izin-Nya, dapatlah ana menulis lagi di lain hari.

Wallahualam.

Aku ingin berubah!

25.4.09


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Saat menulis entry ni, aku terfikir2kan zaman kegemilangan Islam waktu dulu... Dulu, Islam paling hebat! Hebat tersangat! Sekarang? Kian runtuh... Nak cite pasal couple, huh... Buat jenuh je. Berjuta2222222 remaje skarang yg bercouple. Yang ana sendiri x boleh percaye, kawan baik ana sendiri yang bercouple. Ana yang tegaskan diri ana jangan bercouple, tapi kawan ana pulak jadi macam tu. Semuenye kawan2 baik ana di sekolah rendah. Astaghfirullahalaziim... Ana x boleh nak percaye yang seorang kawan ana mengaku die bercouple from standard 1... STANDARD 1!!! Bukan form 1! Astaghfirullah... Ana x terkate jadinye. Ya Allah, selamatkanlah aku dan rakan2ku. Bukan setakat couple, hisap rokok, berjudi, minum arak, berzina dan macam2 lagi kemungkaran yg dapat kite lihat sekarang...

Ana lagi tak tahan bile tgk abang2 ana sendiri merokok... Bukan tengok dengan mate, tapi hakikatnye diorang memang merokok. Merokok tu haram. Bukan saje haram, bahaye untuk kesihatan! Diorang ingat mak bapak diorang marah diorang sebab merokok sebab tak sayang die ke???!!! Mestilah sayang, taknak anak mati dulu pade diorang. Yang derhake ngan mak bapak? Lagilah... Malah, cakap 'uh' skalipun dah kire derhake... Ana tak nafikan ana pun macam tu. Tapi same2 lah kite berusehe agar dapat kite jauhi perkare2 mungkar itu. Berzina? Tiap2 hari dengar@bace berite jumpe bayi tepi longkang, dalam longkang, luar longkang, dalam tong sampah, kat bus stand... Nau'zubillah. Tak kesian ke kat baby tu??!! Baby tu tak berdose, kenape pulak baby kene hukum? Huh! Kejamnye! Tu semue kerane zina yang melampau2!

Lihatlah kekurangan diri kita sekarang... Minum arak & berjudi... Perkare biase dah. Sape lagi nak sedarkan diri diorang kalau bukan diri sendiri? Semuenye bergantung pade diri kite sendiri. Kite dapat tengok, semakin ramai yang murtad. Apa nak jadi? Tak sayangkan Islam ke? Astaghfirullah... Fitnah pun dah menjadi2 sekarang nie... Perkare biase! PERKARA BIASA!!! Tak boleh ke kite ubah sikit diri kite nie? Tu, umat Islam di Palestin sedang sengsara, mane sumbangan kite? Memanglah sesetengah ade yg beri... Tapi kenape kite yang buat kemungkaran, umat Islam di Palestin yang terpakse menanggung akibatnye? Sedarlah wahai saudara seIslamku... Allah masih sayangkan kita semua... Bersyukurlah... Ana tengok video kanak2 di Palestin yang kene bunuh tu, mengucap panjang ana. Hampir menitiskan air mate, tapi ditahan. SEDARLAH SEKALIAN SAUDARA SEISLAMKU!

Ana dah sematkan di hati, ana akan berubah mulai saat ni. InsyaAllah... Dengan izinNya jua. Tekad ana ini bermula setelah membaca buku Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Betapa rindunya aku kepada Rasulullah s.a.w. serta sahabat2nya... Ya Allah, tempatkanlah aku bersama-sama rasul2mu di syurga kelak. Akanku jadikan Nik Nur Madihah sebagai mentorku. Setelah membeli buku Catatan Hati Nik Nur Madihah, aku sudah berazam ingin berubah. Ya Allah, bantulah aku berjuang di jalan-Mu... Bersama-samalah kita memperjuangkan Islam... Berubahlah demi ISLAM! ALLAHU AKBAR!!! Sampai di sini sahaja seloka hati, mungkin bertemu di lain hari... Segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang buruk datangnya dari diri yang hina ini. Hakikatnya, kedua2nya dari-Nya...

Wallahualam.

My classmates!

Assalamualaikum warahhmatullahi wabarakaatuh.



Malam ni I think nak story skit pasal classmateku...




First day, aku masuk kelas aku duduk menyendiri. Well, tak ade kawan. Tapi, semue muslimat kelas tu tegur aku dengan ramahnye. Rase cam yang berhormat plak. Hik2. Tapi cam tulah, mesti ade yang rapat & mesti ade yang tak. Muslimin? I think okay la kowt. Nie mau story...






Ainul= She's okay la... Rapatlah jugak dgn die... Baik, bijak... Dapat no 4... Kire okeylah pade aku yang dapat no 11 ni. Selalu mintak pertolongan dari aku. (cewah, nak bangge2 pulak!) Pasal Maths jela... Entahlah, aku kalau belajar memang mudah pandai, tapi kalau dalam exam... Adussss...




Aina= Yang ni second intake same cam aku. Mule2 tu kami xpernah cakap pun. Then, lame2 mulelah friendship antara kami... Die baik and pendiam. Suke pinjam kamusku...Hihihii...




Nadia= Die nie... Erm... Bolehla buat teman dikala nak beritau sumthing. Tapi kalau yang soal hati, aku kurang yakin... Hahaha.




Fifiey= Akulah, sape agi!!!




Shana= Yang ni... Rapat jugakla... Kadang-kadang cz dalam kelas tu, kite 2 orang paling tinggi. Mase perhimpunan sekolah, biasa yang tinggi duk belakang. Duk ngan die ler...




Hakimah= Penolong kelas. Die ni baik. Kalau buat salah dgn orang, aduh!!! X henti2 perkataan maaf dari mulutnye... Tabik betul die nie.




Raihanah= Budak ni periang betul. Tak rajin sedih. Rapat jugak dengan die.. Kecik je orangnye.. Boleh wat jadi adik!!! Hihihihi...




Alya= Dulu tak rapat sgt ngan die, tapi skarang okey... Aku ni mak lawak, so die sukela dgr aku melawak... Huuu... Siannye aku... Aku jadi tukang buat lawak je... Xboleh gelak... Hehehe...




Qilah= Budak nie okey.. Baik and ramah. Periang. Kawan baik Aina. Die nie rapat jugak dgn aku...




Linda= Haa... Nie aku gelar die LINDAN! Yang maen badminton tu... Kite orang rapat gak la... Die suke gelak kalau aku cakap ngarut skit... Ngehehehe... Bukan Fifiey namenye kalu x buat lawak... Ahaks...




Hasyimah= Ni Syimah. Baik sangat!!!!! I love her! Tapi die bukan best friend ku... Die hanye tahu rahsieku!!! MWAHAHAHAHA!!!! (jgn tanye ye ape rahsienye)




Atikah= Ni die best friend Syimah n Sabrina. Diorang tiga orang memang asyik melekat je. Eii... Aku makin rapat ngan die cz kami bertugas hari yg same... Die ditugaskan buang sampah... Eww... Aku jadi sukarela utk tolong die... PEACE!




Dina= Aaa... Budak ni okey! Cme die ni gediksss sket... Sket je, xbanyak. Rapat jugak arr.... Die ni garang! Duk asrama la katakan... Suare die, alahai... Halusnye... Quote die, "Tolong ahh..." Hihihi...




Ain= YES! Ni kawan baik aku di ranking yang ke... Jap, nak kire... 1,2,3,4,5... Hah! 6! Hahaha... Die ni baik, tp die suke angkat tudung. Dan suke ckp kuat n gelak kuat2...



Sabrina= Erm... Okeyla die nie... Die third intake, same ngan Syimah n Tika. Mule2 masuk igtkan die ni gedikss, cz ckp luar... Tapi die okey... Kami semakin rapat. (Aritu die urut belakang aku...Lega...) Haha!




Atiqah= Yang nie... Aku tak rapat ngan die... Kalau cakap pun, jarang2... Die ni pendiam sangat!!!




Sofiah= Ni kawan baik aku... Die baik, bijak... Tapi kekadang tu, die suke tak puas hati ngan aku tak tentu pasal... Aku kekadang bengang gak... Tapi sabar jela...




Sarah= Ha!!! Ni budak paling bijak lam kelas... Hehehehe... Tabik ah ngan die... Tapi kite orang x rapat... Entah, die ni cam... Ahh... Xtau! Xnak cakap banyak... Hehehe...




Athirah= K... Yang ni aku rapat gak cz die PUTERI ISLAM same cam aku... Heppiii... Die ni baik... Sukela die...



Tu jela kot pasal diorang. Muslimin laen kali cite. Or takkan cite langsung. Tak kuase aku. Erm... Ape lagi eik nak beritau? Esok2 lah yerk! Dah pukul 1.30 pagi ni, tahu! Mateku terpakse ditahan... Tidur dulu...


Wallahualam.

Diriku yang baru...

24.4.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Erm... Alhamdulillah, hari ini dengan berkat-Nya dapat aku menyiapkan blog aku yang terbaru ini. Mungkin agak simple tetapi memadai. Bukannye ape, boring jugak kalau asyik layouts yg cool je. Dan kali ni, aku akan luahkan perasaan di blog ini! Tetapi yg feeling2 tu rasanye tak... Bahaye sebab blog ni terbuka. So, kepade pengunjung yang baru jenguk blog ni, selamat menjenguk! Sudi2lah jadi follower ye(for those out there who had Google accounts). K?

Hari ni, 24 April 2009. Sedar tak sedar, dah lama 2008 meninggalkan kita. Pasti banyak pengalaman manis sepanjang 2008, kan? Yalah, aku pun macam tu. Tahun 2008 tahun terakhir aku dengan kawan2 di sekolah rendah. Memanglah sedih tinggalkan mereka, tapi setiap pertemuan mesti ada perpisahan. Tak gitu? Hehe. Tahun ni, aku melangkahkan kaki ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek(SHAMS). Sekolah ni tersergam indah di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Budiman(cewah, promote jugak!). Actually, aku pergi SMK Padang Midin. Then, dapat tawaran ke SHAMS. Sempat 2 weeks in SMKPM. Okeylah. Gugup jugak first time melangkahkan kaki ke SMK nih! Bile masuk SHAMS, takutlah jugak coz tu SMK(A) kan... Tapi, first day tu... Ramai betul yang tegur aku. Kenalan aku pun ramai jugak kat situ. Sofiah(my best friend), Wannur(SK sama dengan dia), Suraya(SK sama), Syakirah(my best friend), dan ramai lagilah. Takkan nak sebut satu-satu... Heks3... Lepas tu, kira okeylah. Aku bahagia di SHAMS sampai sekarang. SHAMS PEWARIS PENDIDIKAN TERBILANG... =D

Aku dah lepas ujian TOV bulan Mac lalu. Alhamdulillah, result tu 'okey' lah. Cukup2 makan. 5A3B1D... Sepanjang aku hidup, tak pernah lagi dapat D. Astaghfirullah. Ni memang kes tak membaca! Hihihi... Sejarahlah yang dapat D tu. Huh... Yang B, BM, Maths n Agama Islam. Yang A, B. Arab, English, Science, KH and Geografi. Tempat dalam kelas, nombor 11. Believe it or not? Tak dapat top 10 pun. Dalam tingkatan, nombornye 61. Walid cakap okeylah untuk permulaan. (Yay, tak kene marah!) Hehe.

***********************habis bab sekolah***********************

Hari ni, hari Jumaat. Memanglah, takkan hari Selasa kot. Kui3. Hidungku berdarah. OH! Tak boleh kutengok darah sendiri. Darah orang lain pun tak boleh tengok. Heeeee~~~ Okeylah. Sampai sini saje ye. Den maleih nak tulis banyak2. Baco yo...

Wassalam~