Birthday friends, Teacher's Day and more...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hari ni nak citer sket pasal kawan-kawan kuh yang akan atau sedang atau telah menyambut birthday nya. Well, malam ni malam minggu, kite blogging jela, kan? Huuuuu... Nie nak kongsi. Today is Athirah Nadia's birthday. Esok Aliuddin's birthday and luse Halimatul & Aqilah's birthdays. Hehehe. Aliuddin & Halimatul akan dapat hadiah. The others tu... Tak dapatlah coz diorang satu kelas dengan ana. Takkan birthday diorang ana kasi hadiah, yang lain-lain? Tak adillah nanti! Aliuddin & Halimatul tu diorang memang kawan baik ana dari sekolah rendah. InsyaAllah hari Sabtu ni dapat berjumpe dengan Farhana dan guru-guru di SKK. Seronoknye! Rindu betul dekat cikgu-cikgu lame. Hari Guru dah nak dekat.. Ape tah hadiah nak bagi kat cikgu-cikgu yang mengajar ana nanti.

Okey, lupekan Hari Guru kejap. Nanti cite balik. Nak sambung pasal Nadia punye birthday story nie. Tadi semue classmates ana bekerjasame menyiapkan satu kertas yang ditandatangani oleh kami semua. Muslimin pun termasuk jugak. Then, mase rehat sesape yg ade dalam kelas nyanyi lagu happy birthday untuk Nadia. Wah, nak jugak! Hehe. Takpelah, birthday ana dah lame lepas. 14 januari! Sebelum ana masuk SHAMS lagi.. Wuuu... Pastu, Sofiah, Sarah & beberape orang lagi kiss that birthday girl! Nak jugak... Hihihihi. Aku tak kisslah coz... Tak biase kiss-kiss kawan nie. Except for Halimatul, mase standard 3 kami selalu cium2. Cikgu pernah ternampak, beliau senyum je. Hihi... Malu pun ade gak mase tu...

Pastu mase balik tadi, classmates ku sekali lagi membuat kejutan buat Aqilah yg akan menyambut birthdaynye yang ke-13 Sabtu nie. Sabtu x skolah, so ucaplah cepat-cepat. Semua tandatangan kat whiteboard (luckily all the boys were praying at the surau) sekali gus diorang bawak turun beg. Ana dah bagi satu kad buatan tangan kat Aqilah. She's so kind, so tu jelah yang mampu. Hehehe... Hari Sabtu ni, actually berpakat dengan Farhana nak pergi rumah Halimatul. Saje nak lawat die. Pastu, pergi skolah jumpe cikgu memandangkan sekolah kami dulu hanye beberapa meter dari rumah Halimatul. Jalan kaki pun boleh! Hehehe! Farhana cakap ade KELAS DANA, so takkanlah takde cikgu, budak-budak je duk tercegat lam kelas. Dah lain macam tu! Adik Farhana ade lagi yang sekolah kat SKK. Rindunye SKK! Kawan-kawan lame pun rindu. Bile nak jumpe kembali? InsyaAllah akhir tahun nanti sekolah panggil yang dapat 5A untuk mendapat anugerah. Hihihi! Tak sabarnye! Chop! Tapi kite kenalah sabar sebab sabar itu sebahagian daripada iman. =D! Betul tak, kawan-kawan? Herm... Apa lagi nak cakap?

Oh ya! Teacher's Day! Tu pun tak sabar nak tunggu! Nanti nak pergi jumpe cikgu-cikgu, nak cium. Hihihi. I love kissing the teachers because their cheeks are so gebu! Hehehehe. And sebab diorang banyak berjasa kepada ana. *TERHARU*. Pernah hari tu (mase skolah rendah), cikgu ana tukar tempat duduk ana kat lain sebab tak nak ana terpengaruh ngan sorang budak baru yang cakap banyak. Hehehee. Tu pun ana tahu sebab kawan ana cerite. Pastu, baru-baru ni, cikgu Geografi ana tanye ana dengan lembut, "Tak siap agi, Fie?"... Sebab mase tu ana pergi tanye die soalan yang kurang faham & soalan tu sepatutnya sudah disiapkan. Tapi ana tak faham, takkan nak buat jugak! Cikgu tu baik sangat! Huuu... Jasamu dikenang! (ayat power tuh)

Persoalan:
Di sini ana nak kemukakan beberapa soalan.

1. Bolehkah kita menyambut birthday?

2. Is it okay if you want to give something to your non-muhrim?

*note: for those who know something about the above questions, please answer them. (sorry, my English is bad, right?)



********

Wallahualam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers