Diri ini yang hina..

26.4.09


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Okey. Today, I will kemukakan(in English apa eik? haha) topik berkaitan diri ana dan sahabat-sahabat ana. Ana rasa kita semua mesti ade best friend, kan? Girls with girls, boys with boys. Muslimat dengan muslimat, muslimin dengan muslimin. Tapi, ade jugak sesetengah tu, girls with boys atau muslimin dengan muslimat. Tak salah tapi adat pergaulan MESTI DIJAGA. Ana sendiri pun, kawan baik ana lelaki. (Wah, macam tak percaye je!) Tapi, sekarang tak lagi. But we still contact each other. Alhamdulillah, sejak ana masuk sekolah agama yang hebat ini (SHAMS ye), ana dah sedikit berubah. Berjayela... Tapi nak dibandingkan dengan kakak-kakak & abang-abang memanglah ana ni hanya sekecil kuman. Diorang memang ana tabik 100%! Tambah-tambah Kak Amirah, ketua pengawas tu... Hehehehe... Sukela beliau.. Kalau macam ana duduk sebelah die(kebetulan), rase cam tepi artis gitu(takde maknenye). Erm... Dulu, mase ana di SKK, memang ana teruk! Tapi solat still tak tinggal. Ana memang dididik oleh mak ayah ana supaye sentiasa solat. Alhamdulillah...

Di SKK, ana dengan lelaki-lelaki memang tiada batas pergaulan. Ade la. Kite orang never touch-touch hands la... Tapi kalau TERsentuh, buat derk je. Kite orang selalu duduk rapat-rapat. Astaghfirullah... Tak sanggup ana mengenang waktu tuh. Keje gile namenye! Tapi serapat-rapat ana dengan lelaki, alhamdulillah ana tak pernah bercouple. Mungkin disebabkan kekurangan yang ade pade diri ana(iaitu gemuk). Haha. Alhamdulillah, kekurangan yang ade pade diri ana ni sedikit sebanyak menyedarkan ana tentang kebesaran Pencipta. Syukur! Ana tak pernah sedih ana gemuk. Ana suke gemuk, walaupun kekadang tu telinge ini yang menjadi mangse mendengar gelaran-gelaran yang kurang menyenangkan kepade ana. Ah, tak kisahlah. Ape sangatlah kelebihan diorang yang asyik duk mengutuk orang? Kalau ade tu, gunekanlah dengan sebaik mungkin kelebihan tersebut. Jangan menambah dose dengan mengutuk orang! Berbalik kepade cerite di SKK(lari topik plak hehe), ana bukannye gatal(kot TERENGGANU panggil galok) sangat. Ana suke berkawan dengan lelaki. Rase selese. Diorang baik pun baik. Girls, tak dinafikan yang diorang pun baik. Tapi, ana rase ana lebih selese ngan lelaki disebabkan perempuan-perempuan kurang layan ana. Ana juge lebih selese menyendiri. Tapi kalau bosan sangat, cari jugak kawan-kawan. Biasalah, hidup ini takkan pernah sempurna. Kan, kan?

Kini, ana di SHAMS. Sudah boleh memperbaiki kelemahan diri ini. Segale perkare mungkar, ana cube tinggalkan. Sebaliknye, ana cube menghayati Islam ini dengan lebih mendalam. Alhamdulillah, rase seronok pulak! Tambah-tambah hobi ana yang gemar membace. Buku pilihan ana kini sudah tertumpu kepada NOVEL SEJARAH ISLAM. Cume buku Salahudin Ayubi hasil karya Abdul Latip belum habis dibace(ni kes malas & takde mase). Hahaha. Begitulah, hidup ana sendirian. Abang-abang ana semua jauh di perantauan. Yang tinggal hanya ana dan kakak ana yang berusia 33 tahun serta ibu bapa ana yang masing-masing sudah menjangkau 60 tahun. Moga mereka dipanjangkan umur, Amin.. Kadang-kadang, agak bosan juga di rumah ini. Menyendiri tanpa hala tuju. Kakak ana yang seringkali pulang lewat dari mengajar. Ana pun tiada tempat mengadu. Hanya mengadu kepada teddy bear Pooh yang tak boleh bercakap tu. Hehehehe... Ana tidaklah terlalu manja dengan ibu atau bapa atau kakak atau abang. Kerana itu, ana tidak selesa mengadu kepada mereka. Mungkin dari segi fizikal, kakak-kakak dan abang-abang ana melihat ana ni seorang yang manja denne(bahase teranung ye). Ikut suke hati merekalah nak panggil apa pun. Tapi mereka tak pernah faham yang ana ni keseorangan. Nak buat macam mana, mereka tak nak pernah faham. Tidaklah perlu ana mengeluh dengan keadaan seperti ini. Jika ana sakit, ana tidak pernah mengadu kepada sesiapa. Sudah kerap kali ana sakit gigi dan sakit kepala serta sakit hati(er, masuk jugak ke?) tapi ana tak pernah beritahu orang. Ana suka bersendirian. Kerna itu, masa ana dihabiskan dengan melayari internet, membaca dan sebagainya yang memerlukan kesenyapan(ade ke?).

Pendiam? Adakah antum antuna semua melabelkan ana seorang yang pendiam? Di sekolah, tentunya tidak! Ana memang mulut murai di sekolah(mase SKK tapi di SHAMS kurang). Ana hanya bermulut murai pada waktu-waktu tertentu. Tapi, ana dilabelkan pendiam oleh kakak ana. Ana juga tidak banyak bercakap di khalayak ramai. Khususnya, di rumah orang kenduri, waktu perhimpunan rasmi sekolah, majlis tazkirah dan sebagainya, bilangan perkataan yang terbit dari mulut ini hanya boleh dikira dengan sebelah tangan. Ana memang tidak suka berada di tempat yang ramai orangnya! SESAK, SEMAK! Hehehehe... Alhamdulillah, kerana mulut ana yang kurang berkata-kata ini, kuranglah sikit dosa ana. Tapi, entahlah. Mungkin banyak juga dosa ana disebabkan mulut, tangan, telinga, kaki(bak kate walid, dan diulang-ulang oleh abecik & kakngah; JANGAN MAIN NGE KAKIIIIII...) dan sebagainye... Pernah sahabat ana memberitahu, "Barangsiapa yang merasakan dirinya banyak pahala dan sedikit dosa, maka dia orang yang mempunyai banyak dosa dan sedikit pahala. Hal sebaliknya berlaku apabila seseorang itu merasakan dirinya banyak dosa dan sedikit pahala..." Kata-kata yang amat menusuk akal fikiran itu masih terngiang-ngiang. Sungguh beruntung orang yang mempunyai pahala yang banyak! MasyaAllah!

Kembali kepada topik sahabat. Kini, ana mempunyai tiga sahabat karib. Pertama, semestinya Farhana yang amat ana rindui. Beliau kini di SESMA. Sudah lebih satu bulan kami tidak bertemu. Kali terakhir adalah pada cuti semester bulan 3 lalu. Sejak darjah enam, kami bersahabat baik. Beliau pernah tidur di rumah ana 3 hari 2 malam(ceh, macam pergi bercuti plak) sewaktu rumah ana tiada orang. Beliau menemani ana kerana ibu bapa serta kakak ana pergi menunaikan haji di Mekkah. Ana juga ditemani oleh seorang lagi rakan ana, iaitu Syazwani. Namun begitu, kami tidaklah serapat mana. Kedua, Sofiah. Beliau sungguh baik hati! Amat memahami. Tapi kadang-kadang, kami agak renggang kerana kesulitan yang dialami. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. Haha. Kalau kami gaduh pun, esoknye berbaiklah. Hehehehe... Ketiga, namenye... Sape ye? Lupelah... Wakakakaka!!! Name die Syakirah Afifah. Die memang baiklah. Baik, baik dan baik. Ana je yang kejam dengannye(mwahaha!!!). Tu jelah pasal kawan ana. Maybe next time ana cite agi kot.

Herm... Alhamdulillah, entry kali ni nampaknye lebih bermanfaat. Hehehe. (kes perasan sedang berlaku). InsyaAllah, dengan izin-Nya, dapatlah ana menulis lagi di lain hari.

Wallahualam.

Post a Comment