Hubungan sesama saudara..

1.5.09


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Topik hari ni, 'adik-beradik'. Sekali ana tengok cerita Merah Puteh (TV3), ada satu nilai murni yang dapat diambil. Hubungan mereka sebagai adik-beradik tiri. Walaupun adik-beradik tiri je, diorang tetap rapat. Sekarang ni, musim diorang gaduh. Tapi ana tengok diorang macam merindui saat-saat dulu semasa rapat dulu. Kalau kita tengok, Puteh sanggup menipu diri sendiri dan Merah semata-mata nak tak nak kecewakan Merah. Merah pulak? Lepas die tumbuk Puteh, menyesal tak sudah. Diorang gaduh semata-mata Anggun. Walhal Merah boleh memilih Iman. Tapi apa-apa hal ana memang tabik dengan Merah sebab kalau cerita BAWANG MERAH BAWANG PUTEH, memang MERAH yang jahat. Tapi cerite nie, Merah baik. Tak kiralah die tumbuk Puteh, tapi die menyesali kesilapannya itu. Cume mak si Merah tu yang melampau. Gune bomoh segale. Hish! And I like this kind of story yang melambangkan hubungan adik-beradik yang erat. Tapi, bab-bab gaduh tu, perkare biase dah. SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT...

Di sini, ana nak kongsikan satu cerita kepada semua. Semoga dapat diambil sebagai pengajaran. Cerite ni mengisahkan seorang adik dan seorang kakak. Mereka hidup susah. Ayah mereka sudah meninggal dunie disebabkan penyakit leukimia. Mase kecik, si kakak masuk tadika. Kalau balik, mesti bagi gule-gule kat si adik. Lepas tu, bercerite ape yang diceritekan cikgu kepade adiknye. Bile dah besar, si adik mula benci dengan si kakak sebab die ingat semue orang dah tak kisahkan dirinye, hanya pedulikan kakak. Suatu hari, si kakak membeli sepasang baju kurung untuk si adik. Tanpa pengetahuan si kakak, si adik membakar baju tersebut. Bile si kakak dapat tahu, die hanya bersabar. Tidak lama kemudian, si kakak mengikut jejak ayah mereka kerana menghidap penyakit leukimia. Si adik pula terbaca diari arwah kakaknya. Barulah die sedar yang baju yang dihadiahkan kakaknya itu adalah bagi menggantikan baju sekolahnya yang buruk dan tidak ditukar kerana keluarga mereka terpaksa membeli baju pengawas untuk si kakak. Si adik menangis menyesali sikapnye terhadap kakak. Namun, NASI SUDAH MENJADI BUBUR. So, kesimpulannye, janganlah mendendami kakak atau abang kite. Mereka kan darah daging kite? Tak kirelah diorang buat ape pun. "Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahmi" (al-Bukhari)

Ana sendiri pernah bergaduh dengan adik-beradik ana. Tapi berbaik kembali. Bak kate pepatah, air dicincang tidak akan putus. Try la cincang air! Sape yang berjaye putuskan air tu, ubahlah pepatah tu (berani? cubalah!). Erm... So, kepade adik-beradik, sepupu-sepapa dan semua, ana ingin meminta maaf jikalau ada tersalah kata, terkasar bahasa, tersalah lempang, terterajang dan sebagainye. Salam dihulur maaf dipinta(macam ayat nak dekat raye je). Kepada kawan-kawan pun, minta maaf. Terutama Sofiah and Syakirah. Hehehehe... Da (Sofiah)... Syah(Syakirah)... Hahahahahahahaha!! Aduh-aduh. Rileks, rileks. Ainul pun(bukan die boleh bace pun! huh!). And all-lah! *SENYUM YA! ESOK NAK PERGI SEKOLAH KEBANGSAAN KEPONG*

Wallahualam.

Post a Comment