Sambutan Hari Guru!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wah-wah-wah! Walaupun Hari Guru telah 2 hari berlalu, sambutannya masih okey! Hadiah ana kepada guru-guru untuk tahun ni ialah... PAPERWEIGHT! Agak simple, tapi rasanya kalau yang lebih-lebih-lebih dari simple pun takkan dapat balas jasa guru... Am I right? So, for today, ana nak cerite pasal sambutan Hari Guru di sekolah kebanggaan ana, SMK(A) Sheikh Abdul Malek...

Pagi itu, ana ke sekolah seperti biasa, membawa beg galas ana walaupun rata-rata pelajar membawa beg kecil. Hadiah tidaklah seberat mana! PEACE! Ana menaiki tangga menuju ke kelas 1 Ibnu Arabi tercinta. So, the first thing to do is... Bacaan Asmaul Husna as usual. Then, pelajar-pelajar diminta berada di dalam kelas sahaja. Then, there was one boy yang jadi macam DJ gitula... Sesiapa yang hendak memberikan ucapan, diminta tulis atas kertas dan serahkan kepada bilik dibuat pengumuman. So, our class was lucky because we sent the greetings earlier! Ada yang tak sempat dibaca for your information. Like I said, that boy memang macam DJ di radio-radio. Membaca ucapan and dendangkan lagu-lagu dari CD. Macam-macam lagu didengarkan such as lagu Hijjaz, Rabbani & Raihan. Cikgu-cikgu perempuan diminta ke padang tertutup manakala cikgu lelaki ke padang biasa. Untuk main sukaneka dan permainan! Girls pergi tengok cikgu perempuan, while boys tengok cikgu lelakilah! Masa yang senggang itu diisi dengan memberi hadiah kepada cikgu-cikgu. Fun! Then, near 11 a.m., pelajar form 1 & 2 diminta berbaris untuk mengiringi cikgu-cikgu yang akan berarak. Panas terik tu! Tapi takpe, baru panas di dunia... Kemudian, masuk ke dewan.

Bile masuk tu, ada seorang pelajar lelaki sedang pegang panah. Mungkin dialah orang yang dapat masuk Pertandingan Memanah Peringkat Kebangsaan tu! Syabas! Tempat dilepaskan anak panah itu (tak tau panggil pe), diletakkan belon-belon. Then, die shootlah. Tepat kene tengah-tengah! Bravo! Bravo! Then, tirai ditutup. Bukak balik lepas tu. Hehehe. Tibe-tibe jatuh satu kain rentang bertulis, "SELAMAT HARI GURU 2009". Hebat! Setelah itu, majlis diberkati lagi oleh bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh saudara ?????. Tak tahu nama dia apa. Hehehe. Kemudian, acara diserikan dengan pelajar-pelajar aspura form 1 memegang satu huruf setiap seorang, S-E-L-A-M-A-T-H-A-R-I-G-U-R-U. Good job! Then, Presiden MPP(majlis perwakilan pelajar) memberikan ucapan kepada semua guru sempena Hari Guru. Lepas tu... Perutusan dari Menteri ke ape tah (hehehe) tak tahu lah nak panggil ape. Dibace oleh Pengetua dan 2 orang Penolong Kanan. Acara dimeriahkan lagi dengan nyanyian lagu Guru Kebangsaan oleh guru-guru diketuai oleh cikgu kebanggaanku (hehehe), Cikgu Man. Setelah itu, dua orang pelajar mempersembahkan persembahan mereka dengan membaca sajak. 2 bahasa. Bahasa Arab & Bahasa Melayu. Kemudian, beberapa orang pelajar mempertontonkan lakonan mereka di atas pentas. Yang ni memang kelakar habis!!! Aduhh... M-U-S-A-N-G, muse... Hehehe...

Cikgu-cikgu pun tidak ketinggalan membuat persembahan. Ustaz Yahya dengan ghazalnya manakala Cikgu Zurifah dengan sajaknya. Memang best! Terhibur ana yang duduk di barisan paling belakang (wuuu...)! Seterusnya... Nasyid oleh beberapa orang pelajar... Campur abis form 2, form 3, form 4, form 5... Form 6 atas pun ade... Solo lagi... Kih-kih-kih... Best jugakla diorang nyanyi... Sebelum nasyid tu, ade pulak pelajar yang buat suspend pergi bagitahu acara nasyid terpakse dibatalkan kerana kesuntukan mase... (Nasib baiklah ana ni penyabar, huhu) Ade je nasyid yang dimaksudkan tu... Diorang nyanyi 2 buah lagu... Tajuk die? Lupe la plak! Kemudian, acara yang paling ditunggu-tunggu! Anugerah untuk para guru melalui undian kesemua pelajar. Terer wow diorang buat, macam ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN!!! Siap ada lagi screen untuk tunjuk, 'calon-calonnya ialah...' pastu ada gambar cikgu-cikgu yang tercalon! Memang gempak habes! Lepas tu, pengacara majlis menjemput beberapa orang pelajar yang 'agak' tersohor di sekolah untuk mengumumkan pemenangnya! Kesemua ada 14 anugerah... Jemput 2 orang untuk 2 anugerah... All boyslah! Girls mana boleh pergi depan! Suara tu aurattt!!! Pelajar jemputan yang terakhir tu kelakar... Perkataan popular berasal dari perkataan POP? Jadi, cikgu yang pandai nyanyi POP je patut menang! -_-"! Satu dewan gelak... Haha, kelakarlah sangat. Hehehehe. Herm...

Lepas tu, ana terpaksa balik memandangkan walid ana sudah menunggu! (Kepala ana pun tengah berdenyut ketika itu!) Oh, ya! Cabutan bertuah dan hadiah untuk para guru yang menang sukaneka dan permainan pun ada! Cuma tak nak cerite je... Hehehehe... So, gempak tak? I think kalau setakat baca memang tak rasa ke'gempak'annya! Antum antuna semua kena betul-betul feel dengan menghadirkan diri! Tapi, dah lepas... Yang berlalu biarkan berlalu... Tahun depan InsyaAllah...

I think that's all... Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers