Posts

Showing posts from June, 2009

Percayakan Siti - Exists

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hari ni aku nak letak lagu kegemaran aku yang 'lama'. Kalau boleh simpan lagu ni, aku rasa dah berhabuk... Enjoy!



Wassalam.

Result OTI 1 1 Ibnu Arabi

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hari ini aku nak letak result OTI 1 kelas aku, 1A7 @ 1 Ibnu Arabi. Klik gambar di bawah untuk tengok dengan jelas. T_T

Yang di'highlight'kan warne pink ialah:~
a) Amir - budak paling bijak dalam kelas [tengok markah diee!!!]
b) Aku - budak terakhir yang dapat 8A1B dalam kelas [oh...markahku jauh lebih teruk dari Amir]
c) Sabrina - kawan baik aku, bijak tahap gaban, dapat nombor 3... [budak ni 3rd intake taw!]
d) Sofiah - kawan baik gak, bijak jugakla... next exam die akan usehe lebih lagi! [don't give up!]

Hehehehe... Tu jerlah. PEACE KOQ~! Puaskan mata anda dengan merenung result ini. He3.

Wassalam.

Ke SK Kepong...!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hari ni kan... Aku ke SK Kepong untuk ambil Anugerah Kecemerlangan UPSR 2008. Aku datang paling awal. Hahahaha. Semangat lebih sangat... Wuwuwuwu... Lepas tu, tunggu la kawan-kawan yang dapat 5A datang. Aku borak dengan dak-dak pompuan jer. Izyan, Nafis & Aisamuddin tak datang. Hmmm.... Aku wakil Izyan, Adin wakil Nafis... Aisamuddin, mak die sekolah situ, so mak die la wakil dia. Ahax. Tak berani aku cakap dengan budak-budak laki termasuklah Adin. Aku talk-talk ngan Mirul je kejap. Tapi aku tak tengok muke dielah. Hijab, hijab. Wuwuwu... Tak boleh la bebas cam dulu. Sekarang, aku dididik di sekolah agama, so mesti tunjukkan teladan yang baik. Hee~

Aku tanye la kawan-kawan aku tuh dapat berape A... Semuenye 4A ke bawah. Aku terkejut gak Farhana pun dapat 2A je... Tapi nak buat camane, dah takdir diorang macam tu. Aku tak beritahulah yang aku punyer takut diorang cakap aku riak plak. Tapi, diorang tanye aku jawab je. Huhuhu. Rindu aku akhi…

Lagu Untukmu - M.U.H.

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraatuh.

Hari ni nak letak satu lagu, kegemaran ramai. PEACE KOQ~! Ainul & Ain suke sangat lagu ni... Cik Yah pun suke gaks... Ahax!



*Aku tak suke dengar suare die T_T (lagu je sodap)

Wassalam.

You Say Aku - Cinta Laura

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hari ni nak letak lagu You Say Aku. Lagu ni gedikzzz tapi aku suke sebab cite die best. Wuwuwu. Hahaha.



Tapi cam sengal je lagu ni. Bukan best sangat punn. Layann jela sebab aku ni suka layan je pape pun..

*****************************************************************************

Sekarang, aku nak cite sikit pasal kat sekoolaa tadi...
Pagi-pagi sampai sekola aku begitu happy tanpaa sebab... Wuwuwu. Actually bersebab!! Pasal hari Jumaat nie lah kene pergi SK Kepong. Dapat jumpe kawan-kawan lame... Miss them very much.

Tadi, mase last iaitu waktu BI kat Bilik SAL, teacher tengah bincang cite How Dalat Got Its Name. Mule-mule teacher tanye sape nak bace... Pastu due tige orang kawan aku cakap, "Fifie...Fifie..." Huh. Die tu tak nak bace. Hehehe. Then, Ain bangun and bace. Lepas Ain, ade sorang budak laki. Lepas budak tu, dah takde nak volunteer bace. So, teacher cakap, "Adik Amalina, read please,". Bangunlah seorang insan bern…

Muslim Kid reciting Quran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Weh, weh, weh! Sepupu aku ade letak satu video ni kat Facebook. Comey tau budak ni!!! Tengok yerr... Suare die pun cute walaupun bacaan die aku tak berape nak faham... Hehehe...



Sekian, wassalam. Huhuhu!

Hari yang gembiraaa...!!!

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hey, hey, hey! Kite bertemu lagi...! Hahahahaha. Hari ni aku cite sikit pasal sekolah aku. PEACE KOQ~! Mule-mule sampai sekolah, aku berjalan sejauh 500 meter kot ke kelasku. Hehehehe... Aku pun, macam biasa, duduk tempat Aqilah yang betul-betul bawah kipas. Panaslah pagi-pagi ni. Lepas tu, aku teringat kajian Geografi belom siap. Kelam-kabut aku capai kerja-kerja tu dan buat dengan lewa. (T_T) Lukis peta di kawasan rumah aku ni... Weeyyy, aku lupe lah jiran-jiran aku niii... Hehehe! Pastu masa Bahasa Arab ustazah tak masuk. Sofiah cakap ustazah dah dua hari tak masuk. Mungkinkah ustazah dah bersalin? Tahniahla kalau betul. Huhuhu... Kami enam orang [aku, ainul, ain, raihanah, sabrina & sofiah] bertungkus-lumus menyiapkan kerja Geografi untuk dibentangkan esokk........!!!!!!

Then, ustaz masuk untuk Agama Islam. Nak tahu tak? Minggu lepas ustaz suruh buat pembetulan bagi sesape yang dapat 80 ke bawah. Wuwuwu... Aku baru buat pagi tadiii...…

Cerpen Happy Father's Day.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hari ini, InsyaAllah, aku akan kongsikan satu cerita yang aku ambil dari iLuvislam.com.

*********************************************************************************

“Ayah, maafkan Udin. Andai Udin tahu hasrat ayah. Andai Udin tahu impian ayah. Andai Udin tahu rahsia hati ayah. Udin takkan bantah cakap ayah. Udin akan mengaji Quran sungguh-sungguh dengan Ustaz Naim. Udin akan tunaikan impian ayah kala ayah masih disisi,” sayu kedengaran suara Ustaz Saifuddin.

Jiwanya dibentur gundah. Dia baru usai menghadiahkan bacaan Yassin buat ayah. Ustaz Saifuddin mengusap-usap lembut batu nisan. Seakan-akan dia membelai kepala ayah. Raut wajahnya terpampang rasa terkilan.

“ Udin buka kelas Al-Quran untuk orang-orang tua sekarang. Udin mengajar sepenuh masa di situ. Ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik datang mengaji. Seronok Udin tengok semangat mereka. Bersungguh-sungguh benar mereka mahu belajar Al-Quran. Kalau ayah ada…,”

Udin tidak dapat meneruskan …

Selamat pagi...!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hahaha. Pagi-pagi buta aku dah tulis entry... Aku bangun awal hari ini sebab sahur. Puasa ganti... Wuwuwu... Tapi sekarang ni mengantuk tahap nak rak aku gagahkan jugak. Semalam puqol 11 lebih baru aku tidur. Aku ni kalau tidur lewat, pagi-pagi mesti mamai. Huhuhu! Aku ingat lepas tulis entry ni nak tidur kejap. 15 minutes kot... Takleh tidur lelame sebab dalam puqol 6.40-6.45 pagi kene bertolak pergi sekolah dah. So, aku takde ape pun nak tulis hari ini. Cume nak wish Happy Father's Day untuk semua bapa kat dunia ni. Huhuhu, terlambat sikit. Aku cume bagi kad buatan tangan je kat Walid aku. Aku lupeeeee nak beli hadiah... Too busy, LOL!

Aku pun nak wish Happy Birthday untuk Izyan. Hari jadi dia semalam jugak. Aku kasi la kredit RM1 kat die... Kire hadiah birthday la tu. Hahaha. Okey jerp. Die tak mintak lelebih. Tak macam sesetengah orang yang ngade-ngade mintak lebih plak. Benci! Dahla ari jadi aku pun tak ingat, LOL! Lepas tu, semalam …

SMK (A) Sheikh Abdul Malek

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hari ini aku rase tertarik nak letak pasal sejarah sekolah aku, SMK (A) Sheikh Abdul Malek. Well, aku ni kan pencinta setia sekolah! Huhuhuhu! Tapi hari ni aku tak pergi school! Muahahas. Hehehehe... Silekan, bace sejarah sekolah aku yang tercinta ni. =)

Sejarah SHAMS

SHAMS atau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, K. Terengganu terletak di Jalan Budiman, K. Terengganu, kira-kira 2km dr bandar K. Terengganu.

Pengambilan pelajar2 sulungnya bermula pd 2 Jan 1984. Seramai 84 orang pelajar telah dipilih dan ditempatkan untuk sementara di Sekolah Menengah Seri Budiman, K. Terengganu.

Sekolah ini pd awalnya diberi nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman. Tanggal Feb 1986, bangunan sekolah ini telah siap dibina dan semua kakitangan dan pelajar2nya mula berpindah ke bangunan tetapnya yang ada sekarang.

Nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman merupakan satu nama yang sangat lazim dan menjadi kekeliruan disebabkan terdapat 3 buah sekolah…

Tukar layout lagi...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hahaha. Hari ini aku tukar layout lagi. Layout sebelum ni walaupun cantek, tapi bengang arr... Dahlah tak boleh nak letak tempat comments. Layout sekarang ni aku ambek dekat thecutestblogontheblock.com. Cantik-cantik jugak layout die. Walaupun simple jee... Sebenarnye aku nak layout aku ni nampak cute, tapi bile aku tengok-tengok balik, background die bukanlah the main thing untuk nampak cute. Yang utama ialah bahan@icon yang kat tepi ni. So, aku pun explore Ego-box.com dan Glitter-graphics.com untuk cari icon yang comel-comel dan cute. Lepas tu, header kat atas ni aku edit dekat Picnik.com. Nampak tak terlebih sikit tu? Hahaha. Tapi lantaklah, aku tak kisah sangat, asal nampak ape yang aku tulis dan conteng-conteng kat situ. Aku ni bukannye reti sangat pasal blogg ni. Pandai decorate sikit-sikit jer. Tapi, sape-sape yang nak tanye tu, silekan... Kalau boleh, aku jawab. Kalau tak, aku jawab tak boleh la. =D Banner kat tepi ni aku buat guna P…

Songs again! Enjoy!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hehehe... Hari ini aku nak letak lagu lagi... Dengarlah yerk...


[ni lagu Seasons in the Sun. best, 'kan?]


[lagu ni dah lama jadi feveret aku. tapi entah, malas plak nak cari kat youtube. hehehe]



[ari tu kakngah, kak mimi n sue nyanyi. berkenan plak hehehe]


[hmmm...lagu ni sue yang bagi aku dengar. lagu die best, cume suare penyanyi kureng. huhu]


[aku rasa lagu ni tak asing lagi bagi semua. dengar-dengarkan...wakakaka]

Aku rasa tu jelah... Nanti aku cari lagi okeyh! Lalalalalaaaa.... Enjoy! K, wassalam.

Lagu-lagu yang sedap didengar olehKU!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hari ni, aku nak letak video lagu yang aku berkenan. Aku tak pernah dengar pun, tapi sekali dengar, sedap plak didengar. Hehehe... Aku ni bukan alim sangat! Memang susah kalau tak dengar lagu! Peace KOQ~! Korang dengar je lagu, video tak yah tengok! Kalau Faizal Tahir tu takpe... Liyana Jasmay tu? Okeyla kot!


(lagu ni abanglong aku yang kenalkan. dia nyanyi hari tu. best jugaklah sekali dengar. ngak3)


(hahaha. lagu ni diperkenalkan oleh kawanku, ainul. thanks dear, although you really hate this song! haha!)


(haaa...lagu ni aku memang bengang jadinye...confused giler...tapi aku layannn je...*blurr*)


(lagu ni sue nyanyi arituh. tertarik plak. best gak cik avril lavigne ni. patutla sue suke sangat. wakaka!)

Hargai Seorang Isteri...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hari ni, di atas permintaan abang aku yang TERCINTA, aku letak cite ni kat blogg. Menyentuh hati betul! Enjoy!!!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Dila memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh.. .
dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam
ini.2.00 pagi. "Dila, Dila bangun sayang". Danial mengejutkan isterinya.

"Eh! abang dah balik, maaf Dila tertidur, abang nak makan?" tanya Dila.
"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan
yang cukup mengecewakan Dila.

"Arrggh rindunya Dila pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang,
abang tak nak tengok ker apa Dila masak hari ni, ikan cencaru sumbat
kesukaan abang," luah Dila dalam hati.

"Abang naiklah dulu Dila nak simpan lauk dalam peti ais dulu", pinta
Dila
sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali
lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami terci…