SMK (A) Sheikh Abdul Malek

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hari ini aku rase tertarik nak letak pasal sejarah sekolah aku, SMK (A) Sheikh Abdul Malek. Well, aku ni kan pencinta setia sekolah! Huhuhuhu! Tapi hari ni aku tak pergi school! Muahahas. Hehehehe... Silekan, bace sejarah sekolah aku yang tercinta ni. =)

Sejarah SHAMS

SHAMS atau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, K. Terengganu terletak di Jalan Budiman, K. Terengganu, kira-kira 2km dr bandar K. Terengganu.

Pengambilan pelajar2 sulungnya bermula pd 2 Jan 1984. Seramai 84 orang pelajar telah dipilih dan ditempatkan untuk sementara di Sekolah Menengah Seri Budiman, K. Terengganu.

Sekolah ini pd awalnya diberi nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman. Tanggal Feb 1986, bangunan sekolah ini telah siap dibina dan semua kakitangan dan pelajar2nya mula berpindah ke bangunan tetapnya yang ada sekarang.

Nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman merupakan satu nama yang sangat lazim dan menjadi kekeliruan disebabkan terdapat 3 buah sekolah yang berdekatan juga diberi nama Seri Budiman maka Jabatan Pendidikan Terengganu meminta dicarikan satu nama lain yang lebih sesuai.

Akhirnya, Pengetua Tuan Haji Ibrahim bin Mat @ Muhd bersama dengan seorang tokoh sejarah Negeri Terengganu Dato' Setia Jasa (Allahyarham Dato' Haji Mohd. Salleh bin Haji Awang) telah mencadangkan nama seorang tokoh ulama' Terengganu iaitu Sheikh Abdul Malek bin Abdullah yang terkenal dgn gelaran "Tok Ku Pulau Manis" untuk diabadikan namanya bagi sekolah ini.

Cadangan ini diterima dan bermula bulan Ogos 1987, sekolah ini dgn rasminya dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek.

Sekolah ini adalah sekolah campuran lelaki dan perempuan. Pelajar2nya datang dari serata daerah Negeri Terengganu dan luar Terenganu termasuk Sabah. Untuk menampung pelajar2 dari luar, 2 blok bangunan asrama telah didirikan. Satu blok untuk asrama lelaki dan satu blok asrama perempuan. Setiap blok boleh menampung seramai 200 orang pelajar.

Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dato' Amar Dr. Hj. Sulaiman bin Hj. Daud pd 19 April 1992.


Pintu masuk utama SHAMS


Laluan ke Aspura & Aspuri


Court tempat muslimat beriadah


Surau Al-Maidah (berdekatan Aspura & Aspuri)


Datarang perhimpunan SHAMS


Dewan Gemilang SHAMS

Comments

  1. nice cursor fifiey! :D


    and smgt nyo cito pasal skoloh..
    woh woh woh :D:D

    ReplyDelete
  2. well...like i said, aku no. 1 fan SHAMS...wahaha! aku memang pencinta sekolah...namun kubukan sengaja ponteng hari ini...yang setia pada sekolah, kuhanya mencintai sekolah...

    hohoho!
    lagu baru ciptaan Fifiey: Pencinta Sekolah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers