Muslimah =)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hari ini, aku akan bentangkan beberapa puisi untuk dijadikan renungan bersama.

Taatkan dirimu bak srikandi Khadijah..

Haluskan akhlaqmu seperti Fatimah Az-Zahra..

Sampaikanlah ilmu-mu sebijak si merah Aisyah..

Teguhkan imanmu seteguh iman Sumayyah..

Sucikan hatimu, sesuci hati Rabiatul Adawiyah..

Barulah dirimu menjadi Ainul Mardhiyah..


Kiranya tiada CINTA insani untukmu..

Cukuplah CINTA ALLAH penyuluh hidupmu..

Kelak akan ada CINTA untukmu dari

insan yang menyintai Allah
sebagaimana

CINTAmu kepadaNYA...


Seorang wanita umpama bunga di taman..
Segar mewangi di pelosok dunia..
Setulus kasih sesuci embun..

LEMBUT wanita kerana tutur katanya..
MESRA wanita kerana senyumannya..
CEKAL wanita kerana beraninya..

PATUH wanita kerana setianya..
SABAR wanita kerana imannya..
KASIH wanita kerana belaiannya..

LEMAH wanita kerana air matanya..
IKHLAS wanita kerana simpatinya..
DENDAM wanita kerana cemburunya..

SAYANG wanita kerana sifat keibuannya..
TANPA wanita, LELAKI lemah...
KERANA wanita lelaki KALAH!

Renung-renungkan... =)
Wallahualam.
Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers