Pedang Allah (Saifullah)

11.7.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Erm... Hari ini aku nak beritahu sikit pasal Pedang Allah @ Khalid al-Walid ni. Well, baru lepas habis baca novel Khalid bin Walid - Memburu Syahid... Best sangat!

Khalid al-Walid ni mula2nya amat memusuhi Islam. Pada peperangan Uhud, dia berjaya mengalahkan tentera Islam. Dia memang dilatih menjadi panglima perang sedari kecil. Suatu hari, dia mula tertarik dengan Islam.

Menurut Abu Hurairah, "Pada suatu hari saya dan Rasulullah SAW berhenti pada satu tempat dan orang ramai berjalan di hadapan kami. Rasulullah SAW bertanya nama-nama mereka yang melalui tempat itu. Kemudian, muncul seorang lelaki lalu Rasulullah SAW bertanya; "Siapakah itu?" Saya menjawab; "Itulah Khalid bin Walid." Baginda berkata;"Hamba Allah itu adalah pedang daripada pedang-pedang Allah."

Khalid bin Walid sudah menyertai 50 peperangan dan memperolehi kemenangan dalam semua peperangan itu. Dia terus menjadi panglima perang sehingga Khalifah Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia. Apabila Umar al-Khattab menjadi khalifah, jawatan Khalid bin Walid dilucutkan dan tempatnya diganti oleh Abu Ubaidah bin Jarrah.

Pada tahun 21 Hijrah, panglima Khalid bin Walid meninggal dunia ketika berumur 58 tahun. Khalifah Abu Bakar pernah berkata, "Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid bin Walid."

Daripada cerita dalam buku ni, Khalid al-Walid ni meminum racun yang paling berbisa sebab dia nak buktikan bahawa racun itu takkan boleh membunuh orang selagi belum sampai ajalnya. Ibnu Baqilah (bukan Islam), yakni yang bawa racun tu cakap, kalau minum racun tu, akan mati serta-merta. Ramai yang tak nak Khalid minum, tapi Khalid minum jugak. Dia baca doa camni, "Dengan nama Tuhan yang sebaik-baik nama, Tuhan penguasa bumi dan langit yang dengan namanya racun ini tidak dapat mendatangkan mudarat.". Tak jadi ape-ape pun! Semue orang terkejut dan terpegun terutama Ibnu Baqilah.

Khalid bin Walid pernah tertusuk tombak, lembing dll kat dada dia. Tapi dia still hidup. Dia pemburu syahid, dia mencintai syahid tetapi dengan kuasa Allah, dia mati atas katil. Dia terlalu sedih, kerana dia nak mati syahid. Dia cakap orang yang mati atas katil ialah seorang pengecut.

Abu Zanad berkata, "Saudara tidak boleh mati di medang perang dan saudara juga tidak boleh tewas apabila bertarung dengan musuh." "Mengapa?" tanya Khalid dengan nada hampa. "Nabi Muhammad mengurniakan kepada saudara gelaran pahlawan Pedang Allah. Baginda juga mendoakan saudara menang dalam setiap peperangan. Disebabkan itulah saudara tidak boleh mati dibunuh oleh orang kafir. Saudara juga tidak boleh tewas dalam peperangan kerana doa Nabi Muhammad dimakbulkan Allah." Abu Zanad menjawab dengan lembut. Khalid bin Walid terdiam mendengar kata2 itu, namun wajahnya masih kelihatan sedih dan hiba.

Lepas bace cerite ni, aku rase sangat terharu, sedih dan kagum. Khalid bin Walid sanggup mempertahankan Islam walaupun pada mulanya dialah yang menentang Islam. Kita? Seorang lagi pahlawan yang aku kagumi, Salahuddin al-Ayubi, penakluk Jerusalem. Mereka berjuang bermati-matian untuk mempertahankan Islam. Kita? Semakin hari, semakin menjatuhkan Islam. Astaghfirullahalaziim... Insaflah, wahai saudara Islamku sekalian.

Walaupun aku ni bukan seorang yang alim, bukan seorang yang zuhud, tapi aku tetap berusaha nak jadi alim. Aku tegur sebab aku tak nak tengok orang Islam jatuh. Ingatlah, kalau kita tak tegur perbuatan saudara Islam yang salah, mereka yang melakukan perbuatan itu pasti mencari kita di akhirat kelak.

"...dan berpesan-pesan pada (menjalankan) kebenaran, dan berpesan-pesan dalam menjalankan kesabaran." - Surah Al-Asr, ayat 3.

So, dapat info banyak ke hari ini tentang Khalid al-Walid? Thanks to my Walid for buying me this great book! I'm looking forward to buy the books titled Abu Ubaidah & Abu Bakar as-Siddiq. Cuma sekarang ni, keadaan ekonomi tengah gawat, so tak naklah membebankan Ummi dan Walid sangat. Hehehe... Aku selalu je membebankan diorang, sekali-sekala tu, tak payahlaa... =)

Okeylah, nak pergi gosok baju sekolah pulak. Esok sekolah. Lain kali aku update lagi, yaaa... ;)
Wassalam. ;]
Post a Comment