Sekolah, sekolah, sekolah!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Haaaa... Lame plak tak tulis entry baru. Malaslah! Lagipun, takde orang bace pun. Emm... Arini nak cite ape eik? Entah. No idea... Jap, pikir jap...

Ohhh! Cite pasal hari Khamis lepas. Sekolah aku ada buat majlis, nama dia Majlis Timang Kasih. Bukan kasih ditimang tinggi-tinggi tu. Majlis yang sign report card tu! Tapi, kami 1A7 bersepakat nak buat party sikit! Aku tukang beli kek. Warne pink, ikut selera orang tukang beli ye! Hahaha. 2 1/2 kilogram. (T_T) Aku yang prepare semue tau tak! Dari air, makanan sampailah ke bahan-bahan untuk buat air.

Pagi masa datang sekolah tu, aku manalah larat nak angkat barang sorang-sorang. Banyak wooo barangnyeee... Tetibe seorang muslimin kelas aku kebetulan baru sampai. Kakak aku pun panggil die, suruh tolong angkat. (T_T) Oh, Tuhan! Betapa malunye aku mintak tolong dengan muslimin. Argh! Dahla orang tu tak dapat makan kek sebab dia puasa [sape suruh puase ha? hehe]. Well, hari Khamis die puase la.. Hehe. Pastu, makan-makan. Minum puas-puas. Ahh... Lega! Kek tak habis pun sebenarnya. Tak sampai pun separuh kami makan. Tapi simpan untuk budak-budak yang tak datang.

So, aku dengan BAIKnya, menyuruh budak-budak kelas aku bagi dekat kelas lain. Sofiah tolong potong sebab aku... Tak reti potong kek! Hihihihi. Aku tolong beli&bawak kek jeee... Bukan tukang potong. Hahaha. Pastu, aku pun bagi kat kelas 1A2, 1A5 & 1A8. Ade jugak yang tak sempat makan. Sorry, ye! Kepade kelas 1A1, 1A3, 1A4 & 1A6, sorry tau tak kasi kek. Dah abes lar mase tu. Hehehe! Sebelum kasi kat kelas-kelas lain tu, kami pun bagi kat Cikgu Rosli (PK HEM) & Cikgu Abdul Rahman @ Cikgu Man [Kaunselor paling glamour].

Mule-mule Cikgu Rosli masuk kelas (mungkin sebab nampak kek besar gedabak tu). Beliau cakap camnie, "Sedapnye kek. Tak bagi kat cikgu sikit," kata beliau. Aku pun, "Kejap, cikgu! Nak potong nih!" aku tergopoh-gopoh suruh kawan aku potong kek. Hehehe. Cikgu pun cakap agi, "Eh, tak yah laa... Cikgu dah makan, baru je," cikgu pun keluar. Kebetulan Cikgu Man ade kat balkoni tu, tengah talk-talk dengan ikhwan form 2. Lepas ikhwan form 2 pergi, Cikgu Rosli pun berbual ngan Cikgu Man. Aku dalam kelas, "Eh, cepatlah potong kek! Nak bagi kat Cikgu Man ni! Nanti die pergi plak!" aku cepat2 hulur pinggan polistrin. Ain pun cakap, "Alah, sayang sangat kat Cikgu Man die!" aku sengih. Memang la, Cikgu Man baik ngan family aku. Dah macam ayah aku dah. Hehehe.

Lepas siap potong tu, diorang pun suruh aku bagi! (??????) Aku cakap, "Temanlah aku sorang!". Takde. Diam, sambil tersengih. Aku pun bawa dua-dua pinggan tu, bagi kat Cikgu Rosli satu, Cikgu Man satu. Cikgu Rosli cakap, "Time kaseh banyak-banyaklaaa..." sambil tersenyum mesra. Cikgu Man klakar agi, "Hah, nilah dipanggil pelajar cemerlang! Awak ni memang pelajar cemerlang!" aku sengih-sengih. Well, sape tak bangge kalau dipuji. Aku pun masuk kelas. "Yay! Saya pelajar cemerlang!" kataku. Semua tersengih, ade gak yang ketawe. Hihihi.

Pastu, ibu bapa mulelah datang. Lepas Ummi&Walid sign report card, diorang pergi kelas Aishah plak. Mak Aishah tak dapat datang. Sambil tu, aku kemas-kemas barang yang bawak tadi. Air pulak, tinggal separuh agi! Banyak tuuu!!! Aku pun menggesa semua pihak supaya sesiapa yang ada botol tu, cepat ambik air buat balik! Yang puase tu, boleh buat bukak puase! Lepas aku menggesa tu, ramai gak yang ambik air. Kelas lain pun ade gak datang. HEHEHE!

Pas air abes, aku pun balik la. Tapi satu peristiwe mase ambik air tu membuatkan aku jadi bad mood sepanjang hari. Nasib baiklah setelah aku fikir-fikir balik selame 3 hari, aku tersedar yang ape yang orang tu buat tu adelah untuk kebaikan aku dan die jugak. Tapi, care die tu. He made me like slapping him! Care die tak betol. Tapi takpelah, let bygones be bygones. =) Intihanya, I LOVE 1A7 very much! I LOVE SHAMS sooooooooo muchhh!!! MUCH, MUCH, MUCH! <3

(T_T)(T_T)(T_T)(T_T)(T_T)(T_T)(T_T)(T_T)(T_T)(T_T)(T_T)(T_T)(T_T)(T_T)

Hari ni 'kan. Hari 'penyerahan takhta' dari ikhwan akhowat form 5 [@lower 6 yg jd MPP] kepada pelapis MPP form 4. Ketua pengawas disiplin baru, ketua pengawas asrama baru dll. Yang MPP 08-09 berpeluk dengan MPP 09-10. Yang diPertua, Timbalan Yang diPertua, Bendahari dll. Semua dah lantik, cuma tunggu nak jalankan tugas je [dah jalankan pun hehe]. Tapi nama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah ditukar kepada Majlis Perwakilan Murid (MPM). Rasa tak sedap didengar... Tapi, arahan sekolah siapa yang dapat bantah? Majulah SHAMS untuk negara! Hehehe... Semangat plak lebih.

Okeylah, aku rasa sampai sini je coretan buat ari ni. Lain kali, kalau aku rajin, aku tulis lagi, yer...
Wassalam.

P/s: Takde ke sape-sape nak bagi tagg? =)

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers