Ujian lisan!

10.7.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hehehe. Lame tak update blogg. Kurang rajin ler... Wakaka. Entah, takde cite nak cite. Jap, nak fikir... AHAH!!!

Baru2 ini, cikgu BM adakan ujian lisan berkumpulan. Kumpulan Ainul yang first. Diorang buat forum. Then, kumpulan Amir. Kumpulan ni diorang buat lakonan cerita Pembuli yang Baik [bak kate cikgu sebab asyik seeeenyum je]. Kumpulan 3 baru kumpulan aku. Di bawah ni detail-detail lakonan kami:

Tajuk lakonan: Bawang Merah Bawang Putih (versi kami)

Penglipur lara: Fatin Athirah (it's me)
Mak Kundur: Nur Ain Suraya
Permaisuri: Nurul Atiqah
Bawang Putih: Nurul Sofiah
Bawang Merah: Nur Hasyimah
Laksamana: Nurul Sabrina Syarfa

Penglipur lara sebagai watak yang banyak cakap. (haha)
Bawang Putih sebagai watak utama.
Mak Kundur sebagai watak yang paling jahat. (ahax)
Bawang Merah sebagai watak menggedik.
Permaisuri watak yang paling berkuasa.
Laksamana watak paling cool and steady. (wink)



Hahax. Kumpulan aku buat persembahan masa hari Selasa baru2 ini. Kita orang dah wat sehabis mungkin! Wawawa. Alhamdulillah, dapatlah 27/30. Thanks, cikgu! Best jugak berlakon ni. Lepas habis kami buat 'show' [cecece], Syimah datang kat aku and bisik, " Fie, tadi saye tengok A**** ketawe sampai keluar air mate," katenye. Aku tibe-tibe naik hangen. Ape yang kelakar sangat, ha? This is Bawang Merah Bawang Putih, not Pak Pandir! Ow, mentang-mentang kumpulan ko lambat lagi en, kumpulan last! Takpe, akanku nantikan kemunculanmu dan ahli kumpulanmu. Lepas tu baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah! (well, aku rasa memang tinggi lah)

Nak tau camane jalan cerita kami? Jalan cerita ini amat menarik. Sila-sila baca,,, =)

BAWANG MERAH BAWANG PUTIH

Mengisahkan Pak Ali dan Mak Kundur yang tinggal di sebuah kampung yang terletak dalam sebuah negeri. Seorang permaisuri telah ditabal untuk memerintah dan menjaga keamanan kampung tersebut.

Pak Ali merupakan seorang penjahat di kampung itu. Dia telah melakukan banyak kesalahan termasuklah mencuri, merosakkan harta benda orang ramai serta hampir memusnahkan istana kebanggaan permaisuri.

Oleh sebab terlalu marah dengan tindakan Pak Ali itu, permaisuri mengambil keputusan untuk menjatuhkan hukuman pancung terhadap Pak Ali. Akhirnya, Pak Ali meninggal dunia.

Mak Kundur yang begitu sedih dan marah atas tindakan permasuri itu telah menyimpan dendam terhadap permaisuri. Dia terfikir untuk melakukan sesuatu terhadap permaisuri pada masa akan datang supaya permaisuri hidup menderita.

Suatu ketika, Mak Kundur telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Bawang Merah. Pada waktu yang sama juga, seorang puteri telah dilahirkan oleh permaisuri. Permaisuri menamakan puterinya itu Bawang Putih.

Akibat dendam yang masih membara, Mak Kundur menculik anak permaisuri. Dia membawa anaknya, Bawang Merah beserta Bawang Putih jauh dari kampung itu.

20 tahun kemudian, Bawang Putih membesar menjadi seorang yang cantik jelita, sopan dan bijak manakala Bawang Merah pula sentiasa berkelakuan jelek. Mak Kundur dan Bawang Merah sering menyeksa Bawang Putih.

Pada suatu hari, Mak Kundur memaksa Putih mencari kayu api di hutan. Sementara itu, permaisuri telah mengumumkan tentang kehilangan bayinya, Bawang Putih. Kepada sesiapa yang berjaya menjumpainya, akan dinikahkan dengan Bawang Putih. Maka, ramailah jejaka yang tampan lagi gagah perkasa yang berminat dalam usaha pencarian Bawang Putih termasuklah seorang laksamana yang kacak dan berani.

Ketika mencari kayu api, Putih menangis mengenangkan nasibnya. Laksamana yang juga turut berada di dalam hutan mendengar tangisan itu. Dia tercari-cari punca tangisan. Tiba-tiba, dia terlihat kelibat Bawang Putih sedang menangis. Laksamana bertanya nama wanita itu tetapi tidak dijawab. Malah, Bawang Putih sempat melarikan diri. Akan tetapi, laksamana bertindak bijak dengan mengikuti Bawang Putih.

Di rumah, Putih dimarahi kerana tidak membawa pulang kayu api. Laksama yang terdengar pergaduhan antara Mak Kundur, Bawang Merah dan Bawang Putih itu segera mengkhabarkan berita itu kepada permaisuri.

Setelah mendengar cerita laksamana, permaisuri bersama pengawal-pengawalnya menuju ke rumah Mak Kundur. Mereka sempat bertikam lidah, tetapi akhirnya kebenaran akan terbongkar jua. Laksamana yang tampan itu mengahwini Bawang Putih dan hidup bahagia selamanya...

THE END


Amacam? Thanks to Ain yang kerah idea buat jalan cerita ni. Tak lupe juge kepada Sofiah yang tolong buatkan skrip. Juge kepada kakakku yang baik hati tolong buat & beli prop. Dan juge yang lain-lain sebab menjayakan lakonan ini. Success always!

Erm... Okeylah, aku ada homework menggunung tinggi ni. Terpaksa siapkan secepat mungkin. Petang nanti aku update lagi kalau rajin. Hahaha. Homework oh homework! Mengapa engkau banyak? Hehehehe... Wassalam.

p/s: rajin-rajinlah komen yerr...
Post a Comment