What's with couple?!

18.7.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Aku nak beritahu something pasal couple...
Pandai-pandailah korang menilai statement aku ini.

Kita couple masa muda, yakinkah akan melangkah ke alam perkahwinan?
Sebenarnya lelaki ini sahaja nak suka-suka bercouple,
tetapi nanti dia tetap akan cari yang alim dan solehah.
Percayalah.

Allah dah sediakan jodoh untuk kita semua.

Okey, bayangkan bila korang dah kahwin nanti.
Suami korang cakap die dah bercouple banyak kali.
Tak rasa cemburu ke?? Suami kita dah pernah mencintai orang lain.
Kalau kita couple jugak sekarang, kite dianggap curang dengan bakal suami kite.

Suami kite 'nanti' mesti cemburu kalau tahu kite ni dah pernah bercinta dengan lelaki lain.
Fikir-fikirkan, hai sahabatku...

Usah risau, usah gusar,
Allah itu Maha Adil.
Pasti Dia akan mengurniakan lelaki yang soleh buat kita. =)

Photobucket

MUTIARA KATA
Wahai wanita solehah,
Jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yg bijaksana itu,
Tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan atau lirikan senyuman,
Pada bicara menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya,
Andai belum sampai jodohmu,
Anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya,
bagi memimpin dirimu.
Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu.

"Sesiape yg menyukai seseorang tetapi memendam perasaan tersebut sampai mati, InshaAllah die mati syahid.."

Bagi saya, couple itu dah jelas tak boleh.
'Wala takrobuzzina...'
Maksudnya: Dan janganlah kamu MENDEKATI ZINA.

Think! Mendekati zina pun tak boleh, apatah lagi melakukannya?
Dah jelas-jelas couple itu mendekati zina.
Dah berzina pun... Zina hati! Zina mata dan sebagainya...
Fikir-fikirkan..

Harap dapat terimalah statement ni. Sesape yang nak menentang tu, fikir sejenak kerana semua ini ada betulnya.

Wallahualam. Sekian...



Post a Comment