Salam Ramadhan&Merdeka

31.8.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Salam Ramadhan to all Muslims in the world. Dah masuk Ramadhan rupenye. Dan sekolah telah pun dibuka kembali. Tanggal 31 Ogos, hari ini, negara kita telah mencapai kemerdekaannya yang ke-52.

Ya, kita fikirkan negara kita bebas dari penjajah. Benar, tapi mampukah kemerdekaan ini bertahan untuk selama-lamanya? Cuba kita fikirkan kembali... Mampukah keamanan di negara ini berterusan sehingga tibanya hari kebangkitan? Tidak, bukan? Allah mampu mengambil semua kesenangan, keamanan ini.

Fikirkan, sedangkan kita yang melakukan maksiat berterus-terusan, mengapa orang lain mengalami kesengsaraan? Pernahkah kita terfikir, Allah dapat menurunkan bala bila-bila masa sahaja untuk kita...

*******************

Bulan Ramadhan, bulan yang lebih baik daripada 1000 bulan. Tingkatkan amal ibadah, dengan ikhlas. InsyaAllah, kita akan mendapat keredhaan-Nya. Berpuasalah bagi yang mampu. =)

Ramadhan Sia-sia Tanpa Fokus


Sepertimana yang telah kita ketahui, bulan Ramadhan ada kelebihannya yang tersendiri yang tidak dapat di dalam bulan-bulan lain disamping tuntutan melaksanakan ibadah berpuasa yang menjadi trademark bulan Ramadhan. Kelebihan yang ada merupakan salah satu daripada banyak-banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita diantaranya, Allah menjadikan setiap bulan-bulan Islam itu ada kelebihan dan ceritanya yang tersendiri. Bagi bulan Ramadhan, ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala berganda. Ianya juga menjadi titik tolak kepada keberjayaan seseorang dalam mencapai pangkat 'muttaqin' sebagaimana yang disebutkan di dalam firman Allah s.w.t :Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah, ayat ke-183).

Ya ! Taqwa menjadi kayu ukur kepada pencapaian seseorang itu sebagai hamba Allah. Tanpa taqwa , hidup seribu tahun pun ia tetap tidak berguna. Maka apakah kunci taqwa? Salah satu jawapan yang boleh saya kongsi ialah 'fokus'.

Sebenarnya setiap ibadah yang dilakukan samaada di dalam bulan Ramadhan mahupun diluar bulan Ramadhan perlu kepada fokus. Ibaratnya seperti pertandingan menembak. Mata yang memerhati objek itu tidak boleh hilang fokusnya. Sekiranya si penembak gagal mengawal matanya serta anggotanya supaya sentiasa di dalam keadaan fokus, maka objek yang ditembak pasti tidak mengena. Maknanya di sini, fokus boleh diterjemahkan dengan beberapa maksud. Diantaranya ialah khusyu' dan kata kuncinya ialah sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

"Engkau beribadah seolah-olah engkau melihat Allah, maka sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, sesungguhnya Allah melihat kamu."

Di awal surah Al-Mukminun, ada menyatakan bahawa fokus itu merupakan salah satu kunci yang membawa kepada kejayaan.

"Berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu' di dalam solatnya."

Jika kita lihat, semasa bulan Ramadhan, antara ibadah-ibadah utama yang dituntut untuk dilaksanakan ialah berterawih, membaca Al-Quran dan bersedekah. Maka, yang dikatakan pahala amalan akan digandakan ketika bulan Ramadhan adalah bergantung kepada kualiti dan kuantitinya. Kalau terawih kuantiti rakaatnya banyak akan tetapi fokusnya sedikit , maka ganjarannya berdasarkan apa yang dilaksanakan. Apatah lagi, kalau tiada fokus lansung, maka ibadah tersebut menjadi sia-sia. Saya kadang-kadang terfikir, apakah matlamat kita sebenarnya? Kalau kita kata, kita inginkan keampunan, maka keampunan itu tidak akan diperolehi tanpa fokus.

Contohnya, fokus kita hilang ketika berpuasa atau ketika menunaikan solat terawih. Kita mengisi waktu puasa kita dengan perkara sia-sia bahkan lebih teruk lagi kita tuliskan di buku catatan amalan puasa kita dengan perkara-perkara dosa. Sedangkan, jika keampunan adalah matlamat kita, maka fokuslah kearahnya. Manakala solat yang tidak khusyuk itu sebenarnya tidak lebih hanya menyakitkan pinggang kita dan melenguhkan sendi-sendi kaki yang menahan bebanan berat badan. Maka solat kita musnah tanpa sebarang kesan akibat tiada fokus atau kekhusyukan.

Mungkin ada diantara kita, pernah melalui situasi ini, maka beristighfarlah. Saya yakin, syaitan pasti menyukainya. Diantara janji syaitan ialah mereka ingin melihat manusia berada di dalam keadaan faqir. Iaitu faqir pahala manakala sebaliknya mereka berjanji untuk menjadikan kita orang yang kaya dengan dosa. Bulan Ramadhan adalah bulan jihad. Orang kata syaitan tidak ada, tapi kita tahu nafsu masih ada dan takkan melepaskan kita kecuali maut telah tiba. Dan disitulah peranan jihad.


Jihad juga memerlukan fokus kerana jihad tidak terjadi andai tiada ujian dan cabaran. Maka, nafsu adalah cabaran utama bagi orang yang berpuasa. Contoh fokus di dalam jihad ialah, tidak membiarkan minda kita dikuasai kehendak nafsu yang mengurangkan atau menghilangkan pahala puasa ketika kita menurut kehendaknya yang tidak pernah puas. Puasa adalah perisai. Maka fokus adalah perlu bagi memperolehi puasa yang bermakna. Kalau hampir 14 jam kita menahan lapar dalam sehari, janganlah dengan sekelip mata di waktu berbuka, kita menjadi gelojoh. Sebaiknya berbukalah dengan cara sederhana supaya fokus kita berterusan tanpa gangguan nafsu yang sentiasa menggoda. Oleh sebab itu perut yang lapar dapat menajamkan fikiran manakala perut yang kenyang adalah sebaliknya.

Pengalaman berbuka puasa di dalam bulan Ramadhan adakalanya tidak membawa erti apa-apa jika tidak bersederhana. Natijahnya apabila tiba waktu menunaikan solat terawih, kita gagal memberi fokus melainkan hanya merelakan anggota digerak-gerakkan penuh paksa. Allah s.w.t berfirman :

"Celakalah bagi orang-orang yang sembahyang, iaitu orang-orang yang lalai di dalam sembahyang mereka." (Surah Al-Ma'uun : ayat ke-4 & 5)

Bagi diri saya, saya menyedari hal ini kerana adakalanya atau sering saja kita hilang fokus ketika bersolat begitu juga keadaannya ketika berpuasa. Sebenarnya tulisan ini, adalah untuk kita bersama lebih-lebih lagi diri saya. Maka, istighfar dan taubatlah sebagai jalan penghapus dosa. Iaitu dosa di atas fokus yang hilang dan dosa maksiat yang telah dilakukan. Ingatlah bahawa bulan Ramadhan juga adalah bulan taubat dan pengampunan.

"Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari, no. 1901; Muslim, no. 760).


Maka, fokus menjadi aset menuju taqwa. Ramadhan yang dilalui akan menjadi sia-sia tanpa fokus. Bersama jadikan madrasah Ramadhan sebagai momentum perubahan.

sumber: iLuvislam.com

"


Wallahualam.

A happy ending~

28.8.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Yeay! Hari ini, bertarikh 28 August, saye berjaye menulis blog. Haha. Gilos~ Lame tak update, bukan ape, kurang rajin. So, hari ini nak beritau one thing jer.

Aku da abes bace kesemue buku Twilight Series. Hohoho! Buku feveret aku paling feveret ialah :~ Breaking Dawn. Aku suke Renesmee!! She's so adorable, and comelll!! Rase nak cubit-cubit je! Mase bace, memang aku feel abes arh. Time Edward cakap farewell dekat Jacob, nangis akuu...Wuwuwuuu... Tak pernah agi bace novel sampai meleleh cengginie. I love Twilight! =) And of course, mestilah ending die tersangat HAPPY!

So, Isnin ni Hari Merdeka! Tema tahun ni? 1 Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Hmmm.... Mungkin Ahad ni diadekan sambutan Hari Kemerdekaan kat sekolah kot. Fuyyooo... Dan aku jangkekan, hari Ahad ni confirm ramai tak datang skool disebabkan hari Isnin cuti. Kirenye, sambung straight terusla cuti tu. Kan, kan, kan?

Well, homework aku belom siap. Karangan ade 3 agi, buku skrap ade 2 (langsung tak sentuh). Hehehehe... Sungguh mendukecitekan! Yeayeayea!!

INFO::::~~~ Jangan lupa saksikan Cinta Sempurna di Astro Oasis jam 3 petang, 10 malam dan 5 pagi. I love Ustaz Nazri and Izarman! Blueeekkk...!

Wassalam.

The falling down brigde...

21.8.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...

Untuk hari ini, saye ingin berkongsi tentang markah ujian saye, yeerr... BAK saye 73 sahaja, ya! Adusss... Kenapelaaa 73 je? Ishkkk... Tolong, tolong!! Saya nak banyak siket! Huhuhu. 3 orang je dapat A iaitu Nadia, Amir dan Anwar. Nie tak puas atyy niey... Maaaa~~

PAI aku 86 jer... Alhamdulillah, kali ini dapat A. So far, 5A3B1C! Geografi aku C, nasib baik tak D... Daripada 8a1b, jadi 5a3b1c?? Nasib engkaulah, Labu....

Ustaz yang ganti ustazah BAK dah tak ngajar aku lagi bukak sekolah nanti. Ustazah kembali! Yeay! Tapi sedih gak lar ustaz dah pergi meninggalkan kami semua. Hahaha. Doakan kami berjaye, ye ustaz! ~~~^^~~~

Amuh balik minggu depan! Yahooooooooooo........!!!!! Abang bile tah nak balik, Abecik balik ke tak, aku tak tau! Abelong? Entah. Mungkin balik, mungkin tak.

Cakap pasal Abecik, jangan lupe tonton Astro Oasis setiap Isnin-Jumaat pukul 3 petang @ 10 malam, cerita Cinta Sempurna. Abecik aku jadi Izarman. Heee~~~ Promote ni, promote. ^^

Buku Eclipse lom abes baca agi.. Dah berminggu-minggu nih. InsyaAllah cuti ni aku habiskan Eclipse dan Breaking Dawn. Woa, esok dah puasa tau tak! Yeay! ^^

Aku hadiahkan ini untuk semua pengunjung blog aku yang tak seberapa ni!!! ^^


Wallahualam.

Apakah? Apakah?

17.8.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Woaaa... Tajuk die cam suspense je. Tapi, biase jer. Just wanted to tell some ORDINARY things. Yea, yea. Ordinary. It's ordinary!

So far, markah exam aku ade naik ade turun. Ade panjat, ade jatuh. Bahasa Arab, PAI dan Geo je tak dapat agi. For sure, Geo tak dapat A, sebab cikgu cakap seluruh tingkatan hanya seorang mendapat A. Dalam kelas aku, Amir sorang je B. So, kalau dah cikgu cakap, Amir SEORANG SAHAJA yang dapat B, yang lain tu mestila C, D, E! Hisy! Kenapa dengan kami...?

Maths aku jatuh degu dega degu degaa!! 68! Memang arr hampeh aku ni. Algebraic menjelmakan diri, oh tidaaaakkk...!!! Kene mantapkan lagi! Chaiyok-chaiyok! ;p

Science aku bernasib baik dapat 80! Rase-rasenye aku sorang je dapat A yang perempuan. Muslimin? Azeeb dan Zikrie dengar-dengar cite dapat A. Faez cakap Amir dapat B. Hohoho!
Mule-mule tanye Sofiah, die moody plak tetibe. Sebab markah die kot. Entah, semue orang markah turun! Aku pun! 80 je!! Eii... Tak puas atyyyy...!! Nak 90! Uwaaaa.........

Sejarah? Aku turun... 84 jerp.. Tapi memang tak puas aty gile ngan budak tuh dapat 96! Siapa lagi kalau bukan 'dia'! Ummi cakap 'dia' nak pintas aku sebab aku dapat 93 hari tu, lagi tinggi daripada 'dia'! Hehehe...

BM? Dapat B. Hanya Nadia seorang sahaja yang mendapat A. Sadis sungguh, bahasa sendiri pun tak dapat A! Kene buat pembetulan banyak-banyak-banyak... Soalan bonus ada dua je! Buatlah lima, ramailah dapat A! Hampir semua muslimat dapat 75%! @_@ (kami tak meniru!!!)

KH aku okey! 92 tuuu...! Melompat-lompat kegembiraan! Serius tau, aku melompat betul-betul! Tak percaye, tanye Ainul ngan Sabrina. Ngan cikgu sekali tengok! Nasib baik kami ERT, takde muslimin. Wooohoooooooooo.........!

English? Aku dapat 98! Salah satu je, satu je! Same ngan Sabrina. Cume, Sabrina salah soalan lain, aku lain. Wuuuuuuuuu~~~~ Nak 100! Nak 100!! Takperlah, da rezeki, redha jelaaa.... =)

PAI dan BAK menanti debaran hari esok (PAI sahaja) dan lusa (BAK). Harap-harap dapat A! PAI tak pernah pun dapat A............. =(( BAK, insyaAllah... Hehehehe...

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Saya sudah faham Algebraic! Ayah saya telah berbaik hati untuk mengajar saya! Yeay! Thank you, Walid! Love you, muah, muah, muah!!! (p/s: ainul, kalu dok faham, bleh arr tanye saye sket2)

Wallahualam.

Bella's Lullaby by Edward Cullen

16.8.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hey, hey, hey! Best tak lullaby ni? Yang tengah dengar sekarang ni... So perfect! I love it! Muaaahhh... Kla, tu je nak cakap. Hahaha. Nak pergi sekolah dulu... CHOW! Hari ni pakai mask. Uhuxxx... ;p

Wallahualam.

Surat untuk ADAM

13.8.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hmm... Hari ini aku ada petik sesuatu dari iLuvislam.com.


Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.

Adam,
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.

Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?

Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.

Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?

Adam,
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!

Adam,
Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri. Wallahualam.


Renung-renungkan...

Wallahualam. =)

12.8.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


Renesmee (Ruh-NEZ-may) Carlie Cullen (born on September 10, 2006) is a half vampire/half human, and a member of the Olympic Coven. She is the imprinted of Jacob Black and the daughter of Edward and Bella Cullen. Renesmee's Paternal grandparents are Edward and Elizabeth Masen Sr.. She is the granddaughter of Charlie Swan and Renee Dwyer as well as the adoptive granddaughter of Carlisle and Esme Cullen. She is the niece of Alice and Emmett Cullen, as well as the adoptive niece of Rosalie and Jasper Hale.

Renesmee is considered to be Edward and Bella's "miracle", because of what it took to keep her and her mother alive through the pregnancy. Renesmee also has the special power to show people what she is thinking. In the beginning, Bella despises Jacob for giving her daughter a nickname.


Ahah! Tu pendahuluan untuk hari ini! Hihihihi... Renesmee Carlie Cullen. What a perfect name for a beautiful girl. ^^

Okey, okey... Kes H1N1 masih lagi menjadi topik perbualan masa ini.

Pagi tadi, dalam perjalanan ke sekolah, aku sempat berborak dengan kakakku.

"Orang cakap Amerika Syarikat dah ader penawar bagi penyakit H1N1, cume tak nak kasi kat kite. Diorang nak tunggu untuk jual penawar tu, NAK BUAT DUIT." ujarku. "Orang cakap lagi, dioranglah yang cipte penyakit tu, campur selsema burung dan whatever!" dengus aku lagi.

"Habis tu? Nak buat camane?" kakakku hanya mengerutkan dahi.

"Entah! Tunggu Nabi Isa turun dan lahirnya Imam Mahdi la..." jawab aku sambil tersenyum.

****************
Aaaaa............... Huhuhuhu. Tak tau daa nak cakap aper... K, markah OTI 2 da dapat cikit.

English - 98 (sikit jer agih)
KH - 92 (huhuhu. melompat aku. ingatkan tak dapat 90 pun)
Maths - 68 (what's going on here?)

Tu jerla... Aku tak tau arr camane Maths tu. Yang paling susah, ALGEBRAIC EXPRESSIONS! Wow, aku memang paling tak suke topik tu. Ade yang dapat 80 lebih. 86 pun ramai. Amir, si budak bijak tu dapat 88! Oh, no! Huhuhuhuhuhu. Sofiah pun dapat 86. ^^

Maths, sebab-sebab tak dapat A - tak study langsung! Why tak study? Aku fokus ngan Geografi. Huuuuuuuuuuuuu~~~~ Dari petang sampai ke malam aku duk menelaah buku Geografi je. Tadi, cikgu Geo masuk, beliau cakap tak ade pun kelas aku dapat A. Paling tinggi, 72, siapa lagi kalau bukan... Amir!
Cikgu cakap lagi, ramai yang dapat 40 lebih. Hatoiiiiiii...... Cikgu cakap markah aku merundum jatuh. Tapi cikgu tak nak kasi markah. Cikgu kecewe ngan kami semue (seluruh pelajar form 1). Sebab seramai-ramai kami, hanya seorang yang dapat A!!! Kalau aku jadi cikgu pun, aku kecewe.. Kami pun mintak maaf ngan cikgu, MUSLIMAT SAHAJA. Cikgu meluahkan rasa kecewe beliau, beliau tak marah. Sorry, cikgu! Aku rase nak nanges je mase bersalam ngan cikgu. ='(

BM? BM tadi cikgu kasi jawapan je, tande kertas sendiri. Tapi tak bincang. Cikgu cakap hari Isnin ni bincang, so dapat la buat pembetulan, mungkin markah akan ditambah. Yeay! (gembira dalam kesedihan)

*****************

TENSION.....!!!!!!!!

Wallahualam.

H1N1

11.8.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Dalam sibuk-sibuk kami (pelajar SHAMS) menghadapi imtihan, ramai jugak pelajar yang terpaksa dikuarantin kerana disyaki ada simptom-simptom penyakit tersebut. Budak kelas aku 3 orang dah disyaki. Kebanyakannya budak asrama. 2 boys, 1 girl.

Hari itu semasa budak perempuan tu tak hadir, aku bertanya dengan Athirah.

"Kenapa Shana tak datang?" soalku.
"Kena kuarantin. Disyaki H1N1. Tunggu positif je." jawabnya.

Aku tertawa kecil. Ade plak cakap camtu, "Tunggu positif je." Slamber dek je... Tapi memang dah ramai yang kena. Tadi, pengumuman pun ada dibuat, semakin meningkat dah kes ni. Digalakkan pakai mask (oleh PBSM).

So, kami warga SHAMS telah mengadakan solat sunat hajat bagi mengelakkan penyakit tersebut terus menular. Cuma sekolah kami tak cuti lagi. Hehehehe...

Erm... Tadi mase tengah borak-borak dengan geng-geng aku (Ainul, Sofiah, Ain dan Raihanah) Athirah pun ada, kami ada bincang pasal kes ni.

Ainul: Ingat tak Irfan bagi tazkirah hari tu? Yang ada ayat al-Quran cakap, akan ada satu penyakit ni yang akan merebak dan terus merebak. Adanya penyakit ni maka kiamat sudah dekat.
Sofiah: Surah apa?
Ainul: Tak tahu, lupalah.
Athirah: Kiamat? Erm... Ade jugak yang beritahu antara 3 negeri di Semenanjung Malaysia ni (Terengganu, Pahang & Kelantan) akan ditenggelami air.
Raihanah: A'ah! Cikgu cakap kalau Empangan Kenyir tu pecah, dalam mase beberape saat tenggelam daerah Kuala Berang, dalam masa seminit, tenggelam satu Terengganu.
Ain: Takutnyeeee... *muke memang serius takut*

Aku hanya tekun mendengar. Tiada hujah lagi yang dapat diperkatakan. Semuanya kuasa Allah. Kemudian, kami membaca surah Yasin bersama-sama. Doa dibaca oleh Athirah (well, sebenarnya aku yang sepatutnya baca, tapi dah Athirah ade sekali, dia la bacakan).

***********
Imtihan? Science boleh tahan... English? Sempat tidur lagi setengah jam! Sekelas terlena..! Huhuhu. KH? Erm... Okayla. Aku biase-biase jer. Tapi semalam punye imtihan memang serabutlah! PAI dan GEO! Kenape susah sangat, ha?

~~~berdebar menanti hari esok (Bahasa Arab dan Sejarah!)~~~

Wallahualam.

The Imtihan week.

10.8.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


Ahah! Gambar kat atas tu gambar mase aku tengah study. Baru je. Well, minggu ni minggu Imtihan. 3 days je, pastu free!! (kate Syakirah: Free ape kalau result jatuh?) A'ah jugak... Memang aku study main-main je untuk imtihan ni. Dunno why la... Rase malas sangat. Syaitan di mane-mane! Aku tengah study Science mase nih. Tengok aku lipat tudung, wow, tak pernah pun lipat camtu tau! Memang tengah serabut giler mase nih. Hehe...


Ni bahan study. English, KH dan Science. Wow. Kamus ade jugak kat situ. Science kan dalam English... English tak study pun. Menelaah buku Science selame 1 jam kemudian, konon-konon nak bace KH la plak. And... I end up blogging. Hahaha.

Geografi = too difficult!
PAI = I think it's easier than Geography.
Maths = I dunno! Algebraic Expressions makes me faint. ^^
BM = Erm... Dunno. Kinda okay kot.

(10th August 2009)

*************

Esok, KH, Science and English. Sivik pun! ^^
Luse, Sejarah, Bahasa Arab, dan PSV! @_@

Hari Khamis takde imtihan dah. Mungkin dapat result ^^
Berdebar ni, takut tak dapat 9A... vv

Sampai sini jelah. Nak study KH plak ni. Huhuhu! All the best to me! And all of my friends! Wallahualam.

Wassalam.

Cerpen - Teguhnya Tugu Persahabatan

8.8.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

So, hari ini, nak kongsilah sebuah cerpen untuk korang. Selamat membaca~!

Malam itu, Sofea bersiap-siap untuk ke reunion sekolah rendahnya. Seingat dia, Badrul yang anjurkan reunion itu. Dia menelefon kawan baiknya, Maisarah untuk pergi bersama. Walaupun mereka sudah tiga tahun berpisah, mereka masih dalam hubungan. "Mai, awak dah siap ke belum? Nanti saya suruh Pak Omar fetch awak, ya! Saya tak sabar nak jumpa kawan-kawan lama kita ni!" ujar Sofea girang. Mereka berdua menuju ke Restoran Sri Aman, tempat di mana reunion dijalankan. Mereka ditempatkan di bilik berhawa dingin. Tidak ramai yang dah sampai, adalah 14 orang. Amboi, sikit betul. Tak sudi nak jumpa kawan-kawan lama ke? Hehehehe! Semua mata memandang Sofea yang kelihatan cantik bertudung labuh menutup aurat. Pakai jubah lagi. "Eh, kenapa semua tengok aku macam ni?" soal Sofea sambil tersenyum manis. "Tak... Kau nampak lainlah. Alim semacam je," Firdaus yang sememangnya mulut tak ada insurans itu tersengih. "Duduklah," Alisya menjemput mereka duduk. "Siapa yang anjur reunion kita ni?" soal Maisarah. "Yoyo. Hehehe... Badrul. Sebenarnya mak ayah dia. Dia 'kan kaya," Ameer menjawab. "So, only us je ke? Takkan 16 orang je... Tak semangat betul!" Maisarah mendengus. "Ala, nanti sampailah tu. Kau ni tak sabar-sabar, sama je macam dulu, darjah enam. Kita ni dah form 3 kau still macam ni. Hehehe," Badrul mengusik. Sofea melihat sekeliling. Hafiz, Ikmal, Hairi, Shahrin, Badrul, Firdaus, Maisarah, Alisya, Balqish, Nurul, Ainaa, Fateen, Khairul, Khairil (kembar Khairul) dan Johan. Campur dirinya sendiri dah 16 orang. "Hmm..." Badrul bersuara. "Tak nak kenalkan diri ke?" soalnya sambil tersengih. "Amboi... Mentang-mentanglah tiga tahun dah tak jumpa, kau dah tak kenal kami... Sedih betul!" Fateen menjeling Badrul.

"Ala... Aku gurau jelah! Tu pun nak terasa. Fateen, Fateen. Kau pun sama macam Mai, tak berubah," Badrul tersenyum. "Kau, Fea? Kenapa diam?" soal Badrul. "Erm..." Sofea hanya menunduk. Kena jaga pandangan. Hehehe. 'Hah, yang ni berubah. Dulu, dia paling kepoh. Sekarang, dah masuk sekolah agama, terus berubah. Bagus, bagus,' bisik Badrul sendirian. Setahunya, Shahrin, Hafiz, Balqish dan Sofea yang masuk sekolah agama. Sebab tu semua diam, tak banyak bercakap. Shahrin dan Hafiz tak tegur perempuan, Sofea dan Balqish hanya bersuara perlahan ketika bercakap. "Assalamualaikum!!!" beberapa orang jejaka masuk ke dalam bilik berhawa dingin itu. Riaz, Ariff, Rizal dan Zain. Empat jejaka paling kacak di sekolah rendah dulu dan kini bersekolah di sekolah agama berasrama penuh. Dah berubah sekarang... Hahaha. "Waalaikumussalam..." jawab semua hampir serentak. "Cukup ke 20 orang? Kau ajak 20 orang je?" soal Nurul. Badrul mengangguk. "Makanan mana? Aku lapar ni," Ariff yang suka berjenaka itu tersengih. "Kau ni... Nama je sekolah agama berasrama penuh, tak sabar betul," tegur Zain. Air mukanya jernih sekali. Lebih jernih berbanding yang lain. "Kejap," Badrul keluar dan masuk kembali. Mereka berborak-borak seketika sementara menunggu makanan tiba. Pintu terbuka dan beberapa orang pelayan masuk membawa dulang penuh makanan. "Eh, banyaknya... Tak habis nanti membazir," Balqish bersuara. Semua mata memandangnya. "Betul Qish cakap tu," Sofea menyokong kata-kata Balqish. Shahrin dan Hafiz mengangguk-angguk. "Tapi, dah sampai ni, makan jelah. Asal lain kali jangan buat macam ni lagi," Riaz menenangkan semua.

Mereka makan dengan berselera. Sambil-sambil tu berpeluang berbual mesra melepas rindu. Selesai makan, masing-masing tak nak balik, masih mahu meneruskan perbualan. "Kawan-kawan, aku rasa aku minta diri dululah. Lewat-lewat nanti, Ummi dan Ayah aku marah pula. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi..." Sofea tersenyum manis. "Mai, awak balik dengan saya ke tak?" soal Sofea, merenung Maisarah. "Erm... Tak, saya nak berborak dulu. Nanti saya balik naik teksi," jawab Maisarah. "Eh, bahayalah naik teksi! Tak apa, nanti saya suruh Pak Omar ambil awak, okey..." Sofea tersenyum lagi. 'Aih, baiknyalah hati budi kawan aku ni... Terharuuuu...' desis Maisarah. "Tak apalah. Saya balik dengan awak," Maisarah bangun dan memegang tangan Sofea. "Kami balik dulu..." Maisarah melemparkan senyuman penuh ikhlas kepada kawan-kawannya. Mereka berdua bergerak ke luar dari restoran itu. Sofea menerima satu mesej. Dia membuka mesej itu dan mengeluh. "Kenapa?" soal Maisarah. "Pak Omar kena ambil abang dekat Dungun, jadi tak ada siapa yang nak ambil. Kereta Ayah dua-dua ada di bengkel," Sofea memandang Maisarah. "Kita naik teksi jelah..." cadang Maisarah. "Terpaksalah," Sofea mengatur langkah bersama Maisarah. "Tunggu..." satu suara kedengaran. "Balik dengan saya tak apa. Lagipun, driver saya dah sedia menunggu," Maisarah memusingkan badannya untuk melihat siapakah gerangan empunya suara. Shahrin, dan di sebelahnya Zain. "Err... Tak mengapalah," Sofea cuba menolak pelawaan itu. 'Kenapa dengan awak ni? Awak takut naik teksi, dia orang ajak tumpang awak tak nak,' bisik Maisarah. 'Mai, saya lebih takut Allah daripada takut naik teksi,' balas Sofea. Maisarah tertunduk. Dia tahu Sofea memang tak boleh bersama lelaki. Kawannya yang seorang itu terlalu menjaga batas-batas pergaulan antara perempuan dan lelaki. Dididik di sekolah agama, keluarga pula asal keturunan alim ulama'.

"Kami janji tak buat apa-apa dengan awak berdua. Kami pun takut Allah," Zain seakan-akan mendengar bisikan Sofea. "Dahlah... Jomlah. Bahaya naik teksi malam-malam macam ni. Bukan awak tak tahu negara kita ni macam mana..." Shahrin menambah. "Err...o..okay..." Sofea terpaksa menerima pelawaan itu. Telefon Sofea berdering... "Assalamualaikum. Oh, Ayah... Okey, Fea tunggu. Waalaikumussalam," Sofea tersenyum girang. "Maaflah, Zain, Shahrin... Ayah saya datang ambil. Mai, awak nak ikut dia orang balik?" soal Sofea sambil tersengih. "Hah, jangan nak mengada-ngada. Dah ayah awak yang ambil, balik dengan ayah awaklah!" Maisarah menjeling Sofea. Zain dan Shahrin meminta diri. Tanpa sesiapa ketahui, Zain sedikit kecewa kerana... Hmm... Sofea tak jadi dihantar pulang. Dia sendiri tak tahu perasaan hatinya. Malam ini, sejak melihat Sofea yang berubah itu... Ah, hatinya sedikit diganggu gugat. Cinta? 'Nau'uzubillah...' desis hatinya. "Zain, kau kenapa? Termenung jauh nampak..." Shahrin memandang sahabat baiknya dari sekolah rendah itu. Cuma, mereka dipisahkan oleh sekolah. Hehehe. Shahrin sekolah agama harian biasa manakala Zain sekolah agama berasrama penuh. "Nothing..." jawab Zain. "Bimbang dengan keputusan PMR nanti?" soal Shahrin lagi. Zain memandangnya lalu tertawa kecil. Sedikit pun dia tidak terfikirkan keputusan PMR. Tapi hatinya sedikit lega kerana PMR telah berlalu. Cuma SPM yang bakal menjelma. Yang tu, fikir lepas cuti nantilah. Hehehe... "Taklah. Tak terfikir ke situ pun. Adalah..." Zain cuba berselindung. "Hmm... Ni mesti... Pasal Sofea Mardhiya, 'kan?" Shahrin bagai ahli nujum pula, boleh baca fikiran orang. Zain sedikit tersentak tetapi cuba bersikap selamba. "Hmm... Kenapa kau cakap macam tu?" soal Zain.

"Kau tak tahu, Zain. Aku satu sekolah dengan dia. Ramai kawan aku, senior aku yang minat dekat dia. Tapi, Mardhiya tak layan lelaki. Tadi pun, kau tak ingat, dia langsung tak bercakap dengan mana-mana budak lelaki dalam restoran tadi? Aku pun ada juga kecil hati dengan dia, aku tegur dia buat tak tahu je... Hafiz lagi teruk, dia langsung tak kenal. Tadi pun aku rasa dia TERPAKSA berbual dengan kita," Shahrin memasuki kereta. "Baguslah kalau macam tu..." Zain tersenyum. Wah, berbunga-bunga pula hatinya. "Wei, tak nak balik ke?" soal Shahrin dari dalam kereta. "Eh, tunggu! Hehehe," Zain terkocoh-kocoh memasuki kereta. Kereta mewah itu bergerak dan menyusuri Jalan Stadium Sultan Mizan. Shahrin memerhati sebuah kereta yang tersadai di tepi jalan. "Pak cik, berhenti kejap. Saya rasa macam kenallah kereta BMW tu," Shahrin memandang Zain. "Sofea?" soal Zain, inginkan kepastian. Shahrin mengangguk. Dia dan Zain kemudiannya turun dan mendekati seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an. "Uncle Syafiq?" Shahrin tercegat di sebelah Dato' Syafiq, seorang ahli korporat berjaya. "Eh, Shah... Shah apa? Shah... Shahrin!" Dato' Syafiq hanya ingat-ingat lupa nama Shahrin. "Kenapa?" soal Zain. "Eh, kamu ni bukan ke anak Dato' Farhan?" soal Dato' Syafiq sedikit terkejut. "Ya, saya... Macam mana kenal, uncle?" soal Zain. "Muka kamu memang iras-iras dia masa muda dulu. Handsome!" puji Dato' Syafiq seraya tersengih. Sofea dan Maisarah keluar dari kereta. "Mardhiya?" Shahrin memandang Sofea yang sedang menunduk. 'Kenapa kau panggil dia Mardhiya?' bisik Zain. 'Dia yang suruh semua orang panggil dia dengan nama tu, tapi kat sekolah kami jelah,' balas Shahrin. Zain mengangguk. "Uncle, tumpang kami jelah. Lagipun..." Shahrin tiba-tiba menghentikan kata-katanya. 'Hah, nilah dipanggil KERANA MULUT BADAN BINASA,' perli Zain.

Sebenarnya Shahril terlepas cakap. Kalaulah diajak Dato' Syafiq, Sofea dan Maisarah... Semestinya Dato' Syafiq di seat hadapan dan dua orang lagi tu... Terpaksa duduk di sebelah mereka! Semestinya sempit dan mereka terpaksa duduk rapat-rapat... Nau'zubillah! "Uncle pun tak tahu nak kata apa... Kereta ni dah banyak kali masuk keluar bengkel. Dugaan betul... Nak suruh Pak Omar, dia ke Dungun ambil Abang Sofian. Kereta satu lagi masuk bengkel. Pening," bebel Dato' Syafiq. "Assalamualaikum, Dato'... Ada masalah ke?" Encik Farid, pemandu peribadi Shahrin memunculkan diri. "Eh, Farid! Hmm... Macam nilah, asyik rosak je," Dato' Syafiq tersenyum tawar. "Tumpang kami jelah..." kata-kata Encik Farid itu membulatkan mata Shahrin dan Zain. "Eh, kenapa dengan kau orang berdua? Kena sampuk?" soal Maisarah. 'Mai! Tak baiklah cakap macam tu!' bisik Sofea. "Tapi... Muat ke?" soal Shahrin. "Astaghfirullahalaziim... Shahrin, Shahrin. Tak sedar ke kereta yang kita naik itu kereta Unser? Mustahil kalau tak muat. Badan kamu berempat pun bukanlah besar sangat," Encik Farid menggeleng-geleng kepala. Shahrin dan Zain tersengih... Oh, mak! Malunya! Asyik sangat berborak dalam kereta tadi, terlupa mereka menaiki kereta besar. "Oh... Tak sedar! Hehehehehehehehe..." Shahrin dan Zain senyum meleret. Sesekali pandangan Zain disinggahkan ke wajah mulus Sofea. Wah, ni betul-betul kes jatuh cinta ni! 'Tak baik renung perempuan lama-lama... Nama je sekolah agama...' sindir Shahrin lalu ketawa. Zain menjeling Shahrin tajam. 'Huh, kau tu tengok Mai lama-lama tak apa pula?' kali ini Zain pula yang tersenyum lebar. Shahrin tersipu-sipu, tak sangka Zain menyedari akan tindakannya merenung Maisarah. "Bermesyuarat apa lama-lama tu? Jomlah balik," Encik Farid menuju ke kereta Unser mewah itu.

Dalam kereta, Shahrin dan Zain rancak bercakap. Sofea hanya memandang ke luar tingkap kereta. Maisarah? Zzzz... Dah lena dah... Buruk betul perangai! "Mai, Mai... Dah sampai," Sofea mengejutkan rakannya itu. "Uh? Dah sampai? Sampai mana?" tanya Maisarah, masih lagi mamai. "Rumah sayalah..." ujar Sofea perlahan. Shahrin dan Zain hanya memandang dua gadis sunti itu. 'Mungkin kalau kau yang kejutkan, Mai akan bangun,' bisik Zain. Shahrin buat-buat tidak dengar. "Mai!" Sofea memukul lembut tangan Maisarah. "Opocot mak kau!" latah Maisarah membuatkan Zain dan Shahrin tersenyum. "Eh, cepatlah turun! Kesian Encik Farid dan Shahrin, Zain balik lewat-lewat nanti," bebel Dato' Syafiq dari luar kereta. "Hah, awak dengar tu! Ayah saya dah membebel. Cepatlah..." rayu Sofea. "Yalah... Hehehe," Maisarah dan Sofea keluar dari kereta. "Terima kasih, pak cik," ujar Sofea sopan. "Pak Farid je? Kami?" Shahrin cuba mengusik Sofea. Dato' Syafiq sudah lama memasuki rumahnya yang tersergam indah penuh mewah. "Shahrin, awak ni tak belajar agama ke? Main cakap je dengan perempuan tanpa ada hal penting? Nama je sekolah agama..." suara Sofea tegas sekali bunyinya. Shahrin terdiam. Hah, sudah... "Sabar, sabar. Ala, kita baru jumpa. Takkan tak boleh bermesra langsung? I mean, mesra sebagai kawan. Bukan yang bersentuhan itu dipanggil mesra, just berbual untuk tahu macam mana keadaan diri sekarang. Lagipun, kita tetap kawan, kawan lama. Takkan tiba-tiba nak putuskan hubungan sebab takut orang salah anggap? Apa peduli kata orang?" Zain sudah memulakan hujah-hujahnya. Ada bakat jadi peguam ni. "Dahlah..." Sofea menarik Maisarah menuju ke dalam rumah. 'Fea... Ish, tak baiklah buat macam tu kat Zain,' bisik Maisarah perlahan. "Awak diam. Saya tengah panas hati ni. Jangan menyimbahkan lagi minyak di api yang tengah membara ni," balas Sofea tegas.

Maisarah sudah tidak tahu hendak berkata apa-apa. Dia hanya mengiringi Sofea menuju ke biliknya yang serba mewah. Dia merebahkan badannya ke atas tilam yang empuk itu. Dia memandang siling berwarna merah jambu dihiasi bunga-bunga di sekitarnya. Comel! Tenang... Eh, kenapa dia emosi sangat? Oh, Zain. Dia rindukan jejaka itu, tetapi dia tak mampu buat apa-apa. Dia sendiri tidak sedar perasaan cinta yang sedang terputik di hatinya. Maisarah pula melabuhkan punggung di atas katil itu. Dia hanya memerhatikan Sofea yang sedang termenung itu. "Ehem..." Maisarah cuba menarik perhatian kawan baiknya itu. Sofea menjeling Maisarah sekilas. "Hmm..." Sofea hanya merenung siling. Sofea bangun dan menukar pakaian tidur. "Mai, baju tidur ada dalam almari saya. Pilih je yang mana berkenan. Saya tidur dulu. Kalau awak nak pakai internet, on je laptop tu. Rumah saya ni ada wireless. Selamat malam," ujar Sofea. Seketika kemudian, Sofea sudah terlelap. Maisarah berjalan menuju ke almari besar yang dimaksudkan. Dia mengambil baju tidur Sofea berwarna ungu. Setelah menukar pakaian, dia membuka laptop Sofea. Maklumlah, anak orang kaya. Dia sign in Yahoo! Messenger. 'Siapa pula yang add aku ni? Macam-macam,' bisik Maisarah sendirian. 'Shahrin? Zain? Badrul? Balqish? Alisya? Khairul dan Khairil?' bisiknya lagi. Mak oii... Ramainya yang add. Kalah artis ni! Hehehehe... "Fea! Bangun!" tiba-tiba je Maisarah mengejutkan Sofea yang sedang lena itu. "Uh? Apalah awak ni. Terkejut saya tau..." ujar Sofea masih dalam keadaan mamai. "Mari sini! Tengok siapa add saya kat YM!" Maisarah terlonjak gembira. "Zain? Shahrin? Balqish? Badrul... Alisya... Kembar si Khairul, Khairil? Kenapa?" Sofea menggosok matanya. "Awak onlinelah! Guna komputer awak tu. Kita masuk conference sama-sama. Okey?" Maisarah menggunakan bahasa yang paling lembut bagi membodek kawannya itu. Sofea, dalam keadaan separuh terpaksa, setuju juga. Orang yang sama menambahnya sebagai rakan. Apa lagi, masuk conferencelah!

Mai: Salam semuanya!
Zain: Wassalam.
Shahrin: Salam...
Alisya: Salam, Mai.
Balqish: Wassalam, Maisarah Raudhah.
Badrul: Yo!
Khairul: Waalaikumussalam.
Khairil: Waalaikumussalam.
Mai: Fea... Where are you?
Sofea: I'm here, okay...
Alisya: Rul, thanks for the dinner tadi.
Badrul: No problemo! Haha.
Khairul: Eleh, Sya. Kau mesti ada hati dengan Rul 'kan... Cinta pandang ke-100!
Khairil: *icon ketawa*
Balqish: Tak baik cakap macam tu, Khairul. Fitnah tu berdosa tau!
Mai: Hah, ustazah dah masuk!
Zain: Betullah Qish cakap tu.
Shahrin: Betul, betul, betul! *gaya Upin & Ipin*
Balqish: Fea, kenapa diam je?
Mai: A'ahlah...
Alisya: Fea?
Sofea: Tak ada mood nak chatlah.
Zain: Sebab?
Shahrin: Marahkan kau, mungkin. *ditujukan untuk Zain*
Badrul: Kau orang putus cinta ke? *joking*
Zain: Shut upp!!!
Sofea: Diam, Badrul!
Alisya: Wei! Aku add kau orang bukan untuk gaduhlah...
Badrul: A'ah. Aku gurau je.
Mai: Weh, kau orang ni tak tahu ke budak-budak ni semua sekolah agama. Tak bolehlah nak gurau-gurau sikit. Bercakap lelaki perempuan pun tak boleh!
Shahrin: Mai, kau ni dah lebihlah...
Mai: So?
Sofea: Mai!!!
Zain: Mai, jangan jahil sangat, okey...
Badrul: Rileks!!!
Alisya: Sabar... Sabar...
Khairul: Sabar itu sebahagian daripada iman. So, banyak-banyakkan bersabar.
Khairil: Betul tu, Khairul.
Balqish: Pandai kau sekarang, Khairul. Haha.
Zain: Sofea, awak tak nasihat ke kawan awak bernama Mai tu?
Shahrin: Entah... Cik Mardhiya ni tak nasihatkan Mai ke? Kata kawan baik?
Balqish: Wei, janganlah cakap macam tu... Apalah kau orang ni!
Sofea: *sign out*
Mai: Haa... Tulah kau orang. Cari pasal dengan dia. Dahlah dia tengah bad mood tu.
Mai: *sign out*
......................................................................................................................................

"Fea, awak okey?" soal Maisarah. "Dahlah. Saya mengantuklah!" dengus Sofea. Sofea merebahkan tubuhnya ke atas katil dan terus memejamkan mata. Tanpa sedar, air matanya mengalir. Hangat. Dia rasa terhina dikatakan tidak menasihati kawan sendiri. Dia sudah mencuba, tapi Maisarah sendiri tidak mahu mendengar kata-katanya. Sudah jenuh, sudah berbuih mulutnya! Dia juga terasa kerana yang memerlinya ialah Zain, jejaka yang dicintainya! "Fea... Saya minta maaf..." Maisarah menyentuh lembut bahu Sofea. Dia tahu sebenarnya hati dia sendiri yang keras, tak mahu mendengar nasihat Sofea. Syaitan sentiasa menjadi temannya. Mendengar maaf Maisarah, Sofea makin kuat tangisnya. "Saya tahu saya salah. Selama ini, saya tak nak dengar nasihat awak. Saya tahu awak terasa dengan kata-kata sindiran pedas Zain dan Shahrin. Awak terasa sebab awak sayangkan saya, 'kan?" air mata Maisarah akhirnya gugur. "Dahlah..." Sofea bangun dan memeluk Maisarah. Keakraban mereka berdua memang tidak boleh dipertikaikan. Sofea yang seringkali mengalah menyebabkan hubungan mereka tidak pernah terjejas. Mereka akhirnya tertidur. Penat agaknya bergaduh. Pagi itu, setelah bersiap-siap, mereka dikejutkan dengan kedatangan dua orang tetamu. Dato' Syafiq yang menjemput mereka berdua. Sofea hanya berlagak biasa, begitu juga dengan Maisarah. Kali ini, mereka berempat makan semeja lagi. Sofea hanya menjamah sekeping roti disapu mentega. Maisarah pula... Hmm... Nasi goreng satu pinggan, bersama ayam goreng dan kentang goreng. Manakala dua jejaka itu pula mengambil sepiring nasi goreng setiap seorang.

"Dik, layan tetamu. Abang ada hal sikit. Ayah dah keluar pergi kerja, Ummi pergi jumpa Mak Su. Kakak belajar menjahit dengan Mak Uda. Nanti kejap abang balik, okey. Assalamualaikum," pesan Sofian Mardhi, abang sulung Sofea. Sofea hanya mengangguk. "Tambahlah lagi..." Sofea cuba berbaik-baik dengan Zain dan Shahrin. "Ehem... Awak tu yang patut tambah. Takkan makan roti je?" Maisarah menjeling Sofea sekilas. "Saya tak laparlah..." jawab Sofea. "Hmm... Kalau kehadiran kami buat awak tak ada selera, kami rasa baik kami balik dululah," Zain sedikit terasa dengan kata-kata Sofea. "Eh, tak! Pagi-pagi macam ni saya tak biasa makan berat-beratlah. Sorry kalau terasa... Sorry sesangat," Sofea sungguh-sungguh menghormati tetamunya itu. Maisarah menjeling Sofea semacam. Ai, semalam bukan main lagi berapi dengan Zain. Hari ini, lain pula? 'Kenapa dengan awak?' bisik Maisarah. "Kita mesti hormat tetamu. Awak tak dengar ke abang saya cakap apa tadi?" selamba sahaja Sofea bersuara. Shahrin dan Zain saling berpandangan. "Kami minta maaf pasal semalam..." ujar Shahrin. "Yalah. Tapi, tak apalah. Saya dah lupakan semuanya," Sofea mengunyah roti sapuan mentega itu perlahan-lahan. Diam. Keadaan jadi sepi. Maisarah memandang Shahrin, lelaki yang diminati sejak di bangku sekolah rendah lagi. Shahrin juga tatkala itu memandang wajah putih Maisarah. Pandangan mereka bertaut, segera Shahrin alihkan pandangan. Zain memandang Sofea, sepi... Tiada reaksi langsung. Fikirnya, mungkin cintanya untuk Sofea tak terbalas. Seketika, dia teringat pesan seniornya di sekolah. "Simpan perasaan cinta itu. Biarlah cinta kita untuk Allah yang satu, Rasulullah kekasih Allah dan keluarga kita. Wala takrobuzzina. Maksudnya, dan janganlah kamu mendekati zina. Sedangkan mendekati zina pun kita tak boleh, apatah lagi melakukannya," itulah kata-kata Akhi Umar Thilmisani dalam majlis tazkirahnya sebelum cuti tempoh hari. 'Astaghfirullahalaziim...' istighfar Zain sendirian.

Sofea pelik memandang Zain, Shahrin dan Maisarah masing-masing menyepi. Zain dan Shahrin, muka insaf manakala Maisarah pula mukanya sedikit kelam. "Assalamualaikum," Sofian tiba-tiba muncul. "Eh, Shahrin dan Zain belum balik! Baguslah, ni abang bawa balik something special," Sofian tersenyum manis, wajahnya dan Sofea persis jika mengukir senyum. Sofian mengeluarkan sebuah kotak kek. "Selamat hari lahir, Sofea Mardhiya!" Sofian memeluk adiknya. 'Eh, hari jadi aku ke? Lupalah pula...' bisik Sofea sambil tersenyum. Maisarah, Zain dan Shahrin juga tersenyum. Mereka sebenarnya sudah tahu. Saja je mewujudkan suasana sepi tadi... Hehehe. "Ayah, Ummi dan kakak pun ada! Abang tipu je tadi..." Sofian tersengih. "Tipu berdosa tau!" Sofea tersenyum lagi. "Selamat hari jadi, Sofea..." Zain tersenyum ke arah Sofea. Pandangan mereka bertaut, segera masing-masing melarikan anak mata masing-masing. "Mardhiya, selamat hari jadi!" ujar Shahrin girang. "Selamat hari jadi, kawanku!!!" Maisarah memeluk dan mencium pipi Sofea. "Selamat hari lahir, sayang..." Puan Maria mencium dan memeluk anak bongsunya penuh kasih sayang. "Adik, nanti kakak bagi hadiah, okey... Happy birthday!" Sofiatul Mardhini memeluk adiknya. "Dah besar anak ayah..." Dato' Syafiq mencium anak perempuannya yang bongsu itu. Mereka memotong kek vanilla cheese itu dan makan dengan berselera. Sekali lagi, Zain merenung Sofea. Ah, Sofea sedikit pun tidak menyedari renungannya itu. Zain mengeluh. 'Kau, apa hal tiba-tiba mengeluh? Abang Pian tengok kau semacam pula,' bisik Shahrin yang bersebelahan dengan Zain.

'Entahlah...' jawab Zain seperti biasa. "Mai, jom kita duduk kat luar," Sofea menarik tangan Maisarah. Mereka masing-masing membawa sepinggan kek. "Eh, awak ni! Ingatkan apalah tadi," Maisarah menyuap kek yang enak itu. "Awak sedar tak?" soal Sofea. Maisarah memandang Sofea dengan hairan. "Apa dia?" soal Maisarah kembali. "Shahrin... Asyik pandang awak je! Hehehe," Sofea tersengih. "Amboi, amboi, amboi, amboi... Awak tu tak sedar ke Zain asyik renung, jeling, tengok awak?" Maisarah mengembalikan paku buah keras. Uh, zaman sekarang mana ada lagi paku buah keras! Maisarah terlihat kelibat Zain di sebalik pintu, sedang memerhatikan mereka. "Aduh, saya sakit perutlah! Saya masuk kejap, awak tunggu sini!" Maisarah berpura-pura berjalan terkepit-kepit. Sofea berkerut mukanya. 'Tiba-tiba je...' desisnya. Dia memandang bunga ros merah di hadapannya. 'Wah, cantik betul! Rajin Ummi tanam...' bisiknya sendirian. "Secantik awak..." Zain tanpa semena-mena memunculkan diri. "Erk..." Sofea berundur setapak. "Zain... Erk..." Sofea terkaku di situ. "Awak tahu, 'kan... Tak baik lelaki perempuan berdua-duaan..." Sofea menundukkan pandangannya. "Saya tahu... Tapi saya nak beritahu awak sesuatu. Lepas tu, saya akan pergi. Saya janji," Zain juga menunduk. "Okey... Cakaplah," Sofea bersuara perlahan. Mereka langsung tak sedar yang mereka diperhatikan oleh Maisarah dari tingkap dan Shahrin di tepi pintu. "I...I'm sorry!" ujar Zain dan saat itu dia terus pergi seperti janjinya. Sofea terkebil-kebil sendirian. 'Kenapa dengan Zain tu?' fikirnya sendirian. Seketika, dia teringat pesan senior di sekolah. "Lelaki ni memang nafsunya wanita. Jadi, dia orang kena pandai tahan nafsu, kalau tak... Macam-macam dia orang boleh buat. Meski sekolah agama sekali pun. Kalau sekolah agama, diri sendiri tak nak terima ajaran agama, kita tak boleh nak buat apa juga..." Kak Darwiha Solehah yang sentiasa jernih tampangnya itu sesekali tersenyum.

Dia sememangnya agak rapat dengan Kak Darwiha. "Fea!" jerkah Shahrin dan Maisarah serentak. Sofea memandang mereka biasa. "Mana Zain?" soal Shahrin pura-pura tak tahu. "Entah. Tadi dia masuk," jawab Sofea selamba. Shahrin masuk kembali ke dalam rumah Sofea yang tersergam indah itu. "Dahlah, Fea... Saya tahu awak sukakan Zain tu, 'kan? Tak payah awak fikirkan sangat. Awak sendiri tahu macam mana perangai insan bergelar lelaki ni. Mereka ni hanya punya satu nafsu iaitu wanita. Sedangkan akal mereka ada 9. Tapi, hanya dengan nafsu yang tak terkawal, mereka tak boleh nak gunakan akal. Macam tulah kiranya..." Maisarah memberi tazkirah percuma lagi bermakna kepada Sofea. Sofea memandang Maisarah, boleh harap juga kawan aku ni, ya. Fikirnya. Dia tersenyum sendiri. "Jomlah kita masuk," Maisarah menarik tangan Sofea lembut. Mereka mengambil tempat di sebelah kakak Sofea, Sofiatul. Sofea tercari-cari kelibat Zain. Alamak, Zain dah balik ke? Fikirnya sendirian. Dilihatnya Shahrin masih lagi dengan seleranya. Banyak pula mamat ni makan. "Pranggg...!!!" bunyi piring jatuh serta pecah dari dapur. "Tak apa... Biar Fea tengok," Sofea menawarkan diri. Sofea segera bangun dan menuju ke dapur. "Ya Allah! Zain!" Sofea tergamam di situ. Zain kaku di atas lantai berjubin itu. Bibirnya sedikit berdarah. 'Zain...' bisik Sofea. Dia meluru ke depan kembali. Semua mata tertumpu ke arahnya. Maisarah melihat wajah panik Sofea, wajahnya bagai tiada darah langsung yang mengalir. "Sayang, kenapa ni? Apa yang berlaku? Cakap dengan Ummi," Puan Maria bersuara lembut.

"Zain... Zain kat dapur..." Sofea tidak dapat meneruskan kata. Air mata hangatnya mengalir. "Habis tu?" Sofian mengangkat kening. Maisarah dapat menduga apa yang terjadi, lalu dia meluru ke dapur diikuti Shahrin. Maisarah duduk di sofa, menangis. Yang lain juga menuju ke dapur. Seketika, abangnya dan Shahrin mengusung Zain dan membaringkannya di sofa. Dia bangun. "Kenapa dengan Zain?" soal Maisarah. Shahrin serba salah. Dia tak tahu bagaimana harus menerangkan perkara yang Zain suruh dia rahsiakan. "Err... Zain... Aaa..." Shahrin tergagap-gagap. "Apa?" soal Dato' Syafiq. "Erk..." Shahrin buntu! "Rin, cakaplah..." Sofea akhirnya bersuara. "Zain sakit...jantung...err...berlubang..." Shahrin memandang Sofea. "Habis? Dia tak berubat? Dia 'kan anak orang kaya? Kenapa dia tak jalani rawatan atau apa-apa? Kenapa? Kenapa biar dia terus sakit macam ni?" air mata Sofea tumpah berjurai. Maisarah menenangkannya. Shahrin tidak dapat menjawab soalan itu. "Err..." Zain mula menggerak-gerakkan jarinya. "Zain, kenapa ni? Sakit? Biar aunty bawa pergi hospital, ya?" Puan Maria yang memang bersifat keibuan itu mengelap sedikit darah di bibir Zain. "Tak apa, aunty. Saya okey," ujar Zain sambil matanya memandang ke arah Sofea. "Biar abang hantar baliklah. Shahrin, Mai, mari abang hantarkan balik sekali. Ke Mai tidur sini lagi?" Sofian memandang Sofea. "Ya..." jawab Maisarah pendek. "Ikut juga hantar dua orang ni!" Sofian tersenyum. Sofea dan Maisarah berkerut seribu. Ah, lantaklah. Ikut je!

Setibanya di rumah Zain, Shahrin memapah Zain menuju ke pintu masuk. "Ya Allah, Zain... Kamu pengsan lagi, ya? Eh, ada tetamu. Jemput masuk," pelawa Datin Mira, ibu Zain. Mereka berlima menjejakkan kaki ke rumah Zain yang serba mewah. Shahrin memapah Zain ke biliknya, kemudian kembali ke ruang tamu. "Hmm... Macam tulah keadaan dia. Uncle dah buat keputusan, kami sekeluarga akan pindah ke London supaya Zain dapat rawatan yang bagus di sana. Hujung minggu ni kami berangkat. Jemputlah ke airport," Dato' Farhan mengukir senyum, manis sekali. Zain memerhati dari biliknya. Dia memandang Sofea, sementara Sofea pula terlihat kelibatnya di sebalik pintu. Pandangan mereka bertaut, segera Sofea mengalihkan pandangan. Dahlah, zaman cinta monyet ni tak payahlah asyik pandang-pandang je. Nanti dari mata jatuh ke hati. Jadi zina hati pula... Tak ke berdosa? Nau'uzubillah. 'Abang, jom kita balik,' bisik Sofea ke telinga abangnya. Sofian mengangguk, dia mengerti perasaan adiknya itu. Perasaan cinta di alam remaja, dia juga pernah mengalaminya. "Uncle, kami balik dululah, ya... Selamat pergi dan selamat balik, InsyaAllah," sayu sahaja ucapan itu terbit dari mulut Sofian. "Sofea, jangan bimbang. Zain akan balik Malaysia cari Sofea nanti..." Dato' Farhan mengusik. Sofea hanya tersenyum hambar. Entahlah, tiba-tiba pula moody ni. Setelah menghantar Shahrin pulang, mereka terus balik ke rumah. "Fea, masam je?" Maisarah cuba memulakan perbualan. Sofea hanya tersenyum hambar. "Dahlah... Forget him... Just focus on your studies. Nanti, lepas habis belajar U, barulah cari dia balik. Hmm?" Maisarah berusaha memulihkan semangat rakan baiknya itu. Sofea mengangguk. 'Kawan aku ni berangan kot. Ada ke lepas U nak cari Zain balik? Tak kuasa aku... Kumbang bukan seekor,' bisik hati kecil Sofea sambil tersengih. 'Sofea... Jangan balik awal sangat!' jerit Zain di dalam hati. 'Semoga kita jumpa lagi...' bisik Zain lalu menutup pintu biliknya.

9 tahun kemudian...

"Mai!!! Cepatlah kemas! Kita dah nak bertolak ni!" jerit Sofea. "Yalah! Tunggu kejap!" Maisarah terkocoh-kocoh memasukkan bajunya ke dalam beg. Ya, Sofea dan Maisarah masih lagi berteman baik. Kini, mereka telah tamat pengajian dalam bidang perubatan di Ireland. "Dah..." Maisarah tercegat di hadapan pintu. "Tak ada barang lagi yang tertinggal?" soal Sofea. "Tak ada..." Maisarah menjawab. "Okey, jom!" Sofea mengunci pintu apartmen itu. "Assalamualaikum..." satu suara menyapa, garau. Maisarah terkebil-kebil memandang pemuda itu. Sofea berpaling dan... Kunci yang dipegangnya jatuh. "Waa...laikumus...salam," jawab Maisarah tergagap-gagap. Sofea? Jawab dalam hati. Sofea tersedar dan mengambil semula kunci yang terjatuh itu. "Jom, Mai. Kita dah lewat," ujar Sofea tanpa menghiraukan pemuda itu. Mereka berjalan meninggalkannya. "Fea..." panggil pemuda itu. Mereka menghentikan langkah. Maisarah berpaling dan memandang tepat ke muka pemuda itu. "Zain? Kau buat apa di sini?" soalnya. "Aku... tinggal di sini. Lupa?" ujar Zain sambil tersenyum hambar. "Tapi bukan di bandar ini..." Maisarah membalas. "Aku dapat tahu dari Shahrin yang kau orang belajar di sini, jadi aku berusaha cari kau orang. Akhirnya aku berjaya jumpa kau orang di saat kau dah nak balik ke Malaysia..." Zain tertunduk, hampa. "Mai, aku cakap kita dah lewat! JOM!" Sofea menarik tangan Maisarah kasar. "Biar aku hantar!" mata Zain menyorot ke arah Sofea yang anggun itu. "Kami boleh naik teksi," ujar Sofea. "Hah, eloklah tu! Jimat duit teksi!" Maisarah sengaja memberi ruang kepada Zain untuk berbincang dengan Sofea.

Sofea menjeling Maisarah. Mereka dihantar oleh Zain ke lapangan terbang. "Zain, berhenti kejap. Aku nak terkucil ni. Hehehe!" Maisarah tersengih ke arah Sofea yang menjelingnya. Zain membelok ke arah stesen minyak terdekat. Maisarah segera berlari-lari anak ke arah tandas. "Sofea Mardhiya..." panggil Zain. Sofea memandang ke luar. "Sofea, tak sudi bercakap dengan saya lagi?" soal Zain. Sofea mengangguk. Dia tersenyum dalam hati. Zain mengeluh. Maisarah yang memerhati mereka dari jauh sengaja membiarkan mereka menunggu. "Tapi saya nak cakap dengan awak boleh?" suara Zain kedengaran seperti merayu. Sofea menggeleng. "Tak baik lelaki dan perempuan bercakap hal-hal yang melalaikan," Sofea bersuara. "Kalau pasal nak mendirikan masjid pun tak boleh? Bukan ke tu sunnah Nabi kita?" soalan Zain tiada jawapan. Seketika kemudian, "Tapi awak di sini, jauh dari saya. Bagaimana kita boleh mendirikan masjid?" Sofea memandang ke luar. "Siapa kata saya nak kahwin dengan awak?" Zain sengaja menduga Sofea. Sofea terkedu, malunya! Dia keluar dari kereta dan berlari ke bilik air. Suara Zain memanggil namanya sayup-sayup kedengaran. Maisarah memasuki kereta tanpa menghiraukan kedua-dua orang kawannya. Dia mengeluh, Zain hanya memburukkan keadaan! "Mai, tolong panggil Fea. Aku...err...tak sengaja tadi buat dia macam tu," Zain memandang Maisarah. "Tulah kau, siapa suruh cari pasal?" Maisarah keluar dan menuju ke tandas. "Fea, jom. Tadi kau cakap yang kita dah lewat," Maisarah meninggikan sedikit suara. Orang yang ke tandas memandangnya hairan. Mungkin tidak mengerti akan bahasa yang dituturkan. Sofea keluar dari satu bilik tandas dengan mata merah. "Jom..." Sofea menarik tangan Maisarah.

Mereka menaiki kereta menuju ke lapangan dengan keadaan sunyi. Tiada langsung bunyi suara sesiapa berbual. Hanya kedengaran keluhan berat yang dilepaskan Zain dan Maisarah. Sofea diam terkaku. Air mata hangatnya masih mengalir deras. Zain hanya memandang Sofea melalui cermin hadapan. Setelah mereka tiba di lapangan terbang, Sofea orang pertama yang membuka pintu kereta dan keluar menuju ke bonet kereta. Setelah bonet dibuka, dia mencapai begnya dan terus meluru masuk. Zain mengejarnya manakala Maisarah hanya membiarkan dua sahabatnya itu. "Sofea! Sofea Mardhiya!" Zain berjaya memaut tangan Sofea. Sofea terhenti langkahnya. Dia berpaling ke arah Zain. "Zain! Lepaskan saya! Berdosa tahu tak! Oh, mentang-mentang sekarang kita ni di tempat orang, awak dah lupa apa yang awak belajar di sekolah agama dulu?! Sekarang ni awak masih sembahyang ke tak?!" ujar Sofea bertangis. Zain tersedar akan perbuatannya dan melepaskan Sofea. Dia mengucap panjang. "Sofea... Dengar dulu. Saya tak lupa apa yang saya belajar di Malaysia dulu. Saya masih saya yang dulu," Zain mengambil kesempatan untuk berterus-terang sementara Sofea masih kaku di situ. "Dan satu perkara yang saya dah lama nak beritahu awak... Masa kita di taman rumah awak, awak ingat? Waktu hari saya pengsan?" Zain masih mengharap balasan Sofea. Sofea berpaling ke arahnya. "Awak...err...dah...sihat sekarang?" Sofea tertunduk malu setelah anak matanya bertemu dengan anak mata Zain.

"Alhamdulillah... Saya dah sihat. Itupun dengan kuasa Allah jua. Dan saya bersyukur sebab saya masih berkesempatan untuk berterus-terang dengan orang yang saya cintai," Zain mengukir senyum. Sofea sebak, tapi hanya disembunyikan di sebalik senyuman manisnya. "Apa awak rasa saya patut buat untuk berterus-terang?" soal Zain. "Erk... Erm... Awak beritahu jelah. Saya yakin dia pasti terima awak," suara Sofea sedikit bergetar. Cemburu membuak-buak. Rileks, Sofea... "Dia tinggal di Malaysia?" soal Sofea. Zain mengangguk. "Balik nanti, awak beritahulah dia," Sofea memaksa dirinya mengukir senyum. Zain meninggalkannya sendirian tiba-tiba. Sofea mengetap bibir, geram. "Fea, jom!" Maisarah muncul. Sofea mengekori Maisarah. Dia benar-benar sedih kerana baginya mustahil bagi mendapatkan Zain yang sudah mencintai yang lain. Tiba-tiba Zain muncul, termengah-mengah. "Kenapa dengan kau, Zain?" soal Maisarah. "Tak ada apa-apa," Zain tersenyum. "Apa kat tangan kau tu?" soal Maisarah lagi setelah melihat beberapa helai kertas di tangan Zain. "Tiket balik Malaysia. Nasib baik aku sempat beli. Fuh," Zain memandang Sofea. Dia tertunduk. "Hah?! Balik Malaysia? Buat apa?" Maisarah membulatkan matanya. "Aku nak jumpa dan luahkan perasaan aku kepada orang yang aku cintai di sana," ujar Zain selamba. "Erk, aku nak pergi tandas kejap, Mai," ujar Sofea dan berlalu dari situ. Sofea berwajah sayu sekali. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang. "I'm sorry," ujarnya sambil menghadiahkan senyuman kepada pemuda yang dilanggarnya. "From Malaysia?" soal lelaki itu. Sofea mengangguk. "Sama! Dah nak balik ke?" soalan lelaki itu masih diangguk oleh Sofea. "My name is Fahrin," pemuda itu memperkenalkan diri. "Sofea..." Sofea memandang lantai. "Belajar sini juga?" soal Sofea. Fahrin tersenyum sambil menggeleng.

"Saya ada kerja di sini. Hari ini balik Malaysia. Mungkin sama flight dengan Sofea," Fahrin mengukir senyuman lagi. Sofea memandangnya dari bawah sampai atas. Fahrin kelihatan matang. "Seorang sajakah?" Fahrin masih lagi tersenyum. "Tak... Ada dua orang kawan," Sofea memandang ke arah Maisarah dan Zain. "Mereka pasangan kekasih ke?" soal Fahrin sambil ketawa. "Taklah," Sofea tersengih juga. "Habis tu, yang lelaki tu boyfriend Sofea?" soalan Fahrin membuatkan Sofea segera meminta diri ke tandas. Dia memandang dirinya di cermin. Dia membasuh mukanya. 'Zain, kau kejam!' jerit hatinya. Sebentar kemudian, dia menyusul Maisarah dan Zain. "Kau okey, Fea?" soal Maisarah. "Okey je..." jawabnya selamba. "Assalamualaikum..." Fahrin muncul dengan senyuman. "Eh, Abang Fahrin..." Sofea menekup mulutnya tanpa sebab. 'Abang?' bisik Maisarah sambil tersenyum nakal. Sofea menjeling Maisarah. Setelah lama berborak, tiba masanya mereka berlepas ke Malaysia. Sepanjang perjalanan, Maisarah asyik tidur memanjang manakala Sofea pula khusyuk membaca al-Quran. Zain memandang Sofea tanpa henti. Kagum benar dia dengan Sofea yang tidak mensia-siakan waktu. 'Abang tengok Zain asyik pandang Sofea je? Ada hati dengan dia ke?' Fahrin yang di sebelah Zain berbisik. Zain memandang Fahrin. "Saya rasa Sofea mungkin lebih sesuai dengan abang..." Zain cuba menduga perasaan Fahrin. "Abang takkan rampas hak orang. Walaupun abang tahu Zain dan Fea tak ada apa-apa ikatan, abang tahu hati Sofea milik Zain. Cuma, kalau Zain terus-terusan menyakiti dia, abang tak tahulah abang boleh biarkan macam tu je..." Fahrin memandang Zain sambil tersengih.

Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, keempat-empat orang warga Malaysia itu disambut meriah oleh ahli keluarga masing-masing. "Ummi, Ayah... Kenalkan, Abang Fahrin," Sofea mengukir senyum. Dato' Syafiq tersengih. "Ayah kenallah dengan Fahrin ni. Pernah juga terfikir nak jodohkan dengan Fea," Dato' Syafiq ketawa melihat pipi Fahrin dan Sofea merona merah. Zain terdengar perbualan itu, dia mengeluh. "Adik! Rindunya kakak kat adik!" Sofiatul muncul dan memeluk adiknya. Fahrin terpesona melihat Sofiatul. Walaupun Sofea jauh lebih cantik, Sofiatul lebih menarik hatinya. "Hehehe..." Sofea tersengih melihat gelagat kakaknya. "Ehemm... Abang tak nak peluk ke?" soal Sofian sambil menarik muka masam. "Ish, abang ni! Merajuk pula..." Sofea memeluk abangnya. "Abang Fahrin, ni abang sulung saya, Sofian. Ni, kakak saya Sofiatul. Kakak saya ni masih single, so bolehlah abang nak masuk meminang pun. Ouch!" Sofiatul mencubit pinggang adiknya. Nakal juga, ya! Dato' Syafiq dan Puan Maria tersenyum senang hati. 'Kalau kamu berkenan, boleh je masuk meminang... Tapi untuk Sofiatul-lah, Sofea dah diambil orang,' Fahrin tersentak mendengar bisikan Dato' Syafiq. 'Siapakah gerangan yang mengambil Sofea itu?' Fahrin tersengih. 'Tu, belakang kamu tu,' Dato' Syafiq mengerling ke arah Zain. Fahrin mengangguk-angguk. 'InsyaAllah, Dato'. Cukup bulan, saya suruh Mama saya masuk meminang Sofiatul, ya!' Fahrin tersenyum bangga. Kelihatan Sofea sedang bersalaman dengan ahli keluarga Maisarah dan Zain. "Uncle, bukan ke uncle tinggal di London?" soal Sofea. "Sofea... Sofea... Uncle dah lama pindah sini. Cuma Zain je tinggal di London lagi untuk uruskan bisnes uncle dengan abang dia. Tapi, tiba-tiba dia dah balik sini, uncle rasa dia tak payah pergi sana baliklah. Sofea pun dah ada Malaysia ni. Nanti uncle hantar rombongan meminang, ya!" Dato' Farhan ketawa bersama isterinya.

Sofea mengerutkan dahinya. Malu pun ada sebenarnya. "Tak payahlah, Pa... Sofea dah ada pilihan hati sendiri. Tu, yang tengah borak dengan Dato' Syafiq tu," Zain bersuara. Shahrin yang turut hadir menjelingnya. Begitu juga Maisarah. 'Zain, kenapa kau cakap macam tu?' Shahrin berbisik. 'Biarlah. Aku dah putus asa nak kejar dia. Dia macam tak layan aku je...' balas Zain. 'Dia cintakan kau, Zain... Percayalah,' Maisarah turut menyampuk bisikan mereka. Maisarah berlalu begitu saja. "Okey, semua! Jom uncle belanja makan di Restoran Sri Aman!" Dato' Farhan cuba meredakan keadaan kurang senang itu. Dia sendiri pernah mengalami apa yang dialami oleh Zain sekarang. Isterinya dulu... Ahh... Lupakan! 'Abang, Mira takut apa yang jadi kat kita dulu jadi kat Zain dan Fea pula..." Datin Mira memeluk erat suaminya. "Jangan bimbang. Abang takkan biarkan pisang berbuah dua kali," Dato' Farhan membelai lembut kepala isterinya yang bertudung itu. Mereka segera ke Restoran Sri Aman memandangkan semuanya kelihatan lapar. Hehehe! Dato' Farhan sengaja menempah bilik berhawa dingin. Selesai makan, Sofea keluar dari bilik itu dan menuju ke sebuah taman berdekatan. Dia duduk di bangku yang sememangnya dikhaskan untuk taman itu. 'Zain... Kenapa awak kejam sangat dengan saya? Saya tak pernah cintakan Abang Fahrin pun... Saya cuma sayangkan awak dari dulu sampai sekarang! Tapi, awak cakap saya sukakan Abang Fahrin! Awak kejam!' bisik Sofea sendirian. Dia langsung tidak menyedari Zain sedang tecegat di belakangnya. "Sofea..." panggil Zain perlahan. Sofea memandang Zain di belakangnya.

"Z...Zain?" Sofea menelan air liurnya. "Tak baik kita berdua-duaan macam ni," Sofea bangun dari duduknya. "Tu, Shahrin dan Maisarah ada," Zain memuncungkan mulut ke arah Shahrin dan Maisarah yang sedang memerhati mereka. Sofea duduk kembali. "Awak...er...dengar apa yang bisikkan...err...tadi?" soal Sofea tergagap. Zain mengangguk. "Saya tak kejam..." Zain tersenyum. "Saya cuma sayangkan awak," Zain merenung Sofea. Sofea tertunduk. Ah, malunya! Dia berlari kembali ke bilik tempat mereka makan tadi. Dia mengambil tempat di antara ibu dan ayahnya. Zain tiba-tiba muncul. "Uncle Syafiq, boleh tak saya..err...masuk meminang Sofea?" soal Zain senafas. Dato' Farhan dan Dato' Syafiq tersenyum penuh makna. Berjaya juga satukan anak mereka! Hehehe. Sofea memegang tangan ibunya. Puan Maria juga tersenyum tatkala merasa tangan anaknya sejuk. Berdebarlah tu. Sofiatul dan Sofian menjeling Sofea semacam. "Boleh je... Uncle lagi suka!" Dato' Syafiq ketawa bersama Dato' Farhan. "Lagipun Zain dah ada pendapatan sendiri, 'kan?" Dato' Syafiq tersenyum. "Sofea, macam mana?" soal Datin Mira sambil tersenyum manis. Sofea diam. Semua mata tertumpu ke arahnya. 'Eii... Zain ni... Buat malu aku je! Kalau ya pun nak pinang aku, janganlah cakap depan orang ramai macam ni...' bisik hati kecil Sofea. Kemudian, Sofea mengangguk. "Alhamdulillah..." Dato' Farhan dan Datin Mira berpegangan tangan tanda syukur. 'Ya Allah! Aku bersyukur pada-Mu, Ya Allah!' Zain menjerit dalam hati. "Okeylah, macam ni. Kita buat perkahwinan Sofian-Juliana, Sofiatul-Fahrin dan Sofea-Zain sekali gus. Okey?" Dato' Syafiq menjeling ke arah Sofian. "Tunggu... Maisarah-Shahrin satu pasangan lagi!" Dato' Saifuddin, ayah Shahrin tersenyum. Ayah Maisarah, Dato' Malik juga tersenyum. Eh, semuanya anak dato' ke ni? Huhuhu!

Seketika, Maisarah dan Shahrin memunculkan diri. Semua mata tertumpu ke arah mereka. "Kenapa semua orang pandang kami?" soal Shahrin. "Kamu berdua setuju nak disatukan?" soal Dato' Malik. Shahrin dan Maisarah tersentak. Sofea bangun dan berjalan ke arah Maisarah. Dia membisikkan sesuatu ke telinga Maisarah. Maisarah kemudiannya merona merah pipinya. Sofea tergelak kecil. Shahrin yang turut mendengar bisikan itu berkerut dahinya. "Tapi, Pa. Rin belum kerja, macam mana nak bela anak orang?" soalan Shahrin membuatkan semua orang ketawa. 'Kelakar sangat ke?' bisik Shahrin sendirian. "Alah, nanti-nantilah. Tunggu dua tiga tahun dulu. Tapi yang penting, kena bertunang dulu. Okey?" Dato' Saifuddin tersengih. Zain memandang Sofea. Sofea sedang tersenyum manis sambil memeluk Maisarah. Dia tahu Sofea amat menyayangi Maisarah. Begitu juga Maisarah menyayangi Sofea. Zain turut memandang Shahrin, sahabat karibnya. Dia bangun dan menuju ke arah Shahrin lantas memeluk kawannya itu. 'Maafkan aku, Rin!' bisiknya. Dia tak tahu apa kesalahannya terhadap Shahrin, tapi dia rasakan dia memang telah menyakiti Shahrin. 'Tak apa... Kita 'kan kawan. Dan kita manusia biasa. Nobody's perfect, dude,' Shahrin menepuk-nepuk belakang Zain. 'Fea, thanks for everything! Aku sayang kau,' bisik Maisarah ke telinga Sofea. Sofea mengangguk-angguk. Dia bersyukur kerana Maisarah akhirnya berubah menjadi lebih baik. Walaupun belum memakai tudung labuh, tetapi Maisarah tetap menutup auratnya. Semua mata memandang mereka, bahagia. Sungguh teguh tugu persahabatan mereka. 'Zain, kau jangan sia-siakan Fea...' bisik Maisarah. 'Rin, jangan sekali-kali kau sakiti Mai!' bisik Sofea pula. Mereka ketawa, sambil mengalirkan air mata syukur.

THE END

Wallahualam... =)

High School Rocker

7.8.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Sebelum pape story, aku masukkan satu lagu untuk halwa telinga korang. ^^


~High School Rocker tajuknya. By Bunkface~

************************

Well, minggu ini berjalan dengan baik sekali! Tapi, langit tak selalunya cerah, kan? So, ade la satu incident yang berlaku. Hoh, sungguh menyayat hati (quote aku sekarang). But tak nak cite la... Tak best, sangat tidak menyenangkan diriku!!!

Hmm... Hari Isnin ni start lah imtihan. Harap-harap dapat jawab dengan baik, keputusan cemerlang, dapat ranking top 5 plak... Ameen... Tapi, tak study pape pun lagi nih! ^^

Kini, aku makin sakit hati dengan kaum Adam ni ~ ditujukan khas untuk budak-budak form 1 yang pernah buat hal dengan kelas aku. Okey? Sorry la... Perangai korang tu tersangatlah bodoh, tak menyenangkan setiap muslimat. Nasib korang baik sebab muslimat dah memaafkan korang, tau tak?

Tolonglah hormat muslimat skit. Kami tahu kami ni lemah, tapi tak perlulah nak mengutuk mengate setiap waktu. And kalau nak tegur kami ni, tegurlah dengan baik. Jangan main serbu macam tu je. Don't misunderstand this statement, thank you!

***********

Hari Khamis, mase balik tu, kami (aku, Ainul, Sofiah, Ain, Raihanah, Nadia) mengemas kelas. Biaselah, setiap hari Khamis balik pukul 2.20, ayah kite orang ambik pukul 3, so kemas kelas lagi baik. Aku tak buat pape sangat pun, just tulis 'Bismillahirrahmaanirrahiim' kat papan putih. Nadia lap tingkap, Ainul sapu sampah. Raihanah tolong letak thumbtack dekat kertas yang ditampal yang dah nak tercabut. Huhuhu.

Sofiah dan Ain kemas tempat letak barang dekat sudut belakang kelas. Akhirnye, timbunan newspapers lame tu kami ikat dan hantar recycle. Hihihi. Berat gile wooo~ Kertas-kertas kami gulung dan ikat bersame dan letak kat belakang tu. Ahah~ kelas kami cantik. Hehehe. Perasan la pulak...!

Sambil duk buat kerja tu, ade la jugak membebel pasal orang lain. Hahaha. Yang pemalas tu, yang rajin dan yang lain-lain lagi. Seronok jugakk sebenarnya. Kire macam gotong-royong laaa... Mase kite orang jalan dari kelas sampai ke depan sekolah, semue orang tengok dengan pelik ke arah kami. Kami kan tengah angkat newspapers. Hahaha. Kelakar pulak rasenye.

Harap-harap kelas kami juara lagi lepas ni. Yeay~

*********

Phew... Aku daa penat bace buku Twilight Saga Series. Sekarang ni, tengah break untuk buku Eclipse. Hahaha... So tired laaa~~ Nampaknye Eclipse kene abeskan dalam mase due hari ini dan Breaking Dawn? Lepas imtihan. Huhuhuhu..

Subjek yang aku rase susah maybeee... Bahasa Arab & Geografi. Huhuhu. Ahah~ Pendidikan Islam pun susah jugak rasenye... Sebab aku tak pernah dapat A pun setakat ni (in secondary school lar)... Huhuhu. Sejarah pun kene banyak membace dan ingat semue bende. Geografi kene ingat peta...bla..bla..bla... Heish, serabut kepale macam ni!! Hehehehe...

Semoga aku dapat menjawab dengan baik. Ya Allah, bantulah aku. =)
And I hope my classmates will reach their targets, too.
InsyaAllah, I'll challenge all of them, especially the boy who got the first place in the last imtihan. =p

New Moon will be released on 20th November 2009.


Eclipse will be in the cinema on 30th June 2010.



Wallahualam. =)

Twilight

3.8.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

So, today... I'm just going to give you some links to the Twilight site. And it's actors and actresses.

Kristen Stewart as Bella Swan
Robert Pattinson as Edward Cullen
Taylor Lautner as Jacob Black
Peter Facinelli as Dr Carlisle Cullen
Elizabeth Reaser as Esme Cullen
Nikki Reed as Rosalie Hale
Ashley Greene as Alice Cullen
Jackson Rathbone as Jasper Hale
Kellan Lutz as Emmet Cullen

What you have to do is... Just click any of the names. Obses ni tau tak!!!

My comments about the characters:

Bella - She's simple. Well, she's a stupido. Hahaha. Kinda cute, though...
Edward - Wow! He's my favourite. Sooooo handsome! In this movie. Hehe. He is over-protective and very gentlemen.
Jacob - I looooove him. He's a werewolf. His face is soo unique that made me always wanna look at him.
Carlisle - He's way too nice. I admired him so much.
Esme - So, very loving. Her smile is so beautiful!
Rosalie - Well, she's like...erm...so annoying in the first place. But, just ignored her. She'll be just fine in the future.
Alice - My favourite, too! She's cute, really! And too kind...
Jasper - He is sooo... Annoying. But, he's nice.
Emmet - The one with big muscles. I like him so much because he's fine. Way cool.

The story:
Well, in my opinion, this story is lovely. I'm not finishing the third and fourth book yet, so I couldn't comment more. The movie is like... Kinda boring at the first place, but I think I've enjoyed it too much! Hehehe...

I think that's all. Wassalam. TWILIGHT FOREVER...~~~

New songsss...!!!

2.8.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Aa... Saje je post arini... Nak cakap yang aku letak lagu baru. 3 songs, though.

First song: Supermassive Black Hole by Muse - I got this song from one of the Twilight scene (yea, the one when they were playing baseball, right)

>>> just listen to it. don't pause 'cause I think this song is sooooo cool!


Second song: Edward Cullen's Warning to Jacob Black - My sister showed me the video. It's kinda funny. No, it is sooooo funny. Here's the video. Watch it, you'll smile.



>>> this song is hillarious!!! jacob black, you're just a dog.. LOL!


Third song: The Climb by Miley Cyrus - Well, this song is my favourite. I mean, least favourite. It's kinda related to this TWILIGHT thing. Haha.

>>> well, just listen. It's cool, duh.

*********

That's all. Next week, exam. Focus, focus, focus!!! Wassalam.