H1N1

11.8.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Dalam sibuk-sibuk kami (pelajar SHAMS) menghadapi imtihan, ramai jugak pelajar yang terpaksa dikuarantin kerana disyaki ada simptom-simptom penyakit tersebut. Budak kelas aku 3 orang dah disyaki. Kebanyakannya budak asrama. 2 boys, 1 girl.

Hari itu semasa budak perempuan tu tak hadir, aku bertanya dengan Athirah.

"Kenapa Shana tak datang?" soalku.
"Kena kuarantin. Disyaki H1N1. Tunggu positif je." jawabnya.

Aku tertawa kecil. Ade plak cakap camtu, "Tunggu positif je." Slamber dek je... Tapi memang dah ramai yang kena. Tadi, pengumuman pun ada dibuat, semakin meningkat dah kes ni. Digalakkan pakai mask (oleh PBSM).

So, kami warga SHAMS telah mengadakan solat sunat hajat bagi mengelakkan penyakit tersebut terus menular. Cuma sekolah kami tak cuti lagi. Hehehehe...

Erm... Tadi mase tengah borak-borak dengan geng-geng aku (Ainul, Sofiah, Ain dan Raihanah) Athirah pun ada, kami ada bincang pasal kes ni.

Ainul: Ingat tak Irfan bagi tazkirah hari tu? Yang ada ayat al-Quran cakap, akan ada satu penyakit ni yang akan merebak dan terus merebak. Adanya penyakit ni maka kiamat sudah dekat.
Sofiah: Surah apa?
Ainul: Tak tahu, lupalah.
Athirah: Kiamat? Erm... Ade jugak yang beritahu antara 3 negeri di Semenanjung Malaysia ni (Terengganu, Pahang & Kelantan) akan ditenggelami air.
Raihanah: A'ah! Cikgu cakap kalau Empangan Kenyir tu pecah, dalam mase beberape saat tenggelam daerah Kuala Berang, dalam masa seminit, tenggelam satu Terengganu.
Ain: Takutnyeeee... *muke memang serius takut*

Aku hanya tekun mendengar. Tiada hujah lagi yang dapat diperkatakan. Semuanya kuasa Allah. Kemudian, kami membaca surah Yasin bersama-sama. Doa dibaca oleh Athirah (well, sebenarnya aku yang sepatutnya baca, tapi dah Athirah ade sekali, dia la bacakan).

***********
Imtihan? Science boleh tahan... English? Sempat tidur lagi setengah jam! Sekelas terlena..! Huhuhu. KH? Erm... Okayla. Aku biase-biase jer. Tapi semalam punye imtihan memang serabutlah! PAI dan GEO! Kenape susah sangat, ha?

~~~berdebar menanti hari esok (Bahasa Arab dan Sejarah!)~~~

Wallahualam.
Post a Comment