Iklan best!

29.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Okey, sila-sila. Saya sajikan sajian KFC untuk anda. Selamat menonton! =)


******

Dalam proses baca buku Cinta Kau dan Aku. Weh, malaslah nak baca. Aku tengah berusaha buat cerpen islamik ni. Hadoi! Macam nilah, orang tak ada ilmu sangat. Huh~

Homework berlambak. Tapi, aku suka homework Science banyak. Yang buat experiment report sebab die... BEST! Entahlah, memang susah, tapi aku suke sangat buat experiment report. Haih~

Minggu ni aku and kawan-kawan aku dah gila-gila. Asyik gelak je 24 hours. I don't understandlah. Nabillah, Dr. Fazli lah. Sesiapa sahaja yang boleh digelakkan, mereka akan ketawa. Hatoi~ Aku pun ikut samelah.

Eh, kenapa gosipkan aku lagi? Tak sukalah. Please, dun, dun! Tak baik tau gosip-gosip ni, Allah marah, saya pun marah. Hehehehe~ Okey, janji jangan gosip lagi tau. K?

Erm, nak beli buku lagi! Tak kira, tak kira! Nak jugaaaakkk....!!! Tapi tatau nak beli buku apa. Ahah! Buku yang Abdul Latip tulis, pasal tokoh Islam. Best, best! Aku ada dua, Khalid al-Walid dan Salahuddin al-Ayubi. Pasal pedang-pedang Allah itu. Hee~

Aaa... Okeylah, sampai sini je. Malas ler nak tulis bebanyak. Daa~ Wassalam.

Mahram dan Muhrim?

26.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Sedikit pengetahuan untuk dikongsi. :)
Sering kita mengungkap perkataan muhrim dan mahram tanpa tahu makna sebenarnya dengan jelas.

Di sini saya paparkan makna kedua-duanya.

Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang
banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti ayah kita, abang kita, adik lelaki kita, bapa saudara kandung, sepupu sesusuan dan lain-lain.

Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu
menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.

Dengan penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram.

Harap dapat ambil apa yang telah dikongsi.

Wallahualam.
Wassalam.

Beraya di rumah orang itu.

23.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Ehem, ehem! Hari ini tiada aktiviti sangat. Hohoho! Just kidding! Pagi-pagi, saya bersiap untuk ke mana, entah saya pun tidak tahu! Biasalah, raya-raya macam ni pakai je baju yang okey. Menunggu kawan-kawan @ orang-orangan yang datang.

Erm, deliciouso hari ini! Kakngah buat spaghetti. Lazat tidak terkata. Dua pinggan dihabiskan olehku. Tengah hari, makan lagi! Petang itu, aku bercadang hendak ke rumah SI DIA, tetapi diganggu halang oleh MEREKA semua.

Ada yang memberitahuku teman-teman lelaki ingin beraya pukul 10.30 pagi. Tetapi pukul 2.30 petang masih belum tiba. Ya, mereka sebenarnya tidak datang. Nasib baik saya baca mesejnya pukul 2.00 petang. Alhamdulillah, tak payah resah menunggu.

Kata ingin datang jam 3 petang, pukul 6 petang baru sampai. Dalam perancangan ingin ke rumah SI DIA pukul 3 petang, tetapi dimaklumkan mereka nak datang. Ah, sungguh sakit hati! Time saya ingin berjalan, ada sahaja halangannya!

Setelah Asar, saya masih menunggu. Saya berhajat memakan spaghetti lagi kerana penat menunggu. Baru sahaja ingin menyuapkan spaghetti, "TING TONGGG!!!" loceng rumah menjerit tiga kali. Haih~

Saya ke muka pintu. Empat sekawan :~ Norsuraya, Wan Suraya, Wannur dan Izyan. Aku mempelawa mereka makan. Wannur dan Norsuraya sungguh kuat makan. Tiga pinggan mi goreng dihabiskan! Ayoiii~

Kemudian, Syakirah memunculkan diri. Yang lain beransur pulang. Hohoho! Aku berbual mesra. Dia pulang jam 8.30 malam. Hahaha. Sengaja aku menyuruhnya pulang lewat. Tatkala aku sedang menghadap laptop dan dia bermain game di handphoneku, satu mesej diterima.

Argh! Abangku! Dia ke rumah Zizan! Ish! Dia mengambil gambar dengan Zizan! Hiyaaaarrkkhhh...!!! Tak aci! Tak aci! Tak aci! Nak ikutttt........!!!!!!! Wuuuuuuuu............
*kesian Syakirah dijadikan tempat melepas geram. ehehhee

Sebaik sahaja abangku pulang, aku menyerangnya. Memaksanya menyuruh Zizan datang. Kena datang! HARUS!!!! Nak meraung rasanya. Heheheeeeee....~~~

Dan sebelah malam, aku ke rumah... Erm... Aaa... Aliuddin. Hohoho! Malu-malu la plak, kan. Hijab, hijab. Pandangan harus ditundukkan. Aku diam - nasib baik datang bersama ibu dan abangku. Mereka yang rancak berbual.

Dari ekor anak mataku, aku tahu kawan baikku itu asyik jeling-jeling. Mungkin nak berbual denganku tapi aku jual mahal. Ingat ya, perkara-perkara yang tak penting tak boleh dibicarakan dengan ajnabi. Huhuhu!

Kami makan. Banyak pula si Aliuddin tu makan. Aku juga yang makan sikit-sikit. Perut dah penuh. Sakit perut lagi. Hihihi. Sorry, pak cik, mak cik.

Masa tengah makan, aku usik-usiklah sikit mamat tu. Padan muka dia. Siapa suruh tak layan aku. Aku cakap dalam mesej, "Tuan rumah kenalah layan tetamu," walaupun pada hakikatnya aku yang buat tak tahu. Malu seyh~

Dapatlah duwet raya RM10 setelah sejam lamanya di rumah orang itu. Aiseyh, malu dengan semua orang. Sebab hampir kesemuanya lelaki. Nasib baik ada abang aku, boleh aku peluk terus. Lalalala~

Okey dah. Nak tidur. Jangan kacaw tau. Esok-esok plak. ^^ gUd niTeeEee~~
Wassalam.

NAK JUMPA ZIZAN.....!!!!!

Kerinduan yang melampau.

22.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Ah, hari ini aku resah. Hati aku tak tenteram. Aku tak faham. Kenapa dengan aku? Sering sangat terjadi perkara seperti ini. Aku tak tau. Aku tak tauu...!!! Tolongggg...!!!

Aku rasa aku seorang munafik. Setiap kali solat, aku langsung tak khusyuk. Aku tak tahu macam mana nak khusyuk. Fikiranku akan selalu melayan. Aku bingung, aku tak tahu!

Ya Allah, bantulah aku. Aku perlukan cintaMu. Aku merinduiMu. Tapi aku tak tahu. Aku tak tahu. Tak tahu apa yang membelenggu. Huh...

Aku rindukanMu. Terlalu rindu. Tapi aku seringkali melanggar laranganMu. Meninggalkan suruhanMu. Ya, aku tidak pernah meninggalkan solat tetapi adakah solatku itu diterima olehMu?

Ish! Hatiku resah memanjang. Hanya seketika sahaja tenang. Itupun kerana Acik yang datang. Engkaulah pengubat hati ketika hati resah datang merundung. Huuu~

*****************

Okey, hari ini seperti biasa memang ramai orang datang. Aku pagi-pagi ke Mydin Mall. Hohoho! Kerana bosan di rumah dan ingin menemani kakak-kakakku. =)

Sepulangnya dari Mydin, aku termenung. Hatiku resah saban ketika. Okey, aku memikirkan hal lain. Aku mengajak abang ke rumah Izyan. Abecik turut mengikutku. Begitu juga Rabiatul dan Hanis. Hmm...

Di rumah Izyan, aku makan laksa. Laksa Penang. Sedap, memang sedap. Aku sempat bertanya khabar tentang kawan-kawan sekolahku dulu kepada Izyan. Mungkin ini yang menyebabkan hatiku mulai resah. Resah menjadi-jadi.

"Teruk," perkataan itu yang keluar dari bibir seorang gadis sunti bernama Izyan Amni, rakanku serta jiranku. Aku kesal. Kesal sebab aku tak boleh menasihati mereka yang 'teruk' itu. Kesal sungguh rasanya...!

Aku tak sekuat mana. Iman aku tidak kuat. Aku masih lemah, lemah-selemahnya. Ya, manusia memang lemah. Tapi, aku perlukan sedikit kekuatan untuk menegur rakan-rakanku secara halus. Aku perlu ditarbiah, begitu juga mereka. Ya Allah, bantulah aku!

Aku sayangkan mereka, aku tak mahu mereka rosak. Ya, memang tidak mustahil aku boleh menjadi rosak, tetapi sekurang-kurangnya peluang aku untuk menjadi rosak agak tipis kerana aku dididik di sekolah agama. Aku dapat menerima budaya sekolah agama. Itu aku, bukan mereka.

Aku juga seperti mereka dulu, tiada banyak ilmu mengenai agama. Tapi, sejak aku menjejakkan diri ke SHAMS, aku banyak mempelajari dan mempraktikkan tazkirah yang diberi. Dengan itu, bertambahlah serba sedikit pengetahuan aku.

Tetapi mereka, adakah mereka mendapat apa yang aku dapat? Persekitaran mereka, agak bebas manakala persekitaran aku masih terkawal. Ikhtilat (pergaulan lelaki dan perempuan) masih dijaga di sekolah aku. Ah, bimbangnya aku kerana aku tidak mampu membimbing!

Aku cuba meminta pendapat Acik tetapi aku terlupa tentang hal ini. Oh, Acik! Bolehkah kau menolongku saat ini? Anda 'kan PRS? Pembimbing Rakan Sebaya yang hebat!

**************

Masuk hari ketiga Syawal, masih tidak kelihatan kelibat yang amat aku nantikan. Hmm, mungkin mereka takkan datang. Seperti yang aku katakan sebelum ini, lebih baik dibiarkan saja seseorang yang tidak pasti kunjungannya.

TAPI! Jangan ingat aku takkan layan sahabat-sahabat aku andai mereka datang. Usah berfikiran sempit begitu. Tidak baik berburuk sangka. Ya, jangan berburuk sangka! Allah tak suka...!

Sahabat, aku amat mengharapkan kedatanganmu.
Sudilah engkau menjenguk tempat tinggalku ini walaupun kutahu sudah buruk.
Janganlah engkau bazirkan masaku semata-mata untuk menunggumu.
Aku cintakanmu, sahabat.
Aku sayangkanmu jua, sahabat.
Tanpamu sahabat, tiada erti persahabatan dalam hidupku.
Ya sahabat, janganlah engkau kecewakan hati yang merinduimu ini.
Datanglah walau sekejap.
Ziarahlah walau sebentar.
Asalkan engkau datang untuk aku melepaskan rinduku padamu.
Oh, sahabat!

Jiwang pula aku. Erm, Syakirah cakap, kalaulah aku ada boyfriend, mesti boyfriend aku sayangkan aku sebab aku suka berpuitis. Tapi, aku takkan sesekali berboyfriend. Haram hukumnya. Wala takrobuzzina : Dan janganlah kamu mendekati zina.
(Sedikit ulasan: Sedangkan mendekati zina pun tak boleh, apatah lagi berzina. Fikir-fikirkanlah...)

Acik, akanku buatkan satu puisi buatmu. Engkau tunggu sahaja. Tersenyumlah kamu nanti. Aku hanya ingin menghilangkan sedikit stresmu. Ujian SPM tahun ini mencabar buatmu, bukan?
**************

Cuani dan keluarganya singgah ke rumahku. Acik seperti biasa, akan lepak di bilikku. Macam-macam yang kami bualkan. Aku yang cakap banyak.
*for your info: hanya dengan kakngah, acik dan sue sahaja aku cakap banyak. inilah orang-orang tempat aku meluahkan perasaan. thanks for lending me your ears. hehe

Aku seharian suntuk memakai baju kurung dan tudung labuh. Salahkah itu? Sepupu lelakiku memerliku tadi, "Buat apa tu, ustazah?" dan aku hanya tidak layan. Tersenyum sendiri melayan panggilan itu. Ustazah? Layakkah aku? Hanya dengan memakai tudung labuh dan berbaju kurung, layakkah aku dipanggil ustazah jika perangaiku buruk?

*************

Walid baru memasuki bilikku. Dia menyerahkan sekeping brosur. Berkenaan E-Qalam. Walid menyuruhku baca dan bertanya, "Nak ke?" dan aku belum menjawab. Diam seribu bahasa.
*dalam perkara ini, al-suqut a'lamatu al-ridho tidak diambil kira. hehehe!

Aku dah baca. Menarik. Rasa teringin memilikinya. Erk, harganya RM520. Mahalnyaa...! Tak nak menyusahkan Ummi dan Walid lagi. Dah banyak aku ada. iPod, kamera, handphone, laptop, kamus elektonik dan macam-macam lagi...!

Cakap berkenaan kamera, meragam lagi si comel pink itu. Mengapa dengannya, aku tidak tahu. CARD ERROR. CARD ERROR. Itu sahaja yang pandai ditayang. Ish, kenapa dengan awak, hai kamera?

Handphone juga kini banyak songehnya! Bateri cepat habis, hantar mesej sekali orang dapat 10 kali. Nak call orang tak dapat... Ish, si merah ini juga buat hal, ya? Kenapa dengan awak?

Kamus elektronik... Sudah lama mematikan diri. Rosak barangkali. Si kelabu ini memang sengaja tak nak bagi aku menggunakannya. Buat apa beli kalau tak nak guna?

Laptop juga yang hanya sesekali meragam. Ya, hanya apabila aku mengakses picnik.com, ia mula menjadi lembab. Tapi, alhamdulillah, setelah program itu ditutup, ia kembali normal. Hehehehe...

*************

Banyak pula mengeluh. Orang lain tiada barangan seperti ini. Inilah tandanya orang tidak bersyukur. Bersyukurlah wahai, Fatin Athirah Azmi... Atau nama pena, Fifiey. =)

Okeylah, sampai di sini sahaja. Terima kasih kerana sudi mendengar rentetan hati. Huhuhu. Sila bagi sedikit nasihat, please. Terutama Acik, ya? Saya sayang kamoo...! ^^

AKU RINDU PADAMU, YA ALLAH! AKU JUGA RINDU DENGAN KEKASIHMU, NABI MUHAMMAD!
Aku mendambakan cintaMu, Ya Allah...

Wassalam.

Aku benar-benar terpaut hati.

21.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hmm... Aku tak tahu perasaan apa yang sedang menguasai diri saat ini. I don't know what am I thinking. So blurr. Tak tau, tak tau. Ya Allah, kenapa dengan aku?

Okey, stop talking about what's in my mind. I'm going to talk about... My newest novel. TAUTAN HATI with the quote, "Aku benar-benar terpaut."

Cerita ini sememangnya menarik. Tatkala membaca novel ini, sama sahaja keadaan ketika membaca novel KCB (Ketika Cinta Bertasbih). Part mula-mula memang memboringkan gilaaa...! Tapi, berkat kesabaran dan minat aku terhadap membaca ni, layan jelah... @_@

Mula-mula, aku tak berapa suka dengan watak Asiah Yusra ini. Sebab penulis menggambarkan gadis ini terlalu sempurna. Sedangkan kita semua tahu, nobody is perfect. Tapi, lama-lama, seperti quote tadi, "Aku benar-benar terpaut."

Novel ini menyelitkan banyak unsur keagamaan. Aku mengkagumi Asiah Yusra, Elya Khadeeja, Umar al-Mujahid dan Hassan al-Banna. Empat watak utama yang aku dapati sangat tabah menghadapi segala rintangan. Layakkah aku menjadi seperti mereka?

Aku kagum betapa tabahnya Umar terpaksa menelah pahitnya hempedu tatkala al-Banna bertunang dengan Yusra. Aku terpesona dengan pengorbanan seorang sahabat bernama Hassan al-Banna menyerahkan tunangnya kepada Umar al-Mujahid.

Aku menitiskan air mata tatkala persahabatan menjadi isi utama novel ini. Ya Allah, mampukah aku membina persahabatan indah seperti itu? Mampukah aku menepis segala perasaan cinta ini seperti Asiah Yusra? Mampukah aku?

***************

Okey. Hari ini, ramai tetamu yang datang. Semua kawan abang-abang aku. Hari ini abang aku buat reunion sikit dengan kawan-kawan sesekolahnya dulu. Meriah jugaklah.

Dan, tadi Ayah Njang singgah ke rumah dengan anak-anaknya. Saat itu aku sedang menyiapkan ole-ole untuk perkahwinan abangku nanti sambil menonton tv. Secara tiba-tiba, sepupu-sepupuku yang semuanya lelaki menyertaiku di depan tv. Gulps!

Ummiku menyuruh mereka membantu. Nasib baik sekejap je, kalau tak memang aku terdiam kaku jelah. Memang aku elergic bila dekat-dekat dengan lelaki sekarang ni. Fuh! Syukur, Alhamdulillah... Allah masih selamatkan aku.
*dahlah duduk sebelah-menyebelah je. ish, tak nak bayangkan lagi...huuu~

Rasa nak melarikan diri jauh-jauh je. Tapi, aku kena buat kerja yang Ummi suruh. Eish, tak sangguplah nak masuk bilik nak berinternet semata-mata sebab dikerumuni lelaki. Aku diam je.
*hati dupdapdupdap sambil berdoa, "Ya Allah, jauhkanlah aku dari zina hati, zina mata, zina telinga dan sebagainya..."

Okey, dah cerita pasal mereka. Tetamu tak berhenti datang. Eh, apa nii? Saat itu aku merasakan, kalau kawan-kawan aku datang, rasa macam biasa je sebab ramai sangat yang datang. Huhuhu.

Aku langsung tak teringatkan mereka sebab terpaksa melayan tetamu. Okay, aku bersyukur sebab tak payah resah menanti mereka. Buat apa menunggu orang yang tidak pasti kunjungannya? Tidakkah itu membuang masa? Sebaik-baiknya masa digunakan untuk menolong orang.

Setelah Asar, Ummi dah tak larat lagi. Beliau berehat. Kami yang lain menyambung tugas. Actually, I didn't do all the chores, my dad, my sis and my bros. Lalala... I was reading Tautan Hati all the day long. Just helping every 30 minutes. Lalala!

Erm, malam Walid berhajat ke rumah anak saudaranya iaitu Mohd Noor (tak tau nak panggil apa). Tapi dia tiada di rumah. Kemudian, nak ke rumah anak saudara Walid seorang lagi, juga tiada. Akhirnya, kami ke rumah Che' Wan berdekatan rumah kami. Hehehe!

Lepas tu, aku balik rumah habiskan novel Tautan Hati. A very happy ending! ^^

So, macam mana? Banyak tak dapat duit raya? Aku? Err, biarlah rahsia...! InsyaAllah besok akanku masukkan gambar aku bersama SELURUH ahli keluarga tercinta. =)

Wassalam.

Kisah di Hari Raya.

20.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Oyyt. Oyyt. Selamat Hari Raya! Hehehe. Pagi-pagi, of course saya bersiap-siap nak pergi masjid. Baju raya disarung. Tudung baru (labuh sangat! i likee..) dan kasut tetap kasut sekolah. Huhuhu! Lepas tu, saya bersalam-salaman dengan ahli keluarga yang ada.

Then, kami makan. Masa makan, abang saya yang seorang sempat cakap, "Fiey, Selamat Hari Raya. Sorrylah, tak ada duit raya. Abang tak kerja lagi," lepas tu dia tersengih. Hohoho! Saya tak teringat pula pasal duit raya. Nges,nges,nges.

Usai makan, kami pergi solat Idil Fitr. Wah, wah, wah! Meriah betul Masjid Pengadang Baru. Memang isi masjid melimpah ruah. Suara abang saya (Mustaqim) bertakbir sungguh lunak - juga seorang lagi yang turut bertakbir.
*orang sebelah saya nangis. saya tergamam sendiri. hehehe

Erm, imam jemaah kali ini ialah abang saya sendiri. Okey - saya mengambil tempat di bawah khemah. Udaranya pun nyaman je. Angin sepoi-sepoi bahasa gitu. *^

Selesai solat, mestilah ada khutbah Hari Raya Idul Fitr. Saya mendengar dengan setia walaupun menguap berjuta-juta kali. Tak terasa nak tidur pulaa... Just mengantuk saja.

Okey, setelah selesai semua, saya bersalam dengan sidang jemaah (muslimat). Bukan semua, segelintir sahaja. Kemudian, saya mendapatkan Ummi tercinta. Saya bersalam dengan semua kenalan ummi yang ada berdekatan.
*weshi, weshi. haha

Destinasi seterusnya, rumah Ayah Long di Teluk Pasu. My sepupu punya anak, wah... Banyak betul celotehnya. Saya yang mendengarnya sudah letih. Aduh! Kenapa cakap banyak sangat, hah? Adiknya pula diam seribu bahasa. Pelik betul!
*kat rumah ni dapat duit raya lumayan juga (mate duitan betol)

Setelah itu, kami sempat bergambar di rumah Ayah Long. Sorry, Ayah Long&Maklong&Abang Saiful&Abang Juhairi tak ada sekali.
*kata abang saya, tak sempat nak ambil dengan mereka sebab budak tu cakap banyak. stress muka mak bapak dia. haha.

+ kakngah sedang mengambil gambar ketika ini +

Okayyy... Kalau nak tengok seluruh ahli keluarga, tunggu raya ketiga, baru semua ada. Okey, okey? Jangan kecewaaa tau! Nanti, my nephew and nieces pun siap enterframe sekali. Cewah, gitu!

Lepas tu, kami terus bertolak ke Besut. Saya rindu nenek saya. Hehehe. Sebaik sahaja tiba, nenek saya ada sedang berceloteh dengan tetamu yang datang.

+ nenek saya yang sentiasa sporting dan cool. i love you, mok! +

Erm. Hehe. Okay, sebenarnya orang first yang saya lihat ialah Acik Farha. Saya merinduinya! Saya juga tercari-cari kelibat Sue, tiada ketemu. Hahaha. Akhirnya, saya dan Acik beserta Kakngah pergi beraya di rumah Ming, Wan Cik dan Kholati.

Petang sedikit, kami ke Kuala Besut, rumah Che Ngah dan Ayah Ngah. Semuanya tok sedara. Saya jumpa Sue! Kami bertiga sudah bersama. Untuk kenangan, saya meminta jasa baik Kakngah untuk mengambil gambar kami bertiga di tangga.
*buruk gila muka aku

+ putih bersinar gigi korang! syabas..! guna ubat gigi apa, ya boleh saya tahu? ahaks
+
Okay. Okay. Tahun ini, memandangkan saya tiada beg untuk ISI DUIT RAYA, saya sumbat dalam poket baju kurung saja. Nasib baik saya mendesak ibu saya supaya menyuruh tukang jahit buat poket. Alhamdulillah, tak susah sangat. ^^

Buat pertama kalinya pada tahun ini, saya tak makan banyak pun. (seriously) Pergi rumah nenek, walaupun makanan penuh meja, saya tak makan. Sekadar tengok je. Cuci mata gituuu..

Pergi beraya rumah saudara-mara, minum air je. Kecuali rumah Kholatie, makan ketupat dengan rendang. Huhuhu! Tu jerlah. Saya dah terlalu kenyang. Tak tahu kenapa. Hehehe....

Saya sempat meng'snap' gambar uncle and aunt favourite saya. Sebenarnya, semua favourite tapi pasangan ini sahaja yang sedang bersama. Saya tanpa berlengah lagi terus mengambil gambar mereka. Sweet, bukan?

+ malu2 pulak maklang I...hak3 +
Selepas Asar, saya pulang ke Kuala Terengganu. Wah, penat gilaaaaaaaa....! Tulun! Tulun! Hahaha. Saya melahap nasi goreng yang ibu saya buat. Sedap sesangat! Malam tu saya makan lagi. Haaa. Inilah hasil daripada tak makan rumah orang tadi. Ngesssss~~~

Tadi, masa saya keluar bilik, ada orang datang. Wah, saya tak tengok pun orang tu. Dahlah lelaki, kawan baik abang saya. Saya terkejut dan lari ke dapur. Dia tergelak. Ish! Sakit aty betul. Lepas tu, siap perli lagi.
*malu teramat malu. rasa nak sorok muka dalam sampul duit raya. hahaha
p/s: abang bedi, nok duwet raya, please? ngehehe

Erm, setakat ini sahaja entry untuk hari yang mulia ini. Saya nak tidur. Mengantuk + penat. Okey? Esok insyaAllah ada surprise. Nantikan...! Muahaha! Selamat malam.

Wallahualam.
Wassalam.

Happy Eid Ul Fitr 1430H!

19.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

+ best jugak maen bunga api. hehehe +

Di kesempatan ini, saya, Fatin Athirah binti Azmi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idul Fitr kepada semua Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah.
*ke'skema'an sudah bermula

Saya rasa Ramadhan tahun ni berlalu begitu cepat. Hmm, mengapa ya? Tak puas lagi berpuasa ni. Biasanya saya tak rasa lapar atau dahaga, cuma letih. Itu saja. Kalau tahun-tahun sebelum ini, memang terasa lapar dan dahaga juga letih.


+ bergaya sungguh mereka! hahaha +

Ucapan Salam Aidilfitri dari rakan-rakan sekelas saya di atas. Hehehe. (sebenarnya rekaan sahaja). Sewaktu ke sekolah, saya bawa kamera, jadi ter'snap' gambar ini. Wah, wah, wah!
*sila hiraukan budak yang ditanda 'dok sabbik...'

Okey, kawan-kawan. Maaf jika sesiapa tersinggung di hari yang mulia ini. Baju raya dah siap? Ohh... Belum? Habis tu, macam mana nak raya? Ish! Tak apa, pakai yang tahun lepas pun tak ada orang perasan. Orang perasan baju raya dia sendiri cantik je. Huhu!


+ bezakan muka kami...isk... +

Maaflah, abang saya yang seorang ini amat suka membuat muka. Well, tak mengapa. Seburuk-buruk dia membuat muka, dia tetap abang saya yang saya sayangi.
*jiwang karat + berhabuk

Kuucapkan Salam Aidilfitri buat rakan-rakan tercinta:
Aliuddin - jemput ke rumah (dekat je kan)
Farhana - i love you so much! sila ke rumah (walaupun x dekat mana)
Halimatul - sila-sila ke rumah aku.
Syakirah - awak datang dulu rumah saya, baru saya pergi rumah awak (hehehe)
Ainul - wajib datang, kalau tak...tak bagi pinjam KCB (hohoho)
Sofiah - jemputlah ke rumah...! saya menanti!
Sabrina - kena datang...! tak kira jarak jauh pun! peta dah ada, 'kan?
Raihanah - awak kena datang rumah saya dulu. sebab saya nak tanya rumah awak kat mana (hihihi)
Ain - jemput, jemput...(walaupun tak ada jejemput raya nanti)


*********

Baru lepas main bunga api. Serta mengedit gambar2 di atas. Penat! Guna picnik.com yang membuatkan laptop saya jadi lembab! Ahh... Hampir dibaling laptop ini tadi. Heheheh!

Erm, saya sekarang sedang membaca novel Tautan Hati. Novelnya amat menarik kerana mempunyai unsur-unsur Islam yang sangat saya perlu pelajari. Inilah novel yang saya cari. InsyaAllah, novel ini akan membantu saya untuk menyelesaikan masalah persahabatan.

Secara umumnya, novel ini amat sesuai untuk dibaca segenap usia. Paling penting, setiap remaja harus memilikinya. Ya, untuk memperbaiki lagi kelemahan kita. Saya tahu kita semua tidak sempurna, tetapi mengapa tidak kita berusaha untuk mengelokkan kelemahan kita? Kelebihan kita boleh digunakan untuk membantu orang lain, manakala kelemahan pula boleh diperbaiki dengan menjadikan orang lain sebagai role model.
*cecece. ayat aku dah skema dah.

Akhir kata, Salam Idul Fitr dari saya sekeluarga. Maaf zahir dan batin. Soalan saya; masih adakah Ramadhan akan datang buat kita semua? Jawapannya, hanya Allah saja yang tahu kerana Dialah yang Maha Mengetahui.

Wallahualam.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Seloka 1A7

18.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Haa... Hari ini, nak try bakat buat seloka pulaa! Untuk budak-budak kelas aku. Erm, jadik ke tak... Wallahualam. Nilai sendirilah.

Awal tahun berebut-rebut,
Kerusi meja habis diambil,
Itulah kami di kelas 1A7,
Kelas ceria tahun ini!

Sungguh tegas tetapi baik,
Wajahnya tenang sungguh menarik,
Suka bergurau dan suka mengusik,
Cik Nordiana guru kelas kami.

Tinggi lampai dan hitam manis,
Kalau exam dia yang meletup,
Agak garang tetapi alim,
Siapa lagi kalau bukan Amir, ketua kami.

Putih melepak berpipi gebu,
Sekali pandang macam bidadari,
Sarah seorang yang baik hati,
Sesuai sungguh sebagai penolong kelas kami.

Berkaca mata dan bijaksana,
Itulah Ainul kesayangan kami,
Banyak bercakap dan agak laser,
Dalam exam, jangan main-main!

Agak tinggi mencecah siling,
Walaupun senyap tapi berbisa,
Lokmanul Hakim itulah dia,
Kalau berkawan tidaklah rugi.

Tinggi menggunung bak KLCC
Nama panggilan dialah Fifi,
Seorang sensitif dan suka mengusik,
Kadang-kadang pendiam kadang-kadang bising.

Nurul Sofiah nama diberi,
Senyuman indah berseri-seri,
Bercermin mata bermata cantik,
Sangat rajin dan suka mengemas!

Seorang yang lawak dari luaran,
Tapi hati bak bidadari,
Wajahnya tenang tiada kusut,
Ain Suraya meniti di bibir.

Ramai kawan ramai peminat,
Bersuara garau tetapi tak jelas,
Namanya Anwar pendiam orangnya,
Kawan baik keliling pinggang.

Nurul Sabrina sangat manis,
Dalam exam, meletup-letup,
Berwajah ayu senyuman menawan,
Kalau ketawa sungguh menarik hati.

Seorang pendiam dan kelakar juga,
Baik hati serta sopan,
Itulah dia Faez kami,
Suka menggeleng tak kira tempat. (XD)

Ishana Nasuha nama yang indah,
Sungguh tinggi tiada bandingan,
Walau meja seringkali berserabut,
Hatinya baik sungguh pemurah.

Kecil molek bagaikan adik,
Itulah dia si Raihanah comel,
Suka ketawa mengekek-ngekek,
Baik hati dan murah senyuman.

Berbadan kecil berkaca mata,
Kalau dikira sungguh lucu orangnya,
Namanya Irfan penghuni asrama,
Suka bercerita dan bertazkirah panjang.

Agak kecoh dan juga bising,
Tak kira di mana dia berada,
Namanya pelik tetapi unik,
Itulah dia Che Ku Syaukani.

Berjiran dengan Irfan dan Syaukani,
Bertubuh kecil berwajah bayi,
Seorang pendiam tetapi tetap heboh,
Namanya Luqman penjaga suis kipas. (hahaha)

Kecil molek senyuman bayi,
Suaranya halus bak angin bertiup,
Hasyimah cantik dan bermata bulat,
Sekali tengok sungguh terpikat.

Suaranya kuat tetapi pendiam,
Kalau bercakap boleh dibilang,
Siapa dia kalau bukan Atiqah,
Walaupun senyap agak nakal.

Athirah Nadia nama diberi,
Bercermin mata berwajah comel,
Jangan pandang sebelah mata,
Nanti exam baru menyesal.

Wan Nur Athirah panjangnya nama,
Walaupun begitu baik orangnya,
Suaranya halus bak buluh perindu,
Amatlah alim dan suka tersenyum.

Seorang yang cantik dan tinggi lampai,
Selalunya skor subjek Matematik,
Dialah Aina Farzana,
Sekali tersenyum pasti cair.

Berkawan baik dengan si Aina,
Itulah dia Aqilah kami,
Suka tersengih berkaca mata,
Sungguh riang secerah siang.

Agak kasar tetapi malu,
Walaupun begitu sungguh menawan,
Siapa lagi kalau bukan Atikah,
Suka sangat ambil hati orang. *betul ke?

Berperangai pelik tetapi baik,
Suka tersenyum dan suka melawak,
Agak glamor di kalangan pelajar,
Dialah Zikrie penghuni asrama.

Agak kiut dan juga pemalu,
Ketawa banyak tetapi pendiam,
Suaranya perlahan tiada kedengaran,
Hmmm... Siapa lagi kalau bukan Alya.

Manis senyuman matanya genit,
Sungguh ayu kalah sang puteri,
Itulah Dina bendahari kelas,
Dengan quotenya, "Tolong ahh..."

Namanya Linda nama yang cantik,
Sekali tersenyum sungguh manis,
Sangat pendiam dan tak cakap banyak,
Kalau ditanya dijawab sepatah.

Mukanya blur setiap waktu,
Tetapi dia seorang yang baik,
Itulah dia Izzat namanya,
Bersuara garau dan suka tersengih.

Nama panggilan ialah Azeeb,
Empunya tempat di sebelah Izzat,
Satu-satunya lelaki bercermin mata,
Walaupun pendiam agak berbisa.

Sungguh tinggi dan 'agak' bijak,
Itulah dia Abdul Rahman,
Walaupun bising mengada-ngada,
Tanpa dia sunyilah kelas.

Okey, amacam? Jadik tak? Kakak aku cakap SELOKA kena ada rhyme. Sesedap mulut je. Aku dah check cari kat internet, seloka tak payah ada rhyme pun. So, kesimpulannye, jangan memandai, okey!

Stop untuk today.
Nantikan besok ucapan khas dari saya sempena Idul Fitr ini. =)

Wassalam.

Berhati-hati di jalan raya!

17.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

+ pesan saya: berhati-hatilah di jalan raya. hohoho +

Okey. Okey. Siapa nak tahu kenapa dengan gambar di atas itu? Oh, macam ni. Ya, accidentlah apa lagi. Hari ini, saya balik awal dari sekolah. Pukul 11.00 pagi. Awal tak?

Erm, balik tu, abang saya call cakap jangan lalu jalan ini. Ada 2 accident. Satu kereta kancil terbalik. Satu lagi kereta masuk bawah lori. Kenapa dengan dia orang? Tak nak beraya ke? Tak raya manalah tahun ni.

*********

Kat sekolah sangat boring hari ini! Saya bawa kamera. Sebenarnya, kamera ini barang haram ke tidak? Sarah tanya MPP cakap boleh bawa. Sofiah dengar cikgu cakap boleh juga. Tadi aku tanya kak pengawas tu, cakap tak boleh pula. Apa hal?

So, saya snaplah gambar kawan-kawan saya. Kalau nak tengok, scroll page ni sampai bawah. Hehehe!
*buat pertama kalinya, selepas dirayu, Ainul sudi bergambar. hohoho!

Ahh... Tadi ada majlis bersalam dengan guru. Sebelum tu, ada perhimpunan. Pengetua bagi ucapan. Katanya sekejap. Eii, boring tahap maksima, rasa nak baling kasoot dekat orang je!
*thanks to ainul & sofiah for comforting me. heee~

Oyyt. Hari ini mengapa buat hal lagi, muslimin? Kami tau anda mengadu dengan akhi, 'kan? Maafkan kami jika terbuat salah. Kami tak sengaja. Jangan berdendam. Selamat Hari Raya Idul Fitr, muslimin 1A7.
*ishkk...apa aku merepek ni?

Cikgu-cikgu yang mengajar, terutama Cik Nordiana, guru kelas kami, SELAMAT HARI RAYA IDUL FITR. Maaf Zahir & Batin.
*semangat ke nak raya ni?

Abecik baru balik pagi tadi. Yeay! Gembiraaa...! Tahun ini, abelong dan kakak raya di rumah mentua mereka dahulu. Yaa, yaa... Memang raya pertama tiada orang, tapi di kampung... Tak boleh dibilang!

Amuh baru beli mercun & bunga api. Saya tak main mercun, tapi saya dah besar untuk main bunga api. Cikgu-cikgu pun berpesan, tak payah main mercun dan bunga api. Saya patuh, cikgu!!!

Tapi, kalau keadaan mendesak (atau abang saya mendesak), main jelah. Hehehe! Bunga api sebenarnya bahaya ke tak? Saya kurang pasti. Kalau mercun tu, agak-agaklah. Hmm...

Sekejap je terasa bulan Ramadhan. Nak ulang balik rasanya. Isk... To all sepupu(s), HAPPY EID UL FITR. Maaf zahir & batin.
*testing je ni. malam raya nanti ucap lagi. heheheh!

PESANAN DARI SAYA:
Raya nanti, ziarahlah tetangga, sahabat handai dengan niat yang ikhlas. Bukan untuk dapat duit raya...!

Wallahualam.
Wassalam.

Andai Itu TakdirNya.

16.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hey! Dah dua hari aku tak update blog. Rase TAK rindu langsung. Heheh! Okey, okey. Kalau nak tahu, sepanjang dua hari ni, aku MALAS nak update. Well, tak rasa boring ke asyik online 24 hours? Taklah 24 hours betul-betul, kire macam perumpamaan jela. Kannn...?

Okee~~ Erm, nak cite ape eik? Ohhhh!!! Semalam, detik kegembiraan untuk tahun ini mencapai kegemilangannya (yang ayat aku skema nak mampus ni ape hal?). Nak tahu? Ini dia kisahnya..

Balik dari sekolah, aku keluar dari kereta tanpa perasaan. Oh, sungguh letih ditambah pula dengan dahaga dan lapar. Tiba-tiba POSLAJU sampai. Aku membiarkan saja. Kakakku mengambil bungkusan itu.

"Untuk siapa tu?" soalku. Kakakku merenung lama bungkusan itu.

"Kakngah," jawabnya sepatah. Aku berfikir. Kakngah?

"Bagi sini kejap," pintaku dan kakakku hanya menurut. Aku meneliti bungkusan itu.

KEPADA: JULIA SHIREEN @ NOORSYAHIDA AZMI
DARIPADA: Syarikat XXXXXX

Aku ternampak gambar bungkusan di dalam. Gambar daun berwarna keemasan. Aku cuba meneliti dengan lebih lagi. ANDAI ITU TAKDIRNYA. Mataku cerah kembali!

Tak mengantuk dah. "Saya punya, kak!!! Bukan Kakngah!!! Dia order hari tu!!! Yeay!!! Buku dah sampai....!" jeritku. Kakakku membatu dan kami masuk ke dalam rumah.

Setelah menukar pakaian, aku terus membaca buku itu. Sungguh excited. Ya, cerita itu sungguh menyedihkan. Tapi, yang peliknya, orang lain baca air mata tak henti-henti mengalir, aku hanya sebak di dada.

Itu semalamlah. Pagi tadi lain benar. Aku menangis. Air mataku menitik. Bunyinya, 'Tap...tap...tap...' sungguh sedih. Mengapa lelaki harus sekejam itu? Tidak tahukah mereka bahawa kita ini wanita adalah untuk mereka lindungi, bukan untuk mereka tindas?

After I got back from school, I read the book in the car. Sampai sekerat jalan, I'm finish reading it! Akhirnya Alya hidup bahagia bersama Az**b. Eh, silap! Akhirnya Aleya hidup bahagia bersama Syed Aizril dengan anak-anak mereka tercinta, Dania, Danny dan Darwin. (Danish meninggal)

Aku sendiri hairan, ada ke perempuan macam Aleya ni? Suami dah buat macam-macam, boleh dia terima laki dia tu lagi? Nasib baik Aizril betul-betul berubah. Kalau tak, tak tahulah aku nak kata apa.
*diam seribu bahasa

And now, ANDAI ITU TAKDIRNYA is one of my top list favourite. I'm waiting for CINTA KAU DAN AKU yang akan dipinjamkan Ainul kepadaku (lepas raya nanti.)
*sure-sure je kakak dia kasi pinjam. haha

***********

Cakap pasal raya, baju raya aku dah siaapp...! Dua pasang jer tahun ni. (campur tolak dengan yang orang kasi, adelah empat). Heheheh! Bergaya lebih-lebih pulak. Kaler baju raya:
1. Pink+putih+hijau
2. Pink+black
3. Pink+putih
4. Jubah koko

Amacam? Kenapa semua ada warna pink? Nasib baik Amuh tak belikan jubah kaler pink jugak, kalau tak... Memanglah! Mesti makcik2 aku kat kampung duk cakap aku asyik pinky je.
*kalau nak tahu, tiap2 tahun saya pakai kaler pink. makcik2 saya cakap apa ntah sebab ada sekali tu, semua pink. tudung, kasut. kena usik je. huuu~~

**********

Cerita pasal skool pulak! Hohoho! Hari ini, saya bawa novel ke sekolah. Walaupun pada hakikatnya saya sangat mengetahui bahawa novel itu adalah barang haram, saya tetap membawanya. Ainul ingin meminjam buku Dear Yayah 2, 3 dan 4.
*ah, budak ini! kata ingin pinjam, kenapa dibaca di sekolah?

Memandangkan satu hari suntuk cikgu tak masuk, saya memanfaatkan masa dengan menghabiskan buku Andai Itu TakdirNya. Ya, ya... Kawan saya sudah memerli saya dan saya hanya tersenyum mendengarnya. Biarlah, apa nak dihiraukan kata orang, jadilah diri kita sendiri, ya!
Siap ada yang kata, "Fokusnya Fifiey!" dan aku tersenyum. "Fifiey nak concentrate, jangan kacau," kata mereka lagi. "Lamanya awak ulang kaji, tak habis-habis lagi?" seorang lagi pula berkata. Kacau betullah. Ya, memang kacau dan mereka sedar itu. Hahaha. =p
Cuma, waktu English teacher masuk. Sempat saya berborak dengan teacher. Teacher story pasal beliau balik kampung time raye. Walaupun tak berapa nak dengar, saya hanya mengangguk - ingin menjaga hati guru pujaan saya itu. ^^

Saya sayang teacher saya! Tiap-tiap tahun, saya amat menyayangi guru English sepenuh hati dan saya sangat sayang! Sayang! Thank you, teachers! Especially my great teacher, Puan Wan Noor Khalbi. Hohoho, I really miss her. :(

Sambung balik topik di sekolah (sorry, lari topik pula ya), kami pulang ke kelas. Oh, waktu itu ke bilik SAL. Erm, jadi saya pun meneruskan pembacaan.
Memandangkan dalam kelas saya itu 3 meja satu baris, jadi ada 10 baris semua sekali. 3 baris di tepi kiri, 4 di tengah dan 3 di tepi kanan. Jadi, saya di kanan. 3 barisan di kiri, 1 barisan lelaki, 2 barisan perempuan. Di tengah, hanya 1 barisan lelaki, 3 barisan perempuan. Barisan saya, kanan punya, 2 barisan lelaki dan 1 barisan perempuan.
Berdasarkan penerangan di atas, saya ingin bercerita kisah hari ini. Saya membaca novel secara sorok-sorok di meja Hasyimah yang paling hujung. Mulanya, Sofiah dan Ainul ada melepak bersama, kemudian, mereka meninggalkanku sendirian. Masih tidak sedar perkara itu.

Saya memandang ke hadapan, muslimin kelas Saya berkumpul ramai-ramai betul-betul depan meja saya (berjarak sedikitlah). Erk... Saya memandang sekeliling, Ainul kupanggil. 'Kenapa tinggalkan saya sorang-sorang?' bisikku dan dia tersengih.

Saya terus membaca sehinggalah seorang muslimin menjoin kelompok itu dan berdiri betul-betul dekat dengan meja si Hasyimah, meja yang tengah saya duduk. Saya terus bangun dan bergegas ke tempat Alya dan Sabrina. Ainul tergelak.

Saya masih membaca, tapi tak boleh fokus disebabkan kebisingan yang melanda! Duduk di tempat sendiri, kaum Adam itu membuat onar. Lepak di tempat Alya dan Sabrina, dua orang budak comel ini bising bergelak ketawa. Hmm... Mahu lepak di mana lagi?

Disebabkan kebisingan yang melanda, saya terus menutup buku lalu ke tempat Raihanah dan Ainul. Wah, mereka sedang menyiapkan kad raya! Saya hanya tolong tengok - tidak dibenarkan tolong. =(

Setelah beberapa ketika, saya kembali membaca bersama Ainul dan Sarah. Hohoho. Merekalah peneman saya ketika berada di tempat Hasyimah - walaupun muslimin masih ramai di hadapan. Mengganggu saja!

Tiba masanya ke bilik PSV. Kami turun, cikgu tiada. Kami naik kembali, meneruskan pembacaan. Oh, sungguh kuat semangat saya hari ini! *wink*

Sewaktu naik, ada insiden melucukan. F*** baru sahaja keluar dari kelas, kemudian kami muslimat berjalan bertentangan dengannya. Dengan selamba, dia memusingkan badannya dengan gaya lucu dan berkata, "Allahu akbar!"
*klaka abes

Lepas tu, saya dan Ainul kembali membaca. Lama kemudian, seorang 'DJ' mengganggu kami iaitu Nur Ain Suraya. Masa tu jugalah dia nak menyanyi. Si Sofiah pada mulanya khusyuk membaca tafsir, turut serta menjadi 'DJ' pengacau daun. Saya dan Ainul berpindah tempat ke tepi Sarah. Alhamdulillah, tiada lagi pengacau.

Cuma, kemudian... Hampir separuh muslimat berkumpul satu kelompok di belakang dan duduk atas lantai. Mereka bergurau hinggalah ketawa mereka didengar oleh muslimin. Faez cakap, "Kenapa yang liar sangat tu?" dan mereka terdiam. Saya berkata, "Please lower your voice, girls,".

Okey, selepas Ain dan Sofiah tidak mengganggu kami, kami kembali ke tempat Hasyimah. Sofiah ternampak dan ingin mengacau lagi tetapi dia terjatuh. Saya tersenyum melihatnya. Khusyuknya kami membaca sampai tidak sedar waktu telah berlalu. ^^

Kami solat Zohor. Saya menjadi imamnya. (???) Ramai pulaaa makmumnya...! Saya hanya ingin berjemaah dengan Ainul dan Raihanah, tak sangka sampai akhowat form 3, 4 n 5 pun ada. Erk, malunyaaa...

Selepas Zohor, kembali ke kelas. Hohoho! Kami bersalam-salaman bagi yang tak datang sekolah besok. Apalah, sikap pemalas macam inilah yang selalu saya nak elak. Hehehe! Kita kena selalu rajin supaya apabila kita berusaha, kita tak putus asa macam tu je. Betul tak, kawan-kawan?

Okey, dan sesungguhnya, tidak saya nafikan, HARI KETAWA SEDUNIA untuk kali keduanya bagi kelas 1A7. Erm, agak-agak boleh control tak ketawa tu, wahai orang yang berkenaan?

Ahah, tadi beberapa orang pelajar muslimin dipanggil kaunselor. Apa masalah mereka sebenarnya? Saya kurang pasti dan saya langsung tidak ingin ambil tahu. Tapi, mengapa jadi begini...?
*fifiey buat-buat tak tahu padahal dah tahu. hohoho

One more thing, banyak pula saya dapat kad raya tahun ni. Thank you, Kakngah, Kakak, Syimah, Brina, Piah, Ainul, Rihana and Syakirah.
*kasi la lagi hehe

***********

Okey, sekarang dah nak raya. Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITR kepada seluruh umat Islam sedunia. Maaf zahir & batin. Semoga ukhuwah sentiasa berkekalan.

Happy Eid Ul Fitr. Forgive all my wrong deeds. My bad words. My rude acts. My negative thoughts. Nobody's perfect, and all of us make mistakes. ^&^

To all my friends, classmates, ex-classmates, thanks for being my friends. My fun buddies. Without you, there's nothing meaningful in my friendship. All of you showed me how friendship is. Although I know, our thoughts are always different and lead us to a fight, that's the sweetness in our friendship. THANK YOU.


CLASSMATES
(girls)
Sofiah
Ainul
Sabrina
Ain
Raihanah
Hasyimah
Sarah
Athirah
Alya
Dina
Ishana
Nadia
Aina
Aqilah
Atikah
Linda
Atiqah

CLASSMATES
(boys)
Amir
Anwar
Faez
Lokmanul
Syaukani
Azeeb
Izzat
Zikrie
Abdul Rahman
Luqman
Irfan
EX-CLASSMATES
(some)
Farhana
Aliuddin
Halimatul
Wannur
Norsuraya
Wan Suraya
Amirul
Amir H
Ayub
Faiz
Aiman
Amir M
Nafis
Anas
Aisamuddin
Annisha
Auni
Syahirah
Rathna
Asyikin
Aisyah
Aida
Diyana
Hassan
Tengku
Nabila
Jamima
Farid
Izyan
Syazwani
Hajar
Ainatul
Hawa
Izzah

Saya sayang kamu semua...! Tanpa kawan, siapalah saya. Friends forever!
*kepada orang berkenaan, jangan silap sangka yang CLASSMATES tu ya!

*********

Maaf, hari ini saya menggunakan bahasa skema @ bahasa baku. Tidak mengapa, bahasa Melayu, bahasa indah! Betul, 'kan? Yeah, saya memang budak skema!

Akhir kata,
jangan main mercun. *xsabbik*

Wallahualam.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

p/s: entry terlebih panjang. sorry!

My family! Happy family!

13.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

+ tiada dalam gambar: amuh n abelong serta kaklong +

Hey, hey! Cantik tak gambar kat atas tu? Paling aku benci dalam gambar ni ialah aku :~ kenape aku ayu sangat duduknyee? Ish... Gambar ni tak lengkap, amuh takder. Mase ni die ngah solat. (=

+ mase ni everyone ade except for abelong +

Saye malu.. Kerna? Kenapa amuh saya buat muka cenggitu? Oh, saya lupa! Keluarga saya memang suke buat muka tak cantik...! Maafkan kami! Hahaha.

Teka siapa yang menjadi camera man tak bertauliahnya...? Oops! Salah! Bukan abelong saya, bukan... Dia itulah sepupu saya, namanya XXXXX. Heee~ Tapi orang panggil Ateh.

Ini abecik saya yang upload di Facebook. Jadi, hari ini saya baru dapat edit. Saya suka mengedit gambar...!
*untuk makluman sahaja; yang berbaju merah (abang pe'i) ialah abang ipar saya, suami kepada kakak

*************

Hari ini saya ada appointment dengan duktur di hospital. Pagi-pagi pergi sekolah, ambil surat kebenaran. So, I have to wear the school uniform! Hohoho.

Then, terus ke hospital. Nasib baik hari ini tak ambil darah. Erm.... Doktor saya hari ini namanya Dr. Zulkifli. First appointment dengan doktor, namanya Dr. Zahar dan yang second punya nama Dr. Karina.
*soalan saya; mengapa doktor harus bertukar-tukar?

Lepas habis dari appointment, saya terus ke Kedai Buku Banggol. Teka saya jumpa siapa? Oh, sungguh mendebarkan saat itu. Dupdapdupdap...

Saya masuk dan terus ke bahagian tertulis NOVEL. Saya belek novel yang ada di situ. Saya masih mencari novel Andai Itu TakdirNya (walaupun kakngah dah order semalam). Hehehe. Saya pusing sekeliling, ibu saya tiba-tiba bertanya, "Cari novel apa?" dan saya menjawab "Andai Itu TakdirNya."

Ibu saya terus bertanya kepada pekedai. Dia cakap sudah habis (oh, sungguh laku buku ini!) Saya mencari dan terus mencari. Tetiba saya terlihat kelibat memakai uniform sekolah berwarna biru. Rasa macam kenal.
*dupdapdupdap

Ada tiga kelibat - kesemuanya lelaki berbaju uniform sekolah biru dan bersongkok. Salah seorang daripada mereka berpaling ke arahku, OMG!!!! Saya terus memandang ke lain. Too much debaran!

Semuanya MPM (majlis perwakilan murid) sekolah aku. Dupdapdupdap. Apakah tanggapan diorang terhadap aku? Ingat aku ponteng ke? Ehhh, boleh tunjuk surat kebenaran sekolah taww...

Then, saya terus mencari novel. Nah, jumpa Tautan Hati. Beli jer. Lepas bayar, saya terus keluar. Saya buat-buat tak kenal dengan mereka. Berdebar ni tahu takk...! Kemudian saya masuk balik - nak beli topup. Yeay!

Saya tak baca lagi buku Tautan Hati. Malas - campur kecewa sebab tak dapat baca novel Andai Itu TakdirNya dalam masa terdekat. Huuu (menangis air mata palsu).

Okay, lepas ni tak nak melencong lagi daa ke mana-mana setelah habis appointment, terus balik rumah! Tak nak jumpa mereka lagiiii....!
*hahaha. ye la sangat.

Hmm, dah stop! Tak nak tulis lagi! Nantilah yerp! Sayang semuaaa....!
*haha. hari ini penggunaan saya, bukan aku lagi. saja, buat skema 8_8

Wallahualam.
Wassalam ^^

A lil bit from New Moon

12.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Kejap jer ni. 3 trailers for New Moon. (can't wait for 20th November!)





Wow, they are awesome! I like them! Much much Twilight loveee! <3

*********

Perasan tak ade Fifiey's currently kat tepi ni? Oke~ Untuk pengetahuan semue jer tu aku tengah buat apa, makan apa, minum apa, tengok apa, nak tengok apa... Heee3...

Wassalam.

Ketika Cinta Bertasbih

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

I want to see the movie! I want to see the movie! Tapi baru keluar kat pawagam. Quote Kakak, "CD tak ade. Kalau ade, yang cetak...?" dan aku membalas, "Rompaaaaaakkkk......"

Kakak cakap, novel ni sebenarnya ada dua. Tapi bila sampai kat Malaysia, dia satu buku jerp. Tapi, movie dia tetap dua. Ishkkk... KCB 1 dah keluar, KCB 2 tengok trailer keluar 17Sept09 ni. Hohoho! Dah nak dekat raya. Jom pi tengok? Tak apalaa... Beli CD jelah nanti. ^^

I love KCB! Kalau nak tahu lebih lanjut tentang cerita ini, please click here, everybody! Okie, okie. KCB the best! I have to admit it, better than The Twilight Saga. Peace~!
*saye lebih meminati novel Islam ^^

Pengalaman bace novel ni:~
Hampir menangis, tapi air mataku tak nak keluar. Just berkumpul di mata sahaja. Hehehe. Part paling sedih time Ustaz Mujab (Habiburrahman El Shirazy sendiri yang memegang watak ini) cakap dengan Azzam yang Azzam tak layak untuk Anna Althafunnisa. Tapi akhirnya, jodoh mereka bertemu jua. ^^

Lagi best daripada novel Ayat-ayat Cinta. Memang, sebuah novel pembangun jiwa.
*aku jadi perasan kejap sebab ada watak dalam cerita ni nama Vivi. dia nak dinikahkan dengan Azzam tapi tak jadi (orang indon kan pelat skit, tak boleh sebut V, mesti jadi Fifi. hohoho)

Itu saja ulasan saya untuk novel best ini. Nak tahu kisah selanjutnya? Bacalah sendiri! Hahaha. Berlambak dekat kedai.

******************

Okeee~ Saya baru pulang dari satu tempat. Kakak saya pergi survey rumah, so ayah saya ajak saya pergi sekali! Dahla belum mandi lagi tadi (sekarang daa mandi). Rumah tu cantik jugaklah. Style rumah Maklang aku, cume rumah yang kami survey tadi kecik sikit. Rumah Maklang cantikkk....!

Lepas tu, kira jadi beli ler. Mase survey tu, ada empat bilik. Kaler seme lain-lain. Master bedroom kaler peach. Bilik sebelah dia teke kaler ape? Kaler pink! Aku awal-awal dah chop! (padahal aku tak duduk situ pun nanti)

And ade due bilik lagi, satu bilik kecik kaler hijau muda (kakak cakap nak buat bilik kerja). Bilik kat dapur warne purple. Cantik kaler die. Kire macam - sedap mata memandang gituuu... Hohoho!

Erm, kakngah dah beli buku Andai Itu TakdirNya secara online tadi. Yeay! Sampai lepas raya jugakla nampaknyee... Takpe, asalkan dapat. Thank you, kakngah!

And at last, aku sajikan korang dengan sebuah video (lagu) untuk kudapan telinga korang. Enjoy, yaaa....! ^^

[A very nice song about the month of Ramadhan, a month full of barakah.]

Crazy day at school!

10.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Fuh~! Hari ini ialah HARI KETAWA SEDUNIA bagi kelas 1A7! Except for boys, we don't know (e'eleh. muslimin memang hari-hari ketawe bergegar kelas, tak payah ade hari ketawe sedunie untuk mereke).

Pagi ini, time PJK, cikgu ade je duk tercongok tande kertas kat depan. Muslimin&muslimat dipisahkan. Muslimin kami tidak tahu ke mane, tapi kami tak kisah pun...! ^^

Hahaha. Lepas tu, aku buat nota Sejarah (yang agak sedikit). Hohoho! Ada berape bab lagi tak buat? Hoho, ada tiga lagi...! Ngeh3. Alya, Sabrina join aku duk berbual. Lepas tu mulelah otak berbelitnye. Ade beberape kelompok lagi duk ketawe abes-abesan. Hatoii~~

Waktu KH pun satu, berbelit usus perut ni hah~! Cikgu lawak sangat larrhh... Sesampainyer kami di kelas, aku n Ainul da tak bermaye (ketawe banyak sangat!). Dan lepas daripade itu, aku pening dah sebab ketawe terlalu banyak.
*kesimpulannya, janganlah ketawa banyak-banyak

Eish, Lya yang buat aku ketawa ni. Oh, Lya! Suamimu menunggumu membuat kerja rumah Sejarah (nota). Hahaha. Jangan marah, Lya! Brina, jom gi beli pencil case same-same, nak? Eh, ke awak dah ade date ngan orang pencil case kaler biru tu? Hohoho~

Hari ni, mengantuk. Semalam, takde api. Dari pukul 8 malam takde separuh elektrik kat rumah aku. Rumah depan ada dua buah tak ada terus api! Balik tarawih, pukul 10 (selesai je bace kad raye dari Syimah!) keseluruhan taman gelap. Dengan Taman Limau sekali gelap. Sayu aku dan Izyan kejap. Huuu~
*menangis air mata palsu

Pastu, tidur jela. Memangla panas, tapi aku tetap cakap dalam hati. "Panas kat dunie je, panas kat dunie je," aku ulang mende yang same dan HAMPIR tertidur. Prapp! Lampu&aircond&kipas dah terpasang dengan sendirinya! Kire-kire pukul 12.15 jugakla. Dan aku terus tidur kerane ngantowkk...!

Dan sekarang, aku sangat mengantuk lagi walaupun dah tidur 2 jam. Nak solat kejap pastu tidur balik. Time nak berbuka baru bangun (buruk betul perangai!).

Esok Abang balik lagi...! Bulan puase ni, asyik baaaalik je abang aku sorang tuh. Tiap-tiap minggu. Tapi I'm happy! Hari Ahad tak pergi skool. Ade appointment dengan doktor. =)

SHAFFIEY ADIA AIMI

Saia da pergi sekolah balik...!

9.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Ehem. Ehem. Ape? Ala,, saje jeee... Hohoho! Malaysiaku Gemilang, Merdekanya Terbilang!
*ni tema tahun lepas sebenarnye, tema tahun ni lagu die camane? lagu faizal tahir tu ek?

So, arinie ade la sikit story. Kat skool (sebab hari ni dah pergi sekola balik). Kawan-kawan semue rindu aku (ececece. perasan pulak dah!). Ain tak datang due hari berturut-turut, nenek die sakit so die balik kampung. Inna lillah... Ainul cakap la, betol la tu kot.

Hari ni semue orang punye otak pusing-pusing macam gasing - yang aku punye pun lebih kurang. Tapi aku boleh la waras sekejap setelah beristighfar (lepas tu otak berpusing balik). Iskk...

First period pagi tadi, iaitu BM. Kene bace sajak. Ainul sengaje nak kenekan aku, so kite ikuti dialog mereka (beserta Piah, cikgu, Syimah dll):

"Piah, mai kite buat sepanduk suruh Fifiey bace sajak," ujar Ainul dengan matanya bersinar-sinar.

"Berehhh...!" Piah hanya menyetujui rancangan kolot Ainul itu. Duh!

"Okey, kelas. Hari ni, kite bace sajak. Sape volunteer nak bace?" cikgu memandang sekeliling.

"Fifiey, cikgu!" Ainul tersengih - kalah kerang busuk. Hohoho.

'Ape ni!! Saye tak nak laaa... Ngade!!' bisikku sedikit menjerit.

"Okey, Ainul-lah bace! Ainul, bace," arah cikgu. Aku tersengih, dalam hati, 'Haa... Tulah tadi nak kenakan orang. Balik-balik dia yang terkena. Hohoho,'

Ainul dengan berat hatinya bangun. "Erm, cikgu, suruh orang lain bace boleh tak? Suruh Fifiey," ujarnya tiba-tiba dan membuatkan aku pening kejap.

Ainul duduk. "Orang lain nantilah. Sekarang, Ainul bace dulu," arah cikgu sekali lagi. Aku tersenyum menang. We are the champion! :))

Ainul pun baca.

**********

Lepas habis sajak yang Ainul&Syaukani baca tu, kena baca sajak lain pula...! Kali ni, diorang tak buat hal. Tetiba cikgu cakap, "Hasyimah, bace, Syimah!"
Dahlah Syimah duduk tepi aku je. Hee~

Syimah pun bangun. Aku dah concentrate ni. "Cikgu, suruh Fifiey bace cikgu. Ye volunteer nak bace," tiba-tiba Syimah mereka-reka fakta. 'Eh, ape ni, Syimah? Ngadeee....!' bisikku.

"Mane ade, cikgu!" ujarku dan cikgu menyuruh Syimah juga baca akhirnya. Hohoho!!!
Selamat Hari Raya, Hari untuk kita bersuka-ria! *lari topik, sorry!

Itulah kisahnya. Pengajaran daripada cerita ini; janganlah kita nak kenakan orang kerana nanti takut dikembalikan paku buah keras juga kepada kita. Faham, ya anak-anak? Okeee~

Hari ini, aku tahu otak agak berbelit. Tapi... Kenapa aku digosipkan dengan 'ehem2' dua orang tu? Ish, jauh panggang dari api, na'uzubillah! Aku hanya menyebut name budak dua orang tu, tetibe kene gosip plak. Huh? *mateku sengaje dibulat-bulatkan

Bulat kecil, bulat kecil, bulatlah besar. Sayang mama, sayang papa, sayang sekeluarga. Enam kali enam, tiga puluh enam. Enam kali enam, anaklah beruang. @_@
*juge tiada kene mengene

Erm, pesanan saya pada hari raya ini, jaga kesihatan (don't eat too much!). Nak pergi beraya tu, lintaslah jalan dengan berhati-hati.
*walaupun raye lambat lagi

@@@@@@@@@@

Dah nak masuk malam 10 terakhir pun. Malam Lailatul Qadr boleh datang bile-bile mase je dalam 10 malam itu. So, banyakkanlah solat malam yer. Carilah malam Lailatul Qadr.
*aku setakat ni belum pernah solat malam. tengah usehe ler ni! usehe is the ladder of success!

Sorry kalau ade tersalah kate, tersilap bahase dan sebagainya. Sekian, wallahualam.

Wassalam. =)


Kad raya 'Special Edition'!

8.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Peace! Pon,,pon,,!! Kenderaan berat ikut kiri, kenderaan berat ikut kiri... (uish, ape aku merepek ni?) Oh, biasela, da nak raye ni, mesti semue sebok nak balik kampung. Jadi, jalan mesti jam. Nasihat saya, jangan lupa bawa roti! Hohoho!

Hari ni, aku terime kad raye! Dari? Kakak aku. Gembirenyee! (padahal serumah je pun). Hehehe. Nak tengok kad raye tu? Aku dapat 2, satu dari Kakngah yang duduk sebelah bilik aku (@_@) dan satu dari Kakak yang tinggal di bilik sebelah Kakngah aku (T_T). Hohoho!

(ni sampul surat je. hohoho)

(ini dia gambar depan kedua-dua kad raye itu! yang kaler pink tu kakngah uat sendiri)


Okey, jemputlah baca ucapan dari Kakak aku. Mengade betol die letak name Abdullah Khairul Azzam. Kad raye dari Kakak muke surat die sikit je. Hehehe! Buzz!!!

(thank you, abdullah khairul azzam @ hidayah)

Aha... Ni dari Kakngah. Page die banyak. Siap buat kartun agi. NOTE: Please don't trust any of the cartoons drew and the dialogues!

(i'm team Edward! no team jacob, no team switzerland!)

(her wish for me on eid ul fitr. thanks! love you, too, sis!)

(that left one is my favourite part! go, edward! go, edward! goooo, EDWARD!)

(the last page. is that jasper hale? yes! haha)

Okay, dah abes. Sesiape yang nak bagi kad raye tu, silelah. Saye tak segan meminta, dan LAAAGI tak segan menerimenye. Hohoho~!

Aku da kasi kad raye kepade kawan-kawan sekelas aku (yg terpilih sahaja):~
Miss 'Ainul Munirah (nunu)
Miss Nurul Sofiah (piah)
Miss Nur Ain Suraya (ain)
Miss Noor Raihanah (rihana)
Miss Sarah Nasuha (sarah)
Miss Wan Nur Athirah (athirah)
Miss Nur Hasyimah (syimah)
Miss Nurul Sabrina Syarfa (sabrina)
Miss Syakirah Afifah (kirah) - not my classmate but x ahu nok to mane name ye.hohoho

For my best buddies in primary school, I've given the cards to them, too:~
Mr. Muhammad Aliuddin (adin)
Miss Halimatul Saadiah (matu)
Miss Wan Nur Shafika Amira (wannur)
Miss Norsuraya (aya)
Miss Izyan Amni (yang)
Mr. Amirul Hakimi (miro)
Mr. Mohammad Amir Hamdan (amir)

Due orang je best friends tak bagi agi...:~
Miss Farhana Nabilah (farhana)
Mr. Ayub Sabran (ayub)

Kenape saye tak bagi kad raya kat diorang:
1. due-due duduk asrama
2. due-due tak contact saye
3. due-due rumah 'agak' jauh

Hehehe... Sorry, nantilah aku kasi. Senang je nak kirim. Bagi kat Farhana, pastu die bleh kasi kat Ayub cz rumah diorang hanye beberape meter sahaje. Hohoho~~!!! =)

Kepade sepupu, sorang je da kasi:~
Acik Farha of course.

Yang lain, sorry!!!

Aku dalam proses pencarian buku Andai Itu Takdir-Nya di internet. Nak order je, kat kedai da abes. Laku betol buku tuh!

Hehehehe... Okeylah, sampai sini je. Dah terlajak panjang cerite hari ini.
*hari ini ade orang tu tak pergi sekolah, name die Fifiey

Ngak3. K, wassalam.

Oh, mengantuknya...!

6.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Ahaa... Hari ini, ke sekolah seperti biasa. Tapi tak tau kenape arini rase dahage teramat sangat. Lepas sahur tadi lagi daa~ Woo... So, teruskan hari ini dengan sabar ^^

Entahlah, hari ini nampaknye seluruh warge 1A7 kelihatan sungguh mengantuk dan tidak bermaya. Sedih aku tengok sengsorang. Aku ngan Piah duk gelak tengok budak tu, budak ni tersengguk, muke blurr. Kesian cikgu ngajar, ade orang fokus ke tidak, aku kurang pasti.

Yang aku yakin, aku ngan Piah tak fokus pun. Kami cube menghilangkan rase mengantuk dengan melawak sesame sendiri (dan kami berjaya!). Hohoho~ Syimah kat kiri aku pun dah muke cam nak nangis jer. Hiks... Hiks...

Don't cry, my baby, don't! (???) Aku tak betol hari ini. Sebab? Erm, entahla... Tanye la lain kali yerp. Akanku fikirkan jawapannyer esok. Hehehe.

Erm! Aku da menghabiskan sebuah buku bertajuk Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman El Shirazy (penulis Ayat-ayat Cinta) yang muka suratnya hanya 1079. In two days je (novel Melayu@Indon okeyla), tapi kalau novel English, mungkin mengambil mase selame 1 minggu. ><

Sekarang ni, aku tengah pikirkan nak beli buku Andai Itu Takdirnya. Tadi, Ishana story kat kite orang (Tiqah, Tikah, Syimah, Nadia n aku) tentang cite tu. Tapi tak abis. Aku teringin nak beli. Best ke tak? Best ke tak? Tapi aku rase novel paling gempak :~ Of course MY TWILIGHT! Hee~

Kedue best, Ketika Cinta Bertasbih. Azzam yang tabah menjalani keperitan hidup. Aku suka gile dengan karakter Azzam ni. Name penuh:~ Abdullah Khairul Azzam. Nges3... Saksikan trailer citenye::~~



Cite die tersangatlah best (walaupun pade aku boring skit mase mule-mule tu). Kalaula ade penulis cam Kang Abik ni kat Malaysia 'kan... Mesti lagi best. MALAYSIA BOLEH!!!

Semue abangku (except abelong) ade kat rumah. Siap seorang cousin agi ade. (siapekah itu? ta kenal) Hohoho~ Buat-buat tak kenal pulak.

Okey, kepade semue. Saye nak mintak maaf jikalau ade tersilap kate, tersalah kate, tersepak, terterajang, tercubit, terpukul, terdesak, terlempang dan terkutuk serta banyak lagi 'ter' di depannye termasuklah TER (Terengganu Equestrian Resort) sekalipun. Huhuhu. :)

~Sempurnanya sifatmu, tulusnya hatimu, jujurnya niatmu, tingginya kesabaranmu~
(xsabbik pom benonye huhu)

Wallahualam.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. ;)