Aku benar-benar terpaut hati.

21.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hmm... Aku tak tahu perasaan apa yang sedang menguasai diri saat ini. I don't know what am I thinking. So blurr. Tak tau, tak tau. Ya Allah, kenapa dengan aku?

Okey, stop talking about what's in my mind. I'm going to talk about... My newest novel. TAUTAN HATI with the quote, "Aku benar-benar terpaut."

Cerita ini sememangnya menarik. Tatkala membaca novel ini, sama sahaja keadaan ketika membaca novel KCB (Ketika Cinta Bertasbih). Part mula-mula memang memboringkan gilaaa...! Tapi, berkat kesabaran dan minat aku terhadap membaca ni, layan jelah... @_@

Mula-mula, aku tak berapa suka dengan watak Asiah Yusra ini. Sebab penulis menggambarkan gadis ini terlalu sempurna. Sedangkan kita semua tahu, nobody is perfect. Tapi, lama-lama, seperti quote tadi, "Aku benar-benar terpaut."

Novel ini menyelitkan banyak unsur keagamaan. Aku mengkagumi Asiah Yusra, Elya Khadeeja, Umar al-Mujahid dan Hassan al-Banna. Empat watak utama yang aku dapati sangat tabah menghadapi segala rintangan. Layakkah aku menjadi seperti mereka?

Aku kagum betapa tabahnya Umar terpaksa menelah pahitnya hempedu tatkala al-Banna bertunang dengan Yusra. Aku terpesona dengan pengorbanan seorang sahabat bernama Hassan al-Banna menyerahkan tunangnya kepada Umar al-Mujahid.

Aku menitiskan air mata tatkala persahabatan menjadi isi utama novel ini. Ya Allah, mampukah aku membina persahabatan indah seperti itu? Mampukah aku menepis segala perasaan cinta ini seperti Asiah Yusra? Mampukah aku?

***************

Okey. Hari ini, ramai tetamu yang datang. Semua kawan abang-abang aku. Hari ini abang aku buat reunion sikit dengan kawan-kawan sesekolahnya dulu. Meriah jugaklah.

Dan, tadi Ayah Njang singgah ke rumah dengan anak-anaknya. Saat itu aku sedang menyiapkan ole-ole untuk perkahwinan abangku nanti sambil menonton tv. Secara tiba-tiba, sepupu-sepupuku yang semuanya lelaki menyertaiku di depan tv. Gulps!

Ummiku menyuruh mereka membantu. Nasib baik sekejap je, kalau tak memang aku terdiam kaku jelah. Memang aku elergic bila dekat-dekat dengan lelaki sekarang ni. Fuh! Syukur, Alhamdulillah... Allah masih selamatkan aku.
*dahlah duduk sebelah-menyebelah je. ish, tak nak bayangkan lagi...huuu~

Rasa nak melarikan diri jauh-jauh je. Tapi, aku kena buat kerja yang Ummi suruh. Eish, tak sangguplah nak masuk bilik nak berinternet semata-mata sebab dikerumuni lelaki. Aku diam je.
*hati dupdapdupdap sambil berdoa, "Ya Allah, jauhkanlah aku dari zina hati, zina mata, zina telinga dan sebagainya..."

Okey, dah cerita pasal mereka. Tetamu tak berhenti datang. Eh, apa nii? Saat itu aku merasakan, kalau kawan-kawan aku datang, rasa macam biasa je sebab ramai sangat yang datang. Huhuhu.

Aku langsung tak teringatkan mereka sebab terpaksa melayan tetamu. Okay, aku bersyukur sebab tak payah resah menanti mereka. Buat apa menunggu orang yang tidak pasti kunjungannya? Tidakkah itu membuang masa? Sebaik-baiknya masa digunakan untuk menolong orang.

Setelah Asar, Ummi dah tak larat lagi. Beliau berehat. Kami yang lain menyambung tugas. Actually, I didn't do all the chores, my dad, my sis and my bros. Lalala... I was reading Tautan Hati all the day long. Just helping every 30 minutes. Lalala!

Erm, malam Walid berhajat ke rumah anak saudaranya iaitu Mohd Noor (tak tau nak panggil apa). Tapi dia tiada di rumah. Kemudian, nak ke rumah anak saudara Walid seorang lagi, juga tiada. Akhirnya, kami ke rumah Che' Wan berdekatan rumah kami. Hehehe!

Lepas tu, aku balik rumah habiskan novel Tautan Hati. A very happy ending! ^^

So, macam mana? Banyak tak dapat duit raya? Aku? Err, biarlah rahsia...! InsyaAllah besok akanku masukkan gambar aku bersama SELURUH ahli keluarga tercinta. =)

Wassalam.
Post a Comment