Andai Itu TakdirNya.

16.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hey! Dah dua hari aku tak update blog. Rase TAK rindu langsung. Heheh! Okey, okey. Kalau nak tahu, sepanjang dua hari ni, aku MALAS nak update. Well, tak rasa boring ke asyik online 24 hours? Taklah 24 hours betul-betul, kire macam perumpamaan jela. Kannn...?

Okee~~ Erm, nak cite ape eik? Ohhhh!!! Semalam, detik kegembiraan untuk tahun ini mencapai kegemilangannya (yang ayat aku skema nak mampus ni ape hal?). Nak tahu? Ini dia kisahnya..

Balik dari sekolah, aku keluar dari kereta tanpa perasaan. Oh, sungguh letih ditambah pula dengan dahaga dan lapar. Tiba-tiba POSLAJU sampai. Aku membiarkan saja. Kakakku mengambil bungkusan itu.

"Untuk siapa tu?" soalku. Kakakku merenung lama bungkusan itu.

"Kakngah," jawabnya sepatah. Aku berfikir. Kakngah?

"Bagi sini kejap," pintaku dan kakakku hanya menurut. Aku meneliti bungkusan itu.

KEPADA: JULIA SHIREEN @ NOORSYAHIDA AZMI
DARIPADA: Syarikat XXXXXX

Aku ternampak gambar bungkusan di dalam. Gambar daun berwarna keemasan. Aku cuba meneliti dengan lebih lagi. ANDAI ITU TAKDIRNYA. Mataku cerah kembali!

Tak mengantuk dah. "Saya punya, kak!!! Bukan Kakngah!!! Dia order hari tu!!! Yeay!!! Buku dah sampai....!" jeritku. Kakakku membatu dan kami masuk ke dalam rumah.

Setelah menukar pakaian, aku terus membaca buku itu. Sungguh excited. Ya, cerita itu sungguh menyedihkan. Tapi, yang peliknya, orang lain baca air mata tak henti-henti mengalir, aku hanya sebak di dada.

Itu semalamlah. Pagi tadi lain benar. Aku menangis. Air mataku menitik. Bunyinya, 'Tap...tap...tap...' sungguh sedih. Mengapa lelaki harus sekejam itu? Tidak tahukah mereka bahawa kita ini wanita adalah untuk mereka lindungi, bukan untuk mereka tindas?

After I got back from school, I read the book in the car. Sampai sekerat jalan, I'm finish reading it! Akhirnya Alya hidup bahagia bersama Az**b. Eh, silap! Akhirnya Aleya hidup bahagia bersama Syed Aizril dengan anak-anak mereka tercinta, Dania, Danny dan Darwin. (Danish meninggal)

Aku sendiri hairan, ada ke perempuan macam Aleya ni? Suami dah buat macam-macam, boleh dia terima laki dia tu lagi? Nasib baik Aizril betul-betul berubah. Kalau tak, tak tahulah aku nak kata apa.
*diam seribu bahasa

And now, ANDAI ITU TAKDIRNYA is one of my top list favourite. I'm waiting for CINTA KAU DAN AKU yang akan dipinjamkan Ainul kepadaku (lepas raya nanti.)
*sure-sure je kakak dia kasi pinjam. haha

***********

Cakap pasal raya, baju raya aku dah siaapp...! Dua pasang jer tahun ni. (campur tolak dengan yang orang kasi, adelah empat). Heheheh! Bergaya lebih-lebih pulak. Kaler baju raya:
1. Pink+putih+hijau
2. Pink+black
3. Pink+putih
4. Jubah koko

Amacam? Kenapa semua ada warna pink? Nasib baik Amuh tak belikan jubah kaler pink jugak, kalau tak... Memanglah! Mesti makcik2 aku kat kampung duk cakap aku asyik pinky je.
*kalau nak tahu, tiap2 tahun saya pakai kaler pink. makcik2 saya cakap apa ntah sebab ada sekali tu, semua pink. tudung, kasut. kena usik je. huuu~~

**********

Cerita pasal skool pulak! Hohoho! Hari ini, saya bawa novel ke sekolah. Walaupun pada hakikatnya saya sangat mengetahui bahawa novel itu adalah barang haram, saya tetap membawanya. Ainul ingin meminjam buku Dear Yayah 2, 3 dan 4.
*ah, budak ini! kata ingin pinjam, kenapa dibaca di sekolah?

Memandangkan satu hari suntuk cikgu tak masuk, saya memanfaatkan masa dengan menghabiskan buku Andai Itu TakdirNya. Ya, ya... Kawan saya sudah memerli saya dan saya hanya tersenyum mendengarnya. Biarlah, apa nak dihiraukan kata orang, jadilah diri kita sendiri, ya!
Siap ada yang kata, "Fokusnya Fifiey!" dan aku tersenyum. "Fifiey nak concentrate, jangan kacau," kata mereka lagi. "Lamanya awak ulang kaji, tak habis-habis lagi?" seorang lagi pula berkata. Kacau betullah. Ya, memang kacau dan mereka sedar itu. Hahaha. =p
Cuma, waktu English teacher masuk. Sempat saya berborak dengan teacher. Teacher story pasal beliau balik kampung time raye. Walaupun tak berapa nak dengar, saya hanya mengangguk - ingin menjaga hati guru pujaan saya itu. ^^

Saya sayang teacher saya! Tiap-tiap tahun, saya amat menyayangi guru English sepenuh hati dan saya sangat sayang! Sayang! Thank you, teachers! Especially my great teacher, Puan Wan Noor Khalbi. Hohoho, I really miss her. :(

Sambung balik topik di sekolah (sorry, lari topik pula ya), kami pulang ke kelas. Oh, waktu itu ke bilik SAL. Erm, jadi saya pun meneruskan pembacaan.
Memandangkan dalam kelas saya itu 3 meja satu baris, jadi ada 10 baris semua sekali. 3 baris di tepi kiri, 4 di tengah dan 3 di tepi kanan. Jadi, saya di kanan. 3 barisan di kiri, 1 barisan lelaki, 2 barisan perempuan. Di tengah, hanya 1 barisan lelaki, 3 barisan perempuan. Barisan saya, kanan punya, 2 barisan lelaki dan 1 barisan perempuan.
Berdasarkan penerangan di atas, saya ingin bercerita kisah hari ini. Saya membaca novel secara sorok-sorok di meja Hasyimah yang paling hujung. Mulanya, Sofiah dan Ainul ada melepak bersama, kemudian, mereka meninggalkanku sendirian. Masih tidak sedar perkara itu.

Saya memandang ke hadapan, muslimin kelas Saya berkumpul ramai-ramai betul-betul depan meja saya (berjarak sedikitlah). Erk... Saya memandang sekeliling, Ainul kupanggil. 'Kenapa tinggalkan saya sorang-sorang?' bisikku dan dia tersengih.

Saya terus membaca sehinggalah seorang muslimin menjoin kelompok itu dan berdiri betul-betul dekat dengan meja si Hasyimah, meja yang tengah saya duduk. Saya terus bangun dan bergegas ke tempat Alya dan Sabrina. Ainul tergelak.

Saya masih membaca, tapi tak boleh fokus disebabkan kebisingan yang melanda! Duduk di tempat sendiri, kaum Adam itu membuat onar. Lepak di tempat Alya dan Sabrina, dua orang budak comel ini bising bergelak ketawa. Hmm... Mahu lepak di mana lagi?

Disebabkan kebisingan yang melanda, saya terus menutup buku lalu ke tempat Raihanah dan Ainul. Wah, mereka sedang menyiapkan kad raya! Saya hanya tolong tengok - tidak dibenarkan tolong. =(

Setelah beberapa ketika, saya kembali membaca bersama Ainul dan Sarah. Hohoho. Merekalah peneman saya ketika berada di tempat Hasyimah - walaupun muslimin masih ramai di hadapan. Mengganggu saja!

Tiba masanya ke bilik PSV. Kami turun, cikgu tiada. Kami naik kembali, meneruskan pembacaan. Oh, sungguh kuat semangat saya hari ini! *wink*

Sewaktu naik, ada insiden melucukan. F*** baru sahaja keluar dari kelas, kemudian kami muslimat berjalan bertentangan dengannya. Dengan selamba, dia memusingkan badannya dengan gaya lucu dan berkata, "Allahu akbar!"
*klaka abes

Lepas tu, saya dan Ainul kembali membaca. Lama kemudian, seorang 'DJ' mengganggu kami iaitu Nur Ain Suraya. Masa tu jugalah dia nak menyanyi. Si Sofiah pada mulanya khusyuk membaca tafsir, turut serta menjadi 'DJ' pengacau daun. Saya dan Ainul berpindah tempat ke tepi Sarah. Alhamdulillah, tiada lagi pengacau.

Cuma, kemudian... Hampir separuh muslimat berkumpul satu kelompok di belakang dan duduk atas lantai. Mereka bergurau hinggalah ketawa mereka didengar oleh muslimin. Faez cakap, "Kenapa yang liar sangat tu?" dan mereka terdiam. Saya berkata, "Please lower your voice, girls,".

Okey, selepas Ain dan Sofiah tidak mengganggu kami, kami kembali ke tempat Hasyimah. Sofiah ternampak dan ingin mengacau lagi tetapi dia terjatuh. Saya tersenyum melihatnya. Khusyuknya kami membaca sampai tidak sedar waktu telah berlalu. ^^

Kami solat Zohor. Saya menjadi imamnya. (???) Ramai pulaaa makmumnya...! Saya hanya ingin berjemaah dengan Ainul dan Raihanah, tak sangka sampai akhowat form 3, 4 n 5 pun ada. Erk, malunyaaa...

Selepas Zohor, kembali ke kelas. Hohoho! Kami bersalam-salaman bagi yang tak datang sekolah besok. Apalah, sikap pemalas macam inilah yang selalu saya nak elak. Hehehe! Kita kena selalu rajin supaya apabila kita berusaha, kita tak putus asa macam tu je. Betul tak, kawan-kawan?

Okey, dan sesungguhnya, tidak saya nafikan, HARI KETAWA SEDUNIA untuk kali keduanya bagi kelas 1A7. Erm, agak-agak boleh control tak ketawa tu, wahai orang yang berkenaan?

Ahah, tadi beberapa orang pelajar muslimin dipanggil kaunselor. Apa masalah mereka sebenarnya? Saya kurang pasti dan saya langsung tidak ingin ambil tahu. Tapi, mengapa jadi begini...?
*fifiey buat-buat tak tahu padahal dah tahu. hohoho

One more thing, banyak pula saya dapat kad raya tahun ni. Thank you, Kakngah, Kakak, Syimah, Brina, Piah, Ainul, Rihana and Syakirah.
*kasi la lagi hehe

***********

Okey, sekarang dah nak raya. Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITR kepada seluruh umat Islam sedunia. Maaf zahir & batin. Semoga ukhuwah sentiasa berkekalan.

Happy Eid Ul Fitr. Forgive all my wrong deeds. My bad words. My rude acts. My negative thoughts. Nobody's perfect, and all of us make mistakes. ^&^

To all my friends, classmates, ex-classmates, thanks for being my friends. My fun buddies. Without you, there's nothing meaningful in my friendship. All of you showed me how friendship is. Although I know, our thoughts are always different and lead us to a fight, that's the sweetness in our friendship. THANK YOU.


CLASSMATES
(girls)
Sofiah
Ainul
Sabrina
Ain
Raihanah
Hasyimah
Sarah
Athirah
Alya
Dina
Ishana
Nadia
Aina
Aqilah
Atikah
Linda
Atiqah

CLASSMATES
(boys)
Amir
Anwar
Faez
Lokmanul
Syaukani
Azeeb
Izzat
Zikrie
Abdul Rahman
Luqman
Irfan
EX-CLASSMATES
(some)
Farhana
Aliuddin
Halimatul
Wannur
Norsuraya
Wan Suraya
Amirul
Amir H
Ayub
Faiz
Aiman
Amir M
Nafis
Anas
Aisamuddin
Annisha
Auni
Syahirah
Rathna
Asyikin
Aisyah
Aida
Diyana
Hassan
Tengku
Nabila
Jamima
Farid
Izyan
Syazwani
Hajar
Ainatul
Hawa
Izzah

Saya sayang kamu semua...! Tanpa kawan, siapalah saya. Friends forever!
*kepada orang berkenaan, jangan silap sangka yang CLASSMATES tu ya!

*********

Maaf, hari ini saya menggunakan bahasa skema @ bahasa baku. Tidak mengapa, bahasa Melayu, bahasa indah! Betul, 'kan? Yeah, saya memang budak skema!

Akhir kata,
jangan main mercun. *xsabbik*

Wallahualam.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

p/s: entry terlebih panjang. sorry!
Post a Comment