Beraya di rumah orang itu.

23.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Ehem, ehem! Hari ini tiada aktiviti sangat. Hohoho! Just kidding! Pagi-pagi, saya bersiap untuk ke mana, entah saya pun tidak tahu! Biasalah, raya-raya macam ni pakai je baju yang okey. Menunggu kawan-kawan @ orang-orangan yang datang.

Erm, deliciouso hari ini! Kakngah buat spaghetti. Lazat tidak terkata. Dua pinggan dihabiskan olehku. Tengah hari, makan lagi! Petang itu, aku bercadang hendak ke rumah SI DIA, tetapi diganggu halang oleh MEREKA semua.

Ada yang memberitahuku teman-teman lelaki ingin beraya pukul 10.30 pagi. Tetapi pukul 2.30 petang masih belum tiba. Ya, mereka sebenarnya tidak datang. Nasib baik saya baca mesejnya pukul 2.00 petang. Alhamdulillah, tak payah resah menunggu.

Kata ingin datang jam 3 petang, pukul 6 petang baru sampai. Dalam perancangan ingin ke rumah SI DIA pukul 3 petang, tetapi dimaklumkan mereka nak datang. Ah, sungguh sakit hati! Time saya ingin berjalan, ada sahaja halangannya!

Setelah Asar, saya masih menunggu. Saya berhajat memakan spaghetti lagi kerana penat menunggu. Baru sahaja ingin menyuapkan spaghetti, "TING TONGGG!!!" loceng rumah menjerit tiga kali. Haih~

Saya ke muka pintu. Empat sekawan :~ Norsuraya, Wan Suraya, Wannur dan Izyan. Aku mempelawa mereka makan. Wannur dan Norsuraya sungguh kuat makan. Tiga pinggan mi goreng dihabiskan! Ayoiii~

Kemudian, Syakirah memunculkan diri. Yang lain beransur pulang. Hohoho! Aku berbual mesra. Dia pulang jam 8.30 malam. Hahaha. Sengaja aku menyuruhnya pulang lewat. Tatkala aku sedang menghadap laptop dan dia bermain game di handphoneku, satu mesej diterima.

Argh! Abangku! Dia ke rumah Zizan! Ish! Dia mengambil gambar dengan Zizan! Hiyaaaarrkkhhh...!!! Tak aci! Tak aci! Tak aci! Nak ikutttt........!!!!!!! Wuuuuuuuu............
*kesian Syakirah dijadikan tempat melepas geram. ehehhee

Sebaik sahaja abangku pulang, aku menyerangnya. Memaksanya menyuruh Zizan datang. Kena datang! HARUS!!!! Nak meraung rasanya. Heheheeeeee....~~~

Dan sebelah malam, aku ke rumah... Erm... Aaa... Aliuddin. Hohoho! Malu-malu la plak, kan. Hijab, hijab. Pandangan harus ditundukkan. Aku diam - nasib baik datang bersama ibu dan abangku. Mereka yang rancak berbual.

Dari ekor anak mataku, aku tahu kawan baikku itu asyik jeling-jeling. Mungkin nak berbual denganku tapi aku jual mahal. Ingat ya, perkara-perkara yang tak penting tak boleh dibicarakan dengan ajnabi. Huhuhu!

Kami makan. Banyak pula si Aliuddin tu makan. Aku juga yang makan sikit-sikit. Perut dah penuh. Sakit perut lagi. Hihihi. Sorry, pak cik, mak cik.

Masa tengah makan, aku usik-usiklah sikit mamat tu. Padan muka dia. Siapa suruh tak layan aku. Aku cakap dalam mesej, "Tuan rumah kenalah layan tetamu," walaupun pada hakikatnya aku yang buat tak tahu. Malu seyh~

Dapatlah duwet raya RM10 setelah sejam lamanya di rumah orang itu. Aiseyh, malu dengan semua orang. Sebab hampir kesemuanya lelaki. Nasib baik ada abang aku, boleh aku peluk terus. Lalalala~

Okey dah. Nak tidur. Jangan kacaw tau. Esok-esok plak. ^^ gUd niTeeEee~~
Wassalam.

NAK JUMPA ZIZAN.....!!!!!

Post a Comment