Berhati-hati di jalan raya!

17.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

+ pesan saya: berhati-hatilah di jalan raya. hohoho +

Okey. Okey. Siapa nak tahu kenapa dengan gambar di atas itu? Oh, macam ni. Ya, accidentlah apa lagi. Hari ini, saya balik awal dari sekolah. Pukul 11.00 pagi. Awal tak?

Erm, balik tu, abang saya call cakap jangan lalu jalan ini. Ada 2 accident. Satu kereta kancil terbalik. Satu lagi kereta masuk bawah lori. Kenapa dengan dia orang? Tak nak beraya ke? Tak raya manalah tahun ni.

*********

Kat sekolah sangat boring hari ini! Saya bawa kamera. Sebenarnya, kamera ini barang haram ke tidak? Sarah tanya MPP cakap boleh bawa. Sofiah dengar cikgu cakap boleh juga. Tadi aku tanya kak pengawas tu, cakap tak boleh pula. Apa hal?

So, saya snaplah gambar kawan-kawan saya. Kalau nak tengok, scroll page ni sampai bawah. Hehehe!
*buat pertama kalinya, selepas dirayu, Ainul sudi bergambar. hohoho!

Ahh... Tadi ada majlis bersalam dengan guru. Sebelum tu, ada perhimpunan. Pengetua bagi ucapan. Katanya sekejap. Eii, boring tahap maksima, rasa nak baling kasoot dekat orang je!
*thanks to ainul & sofiah for comforting me. heee~

Oyyt. Hari ini mengapa buat hal lagi, muslimin? Kami tau anda mengadu dengan akhi, 'kan? Maafkan kami jika terbuat salah. Kami tak sengaja. Jangan berdendam. Selamat Hari Raya Idul Fitr, muslimin 1A7.
*ishkk...apa aku merepek ni?

Cikgu-cikgu yang mengajar, terutama Cik Nordiana, guru kelas kami, SELAMAT HARI RAYA IDUL FITR. Maaf Zahir & Batin.
*semangat ke nak raya ni?

Abecik baru balik pagi tadi. Yeay! Gembiraaa...! Tahun ini, abelong dan kakak raya di rumah mentua mereka dahulu. Yaa, yaa... Memang raya pertama tiada orang, tapi di kampung... Tak boleh dibilang!

Amuh baru beli mercun & bunga api. Saya tak main mercun, tapi saya dah besar untuk main bunga api. Cikgu-cikgu pun berpesan, tak payah main mercun dan bunga api. Saya patuh, cikgu!!!

Tapi, kalau keadaan mendesak (atau abang saya mendesak), main jelah. Hehehe! Bunga api sebenarnya bahaya ke tak? Saya kurang pasti. Kalau mercun tu, agak-agaklah. Hmm...

Sekejap je terasa bulan Ramadhan. Nak ulang balik rasanya. Isk... To all sepupu(s), HAPPY EID UL FITR. Maaf zahir & batin.
*testing je ni. malam raya nanti ucap lagi. heheheh!

PESANAN DARI SAYA:
Raya nanti, ziarahlah tetangga, sahabat handai dengan niat yang ikhlas. Bukan untuk dapat duit raya...!

Wallahualam.
Wassalam.
Post a Comment