Happy Eid Ul Fitr 1430H!

19.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

+ best jugak maen bunga api. hehehe +

Di kesempatan ini, saya, Fatin Athirah binti Azmi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idul Fitr kepada semua Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah.
*ke'skema'an sudah bermula

Saya rasa Ramadhan tahun ni berlalu begitu cepat. Hmm, mengapa ya? Tak puas lagi berpuasa ni. Biasanya saya tak rasa lapar atau dahaga, cuma letih. Itu saja. Kalau tahun-tahun sebelum ini, memang terasa lapar dan dahaga juga letih.


+ bergaya sungguh mereka! hahaha +

Ucapan Salam Aidilfitri dari rakan-rakan sekelas saya di atas. Hehehe. (sebenarnya rekaan sahaja). Sewaktu ke sekolah, saya bawa kamera, jadi ter'snap' gambar ini. Wah, wah, wah!
*sila hiraukan budak yang ditanda 'dok sabbik...'

Okey, kawan-kawan. Maaf jika sesiapa tersinggung di hari yang mulia ini. Baju raya dah siap? Ohh... Belum? Habis tu, macam mana nak raya? Ish! Tak apa, pakai yang tahun lepas pun tak ada orang perasan. Orang perasan baju raya dia sendiri cantik je. Huhu!


+ bezakan muka kami...isk... +

Maaflah, abang saya yang seorang ini amat suka membuat muka. Well, tak mengapa. Seburuk-buruk dia membuat muka, dia tetap abang saya yang saya sayangi.
*jiwang karat + berhabuk

Kuucapkan Salam Aidilfitri buat rakan-rakan tercinta:
Aliuddin - jemput ke rumah (dekat je kan)
Farhana - i love you so much! sila ke rumah (walaupun x dekat mana)
Halimatul - sila-sila ke rumah aku.
Syakirah - awak datang dulu rumah saya, baru saya pergi rumah awak (hehehe)
Ainul - wajib datang, kalau tak...tak bagi pinjam KCB (hohoho)
Sofiah - jemputlah ke rumah...! saya menanti!
Sabrina - kena datang...! tak kira jarak jauh pun! peta dah ada, 'kan?
Raihanah - awak kena datang rumah saya dulu. sebab saya nak tanya rumah awak kat mana (hihihi)
Ain - jemput, jemput...(walaupun tak ada jejemput raya nanti)


*********

Baru lepas main bunga api. Serta mengedit gambar2 di atas. Penat! Guna picnik.com yang membuatkan laptop saya jadi lembab! Ahh... Hampir dibaling laptop ini tadi. Heheheh!

Erm, saya sekarang sedang membaca novel Tautan Hati. Novelnya amat menarik kerana mempunyai unsur-unsur Islam yang sangat saya perlu pelajari. Inilah novel yang saya cari. InsyaAllah, novel ini akan membantu saya untuk menyelesaikan masalah persahabatan.

Secara umumnya, novel ini amat sesuai untuk dibaca segenap usia. Paling penting, setiap remaja harus memilikinya. Ya, untuk memperbaiki lagi kelemahan kita. Saya tahu kita semua tidak sempurna, tetapi mengapa tidak kita berusaha untuk mengelokkan kelemahan kita? Kelebihan kita boleh digunakan untuk membantu orang lain, manakala kelemahan pula boleh diperbaiki dengan menjadikan orang lain sebagai role model.
*cecece. ayat aku dah skema dah.

Akhir kata, Salam Idul Fitr dari saya sekeluarga. Maaf zahir dan batin. Soalan saya; masih adakah Ramadhan akan datang buat kita semua? Jawapannya, hanya Allah saja yang tahu kerana Dialah yang Maha Mengetahui.

Wallahualam.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Post a Comment