Kerinduan yang melampau.

22.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Ah, hari ini aku resah. Hati aku tak tenteram. Aku tak faham. Kenapa dengan aku? Sering sangat terjadi perkara seperti ini. Aku tak tau. Aku tak tauu...!!! Tolongggg...!!!

Aku rasa aku seorang munafik. Setiap kali solat, aku langsung tak khusyuk. Aku tak tahu macam mana nak khusyuk. Fikiranku akan selalu melayan. Aku bingung, aku tak tahu!

Ya Allah, bantulah aku. Aku perlukan cintaMu. Aku merinduiMu. Tapi aku tak tahu. Aku tak tahu. Tak tahu apa yang membelenggu. Huh...

Aku rindukanMu. Terlalu rindu. Tapi aku seringkali melanggar laranganMu. Meninggalkan suruhanMu. Ya, aku tidak pernah meninggalkan solat tetapi adakah solatku itu diterima olehMu?

Ish! Hatiku resah memanjang. Hanya seketika sahaja tenang. Itupun kerana Acik yang datang. Engkaulah pengubat hati ketika hati resah datang merundung. Huuu~

*****************

Okey, hari ini seperti biasa memang ramai orang datang. Aku pagi-pagi ke Mydin Mall. Hohoho! Kerana bosan di rumah dan ingin menemani kakak-kakakku. =)

Sepulangnya dari Mydin, aku termenung. Hatiku resah saban ketika. Okey, aku memikirkan hal lain. Aku mengajak abang ke rumah Izyan. Abecik turut mengikutku. Begitu juga Rabiatul dan Hanis. Hmm...

Di rumah Izyan, aku makan laksa. Laksa Penang. Sedap, memang sedap. Aku sempat bertanya khabar tentang kawan-kawan sekolahku dulu kepada Izyan. Mungkin ini yang menyebabkan hatiku mulai resah. Resah menjadi-jadi.

"Teruk," perkataan itu yang keluar dari bibir seorang gadis sunti bernama Izyan Amni, rakanku serta jiranku. Aku kesal. Kesal sebab aku tak boleh menasihati mereka yang 'teruk' itu. Kesal sungguh rasanya...!

Aku tak sekuat mana. Iman aku tidak kuat. Aku masih lemah, lemah-selemahnya. Ya, manusia memang lemah. Tapi, aku perlukan sedikit kekuatan untuk menegur rakan-rakanku secara halus. Aku perlu ditarbiah, begitu juga mereka. Ya Allah, bantulah aku!

Aku sayangkan mereka, aku tak mahu mereka rosak. Ya, memang tidak mustahil aku boleh menjadi rosak, tetapi sekurang-kurangnya peluang aku untuk menjadi rosak agak tipis kerana aku dididik di sekolah agama. Aku dapat menerima budaya sekolah agama. Itu aku, bukan mereka.

Aku juga seperti mereka dulu, tiada banyak ilmu mengenai agama. Tapi, sejak aku menjejakkan diri ke SHAMS, aku banyak mempelajari dan mempraktikkan tazkirah yang diberi. Dengan itu, bertambahlah serba sedikit pengetahuan aku.

Tetapi mereka, adakah mereka mendapat apa yang aku dapat? Persekitaran mereka, agak bebas manakala persekitaran aku masih terkawal. Ikhtilat (pergaulan lelaki dan perempuan) masih dijaga di sekolah aku. Ah, bimbangnya aku kerana aku tidak mampu membimbing!

Aku cuba meminta pendapat Acik tetapi aku terlupa tentang hal ini. Oh, Acik! Bolehkah kau menolongku saat ini? Anda 'kan PRS? Pembimbing Rakan Sebaya yang hebat!

**************

Masuk hari ketiga Syawal, masih tidak kelihatan kelibat yang amat aku nantikan. Hmm, mungkin mereka takkan datang. Seperti yang aku katakan sebelum ini, lebih baik dibiarkan saja seseorang yang tidak pasti kunjungannya.

TAPI! Jangan ingat aku takkan layan sahabat-sahabat aku andai mereka datang. Usah berfikiran sempit begitu. Tidak baik berburuk sangka. Ya, jangan berburuk sangka! Allah tak suka...!

Sahabat, aku amat mengharapkan kedatanganmu.
Sudilah engkau menjenguk tempat tinggalku ini walaupun kutahu sudah buruk.
Janganlah engkau bazirkan masaku semata-mata untuk menunggumu.
Aku cintakanmu, sahabat.
Aku sayangkanmu jua, sahabat.
Tanpamu sahabat, tiada erti persahabatan dalam hidupku.
Ya sahabat, janganlah engkau kecewakan hati yang merinduimu ini.
Datanglah walau sekejap.
Ziarahlah walau sebentar.
Asalkan engkau datang untuk aku melepaskan rinduku padamu.
Oh, sahabat!

Jiwang pula aku. Erm, Syakirah cakap, kalaulah aku ada boyfriend, mesti boyfriend aku sayangkan aku sebab aku suka berpuitis. Tapi, aku takkan sesekali berboyfriend. Haram hukumnya. Wala takrobuzzina : Dan janganlah kamu mendekati zina.
(Sedikit ulasan: Sedangkan mendekati zina pun tak boleh, apatah lagi berzina. Fikir-fikirkanlah...)

Acik, akanku buatkan satu puisi buatmu. Engkau tunggu sahaja. Tersenyumlah kamu nanti. Aku hanya ingin menghilangkan sedikit stresmu. Ujian SPM tahun ini mencabar buatmu, bukan?
**************

Cuani dan keluarganya singgah ke rumahku. Acik seperti biasa, akan lepak di bilikku. Macam-macam yang kami bualkan. Aku yang cakap banyak.
*for your info: hanya dengan kakngah, acik dan sue sahaja aku cakap banyak. inilah orang-orang tempat aku meluahkan perasaan. thanks for lending me your ears. hehe

Aku seharian suntuk memakai baju kurung dan tudung labuh. Salahkah itu? Sepupu lelakiku memerliku tadi, "Buat apa tu, ustazah?" dan aku hanya tidak layan. Tersenyum sendiri melayan panggilan itu. Ustazah? Layakkah aku? Hanya dengan memakai tudung labuh dan berbaju kurung, layakkah aku dipanggil ustazah jika perangaiku buruk?

*************

Walid baru memasuki bilikku. Dia menyerahkan sekeping brosur. Berkenaan E-Qalam. Walid menyuruhku baca dan bertanya, "Nak ke?" dan aku belum menjawab. Diam seribu bahasa.
*dalam perkara ini, al-suqut a'lamatu al-ridho tidak diambil kira. hehehe!

Aku dah baca. Menarik. Rasa teringin memilikinya. Erk, harganya RM520. Mahalnyaa...! Tak nak menyusahkan Ummi dan Walid lagi. Dah banyak aku ada. iPod, kamera, handphone, laptop, kamus elektonik dan macam-macam lagi...!

Cakap berkenaan kamera, meragam lagi si comel pink itu. Mengapa dengannya, aku tidak tahu. CARD ERROR. CARD ERROR. Itu sahaja yang pandai ditayang. Ish, kenapa dengan awak, hai kamera?

Handphone juga kini banyak songehnya! Bateri cepat habis, hantar mesej sekali orang dapat 10 kali. Nak call orang tak dapat... Ish, si merah ini juga buat hal, ya? Kenapa dengan awak?

Kamus elektronik... Sudah lama mematikan diri. Rosak barangkali. Si kelabu ini memang sengaja tak nak bagi aku menggunakannya. Buat apa beli kalau tak nak guna?

Laptop juga yang hanya sesekali meragam. Ya, hanya apabila aku mengakses picnik.com, ia mula menjadi lembab. Tapi, alhamdulillah, setelah program itu ditutup, ia kembali normal. Hehehehe...

*************

Banyak pula mengeluh. Orang lain tiada barangan seperti ini. Inilah tandanya orang tidak bersyukur. Bersyukurlah wahai, Fatin Athirah Azmi... Atau nama pena, Fifiey. =)

Okeylah, sampai di sini sahaja. Terima kasih kerana sudi mendengar rentetan hati. Huhuhu. Sila bagi sedikit nasihat, please. Terutama Acik, ya? Saya sayang kamoo...! ^^

AKU RINDU PADAMU, YA ALLAH! AKU JUGA RINDU DENGAN KEKASIHMU, NABI MUHAMMAD!
Aku mendambakan cintaMu, Ya Allah...

Wassalam.
Post a Comment