Kisah di Hari Raya.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Oyyt. Oyyt. Selamat Hari Raya! Hehehe. Pagi-pagi, of course saya bersiap-siap nak pergi masjid. Baju raya disarung. Tudung baru (labuh sangat! i likee..) dan kasut tetap kasut sekolah. Huhuhu! Lepas tu, saya bersalam-salaman dengan ahli keluarga yang ada.

Then, kami makan. Masa makan, abang saya yang seorang sempat cakap, "Fiey, Selamat Hari Raya. Sorrylah, tak ada duit raya. Abang tak kerja lagi," lepas tu dia tersengih. Hohoho! Saya tak teringat pula pasal duit raya. Nges,nges,nges.

Usai makan, kami pergi solat Idil Fitr. Wah, wah, wah! Meriah betul Masjid Pengadang Baru. Memang isi masjid melimpah ruah. Suara abang saya (Mustaqim) bertakbir sungguh lunak - juga seorang lagi yang turut bertakbir.
*orang sebelah saya nangis. saya tergamam sendiri. hehehe

Erm, imam jemaah kali ini ialah abang saya sendiri. Okey - saya mengambil tempat di bawah khemah. Udaranya pun nyaman je. Angin sepoi-sepoi bahasa gitu. *^

Selesai solat, mestilah ada khutbah Hari Raya Idul Fitr. Saya mendengar dengan setia walaupun menguap berjuta-juta kali. Tak terasa nak tidur pulaa... Just mengantuk saja.

Okey, setelah selesai semua, saya bersalam dengan sidang jemaah (muslimat). Bukan semua, segelintir sahaja. Kemudian, saya mendapatkan Ummi tercinta. Saya bersalam dengan semua kenalan ummi yang ada berdekatan.
*weshi, weshi. haha

Destinasi seterusnya, rumah Ayah Long di Teluk Pasu. My sepupu punya anak, wah... Banyak betul celotehnya. Saya yang mendengarnya sudah letih. Aduh! Kenapa cakap banyak sangat, hah? Adiknya pula diam seribu bahasa. Pelik betul!
*kat rumah ni dapat duit raya lumayan juga (mate duitan betol)

Setelah itu, kami sempat bergambar di rumah Ayah Long. Sorry, Ayah Long&Maklong&Abang Saiful&Abang Juhairi tak ada sekali.
*kata abang saya, tak sempat nak ambil dengan mereka sebab budak tu cakap banyak. stress muka mak bapak dia. haha.

+ kakngah sedang mengambil gambar ketika ini +

Okayyy... Kalau nak tengok seluruh ahli keluarga, tunggu raya ketiga, baru semua ada. Okey, okey? Jangan kecewaaa tau! Nanti, my nephew and nieces pun siap enterframe sekali. Cewah, gitu!

Lepas tu, kami terus bertolak ke Besut. Saya rindu nenek saya. Hehehe. Sebaik sahaja tiba, nenek saya ada sedang berceloteh dengan tetamu yang datang.

+ nenek saya yang sentiasa sporting dan cool. i love you, mok! +

Erm. Hehe. Okay, sebenarnya orang first yang saya lihat ialah Acik Farha. Saya merinduinya! Saya juga tercari-cari kelibat Sue, tiada ketemu. Hahaha. Akhirnya, saya dan Acik beserta Kakngah pergi beraya di rumah Ming, Wan Cik dan Kholati.

Petang sedikit, kami ke Kuala Besut, rumah Che Ngah dan Ayah Ngah. Semuanya tok sedara. Saya jumpa Sue! Kami bertiga sudah bersama. Untuk kenangan, saya meminta jasa baik Kakngah untuk mengambil gambar kami bertiga di tangga.
*buruk gila muka aku

+ putih bersinar gigi korang! syabas..! guna ubat gigi apa, ya boleh saya tahu? ahaks
+
Okay. Okay. Tahun ini, memandangkan saya tiada beg untuk ISI DUIT RAYA, saya sumbat dalam poket baju kurung saja. Nasib baik saya mendesak ibu saya supaya menyuruh tukang jahit buat poket. Alhamdulillah, tak susah sangat. ^^

Buat pertama kalinya pada tahun ini, saya tak makan banyak pun. (seriously) Pergi rumah nenek, walaupun makanan penuh meja, saya tak makan. Sekadar tengok je. Cuci mata gituuu..

Pergi beraya rumah saudara-mara, minum air je. Kecuali rumah Kholatie, makan ketupat dengan rendang. Huhuhu! Tu jerlah. Saya dah terlalu kenyang. Tak tahu kenapa. Hehehe....

Saya sempat meng'snap' gambar uncle and aunt favourite saya. Sebenarnya, semua favourite tapi pasangan ini sahaja yang sedang bersama. Saya tanpa berlengah lagi terus mengambil gambar mereka. Sweet, bukan?

+ malu2 pulak maklang I...hak3 +
Selepas Asar, saya pulang ke Kuala Terengganu. Wah, penat gilaaaaaaaa....! Tulun! Tulun! Hahaha. Saya melahap nasi goreng yang ibu saya buat. Sedap sesangat! Malam tu saya makan lagi. Haaa. Inilah hasil daripada tak makan rumah orang tadi. Ngesssss~~~

Tadi, masa saya keluar bilik, ada orang datang. Wah, saya tak tengok pun orang tu. Dahlah lelaki, kawan baik abang saya. Saya terkejut dan lari ke dapur. Dia tergelak. Ish! Sakit aty betul. Lepas tu, siap perli lagi.
*malu teramat malu. rasa nak sorok muka dalam sampul duit raya. hahaha
p/s: abang bedi, nok duwet raya, please? ngehehe

Erm, setakat ini sahaja entry untuk hari yang mulia ini. Saya nak tidur. Mengantuk + penat. Okey? Esok insyaAllah ada surprise. Nantikan...! Muahaha! Selamat malam.

Wallahualam.
Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers