Mahram dan Muhrim?

26.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Sedikit pengetahuan untuk dikongsi. :)
Sering kita mengungkap perkataan muhrim dan mahram tanpa tahu makna sebenarnya dengan jelas.

Di sini saya paparkan makna kedua-duanya.

Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang
banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti ayah kita, abang kita, adik lelaki kita, bapa saudara kandung, sepupu sesusuan dan lain-lain.

Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu
menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.

Dengan penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram.

Harap dapat ambil apa yang telah dikongsi.

Wallahualam.
Wassalam.
Post a Comment