My family! Happy family!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

+ tiada dalam gambar: amuh n abelong serta kaklong +

Hey, hey! Cantik tak gambar kat atas tu? Paling aku benci dalam gambar ni ialah aku :~ kenape aku ayu sangat duduknyee? Ish... Gambar ni tak lengkap, amuh takder. Mase ni die ngah solat. (=

+ mase ni everyone ade except for abelong +

Saye malu.. Kerna? Kenapa amuh saya buat muka cenggitu? Oh, saya lupa! Keluarga saya memang suke buat muka tak cantik...! Maafkan kami! Hahaha.

Teka siapa yang menjadi camera man tak bertauliahnya...? Oops! Salah! Bukan abelong saya, bukan... Dia itulah sepupu saya, namanya XXXXX. Heee~ Tapi orang panggil Ateh.

Ini abecik saya yang upload di Facebook. Jadi, hari ini saya baru dapat edit. Saya suka mengedit gambar...!
*untuk makluman sahaja; yang berbaju merah (abang pe'i) ialah abang ipar saya, suami kepada kakak

*************

Hari ini saya ada appointment dengan duktur di hospital. Pagi-pagi pergi sekolah, ambil surat kebenaran. So, I have to wear the school uniform! Hohoho.

Then, terus ke hospital. Nasib baik hari ini tak ambil darah. Erm.... Doktor saya hari ini namanya Dr. Zulkifli. First appointment dengan doktor, namanya Dr. Zahar dan yang second punya nama Dr. Karina.
*soalan saya; mengapa doktor harus bertukar-tukar?

Lepas habis dari appointment, saya terus ke Kedai Buku Banggol. Teka saya jumpa siapa? Oh, sungguh mendebarkan saat itu. Dupdapdupdap...

Saya masuk dan terus ke bahagian tertulis NOVEL. Saya belek novel yang ada di situ. Saya masih mencari novel Andai Itu TakdirNya (walaupun kakngah dah order semalam). Hehehe. Saya pusing sekeliling, ibu saya tiba-tiba bertanya, "Cari novel apa?" dan saya menjawab "Andai Itu TakdirNya."

Ibu saya terus bertanya kepada pekedai. Dia cakap sudah habis (oh, sungguh laku buku ini!) Saya mencari dan terus mencari. Tetiba saya terlihat kelibat memakai uniform sekolah berwarna biru. Rasa macam kenal.
*dupdapdupdap

Ada tiga kelibat - kesemuanya lelaki berbaju uniform sekolah biru dan bersongkok. Salah seorang daripada mereka berpaling ke arahku, OMG!!!! Saya terus memandang ke lain. Too much debaran!

Semuanya MPM (majlis perwakilan murid) sekolah aku. Dupdapdupdap. Apakah tanggapan diorang terhadap aku? Ingat aku ponteng ke? Ehhh, boleh tunjuk surat kebenaran sekolah taww...

Then, saya terus mencari novel. Nah, jumpa Tautan Hati. Beli jer. Lepas bayar, saya terus keluar. Saya buat-buat tak kenal dengan mereka. Berdebar ni tahu takk...! Kemudian saya masuk balik - nak beli topup. Yeay!

Saya tak baca lagi buku Tautan Hati. Malas - campur kecewa sebab tak dapat baca novel Andai Itu TakdirNya dalam masa terdekat. Huuu (menangis air mata palsu).

Okay, lepas ni tak nak melencong lagi daa ke mana-mana setelah habis appointment, terus balik rumah! Tak nak jumpa mereka lagiiii....!
*hahaha. ye la sangat.

Hmm, dah stop! Tak nak tulis lagi! Nantilah yerp! Sayang semuaaa....!
*haha. hari ini penggunaan saya, bukan aku lagi. saja, buat skema 8_8

Wallahualam.
Wassalam ^^

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers