Puitis Cintaku...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Puitis Cintaku

Cinta,
Kucinta semua,
Ummi, Walid, abang, kakak,
Teman seperjuangan,
Teman bersama kenangan.

Cinta,
Membuatku tahu erti sayang,
Betapa eratnya kasih,
Jika ia berlandaskan agama,
Agama Allah, Allah yang kucinta.

Cinta,
Cinta kepada manusia tidak kekal,
Cintalah Allah, cintalah Rasulullah,
Cintalah, cintalah Allah,
Kerana cinta dari-Nya kekal selamanya.

Cinta,
Tidak perlu cinta kepada sang lelaki,
Tidak perlu cinta kepada kaum Hawa,
Jika cinta Allah sudah kau dapati.

Cintaku,
Cintaku hanya untuk-Nya,
Hanya untuk Rasulku,
Dan untuk keluargaku jua.

*************

Kau Mencintaiku

Kau mencintaiku,
Setulus hatimu,
Tak pernah kau sakitiku,
Malah aku yang selalu menyakitimu.

Kau mencintaiku,
Dengan segala keringatmu,
Kau menjagaku,
Dengan penuh kasih,
Untukku bahagia.

Kau mencintaiku,
Mengalahkan lautan ciptaan Allah,
Kerana engkau begitu kasih,
Kasih akan diriku.

Kau mencintaiku,
Segenap kudratmu,
Kau gunakan untuk melindungiku,
Supaya aku sentiasa tenang.

Kau mencintaiku,
Kau terlalu mencintaiku,
Seluruh jiwa dan raga,
Kau korbankan,
Demi kejayaanku.

Ku mencintaimu jua,
Kerana kasihmu,
Kerana tulusmu,
Kerana sayangmu.

Ku mencintaimu jua,
Namun maafkan daku,
Jika aku selalu menimbulkan resah,
Di hati tuamu itu.

Ku mencintaimu jua,
Sepenuh jiwa,
Kerana tanpamu,
Tiada wujudlah aku di dunia,
Dunia yang penuh pancaroba.

Ku mencintaimu jua,
Walaupun tidak sekuat cintamu terhadapku,
Ku tetap mencintaimu,
Setiap masa,
Tiada kurang,
Tiada syak,
Kuyakin itu.

Ku mencintaimu jua,
Duhai Walid dan Ummiku,
Terima kasih, terima kasih,
Kerana menjagaku,
Membelaku, menyayangiku.

Ku mencintaimu jua,
Dengan hampa aku tahu,
Cintamu itu tidak akan terbalas olehku,
Tapi kutujukan sajak ini khas buatmu,
Ummi dan Walidku tercinta...

********

Saat-saat Indah

Saat-saat indah,
Berlarian bersama,
Mengejar ombak,
Mengejar angin,
Walau tiada kesampaian,
Tetap tersenyum.

Saat-saat indah,
Dirakam di dada,
Penuh dengan kemanisan,
Walaupun pahitnya bukan sedikit.

Saat-saat indah,
Tiada terperi keindahannya,
Seperti gula-gula kapas,
Dinikmati kanak-kanak.

Saat-saat indah,
Tiba pula kemuncaknya,
Memisahkan kita,
Dari keindahan itu.

Saat-saat indah,
Sudah pun berlalu,
Tapi tetap kusematkan di dada,
Agar menjadi kenangan untuk dikenang.

Saat-saat indah,
Ditukar ganti,
Dirimu pergi,
Datang pula yang lain.

Saat-saat indah,
Masih tidak serupa ketika denganmu,
Tapi begitulah hidup ini,
Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya.

Saat-saat indah,
Tidak mungkin aku lupakan,
Kerana kenangan itu,
Pastinya tidak akan kembali,
Ianya kekal...
Menjadi kenangan...
Selamanya...

*********

Friends - Everything but Nothing

Friends,
They're everything,
And also nothing,
But they will always be everything.

Friends,
Hard times together,
Good times better,
It's difficult sometimes,
But it will always recover.

Friends,
They have feelings,
Never hurt them,
Because they are humans,
Not vampires.

Friends,
Even vampires have friends,
Even vampires have feelings,
Why wouldn't we have them, too?
We are His creatures,
He created us,
For us to be united.

Friends,
If you hurt them,
Will you be happy?
If you make them cry,
Why would you not cry, too?
If you get them on their nerves,
How can you stay calm?

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers