Saia da pergi sekolah balik...!

9.9.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Ehem. Ehem. Ape? Ala,, saje jeee... Hohoho! Malaysiaku Gemilang, Merdekanya Terbilang!
*ni tema tahun lepas sebenarnye, tema tahun ni lagu die camane? lagu faizal tahir tu ek?

So, arinie ade la sikit story. Kat skool (sebab hari ni dah pergi sekola balik). Kawan-kawan semue rindu aku (ececece. perasan pulak dah!). Ain tak datang due hari berturut-turut, nenek die sakit so die balik kampung. Inna lillah... Ainul cakap la, betol la tu kot.

Hari ni semue orang punye otak pusing-pusing macam gasing - yang aku punye pun lebih kurang. Tapi aku boleh la waras sekejap setelah beristighfar (lepas tu otak berpusing balik). Iskk...

First period pagi tadi, iaitu BM. Kene bace sajak. Ainul sengaje nak kenekan aku, so kite ikuti dialog mereka (beserta Piah, cikgu, Syimah dll):

"Piah, mai kite buat sepanduk suruh Fifiey bace sajak," ujar Ainul dengan matanya bersinar-sinar.

"Berehhh...!" Piah hanya menyetujui rancangan kolot Ainul itu. Duh!

"Okey, kelas. Hari ni, kite bace sajak. Sape volunteer nak bace?" cikgu memandang sekeliling.

"Fifiey, cikgu!" Ainul tersengih - kalah kerang busuk. Hohoho.

'Ape ni!! Saye tak nak laaa... Ngade!!' bisikku sedikit menjerit.

"Okey, Ainul-lah bace! Ainul, bace," arah cikgu. Aku tersengih, dalam hati, 'Haa... Tulah tadi nak kenakan orang. Balik-balik dia yang terkena. Hohoho,'

Ainul dengan berat hatinya bangun. "Erm, cikgu, suruh orang lain bace boleh tak? Suruh Fifiey," ujarnya tiba-tiba dan membuatkan aku pening kejap.

Ainul duduk. "Orang lain nantilah. Sekarang, Ainul bace dulu," arah cikgu sekali lagi. Aku tersenyum menang. We are the champion! :))

Ainul pun baca.

**********

Lepas habis sajak yang Ainul&Syaukani baca tu, kena baca sajak lain pula...! Kali ni, diorang tak buat hal. Tetiba cikgu cakap, "Hasyimah, bace, Syimah!"
Dahlah Syimah duduk tepi aku je. Hee~

Syimah pun bangun. Aku dah concentrate ni. "Cikgu, suruh Fifiey bace cikgu. Ye volunteer nak bace," tiba-tiba Syimah mereka-reka fakta. 'Eh, ape ni, Syimah? Ngadeee....!' bisikku.

"Mane ade, cikgu!" ujarku dan cikgu menyuruh Syimah juga baca akhirnya. Hohoho!!!
Selamat Hari Raya, Hari untuk kita bersuka-ria! *lari topik, sorry!

Itulah kisahnya. Pengajaran daripada cerita ini; janganlah kita nak kenakan orang kerana nanti takut dikembalikan paku buah keras juga kepada kita. Faham, ya anak-anak? Okeee~

Hari ini, aku tahu otak agak berbelit. Tapi... Kenapa aku digosipkan dengan 'ehem2' dua orang tu? Ish, jauh panggang dari api, na'uzubillah! Aku hanya menyebut name budak dua orang tu, tetibe kene gosip plak. Huh? *mateku sengaje dibulat-bulatkan

Bulat kecil, bulat kecil, bulatlah besar. Sayang mama, sayang papa, sayang sekeluarga. Enam kali enam, tiga puluh enam. Enam kali enam, anaklah beruang. @_@
*juge tiada kene mengene

Erm, pesanan saya pada hari raya ini, jaga kesihatan (don't eat too much!). Nak pergi beraya tu, lintaslah jalan dengan berhati-hati.
*walaupun raye lambat lagi

@@@@@@@@@@

Dah nak masuk malam 10 terakhir pun. Malam Lailatul Qadr boleh datang bile-bile mase je dalam 10 malam itu. So, banyakkanlah solat malam yer. Carilah malam Lailatul Qadr.
*aku setakat ni belum pernah solat malam. tengah usehe ler ni! usehe is the ladder of success!

Sorry kalau ade tersalah kate, tersilap bahase dan sebagainya. Sekian, wallahualam.

Wassalam. =)


Post a Comment