Majlis Sambutan Hari Raya Idul Fitr 1A7 (SHAMS)

3.10.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Erm... Nak cite pasal Sambutan Hari Raya Idul Fitr kat sekolah Khamis lepas. Best woo! Makan nasi beriani and banyak lagi kueh-mueh yang dibawa oleh rakan-rakan sekelasku!

Sampai je kat skool, Sofiah, Ain dan Ainul jadi tukang bawa barang tak bertauliah. Lepas subuh, aku dah call Sofiah suruh tunggu kat wakaf. Thanks for helping meee...!

Hari tu jugak bawak kamera. Tak sangka la pulak ada sesi tazkirah jugaaa... Sempat lagi ambik gambar mase orang tengah khusyuk dengar tazkirah. Huhuhuhu!

Sehari suntuk ambik gambar. Tak lenguh ke diorang tu? Yelah, memang aku yang nak ambik gambar, tapi sekurang-kurangnye diorang boleh tolak. Ni tak, beriya-iya nih! Kaget aku, sebab biasanya diorang tak nak. Lalala~
*mentang-mentang pakai baju raya cantik an! an!

Lepas tu, sesi makan kueh raya. Aku makan ngan Ainul dan Sofiah. Nasi tak sampai-sampai. Air batu diletakkan atas kerusi. Seorang Muslimin ambil air batu kemudian... Dush! Tumpah! Aiyoyoyo... Aku dah perhatikan mula-mula. Nampak je nak jatuh, tapi aku biarkan. Nak tengok reaksi dia.
*kueh yang Sabrina bawak sungguh sedap! kan, enul??

Last-last sekali, aku yang pergi angkat air batu tu letak atas kerusi balik. Air batu yang tumpah dikutip oleh MUSLIMAT bukan MUSLIMIN walaupun MUSLIMIN YANG BUAT JATUH. Haaaa... Itu diaaaa. Geramnya aku!

Nasib baiklah Muslimat tak cepat melatah, buat-buat rajin. Yalah, hari raya ni taknak lah marah-marahkan. Nanti hilang pulak SERI BAJU RAYA. Huhuhu! Ainul dan Sofiahlah yang kutip. Ada sorang dua lagi kot. Aku pun ikut sama kutip. Ish, ish, ish...
*Muslimin? tengok je dengan muke selambe...weekk!

Aku pun kasi tau Ainul suruh letak air batu dalam gelas. Senang, Muslimin ambik je gelas walaupun Muslimat yang kene buat. Kite orang tak kisah, asalkan air batu tak tumpah lagi. Nanti krisis air batu bermula, susah pulak semua orang. @_@

Dalam banyak-banyak pictures yang diambil, gambar ni paling aku suke... Suke sangat-sangat! Actually gambar ni lakonan semata-mata. Aku tersuke, kemudian si Aina terus snap! Sofiah memang standby dah tengok ke arah aku. Ainul tu TERtengok kamera. Memang aku suke sangat gambar ni!

Macam digambarkan aku tengah berborak dengan Piah dan Enul, pastu tetibe orang ambek gambar kami waktu tengah gelak, Ainul tertengok dan aku khusyuk ketawa. Sofiah dengan muka selamba tersenyum. Best, best, best!


Aku dapat ambil jugak gambar bebudak perempuan dalam kelas. Muslimat sahajaaa... Aku dan Nadia tiada. Nadia tak datang. Dia sakit kaki. An? Aku mestilah jadi camera girl tak bertauliah. Apa-apa pun, enjoy jugak gambar ni.

+ mawar-mawar berduri 1A7 +

Nasi beriani sampai, kami terus lahap. Hahaha. Best giler woo. Takderla best sangat, tapi bersyukurlah sebab masing-masing dah kebulur. Yalah, mana taknya, pukul 10.30 pagi baru sampai nasi tu. Muslimin sungguh rajin pada hari itu sebab tolong ambilkan nasi. Terima kasih (buat pertama kalinya).

Okey, pada perancangan awal, nak bawak tong air yang aku punya macam hari tu. Aku keberatan jugak, tapi akhirnya Sarah cakap tak payah. Alhamdulillah, aku selamat!
*peristiwa lalu takut akan berulang...uwaaa~

Pastu, bebudak ni, kate dah kenyang. Makan lagi, makan lagi. "Dah kenyang dah," lepas cakap tu, ambil kueh, sumbat dalam mulut. Ai, cakap kenyang, yang duk makan lagi tu apa hal? Ish, ish, ish...
*pening aku tengok mereka. sampai aku cakap, "Hah, selagi ade makanan depan mata, selagi tulah tak kenyang-kenyang. Menceeeekik je kerje!"

Aku and the gang (Ainul, Sofiah, Raihanah dan Ain) turun dan nak pergi jumpa cikgu. Nak ambil gambar. Cikgu sakit mata, bengkak. Cikgu cakap lain kali. Huhuhu. Sebelum tu, kami pergi panggil pak guard untuk makan. Cikgu Wan Normah suruh. Hehehe.

Kami pun naik ke kelas. Kami lepak berlima. Lepas tu, kamera aku Raihanah ambik sebab Sofiah pinjam kamera dia untuk tengok gambar. Hah... Mulalah Ainul dan Raihanah dengan kerja diorang yang tak berfaedah. Geram akuu...!

Aku buat dek je. Ade ke patut diorang ambik gambar Muslimin yang digosipkan dengan aku? Eish, rase cam nak lenyek-lenyek je. Tapi, kenelah sabar nantikan mati anak orang, naya aku. Hehehehe. Banyak pulak dia ambik gambar seorang Muslimin tu (dahlah Muslimin tu dah sedar gambarnya sedang diambil! gila!)
*sudah ada mata yang menjeling-jeling tengok.

Takpe, REVENGE! Lalala~ Tak apa, kesilapan lalu jangan diulang, ya Raihanah dan Ainul? Kali ini saya maafkan, lain kali insyaAllah. Hehehe. Okey, lepas abes jamuan, kami kemas kelas. Yeah! Yeah! Ada pulak yang datang menggatal. Bencinye! Meluat! Yek, yek!

Okeylah, malas dah ni nak cite bebanyak. (walaupun dah banyak cerita ni). Hehehe. Kalau nak tengok gambar Hari Raya, klik sini. Okey?

Wassalam.

Post a Comment