Finally... finally! Exam is OVER!

10.11.09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Yeeeeeeeeeeeehaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
*menjerit penuh keriangan

Opps... Sorry, sorry. Terlebih lega + happy. Exam is finally over. Alhamdulillah, aku dapat jawab dengan baik. Except for Geography. Sangkut sikit.
*sigh
MyEm0.Com

But still, tak boleh nak bernafas dengan lega lagi sebab nafas tersekat-sekat menanti result. Kepada mereka yang sentiasa dapat first, second and third place tu, maybe tak berdebar sangat. Especially budak paling bijak dalam kelas aku iaitu *tuuttt*. (_ _")

So, hari ini dua subjek sahaja. Kemahiran Hidup Bersepadu & Pendidikan Seni Visual kertas 2. Lukis-lukis punya.

KHB: ERT (my choice)
So far, okeylah kot? Actually tak membaca mana pun. Elektrik & Paip & Tanaman Hiasan tak sempat nak jenguk. Kerja Kayu paling last, then teacher terus masuk bagi paper. Adalah beberapa soalan yang DIJAMIN salah. Huish~

Berdasarkan pemerhatian, KHB Pilihan 1 (SPN) & Pilihan 3 (KMT), mungkin susah bagi kami di ERT. Banyak sangat gambar rajah. Of course kami di pilihan 2 ini tak ingat sebab kami belajar 12 bab, manakala mereka hanya 6 bab sahaja!

Apa-apa jelah. Asal dapat jawab dengan tenang... Just like Kaklong said, "InsyaAllah, everything will be smooth."
Thanks, Kaklongku!
PSV 2
Okey, ada enam pilihan soalan. Pelajar-pelajar dikehendaki pilih satu soalan je. Ini dia soalan-soalannya:

1. Di atas meja guru terdapat beberapa buah buku rujukan dan latihan yang tersusun rapi. Berhampiran buku-buku tersebut terdapat pelbagai alat tulis yang berada di dalam sebuah bekas dan terdapat sebatang pensel di atas sebuah buku.
Gambarkan keadaan tersebut dalam perspektif yang menarik.

2. Hasilkan satu reka corak ulangan bermotifkan gabungan flora dan geometri untuk pembalut hadiah. Rekaan anda hendaklah sesuai untuk sambutan hari jadi.

3. Satu pertandingan melukis poster akan diadakan di sekolah anda. Tajuk poster ialah NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT. Hasilkan sebuah poster berdasarkan tajuk tersebut. Tajuk poster NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT mesti dimasukkan dalam poster anda.

4. Di tepi paya, terdapat seekor itik dan beberapa ekor anaknya sedang mencari makanan.
Lukiskan gambaran tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan terhadap komposisi, aksi, ruang dan warna yang menarik.

5. Di atas gerai di hadapan rumah anda terdapat dua biji buah kelapa. Satu daripadanya telah dibelah dua dan berhampirannya terdapat sebilah parang.
Gambarkan suasana ini dari jarak dekat.

6. Dalam dunia fantasi, anda tersesat dalam hutan cendawan gergasi.
Gambarkan berkenaan dari sudut yang menarik.
Lukiskan gambaran ini dengan memberi penekanan terhadap perspektif, komposisi, kesan garisan, jalinan dan ruang.


So, I've chosen question number 3. Kebanyakan budak kelas aku buat nombor 6. Maklumlah, mereka suka berimaginasi, 'kan? Hahaha. Aku cakap dengan Ainul;
Sebenarnya hajat di hati ingin berimaginasi, tetapi bagai dihalang oleh satu keinginan yang tidak pasti, bertukarlah fantasi ke alam realiti. Jadilah ia POSTER NEGERI!

MyEm0.Com

Untuk hari ini, kedua-dua subjek tu agak mencabar. Hampir tak sempat untuk mewarna posterku itu! Nasib baiklah gune krayon sedikit sebanyak menjimatkan waktu. Credits to Piah for lending me her crayons. Love you, Piah!

Erm, nak tahu komen aku untuk subjek-subjek lain?

SCIENCE - Paper 2 okey, Paper 1 agak terkilan (_ _")
MATHS - Paper 1 teacher cakap ramai sangkut, paper 2 okey.
ENGLISH - As usual, I think it's quite easy. Hee~
MALAY - Paper 1, well, as already known, I'm not really good at it. Paper 2 might be okay.
ARABIC - Quite easy, but I'm not sure about getting 90% and above.
P. ISLAM - With all my hard work of reading the whole topics, I think I've managed to answer it smoothly. Alhamdulillah...
HISTORY - Quite interesting. Average (^^,)
MyEm0.Com

*****END OF QUESTION PAPER*****

Sepanjang tak update blog ni, macammacam jugaklah yang berlaku. Yang utama ialah;
MIMPI NURUL SOFIAH BT JAMALUDDIN
Mengarut habis-habisan mimpi budak ni. Hampir tergolek aku dan 'Ainul dibuatnya. Berkait pulak dengan orang-orang tertentu. Isy, isy, isy!MyEm0.Com

Next, my dream. Mimpi aku ni kira okey sikitlah daripada mimpi kawan baik aku tadi tu. Berkisarkan aku, 'Ainul, Ain dan beberapa orang lagi yang langsung tak masuk akal. (",)

Sekarang, ada skill baru untuk gelarmenggelar.
Quote: Awak balik naik apa?
DUH! Tolonglah. Saya balik naik kereta, okey.

Oh, oh! Tadi, cikgu BM spontan beritahu aku sorang.
"Minggu depan awak dah dapat result dah."
I don't know statement tu ditujukan untuk aku seorang atau sekelas. Fikir-fikir balik, of course untuk sekelas. Cikgu buat saya berdebar je! Hahax.

And, sepanjang kami exam, macammacam gangguan. Adoyai, mujurlah jiwa kami ini cukup kental untuk menghadapi ketidaktenteraman itu! MyEm0.Com
First: Si kucing asyik meng'meow' berpuluh-puluh kali dengan suara nyaringnya. Kemudian, gaduh pulak dengan pasangannya. (_ _")

Second: Pekerja-pekerja yang diupah sedang membaiki tandas. Macammacam alatan tangan yang menembusi dinding. Tentulah TIDAK BISING langsung. Konsentrasi terganggu.

Side effect: Pelajar-pelajar yang rancak berbincang ketika guru bertugas terlelap dan ketika pertukaran guru bertugas. Haih~ Sabor jelaaa...

Boleh ke dia orang berbincang? Diorang ingat kami tak nampak? Hei, kalau kami atau cikgu tak nampak, Allah itu Maha Melihat. Dan ingatlah;
Setiap perbuatan walaupun sekecil zarah, pasti akan mendapat pembalasan-Nya.

Faham ke tidak? Dah berkali-kali dinasihatkan, tak nak juga berubah. Mengapa jadi begini, hai sahabat-sahabatku sekalian? Tolonglah, jangan hampakan harapan ibu ayah serta guru-guru kita...
MyEm0.Com

Well, aku sendiri pun bercakap-cakap time exam. Especially with Ainul (kantoi!). But, kite orang tak berbincang. Just borak-borak kosong pasal [si kucing yang bising tu]. And dengan Raihanah yang tak habis-habis mengusik. At least, we were not discussing!

Ini tak! Depan mata aku dia tanya kawan dia kat sebelah. Dia ingat aku tak nampak ke? Yea, nampak je aku ni tak ambil kisah pasal keadaan sekeliling. Padahal, aku sangat peka! Mata aku ni sensitif sikit tengok benda-benda 'discussing time exam' ni.

Teruk, teruk!

~~~~~~~~~~~

Okey, dah stop. Hahahaha. Panjang pulak pembebelan aku kali ini. Tak apa, dah lama tak update ni. Kira okeylah tak sampai 10000 perenggan lagi. Hehehehe...

Stop kat sini. Sambung lain kali, wokey!

Wallahualam. MyEm0.Com

kepada alya; sorry, dop reti post ngarowt-ngarowt. daa~
Post a Comment