Pon ! Pon ! Exam betul-betul overlah !

11.11.09


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


Hohoho! Hari ini, Kak Fifi dah betul-betul-betul merdeka! Untuk tahun inilah. Tahun depan? Habis cuti akhir tahun nanti Kak Fifi fikirkan, yaaa! Now, it's time to enjoy sedikit sebanyak dapat menghilangkan tension di kepala.
MyEm0.Com
So, sebelum story apa-apa, Kak Fifi ingat nak tulis beberapa puisi. So, silakan bacaaaaa.....

Ku Ingin Kembali


Di kala kukesepian
Fikiran mengimbau kenangan
Sukarnya nak kulupakan
Peristiwa pahit yang mencengkam


Di kala kukesepian
Munajat kepadaMu Tuhan
Kusedari diri yang terbuang
Umpama buih di lautan


Apalah nasib diri ini
Menjadi mangsa hina mereka
Namun kupasrah kehendak Ilahi
Moga terubat hati yang luka


Yang berlalu biarkan berlalu
Bersama kita bina hidup baru
Lupakan segala rasa dendammu
Penuhi kemaafan di jiwamu


Hulurkanlah serpihan kasihMu
Berikanlah peluang disampingMu
usah biarkan daku terumbang ambing
Dipukul ombak nafsu


Kupohonkan restuMu Rahmani
Ampunkanlah dosaku yang lalu
Kerna diriku hanya seorang hamba
Bernama manusia






Anak Harapan


Anak satu harapan semenjak mulanya dilahirkan
Azan dilaungkan sebagai menyambut kedatangan
Ke dunia alam fana
Penantian bersama debaran
Kain putih suci bersih
Dari noda, hasutan dan dosa


Bila kau dewasa
Jadilah manusia yang berguna
Pada agama bangsa sebagai perwira dan pembela
Kau harapan ibu bapa, masyarakat dan juga negara
Jaga dirimu dari tertipu
Perangkap yang sedia menunggu


Al-Quran menjadi rujukan
As-sunnah panduan dan pedoman
Sebagai petunjuk sepanjang zaman
Itulah jalan keselamatan


Anak soleh solehah
Syafaat kepada ibu ayah
Jadi satu amanah
Anugerah kurniaan dari Allah


Hargailah nikmat itu
Beribadat berdoa selalu
Kenalilah akan musuhmu
Manusia, dunia, syaitan dan nafsu



Indahnya Kehidupan


Oh indahnya kehidupan
Diselubungi keimanan
Jalinan kemesraan
Mendapat rahmat keamanan
Di bawah bayu perlindungan
Negeri yang aman


Pemerintahan Islam satu perundangan
Berteraskan al-Quran
As-Sunnah tak dilupakan
Asas perlembagaan


Pemerintah yang adil disayangi rakyat
Teguhkan diri indah tersemat
Iman dan takwa, redha dan taubat
Menjadi pegangan raja berdaulat


Rakyat yang beriman kepada Allah
Taat kepada Rasul dan pemerintah
Tolong-menolong sinar ukhuwah
Keampunan yang melimpah-ruah




Berjuanglah, Berjihadlah


Berjuanglah, berjihadlah
Bersama menghapuskan segala kemungkaran
Jangan gentar wahai muslimin
Nikmat syahid menanti
Rahmat Tuhan bersemi


Mengapa dizalimi
Umat Islam sendiri
Sedangkan fiilul jannah
Bebas berkuasa
Menunggu peluang membenamkan Islam
Teguhkan perisaimu pertahankan maruah


Usah ditunggu lagi penting harta dunia
Salurkan semuanya untuk Islam tercinta
Susah senang dirasa
Kudrat yang Maha Esa

Usaha gigihmu itu pasti terbalas jua


ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH YA ALLAH...

*****


Cukupkah puisi di atas untuk menyedarkan kalian? Moga-moga kita semua dapat berubah ke jalan kebaikan bersama-sama, insyaAllah...


Herm, ada story ke tidak hari ini, yaa? Kejap, Kak Fifi nak fikir.
*urut-urut dagu skit


AHAH! Tau tak apa Kak Fifi tengah fikir? Tak tau? E'eleh.. Macamlah Kak Fifi tahu! ;p


....................
................
............
.......
...
..
.MyEm0.Com
..
...
.......
..................
......................


Okay, okay... Kak Fifi sendiri pun tak tau nak story pasal apa. Huish~


Erm... Ohhhh!


Aku sebenarnya makin rapat dengan kawan-kawan baik aku. Dah jadi macam geng je rasanyaaaaa..... Ahli-ahlinya ialah;;;

1) Miss 'Ainul Munirah
2) Miss Nurul Sofiah
3) Miss Noor Raihanah
4) Miss Nur Ain Suraya



Oh, ahli kehormat mestilah FATIN ATHIRAH BINTI AZMI. Well, the shining star, of course.
*tetibe perasan seorang diri
MyEm0.Com

OH, OH, OH!



Tetiba je. Herm, okay... Aku nak beritahu pasal kelas 1A7 yang 'agak gempak'. Lalala~


Seperti yang dirancang, kelas aku ni nak adakan party akhir tahun minggu depan tanggal 17 November 2009 bersamaan dengan hari Selasa. So, kat bawah ni antara perancangannya:

Nasi untuk cikgu: Fifiey
Nasi untuk pelajar: 'Ainul
Agar-agar: Sofiah
Puding: Raihanah comel
Kek: Dina
Hias kelas: Muslimat
Barang kelas (untuk dibeli): Fifiey, 'Ainul, Raihanah dan Dina
Susun meja: Muslimin
Gantung belon: Muslimin
Others: Sarah & muslimat



Okey, dah. Itu je yang aku tahu dan ingat. Apa-apa jelah. Banyak betul makanan masa party nanti. McDonald, PizzaHut, nasi bukhari, kek, puding, agar-agar and so on. Banyak gilaaa~ Ain telah menasihatkan semua orang bawak Gaviscon. Hot.fm menyokong nasihat Ain Suraya itu! Hehehe!


And paling aku pelik, makanan banyak. Air minuman? Air kotak je? Mau ada yang tercekik waktu makan banyak-banyak nanti. Bukan mau complain, but it's not worth it laaa... Makanan bertambun-tambun, air? Air kotak bukan banyak sangat. Kalau 1 liter seorang, bolehlah!MyEm0.Com


Baiklah bawak sendiri, bancuh sendiri air. Biarlah susah pun, tapi aku tak nak mati tercekik. Tahu-tahu jelah aku ni jenis suka minum air banyak.

NASIHAT AKU: Sila bawak air sendiri. Terutama air masak. Muktamad.



Aku sebenarnya tak faham. Duit banyak-banyak just untuk beli makanan akhir tahun. Dulu, janji nak beli T-shirt, tapi sebab nak guna banyak sangat duit, dah aii... Tukar jadi MUG pulak. Aku tak kisah, tapi aku tak nak hari jamuan nanti, membazir makanan. Orang lain ramai lagi tak dapat makanan, kita bazirkan pulak!MyEm0.Com


Nak marah pun, kawan sendiri yang rancang. Nak mengadu, sia-sia je. Nak mengumpat, tambah dosa lagilah. Nak tegah, nanti bermasam muka. So, what now?


Baiklah, lupakan semua tu. Aku redha jelah. Aku just jalankan tugas aku. Yang lain tu, biarlah diorang tanggung. Aku tahu ketua kelas aku yang berpewatakan agak alim tu pun tak berapa nak setuju makanan banyak-banyak ni. Mesti beliau sound nanti sebab muslimat yang handle semuanya. Aku, Piah, Ainul, Ain dan Raihanah redha je!
*muke dok stuju ah wak lolok MyEm0.Com


Ok, ok! Aku tak nak cerita lebih panjang lagi pasal ni. InsyaAllah, satu hari nanti mereka akan tersedar dengan sendirinya. Mungkin aku pun banyak lagi keburukan, sebab tu tak nak terima nasihat dari aku. Huhuhu!


*****
Haa... Tadi kat surau Ustaz Aziz beritahu yang beliau akan bertukar ke SMK(A) Tok Jiring (silap dengar hari tu) bulan 12 ni ataupun tahun depan dah tak ada lagi kat SHAMS tercinta ni.MyEm0.Com



Pesanan ikhlas dari hati ini: Kepada sesiapa yang bergelar ketua, jalankanlah amanah anda sebaik mungkin. InsyaAllah, perbuatan baik dibalas baik. Jangan terlalu kasar, berlembut-lembutlah jika masih perlu.



Sampai sini je dulu untuk hari ini. Huhu. Berpuisi pulak lebih-lebih, 'kan? Huhu. Renung-renungkan dan selamat beramal! =)


Wallahualam.MyEm0.Com
Post a Comment