Goodbye 2009 ! Welcome 2010 !

31.12.09




Hohoho! Sedih pulak rasanya tajuk post kali ni. Huhu. Okey, hari ini insyaAllah saya akan kongsi sedikit pahit manis sepanjang 2009. Dan azam sempena masuknya tahun 2010 ni... Maknanya kena belajar bersungguh-sungguhlaa... Tahun 2011 dah PMR. Hee~MyEm0.Com 

Tapi sebelum tu, nak ucap   kepada semua followers Fifiey's Blogg ni. Hurm... Kalau sesiapa yang nak suruh link dia kat blogg ni, beritahu kat post ni je. InsyaAllah Fifiey akan letak nanti kat sidebar bertajuk Fifiey's Linkies. Hohoho!MyEm0.Com

XxXxXxXxXxXxXxXxXxXx

Okey, sepanjang tahun 2009 ni, banyak kenangan pahit dan manis (kadang-kadang masam pun masuk sekali) yang telah berlaku dalam hidup saya. Gelak ketawa, nangis, dan macam-macam lagilaaa... Antaranya:

1. Tahun 2009 telah memperkenalkan Fifiey kepada movie Twilight, seterusnya mendalamkan minat Fifiey dengan membeli set buku The Twilight Saga. Tahun 2009 jugaklah Fifiey habis baca semua buku tu.MyEm0.Com


2. Juga pada tahun 2009, Fifiey mengenali Robert Pattinson (atau Fifiey lebih suka Edward Cullen), Taylor Lautner, Chaske Spencer, Kiowa Gordon, Alex Meraz dan ramai lagi pelakon Twilight Saga yang best-best.


3. Pada tahun ini jugaklah Fifiey dapat melancong ke Turki, Syria dan Jordan. Dapat mengenali rakyat di negara orang. Dapat merasai kesejukan di negara orang (bersyukurlah negara Malaysia tak sejuk macam kat tempat diorang). Alhamdulillah.MyEm0.Com

4. Tahun 2009 jugak telah membuatkan Fifiey mempunyai ramai kawan di alam siber ni. Terima kasih, semuanya! Terutama mereka yang selalu buat tutorial kat blog diorang tu. =)MyEm0.Com

Dan kenangan paling bermakna dalam hidup Fifiey pada tahun 2009 ialah... Jeng-jeng-jeng!

Pada tahun 2009 yang penuh makna inilah Fifiey telah mendapat ramai kenalan baru di sekolah. Terutamanya 'Ainul, Sofiah, Sabrina, Ain, Raihanah, Alya dan ramai lagi. Fifiey dapat merasai ukhuwah persahabatan bersama mereka. Dan juga Fifiey bangga dapat berada di kelas 1 Ibnu Arabi (1A7) 2009. Pelajar-pelajar 1A7 telah mengajar Fifiey erti persahabatan yang sebenar, serta semangat kerjasama yang berterusan. *ayat skema, ayat skema
SYUKRAN YA ALLAH! SYUKRAN... Syukran kerana mengurniakan teman-teman yang baik dan memahami diri ini.MyEm0.Com

Oops! Tu kenangan manis, kenangan pahit apa pulak erk? Hmmm..... Tak apalah, tak payah ingatlah yang pahit tu. Biarlah yang manis sahaja menjadi kenangan. ^^

Azam 2010? Azam sempena masuknya 2010 ni ialah... Fifiey nak tebus kembali 'kekalahan' yang lalu. Nak bangun dan menjadi pelajar cemerlang! Nak belajar bersungguh-sungguh sehingga ke titisan darah yang terakhir !  *semangat ngak?MyEm0.Com

Eleh, nanti azam hanya tinggal azam je. Fifiey, Fifiey... Tahu sangat perangai kau. Huhu~

*****

Oh, malam ni ada sembahyang hajat kat rumah baru Kakak. Kakak dah nak pindah... Huuu... Esok kot dia masuk rumah baru dia. Aaa... Tapi nanti pergi sekolah dengan Kakak jugak. Kakak cakap, "Pukul 6.45 pagi dah ada depan rumah, tak payah tunggu Kakak hon la!". Hehehe.MyEm0.Com

Baju sekolah dah siap! Tudung je belum siap lagi nih. Hmm... Lusa pergi daftar. Excited tetapi berdebar. Hehehe. Oh !  Sarung lengan tak beli lagi. Nanti-nantilah. Fifiey boleeehhh !!!MyEm0.Com

Wallahualam.
MyEm0.Com

Twilight Saga VS X-Men

30.12.09




Cantik tak kucing kat atas tu? Haa.. Kalau nak tahu, kucing ni Kak Fifi jumpa kat Besut time raya hari tu. Hahaha. Rasanya dah pernah post kat sini tapi entah, lupa kot? Ikut sukalah. Tapi kucing ni sangat comel. Macam kucing kat Istanbul. =D

Hari ini Kak Fifi tak ada story sangat sebab macam Kak Fifi cakap, time cuti ni boring la sikit apabila duk rumah je. Huhuu... As usual, Kak Fifi bangun lewat. Hahaha. Ni nak amalkan bangun awal sebab sekolah pun dah nak bukak. Takut nanti tak terbangun.

Petang tadi pergi Pustaka Seri Intan 2. Kak Fifi beli fail dua, majalah TV HITS dan... Buku rujukan Kemahiran Hidup (ERT). Paling best, ada poster dua mamat 'meletop' dalam tu. Hahaha. Siapa lagi kalau bukan Robert Pattinson (aka Edward Cullen) dan Taylor Lautner (aka Jacob Black).
I'm just so lucky to be obsessed with The Twilight Saga. All the magazines now are probably running out of topics to publish, so all they do write now is about Twilight, New Moon, Eclipse, Breaking Dawn and everything related to the Twilight Saga. Well, that makes me happy, very happy !
Hahaha. Apa-apa jelah, 'kan? Erm, actually aku suka Edward Cullen je, just Edward. In real life, I don't really like him especially HIS HAIR. It sucks, though. And I think nobody really likes that Swan girl either, Isabella Marie Swan. She's just a freaking Swan, or Edward called her LAMB.
p/s: lamb is just the best meat to eat not to love =D


What's wrong with that lamb, anyway? Every guy in the movie LOVES her. Did she cast a spell or what? She's just the freaking Bella. She's just so lucky that Edward couldn't read her mind. I wonder, would Edward fall for her if he could read her mind? Freaking !






"Put the knives down!"
"I can't."


Hehehe. Aku minat X-Men jugak sekarang. Character favourite aku ialah Logan (atau orang rumah aku menggelarnya logam) aka Wolverine dan Storm, also Rogue. Hee~ Aku suka sangat cerita ni !  Professor Charles Xavier pun aku suka sebab dia macam Edward, boleh mind-reading. =D

Paling tak suka dalam cerita ni is... Mystique. Terlebih 'menonjol' sangatlah !  It's lucky she's so damn blue. Night crawler is more wonderful than her. Huh !  Eh, lelebih pulak Cik Pipi pada hari ni. *tersipu-sipu sendiri








Cute je my Amuh time dalam gambar tu (memang dia sentiasa cute macam teddy bear). Hee heee. Mengada dia je nak menunjuk-nunjuk baju dia tu. Whatever, Mus !  Jawapan kepada soalan di baju Amuh: No, you don't. =D

Oh, tadi pergi makanmakan dengan family kat restoran yang biasa kami pergi. Udang dia tak fresh. Bibir aku dah gatal semacam je nih. Hihihi. Tapi makan jelah, dah lapar, telan jelah. (^^,)

Kakngah: Kita makan kat mana ni?
Kakak: Kat Restoran *** **** tulah.
Kakngah: Situ je sokmo! Makan gok kat lain sekali-sekala.
Kakak: Abis nak buat camane, LOYAL sangat kat restoran tu.
Kakngah: Aku pun dah LOYA dengan restoran tu.
Fifiey: *suke sorang diri*


Hehehe. Aku KEBIASAANNYALAH, hanya mendengar bicara kakak-kakak serta abang-abangku sahaja. Tak berani menyampuk. Maklumlah, I ni terlalu muda untuk memahami (actually faham je). Entah, tak reti nak menyampuk.

Sama jugak bila ngan kawankawan, time diorang storystory, aku tak menyampuk pun. Tapi aku memang cakap banyak di sekolah berbanding di rumah. Satu je orang tak boleh tahan ngan aku, pemalu sangat !  Kahkah.

Okeylah, sampai kat sini je dulu. Kak Fifi mahu tidur sudaaa !  Esok nak bangun awal, walaupun tak ada apa nak buat. Oh, mungkin study kot. Dah start study siang tadi. Fifiey boleh !  Akulah juara ! =)

Wallahualam.

School's back !

28.12.09

Ahah ! Dah lama rasanya takpostentry. Ceh, tipu betul. Tumbok kang ! XD

Erm, sorry asyiktukarbackground je. Bukan apa, just excited dapat tahu camane nak wat background sendiri. I mean, background yang disukai la. Boleh cari tanparintanganapi ! Hohoho!

Aaa... Saya tak tahu macam mana nak buat tutorial, so tak buatlah. Hehehe. But, insyaAllah akan datang, saya akan pergibertapa dan belajar caracara buat tutorial. Lepas tu, bolehla buat tutorial kat blogyangtakseberapani.




+ hiasan semata-mata +

Okee, memandangkan sekolah dah nak bukak minggu depan, macam mana persediaan korang? Saya belum siap apaapa pun ni. Baju sekolah pun belum siap !  Heheeee... Last minute, nak buat macam mana. Buku pun belumjenguk apaapa lagi ni. Maaf ye, bukubukuteks kesayanganku sekalian. =D

2hb Januari 2010, menurut kate kawankawanbaik yangteramatcomel, itulah tarikh keramat !!  Haha. Gile betul. No laa... Bukan tarikh keramat, tarikh daftar sesi persekolahan 2010. Sekaligus boleh tahu la kelas manamana.

'Ainul, Sofiah dan Farhana cakap novel tingkatan dua, Timulak Kapal Perang, takbestlangsung. Apalah diorang tu. Meruntuhkansemangatmembaca saya je. Hehehehe. Tak apalah, memang semuaorangkenabaca jugak. Hadoii !

Saya dapat rak buku baru !  Yeay, yeay !  Kahkahkah. Bukan ape, banyaksangatbuku dalam bilik PINK saya ni. So, setelah mencari rak buku YANG KOSONG di rumah ini tiada, pagi tadi Walid beli. Yeay !  Maseyh, maseyh.

Mmm... Tak tahu dah nak ceritatentangapa. Maklumlah, kalau cuticutiMalaysia memang boring. Tak pergi sekolahlaaa katakan. I miss my friends !  Suruh online tak nak (alasan: malas), bila online (status: busy). Apaapa jelah korang ni. Pening saya tau tak !

Baru sudah berkemas rak buku baru. Hehehe. And sekaligus kemas bilik. Takuttakut ada CikSiti yangsangatcomel datang merayap di bilik saya ni. Nanti rosaklah barangbarang saya kalau dia merayap di bilik ini !
Kalau nak tahu, bilik Kakngah dah kena 'ceroboh' dek CikSiti (atau dalam cerita Ratatouille namanya Remy), habis semua barang Kakngah yangtakdilindungi digigitgigitnya termasuklah cadar. Ish, ish !  Kakngah pun kemas bilik dia yang sememangnyabersepah itu. So, start dari itulah saya mula kemasbiliksaya. =D
Kesian betul. CikSiti, CikSiti... Jangan berani masukbiliksaya !  Nanti saya suruh Walid buat perangkap baaaaaru CikSiti tahu !  Huh !

Okee, post kali ini tiada gambar. Hohoho !  Malas sudaaa nak edit gambar. Mood mengedit gambar sudah hilang dibawa arus. Hehehe. Sampai sini je dulu. Lain kali saya post lagiii !  Assalamualaikum !

Sudah di Terengganu !

24.12.09




Hey, hey, hey!
Teka gambar siapa kat atas tu?
Of course my cute little niece. =]
Zunah Solehah binti Azroul Shahrain.
Saja je letak picture budak comel ni kat sini sebab dapat tangkap gambar dia dengan riak gembira ni !

Ouh, aku dah ada di Terengganu sekarang.
So, tak ada kerja sangat, editlah picture sedikit sebanyak.
And baiki-baiki blogg yang sudah lama kusut ni. (T_T)

Pagi tadi sampai Terengganu.
Kerja aku dalam minggu ni naik plane jelah. Hahaha.
Ape-ape jelah. Bukan selalu dapat naik. LOL
Overall, my ratings:
Malaysia Airlines ✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿


Kuwait Airways ✿✿✿✿✿✿✿
Egypt Air ✿✿✿


Ha! Nak tau kenapa ade rate-rate nih?
Okey, I bagitau sekarang. Haha.
Masa terbang ke Istanbul naik MAS, sangat selesa.
But not as comfortable as orang yang duduk kat Golden Class la. =D
Okeyla, pengumuman pun jelas.
Screen tv pun TAK ROSAK. Pape jela.



Erm, terbang ke Damascus, naik Egypt Air, transit sebentar ke Cairo.
Boleh cabin crew dia buat pengumuman cakap nak pergi Amman.
Apadaaaa.... Buat suspen je tau tak.

Balik ke Malaysia semula naik Kuwait Airways.
Transit 10 jam kat Kuwait dari Amman.
Masa transit tu, menginap di hotel kat airport.
Best hotel dia, walaupun kecik amat selesa.
Aku share bilik dengan Kakngah, mandi 2 kali dalam masa 5 jam.
Hohoho!

The worst part is.. Beg Walid tertinggal kat Amman sebab tak TERMASUK dalam cargo.
And time kat KLIA, my mom tertinggal plastik berisi souvenirs Abang dalam tren.
Hadoiiiiiii... Macam-macam pulak!
Nasib baik beg yang tertinggal kat Amman tu dah nak sampai esok.
Dah buat report dah, nasib baik dapat contact airport kat Amman tu.

Peace!
Takde kerja edit gambar then upload kat sini.
Masa ni dekat hotel di Damascus, tengah tunggu van nak pergi ke Jordan.
Gambar ni aku snap sendiri. *ceh, macam tak biasa



Aha! Gambar ni pulak...
Di apartment masa dekat Istanbul.
Siapa yang capture gambar ni eh?
Abang kot, biasalah tak ada kerja. Hohoho!
Diedit oleh aku sendiri. Orang lain dalam rumah ni mana suka edit-edit gambar. (",)



Ni gambar Abang naik kuda masa kat Petra hari tu.
Dia lenguh jalan jauh (aku pun sama), so dia cakap ngan Ummi nak naik kuda.
Aku takut nak naik, so aku jalan jelah ngan Ummi. Sambil makan french fries. Haha.
Walid cakap, "Bukan letih sangat tu, saja dia je nak naik kuda. Pengalaman,"
Betul jugak. Tapi aku, no way man! Tak nak naik!



Posing dengan signboard je nih.
Saja nak ambik WELCOME TO THE HASHEMITE KINGDOM OF JORDAN.
Cheese! Thanks to Kakngah sebab sentiasa ambil gambar adikmu ini.
Biasalah, I kan fotoGENTIK (bak kata Abang). XD


Kucing yang dijumpai masa nak balik dari Laut Mati.
Comell banget warne bulunye. Macam russet gitulah (was it Jacob? haha).
Aku memang tertarik dengan kucing meow meow ni.
Even kat sekolah pun siap cakap bahasa kucing lagi ngan 'Ainul.
Kan 'Ainul, kan, kan, kan?

Oh! Tadi mesej-mesej dengan Sabrina.
Tahniah kepada Farhana (adik Sabrina) sebab dapat masuk SHAMS.
So, dengan tak sengajenye kami ke topik kelas mana tahun depan.
Sabrina cakap aku kelas 2A3. Sama dengan dia.
Piah & 'Ainul pun kelas sama. Begitu juga dengan Ain.
Dia tengok masa pergi daftar adik dia haritu, katanye.
I'm not very sure, but alhamdulillah kalau dapat kelas 2A3.
=]



Sekarang ni susahlah nak tidur.
Know why? Sebab susahlah.
No, kan pergi Turki, Syria dan Jordan.
Waktu diorang beza 6 jam dengan Malaysia, so...
Apabila pukul 2 pagi di Malaysia, kat sane baru pukul 8 malam.
Aku tak tidur lagi pukul 8.
Tu sekarang ni susah nak tidur tu.


+ jalan-jalan di Damsyik, Syria +

Sini je dulu. Penuh ngan gambar je entry nih. Hee~

Wallahualam. =)

Dead Sea, Jordan.

18.12.09

Hari ini tak tau nak post apa, so post jelah mengarut-ngarut pun.
Baru balik dari Laut Mati. Jauh jugak, 1jam setengah perjalanan.
Masin gila air laut! Sampai tak terkata lidah. Ishk...
And Abang mandi laut. Pastu air masuk dalam mate die. Kesian!
Terima kasih kepada adiknya yang bernama Fatin Athirah kerana bertindak segera mendapatkan air mineral.
*kembang kempis hidungku* =D

And now tengah pedih kaki tempat gatal sebab main air Laut Mati tulah.
Sebab masin sangat. (--")
Habis kemerah-merahan kakiku ini. Tolongggggg...!
Kebuluran sehari suntuk disebabkan last sekali makan breakfast tadi.
Hehehehehehehehehehehehehe...
Erm, nak wish something buat seseorang yang tercinta!



SPECIAL FOR AIN SURAYA
HAPPY 13th BIRTHDAY, NUR AIN SURAYA bt. AHMAD.
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Kak Fifi saaaaaaaaaaaaayang Adik Ain!


Sincerely,
Fatin Athirah




One more thing, pengumuman skit kepada nama yang tertera di bawah:

'Ainul Munirah
Nurul Sofiah
Nurul Sabrina
Noor Raihanah
Nur Ain Suraya
Nur Alya Aqilah
Syakirah Afifah

Pada 25hb Disember 2009, jika anda free, sila contact Kak Fifi pada 20hb Disember 2009.
Kalau tak free, sungguhlah rugi. Hakhakhakhak...
Anda tidak tahu apa yang menanti anda (debo pelik ayat).

Oke! Oke!
Kabo ke Kak Pipi tau!
Kak Pipi sedie menunggu starting from 20hb Disember 2009 (takkan 2010 kot).

Wassalam.

In Al Mafraq, Jordan.

14.12.09

Saje je nak report aku dah ada kat Jordan setelah 6 hari berada di Istanbul, Turkeye dan 3 hari di Damsyik, Syria.
Di rumah Amuh yang agak besar. (--")
Kat Damsyik tak dapat online because tak ada internet ...
Hohohohohohohohohohoho!
Aku rasa paling best pergi Damsyik, tak tahu kenapa.
Mungkin sebab naik Bukit Arba'in (Jabal Arba'in).
Tak sangka dapat naik bukit tu, tempat di mana bumi terkejut dan nak hempap Habil sebab bunuh Qabil.
Dan tempat 40 wali Allah bermunajat.
Terima kasih kepada Abang Quddus dan Abang Mujib kerana sudi jadi tourist guides kami.
Dan juga kepada Abang Sofi sebab jadi tourist guide kami kat Istanbul.
Abang Sofi dan kawannya, Karim (orang Turki).
Kat Istanbul, best pergi dekat Hagia Sofia. =)
Excited, excited, excited ! ! !
Kat Jordan tak tahu lagi sebab Amuh tengah exam (duh!) and tak tahu siapa nak jadi tourist guide kami nih.

Nak tahu tak?

Masa dekat Damsyik, di tengah sejuk takat 12 C pergi makan aiskrim.
Tapi aiskrim dia bessssstttttt........
Aku demam, begitu juge dengan yang lain.
Tapi aku rasa aku paling teruk.
Huh... Hidung ni rasa macam nak lempar je!
Nenek aku cakap, "Siang pergi jalan-jalan, malam demam."
Betul, betul, betul!
Nenek aku pun naik Bukit Arba'in tu...
Tinggi sangaaaattt..............

Okeylah, nak tidur.
Have to go.
EJ forever! *xsabbik*

Wassalam.

Gurau Senda - iLuvislam.com

9.12.09



Gurau Senda

Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita.


Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “Hidup mesti ceria”.


Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain.


Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita. Saya juga pernah menganggap begitu kerana merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata-mata, bukan betul-betul, dan bukan niat untuk betul-betul berbohong.


Betulkah persepsi macam ni?



Banyak Ketawa Mematikan Hati

Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?


Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.


Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,
Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.[1]

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: “Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!




Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. Kata Imam Ghazali,


Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.[2]





Kita biasa dengar,

Isy dia ni. Ketawa sampai tak ingat dunia!


Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.



Nabi S.A.W. bersabda:
Maksudnya: “Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.[3]




Nilai Gurauan vs Nilai Persaudaraan

Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain.


Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut?


Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.


Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?



Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.



Jujur dalam Berjenaka dan Gurau Senda

Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.


Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,

Aku main-main je la…

Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.


Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :


Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta. [4]


Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.[5]


Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.


Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:


Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.[6]




Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.


Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.[7]





Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.


Apa yang saya perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.


Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:
Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).

Mereka itu menjawab: “Tidak!

Maka Umar r.a. menjawab:
Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.


Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

~Wallahu a'lam~


Nota kaki:
[1] Ihya' Ulumiddin, Imam Ghazali, Jilid 4, Bab Bahaya Lidah.
[2] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[3] Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas dan 'Aisyah r.a.
[4] Riwayat Bukhari dan Muslim.
[5] Riwayat at-Tirmizi.
[6] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[7] Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih.

blog penulis artikel ini: http://alyaaquutwalmarjaan.blogspot.com/

Fifi ni Istanbul, Turkey pada waktu 4.05 petang.







In Istanbul, Turkey.

8.12.09

 Ehem ehem ehem.
Allo! Allo!
Aku sekarang berada di Istanbul, Turkey.
Sejuk gila kat sini.
Tapi kekadang tu rasa panas jugak.

First sampai, orang ingat Abang orang Turkey jugak.
Hehehehehehehe...
Kesian dia, tak faham apa-apa pun.
Oh, aku pergi dengan nenek, Ummi, Walid, Kakngah & Abang.
Nenek saya masih kuat dan bertenaga! Yeah!

Dalam flight selama 10 jam 50 minit amat meletihkan.
First, tak boleh tidur.
Nanti leher terpeleot.
Wah kah kah.
Nasib baik Abang 'meminjam'kan bahunye untuk dijadikan bantal buatku.
Hohohohohoooo...
Aku naik Malaysia Airlines. MAS yang agak best. (--")
Aku tengok cerita... Syurga Cinta dalam flight.
Cerita tu kelakar sebab ada budak Haziq tu.
And Irdham yang jahil tentang agama.
Ayat dia: "Err... Saya tak boleh sembahyang hari ini sebab saya puasa sunat."
Nak bergolek-golek rasanyaaa...

And second day, pergi ke Grand Bazaar.
Aku beli kasut Adidas 30 TL (Turkish Lira).
Bersamaan RM60. *mahal betul duit Turki ni*
And keychain untuk kawan-kawan baikku.
Sesiapa rasa dia yang tersenarai tu, sila senyum seorang diri sekarang. ;p
Oh, orang ingat Abang orang Iran dan Pakistan.
Hehehehehehehe!

Erm, kat sini kalau tak mandi 4 hari pun boleh.
Aku dah 2 hari tak mandi.
Nasib baik tadi dapat hidayah untuk mandi.
Hehehehe...
Sempat chat dengan Azeeb, Sabrina, Dina dan Shana tadi.
Azeeb; dari aku nak bertolak sampailah aku tiba di bumi Turki ni, asyik mintak turkey je. T___T
Sabrina terkilan sebab aku tak beritahu dia aku nak ke Turki.
Aku lupa, heheheheheh!
Sorry, Miss Sabrina Syarfa yang sangat cute!!!

Third day, aku ke TOPKAPI.
Macam muzium jugakla..
Erm, tinggalan sejarah.
Ada barang-barang yang dihadiahkan kepada tomb of Muhammad.
Tapi dibawa balik ke Istanbul semasa perang dunia pertama.
(--")
Semuanya diperbuat daripada emas, mutiara, perak, dan lain-lain.
Pastu aku tertarik dengan satu barang ni.
THE REPENTACE DOOR.
Pintu taubat. Lama jugak aku tatap.
:)

And kat sini, di Istanbul kucing semuanya comel-comel!!!
Bulu tebal dan mereka semua jinak!
Eeee....Geram!!!
Anjing pun tak macam anjing kat Malaysia, asyik nak kejar orang je.
Anjing kat sini tak kacau orang pun.
Jeling pun tak. Hehehehehehe.
Dan bulu diorang pun tebal. =))=))

Okey, sampai sini je dulu tulis pasal kat Istanbul.
Nanti ada masa lagi aku tulis.
10hb ni nak pergi Damsyik, Syiria pulak.
Then, 14hb ke Amman, Jordan. Amuh duk situ.
20hb baru balik ke Malaysia dan 23hb baru tiba di Terengganu.
25hb nak pergi rumah Farhana dan Aliuddin (cadangan je).
Hahahahhahaa.
Nak pergi bagi souvenirs dan bertanya khabar diorang.
Lama tak jumpa. =DDD

And kat sini ada banyak masjid cantik.
Masjid Sultan Ahmet, Masjid Hagia Sofia.
Erm, kami pergi dengan agen berdekatan rumah kami.
Orang tu nama dia Haji Mat.
Tapi dia dah balik hari ni.
So, anak dia, Abang Sofi, yang jadi tour guide kite orang start from tomorrow.
Aku gelar Abang Sofi tu Sophie Kinsella.
Dalam hati jelah, sorang-sorang.
Hehehehehehhe.
Sorry, Abang Sofi.
Keh keh keh. (^^,)
Oh, Abang Sofi baru 18 tahun.
Dah pandai banyak bahasa.
@_____@

Okeylah, dah nak tidur.
Dah pukul 7:30 malam.
Kat sini siang kejap je, pukul 4 dah Maghrib.
Malam lame, pukul 6 lebih dah tidur. =DD
 
Wallahualam bissawab.
Wassalam.

New Moon & Mulan.

2.12.09

Yee!
Aku dah ada kat Terengganu.
Baru balik semalam. Hohoho!
Nak cerita masa dekat KL nih.


Of course tujuan utama aku ke KL untuk tengok New Moon. Hahahaha. Dua kali aku dapat tengok. First time masa 30th November. Aku dan Kakngah berlegar-legar dulu kat Berjaya Times Square. Makan-makan sikit. Sebelum tiba pukul 9.00 malam, aku dan Kakngah tengok Mulan dulu. Tak dapat tengok habis sebab the movie started at about 7.50 p.m. and we had to catch up with New Moon at 9 p.m. kan.Then, esoknya, 1st of December 2009, pukul 11.30 a.m. pergi tengok Mulan sampai habis. Ending dia sedih woo... Mulan dan Wentai tak dapat bersama sebab Wentai tu rupanya is the son of the emperor. He himself is the prince. So, dia terpaksa kahwin dengan Princess of Rouron untuk menamatkan peperangan. Wentai kena tawan at first, then Mulan menyamar dan bekerjasama dengan Princess of Rouron tu. Princess loves Wentai, but Wentai loves Mulan. Mulan sendiri yang suruh Wentai kahwin dengan Princess. So, Wentai suruh Mulan lupakan dia. Uwa... So sad tau tak! Pastu ada satu part tu, diorang tengah tak ada bekalan makanan, ubat dan minuman, Mulan tengah cedera, Wentai bagi Mulan minum darah Wentai sendiri disebabkan tak ada bekalan ni! So touching masa tu!!! And ada kawan Mulan merangkap adik angkat Mulanlah jugak, namanya Tiger. Dia mati kena bunuh semasa jadi tawanan. Sedih sangat cerita Mulan ni! I wish ada sambungan dia. Takkan Mulan tu single je! Kalau ada Mulan 2, tak payahlah masukkan Wentai tu, ambik Shang je, ikut cerita Mulan yang kartun tu. Hehehe! And the worst part is, the hero himself cried the most. Wentai tu asyik nangis je. Aduyai, aku rasa paling banyak nangis dialah orangnya! Aku nangis sikit-sikit je, well orang tak ada perasaan macam nilah. Hahaha. Ending dia sad. Aku tak puas hati! Bak kata Kak Yus, "Cinta berbalas tapi tak bersama." Jiwang pulak! Hahahahaha. And New Moon, tengok dua kali jugak. Second time tengok tu, tak tengok habis sebab kan ada yang part 'kissing' Bella and Edward masa dekat Volterra tu, dia nak potong tapi dia potong habis, sampai tak boleh tengok dah the next part tu. Hahahaha. Ramai gila muka tak puas hati. But, it was a relief lah sebab aku dan Kakngah kena catch up the commuter and bus to go to LCCT. First time tengok New Moon (at cinema), feel sangat. Time Edward muka malu-malu, he's so cute!!! And Jacob, he's cute, too! I love Sam Uley. Paling tak suka, Jared coz he's sooo annoying! Paling kelakar, part Mike Newton ajak Bella tengok wayang. Cerita yang Mike nak tengok; Love Spelled Backward is Love. Tapi Bella nak tengok Face Punch. Mike muntah masa tengok Face Punch. At that night Jacob dah transformed into a werewolf. And aku pun suka Alec, he is so damn cute! Demetri pun. Hehehe. Alice of course favourite aku! Erm, masa masuk hall nak tengok New Moon for the first time, rasa nak lompat-lompat, menari-nari! Tapi taklah buat macam tu, nanti apa pulak orang kata. Hahaha. Apa-apapun, kedua-dua movie ni best. Satu je yang membezakan movies ni, New Moon ending dia happy, Mulan ending dia unhappy. Cerita Mulan tu based on a true story. Maybe that's what happened. Cinta yang tak kesampaian antara Mulan dan Wentai. I really hope ada sambungan dia ni. =)


A picture of me. Shy shy cat pulak mase ni!


The Mulan poster.

Okey, tata.
Tu je.
Boring skit post ni.
Tak ada warna-warni.
Nak tau?

Baru beli handphone baru sebab handphone lama tu asyik rosak je.
Hohohoho!
(--")

Wassalam.