In Istanbul, Turkey.

 Ehem ehem ehem.
Allo! Allo!
Aku sekarang berada di Istanbul, Turkey.
Sejuk gila kat sini.
Tapi kekadang tu rasa panas jugak.

First sampai, orang ingat Abang orang Turkey jugak.
Hehehehehehehe...
Kesian dia, tak faham apa-apa pun.
Oh, aku pergi dengan nenek, Ummi, Walid, Kakngah & Abang.
Nenek saya masih kuat dan bertenaga! Yeah!

Dalam flight selama 10 jam 50 minit amat meletihkan.
First, tak boleh tidur.
Nanti leher terpeleot.
Wah kah kah.
Nasib baik Abang 'meminjam'kan bahunye untuk dijadikan bantal buatku.
Hohohohohoooo...
Aku naik Malaysia Airlines. MAS yang agak best. (--")
Aku tengok cerita... Syurga Cinta dalam flight.
Cerita tu kelakar sebab ada budak Haziq tu.
And Irdham yang jahil tentang agama.
Ayat dia: "Err... Saya tak boleh sembahyang hari ini sebab saya puasa sunat."
Nak bergolek-golek rasanyaaa...

And second day, pergi ke Grand Bazaar.
Aku beli kasut Adidas 30 TL (Turkish Lira).
Bersamaan RM60. *mahal betul duit Turki ni*
And keychain untuk kawan-kawan baikku.
Sesiapa rasa dia yang tersenarai tu, sila senyum seorang diri sekarang. ;p
Oh, orang ingat Abang orang Iran dan Pakistan.
Hehehehehehehe!

Erm, kat sini kalau tak mandi 4 hari pun boleh.
Aku dah 2 hari tak mandi.
Nasib baik tadi dapat hidayah untuk mandi.
Hehehehe...
Sempat chat dengan Azeeb, Sabrina, Dina dan Shana tadi.
Azeeb; dari aku nak bertolak sampailah aku tiba di bumi Turki ni, asyik mintak turkey je. T___T
Sabrina terkilan sebab aku tak beritahu dia aku nak ke Turki.
Aku lupa, heheheheheh!
Sorry, Miss Sabrina Syarfa yang sangat cute!!!

Third day, aku ke TOPKAPI.
Macam muzium jugakla..
Erm, tinggalan sejarah.
Ada barang-barang yang dihadiahkan kepada tomb of Muhammad.
Tapi dibawa balik ke Istanbul semasa perang dunia pertama.
(--")
Semuanya diperbuat daripada emas, mutiara, perak, dan lain-lain.
Pastu aku tertarik dengan satu barang ni.
THE REPENTACE DOOR.
Pintu taubat. Lama jugak aku tatap.
:)

And kat sini, di Istanbul kucing semuanya comel-comel!!!
Bulu tebal dan mereka semua jinak!
Eeee....Geram!!!
Anjing pun tak macam anjing kat Malaysia, asyik nak kejar orang je.
Anjing kat sini tak kacau orang pun.
Jeling pun tak. Hehehehehehe.
Dan bulu diorang pun tebal. =))=))

Okey, sampai sini je dulu tulis pasal kat Istanbul.
Nanti ada masa lagi aku tulis.
10hb ni nak pergi Damsyik, Syiria pulak.
Then, 14hb ke Amman, Jordan. Amuh duk situ.
20hb baru balik ke Malaysia dan 23hb baru tiba di Terengganu.
25hb nak pergi rumah Farhana dan Aliuddin (cadangan je).
Hahahahhahaa.
Nak pergi bagi souvenirs dan bertanya khabar diorang.
Lama tak jumpa. =DDD

And kat sini ada banyak masjid cantik.
Masjid Sultan Ahmet, Masjid Hagia Sofia.
Erm, kami pergi dengan agen berdekatan rumah kami.
Orang tu nama dia Haji Mat.
Tapi dia dah balik hari ni.
So, anak dia, Abang Sofi, yang jadi tour guide kite orang start from tomorrow.
Aku gelar Abang Sofi tu Sophie Kinsella.
Dalam hati jelah, sorang-sorang.
Hehehehehehhe.
Sorry, Abang Sofi.
Keh keh keh. (^^,)
Oh, Abang Sofi baru 18 tahun.
Dah pandai banyak bahasa.
@_____@

Okeylah, dah nak tidur.
Dah pukul 7:30 malam.
Kat sini siang kejap je, pukul 4 dah Maghrib.
Malam lame, pukul 6 lebih dah tidur. =DD
 
Wallahualam bissawab.
Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers