14th January 1996 - 14th January 2010

14.1.10






Hmm... Hoho! Salam. Okey, hari ini aku genap 14 tahun. Means aku lagi tua dari kawan-kawan aku dalam kelas except for adelah yang lebih tua dari aku sorang. Biarlah dia. Haha.

Bila dah masuk 14 tahun ni, baru sedar yang umur kita semakin meningkat. Ajal dah nak dekat dah. Memang ajal menghampiri kita saban hari. Tak tunggu tua pun boleh meninggal tau tak.

Adalah orang cakap camni, "Ala... Enjoyla dulu masa muda ni. Nanti tua baru bertaubat," kepala hotak hang berjambul. E'eleh, sesedap hati die je.. Nak enjoy, tunggulah masuk syurga nanti. Masa tu baru boleh enjoy. Tapi, yakin ke diri tu layak ke syurga? Tulah yang menjadi persoalannya sekarang.

Kita bukan macam Nabi Muhammad yang ma'sum tu. Bukan macam sahabat-sahabat Nabi yang akan bersama Nabi di syurga. Tak macam tokoh-tokoh Islam terdahulu yang jamin ke syurga. Tidaak, tidaak. Kita hanyalah manusia biasa yang mempunyai pelbagai kelemahan.

*stretching rohani kita dulu, oke*

Nak story sikit pasal kat sekolah. Sampai-sampai kat sekolah, Sabrina wish Happy Birthday kat aku. Then, Ainul sampai dengan sengihan yang lebar. Pastu die nyanyi lagu Happy Birthday sikit-sikit kat aku. Haha.

Seharian tak belajar. BI & GEO cikgu tak pernah masuk kelas. Menurut keterangan PK Ismail bin Kusri, cikgu GEO kami masih lagi cuti bersalin. English teacher? Unknown.




+ sempat berposing di pagi hari +

Cikgu BM tak masuk tapi beliau bagi nota untuk disalin. Ketua kelas iaitu Anwar, terpaksa salin nota daripada kertas kat papan putih dengan meminjam marker penolong kelas iaitu Sofiah. Hahaha.

Banyak jugak kena salin, sampai 50++ Anwar bertukar tangan dengan Amir Arif. Aku pindah tempat ngan Sarah, aku duduk tepi Sabrina dan Alya kejap. Actually tengah buat Maths, so ingat nak tanya Sabrina, tapi akhirnya aku tanya Auni. Huh.

Masa rehat, Syakirah datang kelas dan kasi hadiah kat aku. Thank you, Syakirah !  I love you. Ramai jugak yang ucap Happy Birthday, terima kasihla semuanya. I love you guys. Kaklong, Kakcik, Amuh, Abang, Kakak, Kakngah, Kakak Maklang, Kak Yayah, Ainul, Piah, Alya, Sabrina, Ain, Sarah, Auni, Sakinah, Afiqah, Farishatul, Nadhirah, Aina, Aqilah dan ramai lagi. Thank you !

Pastu, ada perjumpaan rumah sukan. Tak pasal-pasal diorang tukar rumah sukan pulak. Aku yang asalnya rumah Kuning sekarang dah rumah Hijau. Ada geng :~ Aina dan Ainul dan Sarah dan Aqilah dan Dina. Haha. Ramainya geng aku. Hoho.

Minggu depan ada kejohanan merentas desa. Latihan Ahad dan Selasa. Khamis kejohanan. Aduyai, aku harap cikgu tak kasi homework setinggi Gunung Everest. =DDD

********

Hmm... Tadi pergi makan dekat Secret Recipe, sambut birthday akulah. Makan macam biasa je, aku ni jenis tak sambut birthday besar-besaran sangat. Hehehe.




Gambar tu kat Secret Recipe, Kakngah yang ambik. Kek Pecan Butterscotch. Best giler, sile try ye semua! Hahaha. Makan, makan. Nyummmm....

Then, balik rumahlaaa... Aku dapat dua je hadiah tahun ni. Hehehe. Thank you. Nak tengok tak hadiahnye? Dari Kakngah dan Syakirah. Maseyh awok, maseyh ngah.




Oh, lupe. Ditambah dengan kad dari Alya yang comel tu. Thank you Alya. Awok meeemang baik hati. Walaupun awok buat kad tu depan mate saye je. T__T


First sekali tunjuk hadiah dari Syakirah iaitu frame basikal yang berwarna pink. Adusss !  Pandai betul budak ni pilih hadiah. Thank you, thank you ! T__T



Cantik menarik tertarik kau memang da bom lah ! Boom ! Kebaaaabooo! Hahaha.Thanks for the bike, Kirah. Agak-agak siapa yang tengah naik basikal dalam gambar tu ?  Hmm...

Then, kad dari Alya. Kita tengok dengan lebih terperinci. Alya ni jenis yang pendiam tapi suke mengarut baaanyak, banyak, banyak. Tak faham akuh !  Aliyy, Aliyy.



Haa... Adiah dari Kakngah paling best. Beg dia lawa. Kakngah bagi set ping pong. Hohoho !  Jom kita tengok beg hadiah dan isi surat. :)



Ni cover depan. Gambar Edward. Macam-macam Kakngah aku ni. EddyBelle ART lah, walhal sebenarnya EDIBLE ART. Hohoho. LOVE EDWARD !



Cover belakang iaitu gambar Jacob Black. Dengan quote beliau, "Sure, sure," dan Bella pernah cakap dengan dia. "You're sort of beautiful." Kihkih. TEAM JACOB !! *sejak bile tukar team nih ? since 1996 ;p






Hohoho. Cantik sangat. Aku suke, suke, suke ! ! !   Oh, last picture. Pastu habis story pasal birthday aku yang tak seberapa nih. Hehehe. Like it. Love it. ;D



Wallahualam. Wassalamualaikum. ;)
Post a Comment