jom kita stretching rohani hari ni !!

Salam to all readers. Memandangkan hari ni hari Jumaat, jadi aku ingat nak stretching rohani sikitlah 'kan. (dok sabbik nggoh, hari lain pun boleh je bagi tazkirah) Tapi takpelah.. So, secare rasminye... Setiap hari Jumaat blogg Fifiey ini akan dipublishkan satu tazkirah serte huraiannye. Hihi.

JIKA INGIN DIRI DIHORMATI, KITA JUGA HARUS MENGHORMATI.

Kata-kata yang biasa kita dengar, bukan ?  Biasa didengar, tapi kalau tak praktikkannya buat apa ?  Ape yang aku nak katakan di sini, kalau kite nak orang lain menghormati diri kite, kite pun kene jugak belajar hormati orang lain.

Sebagai contohlah, 'kan... Aku ambik yang paling senang untuk budak-budak sekolah sekarang. Kat sekolah, dalam kelas. Kita ada ketua kelas dan penolong kelas. Sepatutnye kite dengar cakap diorang selagi tak melanggar hukum. Diorang yang patut kite hormati.

Bile kite hormati diorang, diorang pun akan respect kite, and bile diorang respect kite, orang lain pun akan cakap, "Haisy... Bagusnye budak ni. Hormat orang lain," sekurang-kurangnyelah. Orang pun akan hormat kat kita. Kalau dah orang hormat kat kita, ade ke orang nak ejek-ejek atau perli kita ?  Tak de, 'kan ?



Contoh seterusnyeee... Pengawas !  Kat sekolah, pengawas ramai. Pengawas disiplin, pusat sumber, kooperator, pengawas asrama dan lain-lain lagi. Diorang ni ada tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul. Kalau diorang tegur kite buat salah, kite patut dengar cakap diorang, bukannye membantah.

Diorang cube nak membetulkan kite je, tapi diorang just tegur. Yang lain bergantung kepada kite nak dengar ke tak nak teguran tuh. So, sile hormati pengawas dan semua orang kat sekolah tu. Dahlah diorang ade banyak tanggungjawab, ditambah pulak kalau korang tak nak hormat diorang dan diorang pun sibuk study, tak ke bengang jadinyaa ?   Cube bayangkan korang di tempat diorang.

Hmm... Yang ni paling biasa. Yang muda disayangi, yang tua dihormati. YANG TUA DIHORMATI. Kenapa ramai bebudak sekarang ni tak hormat orang tua ?  Bukan semua, segelintirlaaa. Yang hormat orang tua tu, baguslah. Kesimpulannye, hormatilah orang tua. =) Terutama ibu bapa kita.


Lagiiii.... Hormat ni sebenarnya terlalu umum. Boleh dikatakan setiap perbuatan yang kita buat mesti ada kaitan dengan hormat. Emm... Kat sini aku nak cakap pasal hormat pendapat orang lain.

Kalau si A ni cakap yang dia suka pelakon Robert Pattinson, tapi si B ni tak suka langsung sampai kutuk-kutuk si Robert Pattinson tu sehingga menyebabkan si A terasa hati. Inilah dipanggil tak hormat pendapat orang lain. Dah si A tu minat Robert, si B tu kalau tak suka, diam sajeee...
And lagi. Contohnya dalam satu meetinglah katakan. Si ketua suruh bagi pandangan. Si WW ni bagi cadangan yang kurang menyenangkan hati si XX. Lepas tu, XX ni kutuk dari belakang. Kalau tak setuju, terus-terang secara baik. Bincang sesama then baru decide. Barulah ada sinergi !
vocab baru : sinergi means kerjasama !◡‿◡

Hohoo.. Begitulah kiranya. Kesimpulannya, kita hidup di muka bumi Allah ni mesti ada toleransi dan sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain. Barulah hidup kita ni aman dan harmoni. InsyaAllah. Semua keputusan ada di tangan anda. Anda mampu mengubahnya (ecececey). Haha.

Itu diaaa... Pembebelan Cik Fifi sudah sampai ke penghujungnya, jadiii.... Cik Fifi harap korang dapatlah ambil iktibaaarr dari apa yang telah Cik Fifi bebelkan. Kalau tak banyak pun, sikit jadilah. Anddd... Kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa... Ampun dan maaf dipinta. Sesungguhnya setiap manusia ada kelemahannya.

Apa yang baik datangnya daripada Allah, dan kalau ada yang buruk itu datang dari diri Cik Fifi sendiri. Hakikatnya, kedua-dua datang daripadaNya. Wallahualam, wassalam. :)

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers