kejohanan merentas desa 2010 SHAMS !

Halo, halo !  Apa khabar semuanyaaa...? Harap sihat. Aku pulak yang tak sihat. Mental okey je kot ?  Kaki aku sakit sikit. Ai maklumlah, minggu ni minggu merentas desa. Dua kali latihan (17/1 & 19/1) dan Kejohanan Merentas Desa dilakukan pada hari ini, 21/1/2010. Alhamdulillah, segala-galanya telah berjalan dengan lancar. ^_^



Gambar di atas ialah gambar yang aku edit. Mane ade poster merentas desa camnih. Gilo apo sekolah agama poster macam ni ?  Mestilah islamik sikit. Haha. Walaupun tak berapa handsome mamat due orang dalam gambar tu, redha jelah ye. Haha.

For the first time in my whole life, aku gagahkan diri masuk merentas desa nih. Nasib baiklah aku ada geng iaitu Sabrina, Alya dan Linda. Kiteorang lari sikit-sikit je. Tapi, kejar-mengejar jugaklah. 'Ainul, Sofiah dan Ain kat depan daa. Ikut suka dioranglah ye. T__T

Itu masa latihan, masa kejohanan, Sofiah join geng aku. Ketinggalan kat belakang. Sebab aku dan geng teman Raihanah, kaki dia sakit. Sofiah pun kesakitan kakinya jugak. Katanya kejang !  Hohoho. Tak boleh bayangkan diorang tuh.

Nak tau tak ?  Prestasi aku, Sabrina, Alya dan Linda menurun. Latihan yang first, kiteorang dalam kalangan yang berjalan di tengah-tengah. Latihan kali kedua, kiteorang berjalan tengah-tengah jugak, tapi belakang. Masa kejohanan, kiteorang paling hebat !  TOP 20 paling belakang. Hahaha.
Semua sebab masing-masing nak temankan Sofiah dan Raihanah. Akulah tolong hiburkan diorang. Aku 'kan suka mengarut and buat lawak tak pasal-pasal. Alya siap cakap agi sambil ketawe tak hengat dunie (tak boleh berhenti ketawe wa cakap lu), "Dahla tu, Fiey. Hahaha,"

Kaki aku sakit wooo !  Tapi takpelah, Fifiey tak kisah. Hoho. Oh, lupa nak kasi tau. Aku rumah Hijau, sama dengan 'Ainul. 'Ainul AJK rumah Hijau form 2 tapi terpakse bertugas jugak untuk form 1.

Dan, saya, Fatin Athirah binti Azmi ialah pembantu setianya yang tidak bertauliah. Terima kasih.


Masa hari Rabu (semalam la), aku ikut 'Ainul kedek-kedek naik turun blok kami tu. First, nak kutip duit untuk rumah sukan, RM5.00 seorang. Lepas tu, kene kutip buku kokurikulum pulaakk..! Setelah penat, kena pulak bagi nombor untuk bebudak tuh.

Penat gile woh !  Yela, aku kenelah tolong 'Ainul, kalau tak kepada siapa lagi dia nak mengharap (owoh, ayat !). Lepas tu, kami masuk ke kelas, belajar BM. Cikgu BM & BAK je yang masuk. Hoho.

Ade pulak buat hal lepas tu, teliti peristiwa kat bawah ni. Sakit hati aku.

budak 1: eh, 'ainul mana?
fifi: dia bertugas jaga kelas. kenape?
budak 1: saye tak dapat nombor lagi nih.
fifi: oh, rumah hijau ek?
budak 1: a'ah, a'ah, a'ah!
fifi: tunggu kejap, saye pergi kat 'ainul.

Aku pergi kat 'Ainul, die kat kelas 1A6. Aku talk talk ngan die, then aku ngan die sesame pening sebab tak tahu nak ambik nombor kat mane. Cikgu mesyuarat. Akhirnye, aku pergi cari naib pengerusi rumah hijau dengan Sofiah.

Dua kali ulang-alik pergi blok form 5. Berkali-kali naik tangga. Kesian Piah, dahla die sakit kaki. Then, lepas jumpa akak naib pengerusi tu, beliau cakap takpe, ambik hari ni je. So, aku kembali ke kelas dan cari budak tadi tu.

Tup tup rupanya dia rumah kuning !  Ya Allah Ya Rabbi... Aku dengan muke selambe (walaupun dalam hati adelah terbakar-bakar) pergi ke kelas aku. Aku cakap ngan Piah pasal mende tu. Yang aku geramnye bukan ape, aku dah tanye die, "Rumah hijau ke?" dan die dengan bersungguh-sungguh jawab, "A'ah!!"

Sabo jelah. Dah perkare dah jadi. Tenang untuk seketike. Kepade budak tu, lain kali tolonglah jangan menyusahkan orang. Kalau orang tanye tu, dengarlah leklok dan jawab dengan betul. Ini tak, menyusahkan semua orang. Huh.

******

And, memandangkan tadi TOP 20 terkebelakang, kiteorang jalan sesame la kan. Tetibe, mase lalu kat tepi sekolah, kiteorang ternampak kelibat beberape orang budak lelaki kat tingkat form 2. Pastu, ketawe dengan kuatnye. Pehal korang? Aku bukan ape, kalau ye pun tak yah arr ketawe sampai dengar kat bawah. Melampau.

Dahlah kiteorang kenal beberape orang budak yang kat atas tu. Suke cari cara untuk sakitkan hati orang. Aku tak tau ah kenape 'kan. Aku husnuzzon jelah ngan diorang (walaupun hati agak membare). SAKIT HATI AKU MEMANG ORANG TAKKAN PERNAH TAHU. Boo !

Seterusnye, aku amat tak gembire apebile mengetahui rumah hijau tak menang. Juara; rumah biru dan naib juara; rumah kuning. Aku rasa rumah hijau last sekali sebab rumah merah banyak jugak menang kategori lain.

Rumah hijau dapat naib johan kategori 18 (P). Tu je. Yang lain, takde. Ade, tapi gitulah aku tak ingat. Hoho. Tapi takpe, semangat aku tak luntur. RUMAH HIJAU GENERASI HEBAT !!! Yeah. Haha.




Sedih pun ada gak. Memanglah sedih, 'kan... Rumah sukan sendiri tak menang, takkan nak bergembire plak. Aku paling sakit hati bila ada akhowat tu cakap, "Rumah hijau menang? Eee...Uwekkk..."
What ?  Diorang ingat rumah diorang menang (kalau menangla) sebab diorang je ke ?  E'eleh, sesedap hati mengate rumah hijau !  And sekarang PK KOKO cakap diadakan konsep rumah (betul ke?), setiap ape yang dilakukan akan diambil kira sebagai mata untuk rumah sukan. Perangai, akademik dll... Kalau perangai akhowat tu still macam tu, boleh mata ke ?  Huh.
Emosi pulaaak... Maaf yee.. Kuikuikui. Okeylah, sampai sini je post untuk merentas desa nih. Actually post ini ditaip pada 21 Januari 2010, tapi dipublish pada 25 Januari 2010. Baru terjumpa dekat drafts. Hehe. ◡‿◡"

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers