First week . ?


Setelah seminggu tidak mengonlinekan diri ataupun menulis entry di blogg ini, barulah Fifiey kembali memunculkan diri !  Hehehe. Bukan apa, malas nak online. Boring, tak tahu apa nak buat. Takkan nak blogging je setiap kali online !   Apa kejadah ?

Okey, hari ni nak cerita pasal kelas baruku. Gelagat rakan sekelas, dan macam-macamlah pasal kelas baru aku, 2 Ibnu Qudamah (2A2). Seminggu berada dalam kelas tu, aku masih rasa tak selesa kat kelas tu. Rindu 1 Ibnu Arabi 2009. Huuu~

Oh, kawan-kawan 1A7 yang masuk kelas 2A2 ada 11 orang. 4 lelaki, 7 perempuan. Tahniah ye, kawan-kawanku !  Ni nama-nama yang dapat masuk 2A2.

'Ainul, Sofiah, Ain, Aina, Sarah, Sabrina, Alya, Amirul Amir, Abdul Rahman, Anwar Syafiq, Syaukani

Ramai jugaklaa... Masuk sekali dengan aku (maseyh-maseyh), 12 oranglah. Over all, dalam kelas 2A2 sekarang ada 30 orang. Hmmm... Actually ada 31, tapi pindah seorang. Pindah ke mana, wallahualam...

Kelas 2 Ibnu Qudamah (2A2) telah sepakat memilih ketua kelas, penolong kelas, setiausaha, bendahari dan biro-biro kelas melalui undian baru-baru ini. *skema giler ayat

Ketua kelas: Anwar Syafiq
Penolong kelas: Nurul Sofiah
S/U (L): Mohd Fadlan Syahidan
S/U (P): *nama dirahsiakan
Bendahari (L): Ahmad Faisal
Bendahari (P): Nur Ain Suraya
Biro Kebersihan & Keceriaan: Amir Khair & Auni
Biro Tarbiyyah & Disiplin: Amirul Amir & Sabrina Syarfa
Biro Akademik: Adam & Alya
Biro Sukan: Ariff Luqman & Afiqah
Biro Kebajikan: Fathullah & Sakinah

Tu jelah. Tertanya-tanya ke siapa setiausaha perempuan? Hah, yang ni lu fikirlah sendiri. Sekali-sekala pinjam quote Nabil, apa salahnya. Hahaha. Hmmm.... Lalala.

Okey, nak story sepanjang minggu pertama ni berada di sekolah. Well, as I said, tak selesa lagi minggu pertama di kelas baru ni. I prefer 1A7. =D

Sunday - 3rd January 2010
Dapat duduk bersama-sama dengan Sofiah & 'Ainul. Sofiah chop tempat. Dia datang awal. Hehe. Tak belajar sangat. Guru kelas kami: Ustaz Mahussain - guru Bahasa Arab.

Monday - 4th January 2010
Start belajar, tapi ada cikgu tak masuk lagi. Naik turun tangga je kerja kami. Ai, kuruslah semua orang akhir tahun nanti. LOL

Tuesday - 5th January 2010
Diwajibkan pakai baju KOKO. Nasib baik aku diberi hidayah untuk pakai. Hehe. Sesiapa yang tak pakai, kena panggil. But, KOKO tak ada. Entah mengapa. Hehe.

Wednesday - 6th January 2010
Belajar Maths best. Makin complex, makin best. Makin susah faham, makin rasa tercabar dan nak buat jugaaa! Haha. Pastu ada sorang budak ni, dia main ngan kalkulator. First, letak kat telinga (ala-ala henpon gitu) then dia hulurkan ke arah cahaya matahari (time tazkirah ni). Aku & 'Ainul yang nampak suke terbahak-bahak. Hadoi !
Pastu ada sorang budak lagi, berdekatan tempat aku, 'Ainul & Piah melambai-lambai ke arah seseorang di luar kelas. Jauh tu, sepelaung rasanya. Haha. Pastu aku & 'Ainul gelak-gelak. Budak yang dilambai tu nampak kami yang tengah gelak tu pun gelak sama. Budak yang melambai tu digelar kini... PELAMBAI AJAIB.

Thursday - 7th January 2010
Ada ceramah sempena Maal Hijrah. Best gile! For the first time in my whole life, tak mengantuk pun masa ustaz bagi ceramah. Best sangat ustaz tu !  Pastu ada ustaz tunjuk video yang agak menyentuh perasaan. Oh, no! Was I crying? Ha !

Tu jela. Minggu ni. Maybe tak ada banyak aktiviti lagi. Homework dah ada. Sains & Pendidikan Islam. Sains kena lukis gambar rajah, manakala P. Islam kena buat nota. Okeylah, nak solat dan nak tidur !  Eh, nak berangan sekali. Kahkahkah. Wassalam.

Pantun beberapa kerat rekaan Fifiey & 'Ainul:
Bunga emas dibawa belayar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Kami budok lame doh belajo,
Kalau saloh, jangan aaaaa......

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers