kisah di hari cuti.

Ahaaa !  Lama aku tak post. Well, malas giler. Aku tak tahulah 'virus' apa yang menyerang aku, tapi aku rasa lain macam jeee... I mean, satu penghijrahan dalam diri aku telah berlaku dengan agak tak mendadak. Biasa je. Nak dijadikan cerite (kalau tak nak, sudah)... Tak tahulah. Korang bace jelah coretan aku kali ni. Maybe agak confusing.

9th February 2010
Walid aku dimasukkan ke hospital sebab disyaki kena buasir. Sebelum subuh, walid dah ke hospital setelah mengadu letih teramat sangat kerana terlalu kerap membuang air tetapi hanya keluar darah. Aku ke sekolah seperti biasa.
Selepas Zohor, aku telefon Ummi, tapi Kakak yang jawab. Walid kena tahan kat wad. Aku menangis. Adoyai~ Nasib baik 'Ainul dan Sabrina ade. Maseyhh !
Lepas balik dari sekolaa, terus ke hospital. Penuh orang. Tak sangkaa.. Huhu. Ummi tunggu Walid kat hospital.
note: tuition tak pergi sebab penat. hee~

10th February 2010
Aku terbangun lewat, jam 6:40 pagi. Tak sempat dah nak pergi sekolaa. Kakngah pun lewat bangun. So, aku dengan perasaan agak malu tak pergi sekolah. Kakngah pergi pukul 8:30 pagi. Aku makan maggie for breakfast. And starting to feel 'tak ok'.
Pukul 12 tengah hari, Ummi balik bersama Abang Jack dan Mok Jenab. Makan nasi ayam. Agak sedap tapi 'kurang'. Hoho!
Ummi ke hospital, meninggalkan aku sendirian di rumah. Tak takuuutt pun!
Petang itu Kakngah pulang dan mengemas pakaian. Turn dia tunggu Walid. Dan aku terus ke hospital bersamanya.
Aku balik dengan Ummi.
Malam itu, aku tak dapat tidur. Hidung tersumbat dan rasa tak sedap badan.
Akhirnya, keputusan telah diambil, aku berhijrah ke bilik Ummi.
"Ummi, dokleh tido," ujarku. Ummi ajak aku tidur dengan dia. Heh heh !
Aku langsung tak bolee tido. Lastly...
AKU DEMAM. T___T

11th February 2010
Aku sekali lagi tak pergi sekolah kerana demam. Aduh.
Pagi itu terus ke klinik. Doktor bagi ubat banyak betul. Ubat demam paling banyak. Hadoi~
Balik tu aku terus beristirehat dengan wajah tak larat. Sadis betul.
Erm, aku banyak terperap dalam bilik Ummi sambil tengok tivi dan tidur.
Itulah kisah Sleeping Beast. Hehe.

12th February 2010
Masih demam. Huu~ Huu. Aku ke sekolah mengambil buku-buku kerana aku tahu homework menggunung tinggi.
Kemudian, ke rumah Sofiah dan bertanya tentang homework. Lama jugak duduk rumah dia. Sempatlah bergosip. *shh, piah, don't tell anyone haha
Aku balik petang tu dan pergi ke hospital untuk kali kedua. First sekali pagi tu.
Ramai pulaaak pelawat datang. Tak apa, terima kasih.

13th February 2010
Demam beransur pulih. Errmm... Abelong and family sampai pagi-pagi lagi. Hoho. With Zunah my cute little baby.
Dan saat ingin melelapkan mata, ada sesuatu yang menusuk kalbu. Jiwaku terusik. Entah mengapa. Satu azam muncul dan bagai tidak mahu pergi. Baiklah, akanku turuti azamku itu.

14th February 2010
Abelong balik dan Abecik pun sampai (--"). Masih menunggu ketibaan Abang yang entah bila munculnya. Hoho. Tak apalah. Excited betul tengok Merlin. Episod kali ni agak memanaskan dan menyentuh hati.

15th February 2010
Menyiapkan homework yang sedikit. Hoho. Tak apa, berjuang habis-habisan! :)

****
Sila maafkan ke'skema'an ayat aku. Tak apa, kaunselor cakap, skema tu bagus. Very very very good. Terima kasih, cikgu. Cikgulah inspirasi saya untuk meneruskan apa yang telah saya lupakan selama ini. :)

Dan kepada kakak-kakak yang banyak memberi tunjuk ajar, terima kasih. Terima kasih, terima kasih !  Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang terlalu banyak memberi kebahagiaan buat diri ini. Love you, girls !

And special thanks to my family. Beloved ones and all. My inspiration, my world and mostly Allah. Thank you for giving me this second chance. I promise, insyaAllah, I'll do my best. :)

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers