alhamdulillah ! khalid al-walid the best !

4.3.10

HI-JAU MAN-TOP !


Salam. Memandangkan minggu ini minggu Kejohanan Olahraga SHAMS kali ke-8, jadi aku akan story pasal minggu ni je !  Minggu ini membuatkan aku gembira, gembira dan bahagia sekali ! :)

Okey, semalam aku ke sekolah seperti biasa. Sesampainye di sekolah, aku tukar ke pakaian sukan. Hoho. Lepas tu sempat lagi bergambar. Saingan yang agak hebatt kali ni !!



Inilah dia kawan-kawan baik yang berlainan rumah sukan. Kahkahkah. Thanks to Aliyys sebab ambik gambar kiteorang. Oh, oh, oh ! Glamour kejap. Ahax.

Lepas tu, aku dengan 'Ainul dan yang lain ke padang. Aku ngan 'Ainul seperti biase akan berkepit kerane rumah kami rumah yang samee.. Tu semangat kami berlainan skit pade orang lain. Kami asyik berkeeeepit je 24 jam nih. Hoho. Dah macam kembar siam aku tengok.



Lepas tu kiteorang saksikan acara kawad kaki kontinjen rumah sukan. Wah, wah, wah !  Rumah hijau muslimat punyalah best. Siap pakai topeng mata lagi. Hehehe. Nampak cantiikkk and discipline je. Yang muslimin pun sama. Hmm :)

Paling best, rumah biru muslimin. Maskot die ala-ala Supersonic gitu. Nampak kelakar pulaak tapi bestlah dia. Masa tengah dengar ucapan di bawah sinaran matahari yang terik tu, 'Ainul berkate, "Hmm... Supersonic tu jugaklah yang untung. Die sorang je tak panas,". Betul, betul betul !



Aku berkepit dengan 'Ainul je. Time rehat pun kami berdua je naik ke kelas. Ish, ish, ish. Penyakit apa entah. Lalu aku berkate kepade Enulsh yang comey itu, "Mesti orang pelik tengok kite asyik berkepit je. Huhu,"

Lepas makanmakan, aku turun ke padang. 'Ainul awal-awal lagi dah cakap, "Saye tak nak tengok acara 1500m dengan 3000m...". Aku yang beria-ia nak tengok sebab rasa meriah pulaaak hari sukan kali ni. Hihi.

Aku tengok yang berlari 4x400m lelaki L15. Fullamak !  Sengit gile. Pade awalnye, jarak berbeze-beze. Lepas tu hijau dapat potong kuning, then hijau mendahului sampai peserta keempat tu dah tak larat, rebah dua kali. Huhu. Dapat nombor 3 akhirnya. Uhux.

Acara tarik tali muslimin. Best gila woh tengok. Rumah Kuning kuat sangat-sangat-sangat !  Ada seorang akhi tu, jatuh terduduk. Kaki dia sakit, tapi dia masih teruskan untuk pusingan kedua. Memang dah tenat sangat aku tengok dia masa tu. Tak terbangun dah time tu.

Tapi usaha dia membuahkan hasil. Berbaloi-baloilah katakan !  Rumah Kuning dapat mengalahkan Rumah Biru. Tahniah, tahniah ! :)


Then, lepas daah semua acara tu. Tibalah agenda kemuncak. Iaitu.. Untuk mengetahui rumah mana yang menjadi juara. Juara kawad kaki dll. Olahragawan dan olahragawati sekolah. Yeaahh !

So, kami semua duduk betul-betul di tengah-tengah padang menghadap sinaran matahari yang 'tak berapa nak menolong kami yang sememangnya tengah panas tu'. Berdebar-debar jantungku.

Acara kawad kaki Muslimin, tempat kedua dimenangi olehhh.... RUMAH MERAH !
Dan tempat pertama dirangkul oleh... RUMAH KUNING !  tahniah, tahniah. :)

Then, acara kawad kaki Muslimat tempat kedua milik... RUMAH BIRU !! *sile tepuk tangan anda
Johan bagi kawad kaki Muslimat ialahhh.... jengjengjeng !  RUMAH HIJAAAAUUUUUUUUUU !! yeahh !




RUMAH HIJAU DAN RUMAH BIRU SEMPAT LAGI MEMERLI ANTARA SATU SAMA LAIN. RUMAH KUNING CUBA MELIBATKAN DIRI. RUMAH MERAH HANYA BERSABAR DAN DUDUK DIAM. BAGUS, RUMAH MERAH !

Then, olahragawan dan olahragawati sekolah. Aku tak berapa nak ambik kisah sangat yang ni. Hehehe. Setiap rumah bersorak habis-habisan. Hoho. Memang semangat kesukanan yang tinggi betullaaa...

Lepas tu, hiasan khemah tercantik... Tempat kedua, rumah Biru lagi. Hohoohoo... Dan tempat pertama ialah...

RUMAH HIJAU !!!!!!!!!

Oh yeaahh !  Rumah hijau memang power kali nih. Yess, yess, yess ! Nak tengok khemah rumah hijau ? Silekan, jangan malu-malu. Ahax !



Hohoho. Comell banget aku rasa. Kepada manusia-manusia yang rasa tak comell, sila diam dan keep your voice shut sebelum apa-apa terjadi kepada korang. Hanya Allah saja yang akan membalas perbuatan jahat yang korang buat.

Then, acara yang paling aku tunggu. Hohoooo... Rumah yang mana bakal merangkul tempat pertama pada Kejohanan Olahraga SHAMS kali ini ?  Kita nantikan bersama, yaaa...





Kejap, nanti Edward bagi tau korang, okehh. =]













































Rumah Merah dengan 160 mata.

Rumah Kuning dengan kumpulan matanya sebanyak 209 mata.

Sebanyak 253 mata telah dikumpul oleh Rumah Biru....

Dannn....


RUMAH HIJAU SEBANYAK 347 MATA !!!

Hijau hijau hijauu !!  Alhamdulillah, akhirnya kami dapat menebus kembali maruah kerana mendapat tempat terakhir pada Kejohanan Merentas Desa 2010. Syukur kepadaMu, ya Allah. Huhu.
Aku harap tak ada lagi yang nak kutuk rumah Hijau lepas ni. Sesungguhnya ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku...
Hohoo... Cikgu-cikgu pasti bangga dengan semua ahli rumah Hijau. Hijau, hijau, hijau !!  Choopp... Siap ada lagi yang baling selipar ke atas. Tinggi gila woi... Dahlah selipar tu warna hijau jugaaak. (--")

Aku happy sangat sebab selama aku hidup ni, selalunya rumah Hijau akan dapat tempat tercorot. Sama jugak halnya masa dekat sekolah rendah. Tapi kali ni, kami berjaya buktikan Hijau pun boleh berjaya !



Aku cakap dengan 'Ainul, "Generasi hebat kangg..." dan dijawab olehnya, "Yep, betul tu !". Kami dua orang saling berpelukan dengan kemenangan rumah Hijau yang langsung tak disangka-sangka oleh semua orang. Huhuhu...

Walau bagaimanapun, aku bukan nak menunjuk sangat pun yang rumah Hijau menang. Just bangga dan happy je. Aku tak mengutuk rumah lain, rumah lain pun okey ape. Kepade rumah Merah muslimat, tahniah kerana menang acara tarik tali. Huhu.

Kakak rumah Merah tu siap cakap dengan aku, "Sorrylah kalau ade tak puas hati ke ape ke...Huhu," dan aku jawab, "Takpe, kak... Dah takdir nak buat macam mane. Tahniah, kak eh,". Hohoho.

Masa cikgu umum rumah Hijau juara tu, semua orang bersorak kegembiraan (rumah hijau sahaja). Tetibe 'Ainul dengan rasa tak bersalah berkata, "Hmm... Dok rase doh kepanasan matehari nih," dan aku pun membalas, "Ye doh tu."

Hehehe.

Lepas tu, kami berjalan dengan penuh kegembiraan. Tak rasa pun lenguh-lenguh atau sakit badan atau penat. Hohoooo... Kami memang happy terlalu excited. Hanya orang yang bodoh dan tak ada otak je yang 'boo' dengan kemenangan rumah sukannya sendiri. Huh.

Hari sukan yang penuh bermakna. :) Terima kasih kepada semua ahli rumah Hijau. Sesungguhnya kemenangan ini milik kita bersama. Huhuhu. Go, Khalid al-Walid !

*****

Today, 4th March 2010.

Tadi pergi sekolah. Hari ni 'kan cuti sempena Hari Pertabalan Sultan Terengganu. Hak-hak. Aku pergi cat kelas. Kaler? Of course hijau. Tak habis-habis lagi demam kehijauan kelas aku nih. Kesian kat iguana terpaksa bergabung dengan hijau selalu. *hanya 'Ainul yang memahami statement ini

Haha.

Wassalam.
Post a Comment