master of study ; korean drama. first lovee. :)

26.3.10

Halu haluu !  Wazzup semue manusie yang menjenguk ?  Lame tak post entry kan kan kan. Seminggu aku tak online sebab malas dan banyak kerja. O ceh..

Erm, hari ni nak story pasal..pasal..pasal... Master of Study !  Yaaahh !!  First Korean drama yang menjadi kegilaan aku. Wahaha !  Tapi taklah kemaruk sangat macam Twilight and Merlin. *kelip-kelip mate



Story ini sangat comell !  First time tengok mase Enulsh datang rumaahh hari tu bersame Piah dan Lilish. Lagu-lagu die pun best terutame yang tengah berkumandang kat blog nih. :)

Cerite ini pasal study studyla. Romance pun ade jugak tapi taklah terlalu kuat. Lepas tu masalah keluarge, dan banyak laagiii laa.. Cikgu-cikgu semue best especially Mr Jang, Cikgu Sains. He He :D

Mr Kang, iaitu seorang lawyer yang tubuhkan Cheonha Special Class. Pastu ada 5 orang pelajar volunteer nak masuk. Diorang study kuat habis. Besstt betoll. Cikgu-cikgu pun sporting je !

Pastu bile akhir cerite ni, die ade kasi tau tips-tips untuk study dengan baik. Tapiii... biasenye orang tengok cerita ni makin semangat nak belajar, aku biase-biase je. Ahaha. Pelik.




Characters yang utamelah boleh dikatekan. Dua orang aku tak masukkan iaitu Cikgu Maths dan Cikgu English (Mr Kang). Sebab yang dua orang tu,,hehe... Pelik sikit. Kelakar pun ade jugak. Peace !

Hyun Jeong actually suke dekat Baekhyeon. Tapi peliknye cerite ni semue orang suke kat Pulip except for Bonggu yang tak suke kat sape-sape. Kesian Hyun Jeong, memang die agak bernasib malang.

Mengikut cerita Datin Seri 'Ainul Munirah binti Mohamad, Hyun Jeong ni dibuang oleh ibunya yang dok tahu bende. Tambah menyedihkan, Hyun Jeong telah ternampak Baekhyeon 'kiss' Pulip.

Baekhyeon tu sebenarnye agak 'bangang' kerane tak berterus-terang pade awalnye. Kalau terus cakap die tak suke Hyun Jeong kan senang. Ish, ade ke patut? Habis tergendale hubungan persahabatan Hyun Jeong dan Pulip buat beberape ketike.



Top student ialah Baekhyeon. Masa mid-year exam, Baekhyeon dapat 100% dalam semue subjek pade anggaran (setelah check jawapan di kertas soalan). Tapi die salah tande, so, Physics and English die 80% lebih sahajeee. Kene marah dengan cikgu rambut gerbang. :D

Baekhyeon ni die suke kat Pulip. Atoyaii... Tapi die couple ngan Hyun Jeong, last-last putus jugaak sebab perbuatan bengong die tu. Aku tak suke sangat Baekhyeon pade mulenye sebab die ni style macam emo je. Pastu tak respect cikgu.

Sofiah suke character ni, jadi kat sekolah kiteorang gelar die Baekhyeon. T__T



Hyun Jeong ni tersangat comell dan feminin !!  Character favourite aku. Jadi tak pasal-pasal aku digelar Hyun Jeong oleh 'Ainul. Maaflah, perangai aku ngan Hyun Jeong jauh berbeze. Bai. Ahax.

Die suke sangat kat Baekhyeon. Mase die putus cinte dan kecewa, dia terus jadi liar macam sebelum ni. Mungkin sebab die ditinggalkan ibunye, die jadi nakal kejap. Lepas masuk Cheonha Special Class, baru die berubah.

Time die kecewa tu, die potong balik rambut die jadi pendek. Makin kiuttt !  Cikgu die cakap, "Saye tak pernah lagi tengok remaja sekecewa Hyun Jeong,". Huu! Hyun Jeongg !!  Anda comell. :)



Pulip ni die baik sangat. And of course bijak lepas study hard. Tapi bijak Baekhyeon lagi sebab mamat tu study tak hengat dunia daahh.

Die suke kat Baekhyeon dan berkawan baik dengan Hyun Jeong. Kesian kat Pulip time Hyun Jeong tak nak jumpe die gare-gare Baekhyeon tuh. Ish, ngade ngade betul Baekhyeon tu. *kepade piah, sile jangan marah sebab saye ngutowk Baekhyeon awak

Last sekali Pulip cakap dengan Hyun Jeong, "Saya nak belajar je. Saya tak nak fikir benda lain dari belajar sebab saya rasa saya belum matang untuk semua tu. Saya nak belajar je!". Masa tu dalam bas, Baekhyeon dan Chandu pun dengar. Diorang senyum tak tahu kenape.

Masalah Pulip : mak dia. Mak dia ada boyfriend, dan boyfriend mak dia tu suami orang. Mak dia selalu risaukan boyfriend dia je, tak hirau pun pasal Pulip. Last sekali, mak dia tinggalkan dia all alone. Nasib baik ada Chandu dan Mr Kang.



Okee !  Ini ialah 'Ainul ye. 'Ainul terlalu obses dengan Chandu, tak tahu kenape. Mungkin sebab earphone beliau berwarne hijau. *ainul likes green very much

Chandu ni kuat jugaak belajar lepas masuk kelas Cheonha tu. Die pun suke dekat Pulip. Time mid-year exam, Pulip janji akan bagi hadiah kat Chandu kalau Chandu dapat result cemerlang. Lepas tu, die belajar sungguh-sungguh.

Ayah die salah satu daripade masalah die. Ayah die macam terlalu tegas, tak sokong pun die belajar, kalau markah die okee pun ayah dia macam nak marah je selalu. Kesian Chandu. But, ayah dia sayang dan sokong die dari belakang sebenarnya.

Chandu ni minat seni. Die suke menari dan menyanyi sebab tu selalu dengar lagu dan tengok tivi. Hohoho. Die ni kiuttt sangatlah berbanding Baekhyeon tuh. Baekhyeon tak cute, die handsome sajeee. Haha.




Inilah die Bonggu !  Atau kekasih baru Alya !  'Ainul secare tak sengaje telah menggelar Alya 'Bonggu'.

Perhatian kepade Alya!  Saye dok kabo mende-mende. Saye ikut Enulsh saje.
Bonggu ni kuat makan dan kuat tidur. Time belajar, dia tak concentrate sangat pastu tidur. Sebab tu markah die agak menurun. Dia asyik tido-tido-tido.

Mak ayah die pun macam tak sokong je die belajar. Mak ayah dia cakap, "Awak tak payah belajar pun takpe. Nanti bile kami dah takde, awak take over restoran ni saje." Ciss, ingat pelajaran tu tak penting ke walau nak jage restoran sekali pun?

Walau bagaimanepun, mak ayah die sokong je die sebab dah die nak belajar, mak ayah kenelah bagi sokongan moral. Cite-cite die nak jadi vet. Hoho..

Bonggu ni tak suke kat sape-sape pun. Die berkawan baik dengan Chandu. Memang rapat gile ahhh !  And Bonggu is so sweet. Alya, awak patut bangge dengannye. Ahax.



Ini dia Mr Kang kegemaranku !!  Hohoho. 'Ainul dan Piah pun gelar aku Mr Kang jugaak sebab aku suke sangat dengan Mr Kang. Dia strict gile woohh..

Die macam Baekhyeon, emo je. Cool je. Muke takde perasaan. Actually Mr Kang dan Baekhyeon banyak persamaan, sebab masa remaja pun Mr Kang pun macam Baekhyeon. But hubungan diorang agak tak okee sebab Baekhyeon tu tak suke kat Mr Kang.

Mr Kang ni...die suke dekat Ms Han. Haha. Ms Han tak tau pun die suka kat Ms Han. Due orang ni selalu je gaduh. Ms Han selalu membebel kat Mr Kang, tu Mr Kang makin sayang. Sifat penyayang Ms Han terhadap budak berlima tu pun buat Mr Kang suke kat Ms Han. Hoihi.

Diorang comell bersameee !!



Ms Han ni actually English teacher, tapi die tak mengajar. Die kire macam 'nanny' budak-budak tuh semuaa. Dia baik sangat dan kelakar. Hee heee. Ms Han ni aku tak tahu dia suka siapa. Peace !

Die pemberi semangat kepade budak-budak dan bagi banyak idea yang bagus. Contohnye, die suruh buat nota dalam bentuk 'tree' lepas tu saling tukar dengan yang lain.

Ms Han sendiri pun buat untuk budak-budak tu. Ms Han pun suruh Mr Kang buat jugak. Mr Kang yang nampak keras hati dan sombong tu pun dengan semangatnye buat !  Yeaahhh !!



Yeay !!  Mr Jang pun aku suke sebab die ni comell sangatt !  Walaupun character die agak menggelebah sekali, aku suke sangat. Nasib baik ade Ms Han yang menenangkan die.

Ade sorang cikgu ni suke kat Mr Jang. Memang bengong abes cikgu tu. Benci betoll !  Nasib baik Mr Jang ni comell dan kelakar !!  Miaow !!

Pendapat aku, lagi comel Ms Han dengan Mr Jang berbanding Mr Kang. Eee... Diorang due orang sangat sepadan dan kiutt !! :)

Cikgu Sains yang besstt ! Die yang ajar buat nota bentuk 'tree', and then Ms Han yang kembangkan suruh tukar-tukar nota tu.



Ms Lee. Die cikgu Bahasa Korea. Baik sangat dan rapat dengan Hyun Jeong. Die penaik semangat Hyun Jeong yang putus cinta. Aku suke cikgu nii !! Die baikk ! Tabiikkk....springgg !!

Care die ajar budak-budak tu pun bagus dan bestt !  Die boleh cakap gune hati-ke-hati dengan pelajar die. Hahaha.

Habis bab M.O.S.



Okeyh !  Nak story nih. Hari Rabu baru ni ada ustaz datang bagi ceramah Bahasa Arab untuk form 1 dan form 2.

Ustaz ni best sangatt !  Beliau sangat pandai menari perhatian para pelajar. Suke sangat dengan beliau. Muke beliau ade mirip...abang ipar aku. Hahaha.

Lepas tu die tanye soalan. Aku dahlah duduk barisan paling depan. 'Ainul dan Sofiah awal-awal lagi tutup name tag dekat tudung. Aku tenang je. Ustaz pun lalu kat depan.

"Hmm... Fatin Athirah..." then ade sedikit gangguan. Ustaz pun cari orang lain. Hahaha. Sempat sebut name aku je. Aku rilek sajee, sebab aku tau jawapan die. Hahaha. Minah sebelah pulaak yang berdebar lebih. Enulsh and Piah orangnye. ;p


KHAMIS.

Majlis JASAMU DIKENANG sempena pertukaran Cikgu Ismail bin Kusri Guru Penolong Kanan Pentadbiran SHAMS. Majlis yang sungguh haru dan pilu sedikit sebanyak.


Yang diraikan iaitu Cikgu Ismail dah menitiskan air mata sebanyak beberape kali. Huhu. Aku pun tersentuh jugaak tengok keadaan tuh. Mase Presiden MPP bagi ucapan, Cikgu Ismail dah kesat-kesat air mate dengan handkerchief nye. Mungkin ucapan yang disampaikan membuatkan beliau terharu.

Time bagi hadiah paling bestt. Wakil pelajar iaitu Akh Kamal menyarungkan jam tangan hasil kutipan duit semua pelajar SHAMS. Mesti mahal woo... Berkilat-kilat aku tengok dari bawah pentas. Haha.

Then, ada pengetua bagi ucapan. Beliau cakap nak buat pantun tapi tak sempat. Last sekali keluar pantun ni;

Buah durian buah manggis,
Sekian terima kasih.
Pantun tu buat semua orang ceria termasuklah Cikgu Ismail sendiri. Hohoho.

Time Cikgu Ismail berucap, dia sebak. Aku turut tersentuh, nasib baik tak menangis je. Hoho. Apa-apapun aku harap Cikgu Ismail berjaya di tempat baru. :)

Oh, lupa. Cikgu Ismail dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK Tengku Mizan Zainal Abidin. Saya bangga dengan cikguu !! :)

Jadi, tu jelah nak update. Post kali ni agak panjang. Balas dendam sikit. Hahaha. Maaf, maaf.

Wallahualam. :)

MY INTEREST IS MINE. DON'T PISSED ME OFF !
Post a Comment