pelancong dari luar negara.


KA-SIH SA-YANG.


Salam muhibbah. Saya ingin melaporkan bahawa tiga orang pelancong dari Rumah Encik Mohamad, Rumah Encik Jamaludin dan Rumah Encik Hassan telah mengunjungi Rumah Encik Azmi.
________________________________________________________________

Okey, okey. Sebenarnya, Miss Aliyy, Miss Nunu dan Cik Piah telah kuajak untuk menginap di rumahku. Skema pelik ayat. Macam ni, pada 13 Mac 2010 yang lalu, sebahagian rombongan kelas 2A2 telah ke sekolah untuk menghias kelas 2A2.

Peserta-peserta terdiri daripada 8 orang muslimat dan 2 orang muslimin. Walaupun begitu, hanya 3 orang muslimat yang menjalankan kerja di dalam kelas 2A2. Yang lain ke kelas 2A3 kerana dapat mengesyaki tanda-tanda muslimin segan disebabkan terlalu ramai muslimat yang menguasai tanah jajahan. *sabbik nye!

Setelah tinggal 3 orang muslimat di dalam kelas, muslimin yang 2 orang tu pun berbaik hatilah menggantung kertas-kertas yang terlibat. Aku, Alya dan Sabrina pun memulakan kerja menconteng dan melakukan vandalisme di dinding kelas.

Sambil melukis bunga-bunga dan rama-rama, aku berkate, "Best gok kadang-kadang wat vandalisme ni op," gitulah kirenye. Padahal buat mural sahaje. Setelah itu, aku ralit mewarna lukisan yang aku lukis tuh. Begitu juga Sabrina.

Alya telah menarik diri daripada mewarna disebabkan oleh hal-hal yang tak boleh dielakkan lagi. Dia hanya melukis dan menulis di dinding. Sabrina dan aku jelah yang bertungkus-lumus mewarna.
Last sekali, siaplah jugak. Tanpa perancangan, aku telah melukis smiley senyum di hadapan kelas kat dinding. Dan hasilnya nampak sangat comell. Well, siapa yang lukiss... Hihi. *aku memang ralit terus, tak sedar pun waktu berlalu

Aku memang suke kerja-kerja yang melibatkan warna ni. :)



InsyaAllah pada hari Selasa ni aku akan ke sekolah bagi menyiapkan kerja-kerja membuat mural di belakang pulak. Hohohoho.

Pukul 2:30 petang, kami pun pulang dengan comot. T__T 'Ainul, Alya dan Sofiah ikut aku balik rumah terus. Dan apabila mereka menginap di rumah aku, kerja mereka hanya ONLINE dan main LAPTOP aku nih. (--")

Ummi masak banyak gilaa !  Dan terpaksa makan 3 kali sehari. Dahlah pagi tadi makan nasi tambah dua pinggan seorang. Kebulur betul anak-anak dara nih semuaaaa... Hohoho..

Alya dan Sofiah. Mereka berdua awal-awal lagi telah CHOP untuk tidur di bawah air-cond. (kononnya nak kena penangan air-cond yang mendamaikan tu). Akhirnya, kedua-duanya selsema pagi ini disebabkan oleh air-cond yang kuat sangat-sangat-sangat.

Hanya aku dan 'Ainul yang masih survive. Walau bagaimanapun, kami masih kesejukan. Brrr...

Kami sempat tengok tivi cerita MASTER OF STUDY yang pada aku 'bestlah jugaak' sambil makan aiskrim yang dihias dengan biskut Chipsmore. Oh, bestnyee.. Memang enjoylah. Lepas tu ketawa sampai tak hengat dunia. Biasalah tu. O___T

Kemudian, petang tadi, berpisahlah kami 4 'beradik'. T__T Sejak bila jadi adik-beradik ni aku tak tahu tapi memang gempak habis. Ummi aku tanya bila nak tidur sini lagi, aku pun jawab, "CUTI PERTENGAHAN TAHUN!!"

(--") betullah tu!

Enjoy betullah. Seriously! Cuma tak dapat digambarkan dekat sini. Ada satu part tu semua orang baca novel, Sofiah main laptop. Then, Sofiah nak baca buku, 'Ainul mengambil alih takhta. T__T

Ape-ape jelah korang. Tapi saye bersyukur sangat sebab awak semue mari rumah sayeee... Lain kali mari pulok okehhh !!  Maafkan saye kalau ade silap dan saloh. Saye pun manusie biase. Uhux.

*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_

Hmm... Mengantuklah. I need to sleep. Semalam tidur lewat bangun awal. Hiyaaaaaarrrrrrkkkhhhhhhhhh....*baru sudoh menyiapkan blog 2A2

Wallahualam.
Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers