the wonderful world of mine.

8.4.10

Hmm... Kenape dengan tajuk post ni ?

Entahlaa, Labu... Aku pun tak tahu sangat. Main tulis je apa yang terlintas di fikiran aku yang sememangnya semakin keanak-anakan semenjak dua tiga menjak ni. (=.=")

Okee.. Nak dijadikan cerita yang tak berape nak best, hari Ahad. Hari Ahad aku pergi sekolah pukul 8:30 pagi. As usual aku ada appointment dengan doktor kat hospital. Aku ke sekolah dan letak beg. Tak sempat jumpa Enulsh.

Kemudian, balik dari hospital, pergi sekolah balik dan ambik beg. Enulsh dah pun ke surau mase tu. Tup tup manusia yang paling dop sabbik pulop nampak aku. o.o

Jadi, sepanjang hari Ahad tu aku merindui 'Ainul. Maklumlah, kalau tak bercakaran seperti kucing miaow meow dalam sehari, jadi sedihlah. Tapi, walau ape pun, hidup mesti diteruskan.

Hari Isnin, daa. Aku online kat makmal, okeee.

Selasa !  Yeaahh !  Paling menarik, kot. Panjang kisahnya ni. Kalau nak dengar, berkurun pun tak habis. Jadi, aku pendekkan jelah yer.

Nak dijadikan cerite, aku dipanggil oleh Cikgu Mardahana, cikgu KH aku yang terrrrcinta. Sebab markah aku cikgu tak tahu. Tup tap tup tap, aku dapat 80. Yeahh !

Then, cikgu suruh aku dan Fakira (budak 2A1) melakukan aktiviti menjelajah SHAMS. Beliau bagi senarai ranking/list number semua tingkatan 2 dan suruh pergi sekelas-sekelas untuk cek markah.

OKEE.

Dan, kelas first mestilah 2A1 sebab kelas tu duduk paling bawah. Hadoyai ! ~ Lamelah jugaak. Dalam 15-20 minit. Aku dah macam patung@tunggul kat luar kelas tu.

Then, of course kelas aku. Aku pun memberanikan diri bagitau ustaz dalam keadaan tercungap-cungap. Semuenye gare-gare tangge yang terlalu banyak itowh !!

Nak boleh check markah die sorang, setahun !  Geram aku. Aku memberikan jelingan maot, dan mereka seakan-akan faham dan kelas 2A2 sekejap je check. Hihi. Maseyh kawan-kawanku, anda tahu saya tension sekali ;p

Lepas tuuu... Kami pusing-pusing dan tunggu diorang check markah, maka berakhirlah sesi jelajah SHAMS tu. Chopp !  Fakira tarik diri dan 'Ainul ambik alih tempat jadi penjelajah SHAMS.

Kami pun akhirnye ke kelas 4A3 di mane beradenye cikgu yang nak kertas tu iaitu cikgu Geografi kami, Cikgu Fadzila.

Aku dan 'Ainul rase macam nak pengsannn... Dooom !! *tumbang terus, bai

Jadi, kesimpulannye... Berhati-hatilah di jalan raye ye anak-anak. Ops! Salah.

Kesimpulannye, janganlah buat tangge banyak sangat. Jenguh nak naik !

Haaa.. Lepas tu, time KOKO. Ada perjumpaan Puteri Islam. Dan aku masuk acara Masakan untuk Hari Puteri nanti. Yeaahh !!  Dah terfikir nak masak apaa... Aku kan suke cooking tapi tak reti pun. (--")

Kak Zahidah dan Kak Umi yang comel dan baik hati kumpulan same ngan aku. Hohoho.

DAHH.

Rabu.

Tak ade ape-ape yang menarik sebab...sebab...tak menariklah. Aku rasa nak tampar orang sebab terlalu boring. Haha. **

KHAMIS. today ye anak-anak.

Hari ni aku balik lewat. Dann.. Berborak@bergelak ketawe bersame Lilish, Nunush dan Sab-sab.

Hmm... Adelah lebih kurang 5 kali kami naik turun tangge. Okee... Kami tak kesah. Cume kalau kami tersungkur dan menangis jangan maraahh.. T__T

Dan..dan..dan.. Pada hari ini...

AIR SUKIDA FREE!!!

Haha. Sebab arini kempen kot. Semangat betul makcik tu terang pasal air sukida. Tapi aku tak faham. T__T Sesape yang faham tolong bagitau aku balik. Hihi.

Oh. Memandangkan aku macam kanak-kanak sekarang ni (aku tak tau kenape, lilish dan sab2 pun cakap mende yang same), aku lompat sane aku lompatla sini.

Sekali tadi aku lompat terjun dua anak tangge. Pastu aku pun senyum dengan manisnye. Dalam fikiran aku, imaginasi je penuh. T__T

Tetibe lepas mendarat dengan selamatnye, aku tengok atas. Alamak, ada orang. Malunyeee.... Dahlah lompat dengan penuh semangat dan berwibawa, pastu senyum sengsorang.

Aku dengan riak coverline memusingkan badan dan berkate, "Aliyyshh !!"

OKEE. *malunye saye !

Tapi, peristiwa dah lepas nak buat camner lagi kan. Biarlah. Biarlah orang tu tengok pun, jangan cakap ngan orang sudah. Hoho.

Oh ya !  Aku baru siapkan kerja BINGKAS (Bimbingan & Kaunseling). Buku skrap. Cikgu suruh buat. Semuaaa ahli kelab BINGKAS. Kalau takkk,,, kena cakap kat depan. Erk, tak mau !

Okeylah, aku tak nak mengarut secare lebih teruk lagi, jadi, wallahualam.

Bai !
Post a Comment