ingatlah , ingatlah , ingatlah DIA .

aaaaaaaaaaa !
* menjerit dalam hati *

=.=

haii .. dah lama sangat aku tak muhasabah diri .
di blog ni yang aku rasa makin sibuk dengan cerite aku sendiri dan bola bola bola .
budak syok sendiri macam ni laa >.<

aku tak tahuu nak start dari mana , tapi malam ni aku rasa satu perasaan yang lainn .
aku rasa jantung berdegup lebih kencang * wah wah wah , bukan fall in love tau , kalau fall in love tak cerita pulaak kat sini >.< * .
aku rasa , aku rasa , aku rasa , aku rasa macam ni laa .
T_______________T

rasa nak beri peringatan dan tazkirah supaya kita lebih ingat DIA .
selama ni , bukan aku tak ambil kisah , cuma aku tak coretkan di sini .
aku kann suke simpan dalam hati .
hanye bende-bende remeh je yang aku tulis kat sini .


ouhh , malam nii malam nii rasa yakin . (???)
aku cinta DIA . huhuhu ~
aku sayang rasul DIA .
aku rinduuu DIA dan kekasihNYA .
rindu ohh rinduu . sangat rindu . sebab aku tau aku dah jauh sangat dari DIA .


aku rasa nak menangis . tapi ?
aku memang selalu ingat MATI , tapi aku tak pernah nak baiki amalan buruk aku .
kenapa dengan aku ni ? =((
hati aku selalu dipenuhi rasa gundah . tanpa sebab munasabah . kadang-kadang membenci rakan dengan kesalahan kecil .
mengapa begini ? adakah aku terlalu mengikutkan kata hati ?
T_________________T

biarlah biarlah .
biarlah itu menjadi tanda tanya untuk diri aku saja ye .
dan insyaAllah aku temui jawapan itu satu hari nanti .
pesananku : sama-samalah kita meningkatkan iman .
YA ALLAH . YA ALLAH . YA ALLAH . =)


* click untuk besar ya *

alhamdulillah , hari ini tanggal 15 julai 2010 aku telah dapat satu pengisian yang cukup hebat daripada seorang penceramah dari Yayasan Islam Terengganu .
syukran , ya ustaz .

berkenaan isra' dan mikraj .
peristiwa ini berlaku setelah junjungan kita Nabi Muhammad telah kehilangan dua orang yang paling disayanginya iaitu isterinya , Khatijah binti Khuwailid dan bapa saudara baginda iaitu Abi Talib . 
bayangkann ,  isteri tercinta yang sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada baginda pergi meninggalkan baginda .
dan pada masa yang sama , bapa saudara yang protective dan penyayang juga pergi menghadapNya .
bagaimana Nabi tidak berdukacita ?

sebelum diisra'kan , Nabi telah dibelah dadanya .
Jibrail membasuh hati baginda dengan air zam zam .
dan Jibrail pada ketika itu membawa satu bekas diperbuat daripada emas .
yang isinya hikmah dan iman .
kemudian , dimasukkan ke dalam hati baginda .


peristiwa pembelahan dada ini memberi pengajaran .
bukan suruh kita operate dada dan basuh hati .
nak peringatkan kita supaya sentiasa membersihkan hati daripada sebarang kekotoran .
* aku terfikir jugaak , camane kalau operate dada tu , tapi kalau tahap tu , err , tak tauu laa *
perjalanan isra' adalah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa .
baginda menunggang seekor binatang bernama Buraq .

semasa berlakunya isra' , Rasulullah telah menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib ! subhanallah .

antaranya :

 Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

 Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

 Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

 Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

 Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

 Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

 Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

 Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

 Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

 Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

 Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

 Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

 Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

kemudian , baginda merasa dahaga . semasa inilah Jibrail membawa dua bejana berisi arak dan susu , maka Rasulullah memilih susu . Jibrail memberitahu bahawa pilihan baginda tepat . jika baginda memilih arak , maka ramailah umat baginda yang akan sesat . :)

semasa Mikraj pula , baginda naik ke Hadhratul Qudus menemui Allah .

didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga .
Rasulullah dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah) .

 Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

 Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

 Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

 Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

 Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

 Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu 'LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH'. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

 Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

 Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

 Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S. W. T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

selesai munajat , Rasulullah dibawa menemui Nabi Ibrahim kemudian Nabi Musa yang kemudiannya menyuruh Rasulullah merayu kepada Allah agar diberi keringanan , mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu .
selepas sembilan kali merayu , (setiap kali dikurangkan lima waktu) , akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

selepas mikraj , Rasulullah turun ke dunia semula .
dan peristiwa ini menggambarkan kepada kita betapa hebatnya kekuasaan Allah .
tapi , mengapa kita masih melakukan perkara mungkar ?

mengapa masih ramai yang tidak menutup aurat ?
mengapa masih ramai yang membuang bayi ?

mengapa masih ramai yang tinggal solat walaupun hanya 5 kali sehari ?
tidakkah kalian menyayangi Nabi kita yang merayu supaya yang 50 dikurangkan menjadi 5 ?

mengapa masih ramai yang lena di dalam jaga ?

MENGAPA ? MENGAPA ? MENGAPA ?
* erk , macam dalam esei HARI AIR SEDUNIA pulak banyak tanya macam ni , heheh *

mengapa , ya ikhwan akhowat ?
buka minda , buka hati . ingatlah DIA , jangan menyesal nanti .

bukanlah aku seorang yang sempurna untuk bercerita ini itu mengenai Islam .
sesungguhnya ilmu di dada masih belum cukup untuk berdiri sendiri ,
namun , jika takdirku ke syurga kelak , aku tidak mahu keseorangan .

aku sayang kamu semua !

aku bukanlaah alim sangat . bukan arif sangat dalam bidang agama .
tapi , aku sampaikan apa yang aku tahu . bukan untuk kalian , tapi untuk aku jugaak sekaligus .
seriously , aku suka peristiwa ni .
banyak pengajaran , terutama masa Nabi tengok orang yang dibalas perbuatannya .
sama ada baik atau buruk , kita jualah yang menentukannya .

kerana PERUBAHAN itu bermula daripada diri kita sendiri .
jika kita tidak berubah , siapa lagi ?

walaupun gambar ni langsung dok sabbik , tapi saje nak letak .
nak bagitau kepada semua muslimat , sahabat-sahabat saya yang comel .
adik-adik , kakak-kakak serta semua pembaca blog ni .

dan sebelum aku mengakhirkan post ni ,
sama-sama kita ingat 5 perkara !!


post ini ditulis pada 15 Julai 2010 , Khamis bersamaan 3 Syaaban 1431H .
ouh , tak lama lagi Ramadhan ! tak sabar rasanyaa !

oh , mengapa entry ini lambat dipost ?
hehe . sebab aku kena tidur awal malam tu .
hari jumaat aku ke Kuantan . lupaa ? hehehe .
* tak pernah bagitau pun aku ke Kuantan xD *

heeee ~



ummi wa walid wa jiddati ,

* comey nye icon nihhh ! *

wallahu'alam . semoga beroleh iktibar dan manfaat daripada entry kali ini .
puas bila dapat berkongsi ilmu ! hehe .
kadang-kadang je ade peluang tulis entry bermanfaat macam ni .
ngehehes . ^__^

tata , wassalam !

Comments

  1. salam..
    THANK YOU fieyyyy!!
    bmanfaat ngat post ni..
    huhu..~~
    rugi saye xgi !!
    TT_____________________________TT

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers