Mohammad Khalil ❤ Maizatul Asnie





Haa , jadi hari ni aku nak celoteh-moteh pasal pertunangan abang aku yang ketiga iaitu Mohammad Khalil atau nama panggilannya Koley . Adik-adik pulak panggil dia Abang je . * masa kecik aku panggil dia Abang Toley sebab pelat xDDD *

Peristiwa bersejarah ni berlaku pada 31 Julai 2010 . Setelah berbincang bincong dengan pihak gadis iaitu Maizatul Asnie atau pun Kak Seni je panggil . Hohoho . Terase amat meriah kerane semue ahli keluarge menghadirkan diri .

Acara berbalas pantun pun ada . Aku sendiri lupa pantun yang diberikan oleh pihak Kak Seni . -.-' Tapi pantun balasan aku ingat sebab aku ialah orang yang menyumbang idea :D .

Sirih berlipat sirih pinang ,
Sirih dari Kuala Segan ,
Hajat di hati ingin meminang ,
Harap terima di pihak juragan .

Chopp ! Aku hanya beri pembayang je . Maksud pantun oleh Hidayah Azmi dan Julia Shireen Azmi . Dan lengkaplah pantun yang direka oleh 3 anak gadis Azmi . xDDD Lepas tu gelakk . Terima kasih kepada pak cik saudara ( Dato' Kamaruzaman ) atau Pak Cik Awie yang menjadi jurucakap bagi pihak kami .

Ayat Pak Cik Awie , " Jadi , bile tarikh yang sesuai nak buat ni ? Kami ni bile-bile pun boleh , tak kisah . Kami setuju je . Tapi kalau hari ni , kami tak setujulahh ," * audience pun gelakk T.T *



Lepas bincang tarikh pernikahan dan kenduri , Kak Seni dipanggil keluar setelah sekian lame berdandan dalam bilik . Hehehe ! Dan acara menyarungkan cincin oleh Ummi pun bermula . * cincin tersebut sangat cantik T.T *

Selepas tu kami dihidangkan dengan makan tengah hari yang sedap dan enak . Hohoho ! Dan kami pun makan dengan seleranya . Rebung masak lemak cili api amat menggiurkan . Oh tidak . * sile jangan cakap pasal makanan , terima kasihhh *

Okay okay . Awalnya nak buat 10 10 / ten ten * ayat Ummi * iaitu 10 Oktober 2010 laa . Tapi memandangkan hari tersebut hari Ahad dan kenduri yang akan dibuat di rumah Kak Asni pun hari Ahad (11/7 seven eleven) , jadi amatlah susah untuk Kakngah dan Kakak serta Abang Pe'i menghadirkan diri memandangkan mereka guru yang berdedikasi .

Faham-faham jelah negeri Terengganu ni cuti hari Jumaat Sabtu , bukan macam negeri Selangor yang cuti Sabtu Ahad . Dan akad nikah akan berlangsung pada 8 Oktober 2010 , insyaAllah jika tiada aral melintang . Dan salah satu sebab lagi , aku dah banyak tinggal sekolah T.T

Kemungkinan jugak yang 11/7 tu aku tak pergi sebab aku exam final-year . Mustahil sangat nak pergi sebab hari Ahad . Hadoiii . Walhal dalam hati nak sangat pergi , sebab jarang-jarang je ade kenduri keluarga nii . Tapi takpelah , demi pelajaran dan exam aku redhaa . Haha .



Inilah bakal pengantin baru . Tema mungkin warne PINK kot . YESSSSSSS ! * excited tehh * Almaklumlah , dulu masa Abecik dan Kakak kahwin , aku dah cadangkan tema warna pink tapi takdaa orang nak dengar . Nak buat macam mana , saya budak-budak lagi masa tu . Abelong kahwin ? Lagilah , masa tu baru umur 2 tahun . Heish ~

Acara pertunangan memang berlangsung dengan meriah . Boleh dikatakan ramai jugaak sanak-saudara yang datang termasuklah Yong dan Pak Cik Awie serta anak mereka , Ateh Adli , Abang Nasrul dan isteri , Kak Yuyu - beserta anak mereka yang comell ! Pak Tam dan Mak Su Lela dan anak-anak , Cuani , Abang Jie dan tetamu kehormat ; Zainab Abu Bakar a.k.a Mok Jenab :)







Suasana meriah . Walid memang suke babies , budak-budak . Abang Pe'i pun sama . Hoho . Pak Tam sedang ngobrol dengan Kakngah . Dan dapat disaksikan keberadaan Abang di belakang sana . Baby yang dipegang oleh Walid ialah anak Abang Nasrul yang berbaju belang tu xDDD

Adik-beradik aku semua hadir . Anak-anak Abelong yang perempuan pun datang except for Zunah . Riaz tak datang , seperti biasa anak sedara aku yang satu-satunya lelaki itu memang perangai pelik tahap extra sikit . Suke menghadap laptop dan buat experiment YANG PELIK . -.-'



Lepas tu , kami dihidangkan dengan pencuci mulut walaupun tuan rumah dah tahu kami dah kenyang sangat sangat sangat . T>T Tapi takpe , rezeki jangan ditolak , dan kami makan lagii . Karipap sangat besttt ! * ouh yang ni pun , bedal je ek ape ade ! *

Kami taklahh kebulur sangat , tapi semua yang dihidangkan sedap , jadi kami makanlah . Kalau tak makan , baik tuan rumah tak payah hidangkan , ye tak ? T.T Cuani siap buat balik lagi beberapa biji kuih * yang aku tak tahu namanya * sebab Cuman suka katanya . Cuman ialah suami Cuani ye anak-anak ^^




Abang dengan sopannya mencium tangan bakal mertua . Hehehe ! Hantaran pink dibalas biru , dan kek pihak Kak Seni kasi ialah kek Pecan Butterscotch * saya tau anda beli di mana * . Heheheeee . Jadi , balik rumah Abelong , masing-masing terus membedal kek tersebutt .

EHH TIPUUUU ! Takde orang sentuh pun sebab terlalu kenyang . Masing-masing hanye bimbang takut kek tersebut cair dan syabas dan tahniah apabila tulisan pada kek tersebut tertulis ini ;
SELAMAT ERTUNANG
Nampaknya huruf 'B' sudah pun meleleh ke lain . Hahaha . Jadi , cepat-cepat disimpan ke dalam peti sejuk rumah Abelong . Yalah , takkan nak simpan peti sejuk rumah Ummi kot , memang sah-sah cair teruslaahh kek tuu sebelum sampai Terengganu . Huish ~
* Kak Seni dah ingatkan aku supaya cepat-cepat simpan dalam peti sejuk sebelum balik ke rumah Abelong tu hehehe *

Ouh ehh , rumah Kak Seni di Damansara yea . Family ni memang semuanya nak kahwin dengan orang luar negeri Terengganu walhal Walid sudah berpesan dahulu kala , " Anak-anak Walid semua kahwin dengan orang Terengganu sudahlah , "

Namun begitu , nampak gaya tak ada seorang pun lagi yang kahwin dengan anak jati Terengganu jugaak . Hahaha . Serious , Abelong kahwin dengan .. Eh ? Kaklong orang Terengganu , tapi berpindah ke Selangor . Okayy , Abelong dikecualikan buat seketika T.T

Abecik kahwin dengan orang Damansara , Kakak kahwin dengan orang Pekan dan insyaAllah Abang akan kahwin dengan orang Damansara JUGA . Tinggal Kakngah dan Amuh sajee . Dan kedua-duanya menuntut di luar negara . Jangan kahwin dengan orang luar negara dahlaahhh >.<






Last sekali , kami buat rumah tu macam rumah sendiri T.T Sesedap hati je ambik gambar adik-beradik tanpe menghiraukan orang lain . Nasib baik Kak Seni turut menyertai gambar ini . Hahaha . Dan aku bernasib baik sebab Amuh tak menutupi aku . Huahuahua !

Ouh kami memang happy family ! Time ambik gambar ni , adalah orang cakap , " Eh , mana Ummi dan Walid cepat lah masuk gambar ! " aku tak ingat siapa cakap . Kemudian Ummi membidas , " Alah , tak payah payahlah , adik-beradik je ! "

(?)

Haha . Ape - ape jelah . Aku terkesima dengar ayat tu , tapi kemudian aku gelak sorang-sorang . Hahaha . Memang time event Abang bertunang ni aku orang paling excited kott . Kuikui ! Nak buat macam mana , first time ikut pergi rombongan meminang . ;)



Aku tak tahu kenape semue orang bermuke gembire sangat-sangat dalam gambar ni . Abang excited sekali , owoh mentang-mentang baru bertunang . Heishhh ~ Dan Abah Kak Seni ingat Abelong ialah adik Abang , sekian ! Walaupun baju mereka sama-sama berbelang . T.T

Tapi don't worry , aku memang bongsu . Hahaha xDDD Takde adik dahh . Jangan cakap Rabiatul tu adik aku pulak , itu anak saudara tauu . Anyway , Kak Seni pun nampak excited jugaak dalam gambar ni . Takpe , nanti kite tengok wajah diorang lepas ijabkabul . -.-

Tamatlah sudah cerita pasal event pertunangan Abang dan Kak Seni ni . Memang berSENIlah majlis ni ! xDDD Memang best sebab semua orang ada . Nanti raya pun insyaAllah semua orang beraya kat sini , di negeri Terengganu Darul Iman ! Yeahh ! * semangat *

Okay , pergi dulu . Wassalam :)

p/s : Malam ini di Masjid Jamek Pengadang Baru , Ustaz Syed Norhisyam , bekas Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Yaman , akan bersolat tarawih dan bagi tazkirah . Beliau juga merupakan bekas pelajar SHAMS tahun 1994-1998 dan salah seorang MURSYID dalam program Imam Muda . Semua dijemput hadir :)

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers