kisah Hari Raya 1431H .



Haii semua ! -.- Sorry morry naik lorry sebab tak update blog seperti yang dijanjikan . Janji nak upload pictures Syawal 2 , tapi Syawal 4 pulaak kann . Hoho . Korang darab dua jelah T.T

Cewahh , I busy lah youu ! * ayat gedik wekk * -.- Aku tak busy , orang lain yang busy . Tapi aku sebagai seorang adik dan anak yang berwibawe mestilah sentiasa membantu !!!!!

Erkk ? Hari raya kedua , kawan-kawan Abelong darjah 5 * saya ulang , darjah 5 ! saya ulang ! DARJAH 5 ! * datang . Abelong sekarang umurnya 36 jadii ... T.T

Lepas tu kawan-kawan Abang selori -.- and kawan-kawan aku pun ade laa sekerat datang . Dua orang je pun , tu pun yang tak rapat langsung ! Bukan setakat tak rapat...

Diorang LELAKI ! Memanglaa aku tak rapat . Dan sekolah rendah , lagilah tak rapat . Rapat masa dolu-dolu je . Ayub dan Amir . Aku rapat pun dengan Ayub je dulu !

Dengan Amir tak punn ! Lantak lerr , tapi diorang datang sebab nak beraya sebagai seorang anak murid bukan sebagai kawan aku . Ummi aku 'kan cikgu * yang tersohor * . Lagipun diorang semua sekolah agama .




Raya tahun ni semua balik . Yang dalam gambar semua ada :) dan tambahan iaitu Adam - kawan Amuh , seorang mu'alaf . Adam tulah mu'alaf , bukan Amuh -.-

Dan anak sedara I yang kecik sekali tengah makan satey * haha lantak dia laa * . Dan tudung aku sangatlahh sengkipp ! Sebab kain tudung tu lembutt , susah nak lipat . Kena bakar , eh eh kena lilin . * janganlah bakar tudung tuu , kaler pink tu woo *

Gambar ni snap dekat rumah Ayah Long . Memang , memang . Family aku suke bergambar dekat rumah orang -.- * heishh * . Ini bukan kes tak tahu malu , ini emergency case T.T

Hari raya pertama tu , aku sempat beraya dengan Amuh je . Itu pun kami berdua belum mandi , dan Amuh dah kasi duit raya . Aww aww ! RM50 tauu ! -.-

Tahun lepas Amuh bagi duit raya dekat aku seorang je sebab aku seorang je adik dia . Hihi . Tahun ni dia kasi semua kot ? Haha . Tapi tahun lepas pun dia kasi RM50 !

Maklumlah , kerja sebagai imam solat tarawih . Tak silap gaji dia baru ni RM3000 . Woii banyak tuu ! Patutlaa bagi duit raya kat semua orang .

Then last sekali baru dapat beraya dekat rumah Ayah Long dengan semua . -.- Dahlaaa tetiba ramai saudara-mara dekat rumah Ayah Long dan aku TAK KENAL . Adik-beradik lain pun tak kenal T.T



Abelong and Kaklong . Azroul Shahrain & Zolidiayanti . * aku biasa panggil Bulong -.- *

This is Julia Shireen @ Noorsyahida . Kakngah :) * biasa panggil dia Bungas *

Abecik and Kakcik . Akbar dan Nurliyana :) * Bucikk haha *

Abang Shaffie dan Kakak . * biasa panggil katak a.k.a tak tak a.k.a tatak *

Abang ! Khalil . * Bubang a.k.a Toley xDDD *

Amuh - Mustaqim . * saja gelar dia Mumus T.T *

Okay gambar adik bongsu tak payah letaklaa . Nanti kang famous pulaak * oceh perasann * . Takde takde , malas nak ambik gambar sendiri . Dahlah takde orang nak ambik gambar aku * ayat sedihh * T.T

Ouh masa balik raya dekat Kampung Raja ( King's Village ) * al maklumlaa saye keturunan diraja xDD * , Besut . Meriah jugaaklaa , tahun ni dalam pemerhatian aku Maklang tak balik Besut . Memang pun !

Maklang balik Kedah * Alor Setar , bukan Gurun * . Paklang 'kan orang Kedah , so diorang beraya kat sana tahun ni . Pak Tam pun balik Besut . Hihi ..




Warna-warni tak ? Inilah yang terjadi apabila terlalu ramai yang balik . Haha . Kereta pun warna warni , dahlah tiga warna asas * jom belajar PSV sekarang * . Warna sekunder dan tertier takde ?


Jom layan gambar sikit !




Aktiviti hari raya -.- bila dah sudah beraya .

Para penuntut di Jepun . Ex-penuntut laa . Kakngah dan Kak Nuyu .

Abelong dan Kak Mimi ( sepupu ) tengah makan dan borak-borak .

Kaklong and me and Zunah . Zunah baru bangun tidur tuu -.-


So far , setakat ni aku baru pergi beraya dekat 3 buah rumah . Semua kawan rapat aku , 'Ainul , Sofiah dan Aliuddin ( ??? ) . Rumah yang lain tak dapat pergi sebab diorang tadakk . * kat rumah Adin makan jagung bakar T__T *

Terutama Encik Park Jung Min yang masih di Gurun belum mahu pulang . Hadoyaiii ! Dahlaa mesej tak balas . Kentut betul la Incits Aliyss nii .

Duit raya ? Korang tanya aku duit raya berapa ? Mestilah.... makin sikit dari tahun lepas T______________T sebab aku 'kan makin lama makin meningkat usia . Tapi banyaklaa jugaak sebenarnya xDDD

Lebih RM200 kott , entah-entah dah * tergendala sebab pergi kira duit raya sebentar *

OKAY SIAP KIRA !

Nak dekat RM400 . T__________T tak sangka dah tua-tua macam ni pun masih dapat banyakk * haha * . Takpe takpe , masa ni laa nak dapat duit raya banyak . Nanti dah dewasa , kita pulaak kena bagi duit raya !
Rintihan Acik Farha : Huu... Sedihnyo jadi tuo . Duit rayo sikit jah buleh . Patut-patut oghe mace aku laa buleh banyok , sebab nok belaja kat U , beli buku itu ini .
Haha . Aku gelak je dengar * mentang-mentang diri sendiri belum boleh dikatakan sangat 'tua' dan dewasa * . Haha . Biarlah , satu hari nanti sampailah saatnya aku pulak kata macam tu . Kihkih :)

OH !

Bila tiba time raya , memang laa ramai budak-budak comell . Tapi aku snap sikit je , gambar Zunah paling banyak . Of courselaa , dia sentiasa dekat dengankuu * peliknya ayat haha *

So , korang tengoklaa gambar budak-budak comell inii !



Zunah tengah main dengan kucing . Kucing pergi situ , dia ikut . Kucing pergi sana , dia ikut jugaa . Penat aku layan -.-

Rasanya aku dah pernah cerita pasal budak ni . Nuraliasya ! Dulu dia cakap banyak macam orang tua , tapi sekarang dah letih agaknya * kata Abang *

Hanis dan Zunah . Zunah bad mood sebab baru bangun tidur . Hoho ~

Iman yang comell ! Anak Kak Jaja my cousin . Hoho . So sweetlaa Iman ni . CJ7 dia tertinggal kat rumah aku



Okay , kepada semua ... Aku takdaa laa buat kad raya untuk korang semua untuk korang ambik dan tempek dekat blog korang . Aku dah buat satu tapi takmauu letak , hodohhh * aiseyh *

Aku wish Selamat Hari Raya Idul Fitr kepada semua rakan bloggers yang comell , kiutt miutt dan sebagainya laa . Semoga raya ni best pada tahun lepas wokeyh !

Maafkan segala kemerepekan aku kat blog ini dan ketidakpuasan hati bolehlah berhubung dengan aku di mana-mana saja aku berada * merepek lagi * . SORRY BEBANYAK .

Jemputlah datang rumah okay ? Kepada sesiapa yang kenal tulaa . Yang tak kenal , jemputlah ke blog aku . Hahaha . Promote lagi !

OKAY , BABAI ! THANKS for reading walaupun post ni teramat sangat panjang do'oh lalu ! Hihi . Love you , support you ! Always !

And lastly , untuk santapan mata korang ...

HIHI !

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers