saya akan jaga awak ...

2.9.10


... selagi mana saya hidup di atas muka bumi Allah ini . Saya janji , saya akan jaga awak seteliti yang mungkin . Saya takkan biarkan mana-mana manusia menyakiti hati awak .

Saya akan berusaha untuk menjadi yang terbaik dan menjadi pelindung awak . Saya akan lindungi awak sebagaimana Edward melindungi Bella .

Saya akan jaga awak selagi mana Allah masih ingin saya terus bernyawa di bumiNya ini . Selagi saya mampu . Dan saya ingin melindungi awak selama-lamanya .

Tapi , saya tak boleh berjanji untuk menjaga hati awak kerana hati ini adalah sejenis benda yang sangat sensitif . Sedikit kekhilafan saya mungkin akan menyebabkan awak sakit hati .

Namun begitu , saya ingin awak tahu yang saya juga manusia biasa . Tidak akan pernah sempurna . Sentiasa dipenuhi dosa dan tidak akan bisa menyenangkan awak selalu .


Kadang-kadang awak juga pernah berkelakuan menyakitkan hati , tetapi saya tetap bersangka baik dengan awak . Mungkin awak ada masalah lain . Saya tak kisah , sebab saya sayangkan awak . 

Saya sanggup belikan awak macam-macam untuk gembirakan awak , walaupun saya tahu awak bukanlah jenis yang materialistik . Tapi , itulah salah satu cara saya menghargai awak .

Hadiah-hadiah yang saya kasi adalah untuk awak mengingati saya . Manalah tahu , dalam masa terdekat ini saya ditarik nyawa . Semoga memori kita bersama masih awak ingat .

Saya nak awak tahu , jika awak sedih , saya akan turut sedih . Tapi , saya akan berusaha untuk gembirakan awak . Kadang-kadang tu awak tak pernah nak layan usaha saya hiburkan awak .

Tak mengapa , saya faham . Saya bukanlah yang pakar memujuk . Saya ialah insan yang hina dan tidak sempurna . Tapi , saya tak suka tengok awak sedih . Saya rasa tak best .

Kalau ada orang melukai hati awak , saya akan rasa nak marah balik orang itu dan nak bagi pelempang . Tapi , biarlah perkara itu berlalu . Saya tak nak besarkan lagi masalah .


TAPI ...

Maafkan saya . Saya tak boleh jaga hati awak . Saya seringkali buat awak marah dengan saya . Walaupun kadang-kadang tu saya tak tahu mengapa awak marahkan saya . Saya redha je .

Saya minta maaf sekali lagi . Saya tak boleh berbuat apa-apa kepada orang yang buat awak sakit hati . Saya hanya mampu memujuk awak , tetapi usaha saya langsung tidak berjaya .

Dan , maafkan saya jika saya hanya menaikkan api kemarahan awak ketika memujuk awak . Saya memang tak pandai memujuk . Saya hanya boleh buat lawak bodoh .

Maafkan saya jika saya terperasan saya ini KAWAN BAIK AWAK . Saya bukan kawan yang baik . Saya tahu saya banyak kekurangan . Saya pernah cuba jadi kawan yang baik , tapi ...

MUNGKIN AWAK TAK NAMPAK , SEBAB TERLALU BANYAK PERBUATAN JAHAT SAYA .


Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada awak . Sebab awak , hari-hari yang berlalu begitu ceria . Terasa nyaman dan penuh warna . Terima kasih banyak ...

Terima kasih sebab menjadi kawan yang baik , walaupun saya bukanlah yang terbaik . Kerana awak , saya rasa saya dihargai . Walaupun mungkin semua itu cuma perasaan saya .

Tak terucap tanda terima kasih saya kepada awak , sebab awak banyak sangat buat saya gembira . Berbanding saya , yang selalu menaikkan kemarahan awak .

Jika saya terlalu menyakitkan hati , tegurlah saya . Dan jika awak sudah tidak tahan dengan saya , pergilah mencari kawan baru yang lebih baik dari saya .

Semoga awak diberkati Allah . Saya sayangkan awak . InsyaAllah , awak juga disayangi Allah . Saya doakan awak semoga berjaya di dunia dan akhirat . Saya janji , saya lindungi awak .

Saya janji saya akan melindungi awak selagi hayat dikandung badan ...
Saya minta maaf kerana tak boleh jadi kawan yang baik ....
Saya berterima kasih sebab awak dah ceriakan hari-hari saya ...

Andai takdir saya hidup hanya beberapa hari sahaja lagi , maafkanlah segala kesilapan dan kesalahan saya terhadap awak . Selamat Hari Raya I'dul Fitr 1431H . Raya molek ...
Dedicated to : 'Ainul Munirah Mohamad , Nur Alya Aqilah Hassan , Nurul Sofiah Jamaludin dan Nurul Sabrina Syarfa Zakaria .
Semoga kalian diberkati Allah .

Nukilan hati seorang sahabat
Post a Comment