Day 24 - Whatever tickles your fancy

Whatever tickles my fancy ( SS501 ) .


Hari ini aku nak full-story pasal group best friends forever aku iaitu kami gelarkan SS501 . Kumpulan kami ni terdiri daripada lima orang budak 2A2 yang baik serta sopan . T_______T * perasan gila encik penulis ni *

Ahlinya yang sporting ialah Fifiey ( leader - tetapi dicuekkin sebab leader dah out dari SS501 ) , 'Ainul ( Young Saeng ) , Sabrina ( Kyu Jong ) , Alya ( Park Ji Sung eh Park Tee Mun eh Park Jung Min ) dan Sofiah ( Kim Hyung Jun Maknae Baby ) .

Asalnya aku memang tak minat Korea . Tapi entah kenapa aku tak hadir ke sekolah satu hari ni . Then starting from Alya yang obses Pakjungmin tetiba terbentuk SS501 .




Dan aku yang tak tahu menahu , datang sekolah dan mereka menyerbu aku .

" Fiey ! Kite buat name kumpulan kite SS501 ! Cukup 5 orang ! Awak Kim Hyun Joong leader , Ainul Young Saeng , Sabrina Kyu Jong , Alya Park Jung Min dan Piah Hyung Jun baby ! Awak leader ! "

Aku pun masa tu memang tengah konfius , terfikir-fikir . Siapalah SS501 ni ... Sapa pulak Kim Hyun Joong ? Aku Kim Hyun Joong ke Hyung Jun ni , kenapa nama lebih kurang ? Ahh , biarlahh .

Dan aku memang buat derk sehabis mungkin sebab aku tak tahu langsung . Namun , memandangkan budak-budak tu asyik duk sibuk je sedikit sebanyak dengan SS501 ni , aku pun search la dekat internet .

Aku tengok gambar . Dalam hati aku pun berkate , "Ohhh ." Lepas tu dengar lagu , best jugaak . Tapi gitu-gitu jelah , taklaa beri impak yang mendalam sebab aku 'kan tak suka Korea sangat .


Hyun Joong


Dalam ramai-ramai ni , Sabrina jelah yang maybe tak layan sangat SS501 sebab dia 'kan alim sikit daripada yang lain . Tup tup bila semua dah reda pasal SS501 , dia pulak berceloteh pasal Kyu Jong tanpa henti . xDDD Siap tengok video kat Youtube lagi !

Kemudian , selepas kami gelarkan diri kami ni semua SS501 , kakak kami tercinta pun ajaklah kami berusrah . Liqo' mahabbah bersama setiap Isnin jam 3 petang * iklan ke apa ni * . Sekejap je , setengah jam . Sebab biasanya kakak kami akan ada usrah , tak pun para pengawas .

Jadi , tak naklah ganggu Sabrina dan 'Ainul . Maklumlah , aku , Sofiah dan Alya hanya buangan T___T . Huahuahua ~ ! Takdelah , tapi aku rasa aku , Piah dan Lya akan jadi rapat tersangat rapat apabila Sab dan Enul takde .
* gune nama panggilan jelah ye *

Tapi usrah ni yang jadi leader Sabrina , so aku biasa jelah . Aku leader di luar usrah walaupun taklah macam leader pun . Lepas tu diorang mulalah kalau ada something akan cakap , " Leaderlah dulu ... "
T________________T


Young Saeng


Nak mengenalah tu =.=" . And then selalunya kami akan main permainan yang menggunakan jari . Bukalah lima jari ( kalau main sikit ) atau 10 ( main ramai-ramai ) . Lepas tu setiap seorang akan beritahu / tanya , contoh : Siapa yang tak ada kereta Honda Fit tutup satu jari .

Dan jikalau Lya main sekali , soalan yang famous ditanya akan menjadi , " Siapa minat Park Jung Min tutup jari ! " sebab kalau diikutkan dalam SS501 ni , Lya je yang terlebih obses sikit .

Sebab Enul dan Piah lebih kepada Super Junior . Aku memang tak boleh pergi dengan Korea sebab aku ada Twilight dan Merlin . Sabrina ? Dia islamik sikit , tapi entah kenapa tiba-tiba terlalu minat dengan Kim Kyu Jong . Ngahaha ~ ! * pengaruh Lya kot *

Kami memang akan saling membantu jikalau ada masalah . Aku biasa tumpangkan Piah dan Lya balik rumah diorang . Piah , Enul , Lya dan Sab biasa belanja aku kalau aku takdak duit T_________T . Enul biasa pinjamkan pen dia kat aku HAHA .



Kyu Jong

Lya pulak biasanya menyumbangkan cerita-cerita yang tak interesting kepadaku . Sab pulak selalunya akan bercakaran denganku tanpa sebab yang jelas . Takpelah , kawan baik . Biasanya kami akan saling memukul lepas tu gelak T__T

Biasanya masa usrah aku akan bawa buku nota usrah aku yang cute berwarna biru ada gambar lion . Maklumlah , hidup aku ni memang berkenaan singa je setiap masa . Muka pun dah macam singa aku tengok LOL .

Sebenarnya banyak lagi cerita ceritu yang tak dapat aku tulis kat sini . Kami tak pernah gaduh * oke pernahlah sekali hari tu shhhh * . Kami memang rapat , tapi sekarang ni aku tengok macam dah tak united .

Sab dan Enul macam buat hal sendiri je . Tapi aku dan Enul tetap rapat sebab kami duduk sebelah menyebelah . Entah , dia ikut SS501 betul-betul kot sebab Leader dah out , Baby sign contract dengan company lain dan Park Jung Min out tapi belum official .



Jung Min

But diorang still together , entah aku pun tak faham . Rumit sungguh keadaan . Biarlah , kami tetap berkawan rapat lagi . Cuma kadang-kadang tu rasa terpinggir jugak sebab Leader dah out kann WAHAHA .

Hmm . Aku ada satu buku yang aku memang nak khaskan untuk SS501 ni . Bukan band Korea tapi group kawan baik aku yang comell serta kiut . Ingat nak buat SuJu terus supaya ramai sikit - 13 orang T___T errkkk ? Apakah ?

Tapi haraplah nak buat SuJu , yang ingat nama ahli kumpulan cuma Piah , Enul dan peminat tegar kumpulan tu . Aku ? Hmm . Baik aku hafal nama-nama tokoh pejuang negara kat bab 7 yang ada sebelas orang tu . Lepas tu penasihat dan residen dan gabenor British . LALALA ~

Hyung Jun

FUHH ~ ! Banyak lagi cerita tapi aku nak berhenti kat sini . Lain kali pulaklah ye . Dah mendalam sangat kisah kumpulan kami ni . Hee hee ~

TATA !!

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers