Day 25 - Your day, in great detail


My day - the best day in my life . Whoa ! I don't know what to write =.=" . * why are you so annoying , just write about your best day ever *

* tetiba nyanyi lagu spongebob , it's the best day everrr *


Haha . Tak betul sikit budak sorang nihhh ~ Kehkehkeh . Biar akulah , aku minat Spongebob jugak . Dan Timmy Turner and so so so so so ON !

13 November 2008 .
Ahh , memang hari yang menggembirakan :) sebab that was the last day aku dan kawan-kawan sekolah rendah bersama . Lepas tu kami dah tak together lagi sebab dah bawak haluan masing-masing .

Aku ingat lagi hari tu aku bawak kek perisa Oreo Cheese beli dekat Secret Recipe , harga RM75 macam tu lahh . Aku sponsor sebab aku ni baik hati T__________________________T * perasan weh *

Lepas tu kami ambik gambar beramai-ramai dan aku sendiri dah tak tahu ke mana hilangnya gambar tersebut =.=" sebab masa tu aku letak dekat laptop Ummi yang dulu , lepas tu laptop tu kena reformat sebab rosak .

Then , semua hilang . Nasib baik aku ada beberapa keping gambar yang diupload dekat Friendster * masa tu zaman kegemilangan Friendster * , terutama yang ramai-ramai tu jadi dapatlah buat kenangan .

But , aku malas nak search dekat laptop aku ni sebab banyak sangat gambar yang perlu aku geledah . Membazir masa aku je , lepas tu kena edit pulaak T.T Baik aku study .

Okay , sambung balik cerita 13 November 2008 .

Aku memang dah snap hundreds of pictures . Dahlah pada hari tu jugak jamuan para pengawas diadakan , tapi disebabkan ada sesuatu yang bocor * aku tak ingat , maybe tong air kot * cikgu suruh bawak balik je makanan . HAHA .

Dahlah masa tu pengawas kelas 6 Jauhari dah penuh sebab macam-macam kami bawak . Teacher buat puding lima bekas T________________T Kek seakan-akan tak cukup , tapi teacher bertindak bijak potong kecil-kecil .

Nasib baik teacher ada . Teacher Wan Noor Khalbi yang sentiasa dengan kelas kami . Rasa-rasanya pada tahun tu teacher tak pegang mana-mana kelas kot . Yang pegang kelas kami Cikgu Razali , cikgu lelaki kami tak rapat sangat .

Teacher walaupun garang tapi kelakar dan baik hati . Ingat lagi kenangan dulu-dulu , Hassan Basri yang selalu dapat semua A tapi sangkut English . Dahlah budak tu pendiam , kiteorang tak expect dia akan dapat 4A .


Lepas tu kiteorang ada Rathna dan Faiz * diorang mengaku adik-beradik angkat , kiteorang usiklah haha * . And clown dalam kelas adalah dua , tiga , empat orang . Adin , Ayub , Farid dan Anas . Diorang sangat suka menyakat terutamanya teacher lepas tu kena marah xDDD

Farhana pulak aku ingat-ingat balik dia bendahari kelas . Actually semua orang nak lantik aku at the first place tapi Cikgu Razali menyelamatkan aku dengan berkata , " Tak payahlah suruh Fatin . Dia banyak kerja sebagai seorang pengawas , " . Ngahaha !

TERIMA KASIH , CIKGU .

Sebab aku memang tak boleh pegang duit . Aku takut hilang . Fobia aku jadi bendahari masa darjah lima belum habis . KIHKIH . Sampai sekarang takde orang lantik aku jadi bendahari . Thanks sebab memahami .

Ketua kelas 6 Jauhari ialah Anas Azim atau nama perempuan yang dia reka sendiri Anis Miza T.T lepas tu Ayub pun tukar nama Ayu Sabrina , nama sebenar dia Ayub Sabran . Farid ? Mestilah diorang gelar Faridah . Dahlah Farid jenis muka innocent macam tu .

I miss the old times . Aku tahu semua orang rindu masa sekolah rendah sebab time tu je kita boleh nakal-nakal dengan semua orang . Dan dari tahun ke tahun kita mula belajar menjadi matang .

And kawan-kawan sekolah rendah adalah kawan yang membesar dengan kita . Dari darjah satu budak hingusan sampailah jadi budak darjah enam yang dapat 5A . Siapa tak rindu kalau dah enam tahun bersama lepas tu berpisah macam tu je ?

HAA ! Then kami ada ustaz yang paling lawak dan best dan sporting . Nama beliau Ustaz Aziz . Beliau sangatlah best , selalunya mengajar kat surau je sebab di situlah tempat beliau selalu berada . So , kalau perlukan ustaz , tahulah nak cari kat mana :)

Ustaz ni hobi dia hari-hari baca suratkhabar . Setiap kali kami pergi surau , mesti ada beberapa jenis akhbar seperti Metro , Berita Harian , Utusan dll . Beliau baca semua ! Haha .

Tapi memang it's the best day ever aku rasa masa tu . Perasaan sedih , gembira , terharu bercampur baur ! HUUU ~ Ingat nak buat reunion , tapi biarlah tunggu besar nanti bila ada duit . NGAHAHA .

Okay I think itu saja kot . Entah apa aku mengarut . LALALA ~

TATA !! :)

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers