Kena tinggal .

30.11.10

Salam

Erk .
Aku ralit online .
Sampai tak sedar kena tinggal dengan SEMUA orang .

Duh , semua orang pergi rumah Kakak .
And I'm alone in the house T_______________T
Hahaha , itulah , online lagi xDDD

BAI !

Randy Pangalila follow aku , Dr Rozmey , Putera Katak ?!

Salam


You're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high

Seriously , tadi aku buka blog aku , tetiba aku nampak Randy Pangalila jadi salah seorang followers aku :D Tak percaya ? Tengoklah sendiri ;pp


Eh , Nia Ramadhani tak nak follow aku ke ? T___________T Tak pun Kiki Farell ke ? Eh mengarutnya aku hari ini ! Biarlah , aku memang hari-hari mengarut pun xPP

Oh , aku bukak blog Kak Intan dan dengar lagu kat blog dia tu sangat best ! :D:D Perfect Two by Auburn . Maybe bagi orang lain lagu tu tak best pun . Terutama SS501 aku , langsung tak pernah sekepala dengan aku =.=" !

Lirik lagu dia sangat cute okay ! Ataupun sebab lagu tu ada apple pie kot . Nama samaran aku kadang-kadang 'kan ialah Pai Epal xDDD . Hehehe ~

Oh korang ! Aku nak tanya ...

Siapa sebenarnya Dr Rozmey nih ?

Tetiba je nama dia meniti di bibir orang sekeliling aku T.T Yang aku tahu aku nampak poster dia dengan 2 Alam hari tu dekat mana entah .


Aku buat tak tahu jelah , 'kan ... And then baru-baru ni masa dalam kereta balik ke Besut , Ummi aku tanya ... " Dik , siapa Dr Rozmey ni ? " . Aku jawablah tak tahu , Kakngah pun tanya , " Dia tu doktor betul-betul ke apa ?! "

Lagilah aku tak tahu nak jawab apa . Eh selebriti Malaysia aku tak ambik tahu sangat , yang Inggeris pun lagilah tak ambik tahu except for Twilight's cast . Derr ~

Nama Dr Rozmey pun tak pernah dengar tetiba ditanya orang siapakah beliauu . So semalam aku pun merajinkan diri Google nama beliau di Internet . Inilah yang aku dapat .


 Famous sebab kebijaksanaannya mencipta strategi memasarkan filem sulungnya berjudul 2 Alam . ( ? )
 Seorang doktor sakit puan dan perbidanan sebelum menjadi tauke produk Just Mate 5 .
 Melabur lebih RM2.5 juta untuk filem 2 Alam .
 Idea asal , jalan cerita dan garapan 2 Alam adalah dari Dr Rozmey sendiri .
 Menyasarkan kutipan 12 Juta untuk 2 Alam .
 Tidur 4 jam sehari . ( ???? )
 Selesa menggunakan ganti nama doktor .


And I was like , " Oh . " Macam tu , tak ada perasaan terus . Tapi aku still pening kenapa beliau tiba-tiba famous T.T Filem 2 Alam tu pun aku tak pernah dengar selama ni !

Hmm , biarlah beliau dengan filemnya itu =.=" . Walaupun Aaron Aziz yang berlakon , tak terasa nak tengok pun . Eh , sejak bila aku tertarik dengan filem lakonan Aaron Aziz ni ? >.<


Semalam aku tengok TV3 lepas Cerita Dongeng dari Indonesia tuh =.=" yang orang bertukar jadi emas tuh . Slot Lagenda pukul 4:30 petang tuuu . Cerita Ulek Mayang diganti dengan Putera Katak .


Okay , seriously , aku lebih kenal KATAK tu berbanding perempuan / puteri yang pegang katak tu . Katak tu Putera Ammar ( Zizan Nin ) . Puteri tu Puteri Zadora dan aku tak pernah kenal pun pelakon ni ?

Al kisahlah Putera Ammar ni keturunan kelapan , sepatutnya keturunan ketujuh yang terkena sumpahan katak tu , tapi ayahanda Putera Ammar ni meninggal sebelum sumpahan tuh , so sumpahan tu terkena dengan bagindalah !

Lepas tu , ada dua cara Putera Ammar nak jadi prince balik . Sama ada dapat ciuman cinta sejati ( as always T.T ) ataupun tunggu tujuh generasi lagi . T______T

Puteri Zadora tu kononnya kekasih Putera Ammarlah tapi baginda sendiri geli nak cium Putera Ammar sebagai katak . Of courselah she's not the one >:[

And then dekat bumi , Tina ( Nora Danish ) ni penggemar binatang . Dahlah iguana dia nama Ronaldo and then ada satu part tu ayah si Tina ni tanya Ronaldo , " Ronaldo... Buat apa tu ? Nak main bola , ye ? " T_________________T


Nora Danish ni sweet and cute lah :) Tapi aku suka dia pakai tudung masa cerita ... cerita Sumpah Bunian hari tu :D . HAH ! Lepas tu Trisha ni bela banyak binatang , ada yang nama Upin dan Ipin x| .

Lepas tu Tina mintak izin ayah dia nak beli KATAK dari Thailand . Kulit licinnnnn ! Eww , gross xDDD . Tapi ayah dia tak kasi . Kakak dia pun dah menjerit-jerit tengok Ronaldo merayap dalam bilik air T.T * kalau aku pun jerit tengok iguana dalam bilik air *

Haish , macam-macam .

Okay ! Nak tahu tak sebenarnya yang follow aku bukan Randy Pangalila pun xDDD . It's Anis Afifa , classmate Titi . Hahaha , peminat Cinta Kirana yang pasti =.=" .


Check this out .


MY NAME IS MEMORY - Ann Brashares
Not everyone believes in the existence of 'the one', the love of our life that we are destined to find, but Daniel knows it's real. How could he not? He has spent centuries meeting and falling in love with the same girl over and over and over again. Life after reincarnated life, generation after generation, spanning continents and dynasties, he and Lucy have been drawn together – and though he can never tell her, he remembers it all. He has the gift, or the curse, of 'the memory', the ability to recall past lives and recognize the reincarnated souls he has known. The problem is, the force that draws Lucy and Daniel together also always tears them painfully, fatally apart, to the point that he has started trying to protect her from falling in love with him and the heartbreak he knows it will bring.

FALLEN - LAUREN KATE
There's something achingly familiar about Daniel Grigori.
Mysterious and aloof, he captures Luce Price's attention from the moment she sees him on her first day at the Sword & Cross boarding school in sultry Savannah, Georgia. He's the one bright spot in a place where cell phones are forbidden, the other students are all screw-ups, and security cameras watch every move.
Even though Daniel wants nothing to do with Luce - and goes out of his way to make that very clear - she can't let it go. Drawn to him like a moth to a flame, she has to find out what Daniel is so desperate to keep secret... even if it kills her.
Dangerously exciting and darkly romantic, Fallen is a page turning thriller and the ultimate love story.



What do you think ? My Name is Memory was published on 1st June 2010 while Fallen - 17th December 2009 . Here's the review for My Name is Memory . And click here to get to know Fallen better .

Okay sampai sini je untuk hari ini . Aku nak pergi tengok Putera Katak :D:D:D:D

TATA !!

Titi wi Tag xDDD

Salam



Kotak itu ialah TITI . Orang Jepun tu ( xDDD ) kira akulah . Bunga tu kononnya TAG yang Titi bagi kat aku . Huahuahua ~ !

R.U.L.E
"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random, things, facts or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because I want to know more about you."

25 random facts about me , Fifiey Azmi :)

 hanya cakap banyak dengan orang yang rapat sahaja , kalau yang tak rapat mana tuh , tak ada topik T.T

 suka dengar lagu favourite sebanyak beratus-ratus kali sehari xDDD

 sangat meminati obses dengan Twilight dan Fallen dan Merlin * aku tak beritahu pun korang mesti dah tahu X.X *

 kebelakangan ni suka mimpi benda pelik-pelik ( e.g. : ummi aku masak 9 jenis lauk sedap-sedap tapi tak kasi orang makan T.T )

 suka berangan atas katil sambil peluk-peluk teddy bear yang besar tuhh

 menyukai warna pink , purple , biru muda , hijau muda , oren , kuning dan merah :)

 berangan nak ke Vancouver , Forks , Fort Bragg dan lain-lain tempat yang disebut dalam buku T&F xDD

 nak pergi Ireland jumpa Colin Morgan T_____________T

 suka usik anak-anak saudara aku yang nakal >:P

 actually , suka kenakan orang xDDD terutama beliauuu xP

 baju yang dipakai sehari-hari mestilah matching dengan seluar ( e.g. : baju purple , seluar purple ) X.X

 agak cerewet , tetapi kadang-kadang sahaja , tak macam budak ni =.="

 tak suka shopping except for books :D:D

 suka layan movie dekat StarMovies ( 413 ) , itu pun kalau cerita bestlah >.<

 mengidamkan iPhone 4 , Nikon D1300 , tapi tak sangat pun xDDD sebab kalau ada pun nak buat apa ? laptop dah ada , digital camera pun dah ada . takyahh aaa tamak-tamak sangat :D

 amat menggemari pakaian berwarna hitam T.T

 sudah terbiasa dengan katak dan lipas sebab hari tu lipas merayap atas badan , dan katak pun sekarang ni dah jadi kawan baik sebab setiap toilet dia ada =.="

 kalau duduk depan tv dan tak ada cerita best , aku akan ambik buku cerita dan baca sambil tivi masih terpasang * biarlah rasa meriah sikit T.T *

 makanan kegemaran ialah AISKRIM !!!!!!!!!!! :D:D:D

 kalau terlalu bosan , aku akan baring atas katil dan peluk bantal golek o(*^^*)o

 apabila online , terus bukak intanurulfateha.com , dan akan Google pasal T&F&M >.<

 produk pencuci muka pilihan hati selama dua tahun : Shurah Remajah :D

 suka mengambil gambar orang lain tapi kalau orang lain nak ambil gambar aku , hehehe , aku tak nak T.T

 suka sangat mengarut dengan budak ni , budak ni , budak ni dan budak ni


25 people to tag ? Alamak ~ ! Nanti aku singgah shoutbox korang eh untuk memaklumkannya :D Hee .

T.H.A.N.K. Y.O.U. and A.R.I.G.A.T.O. for reading :D:D

TITI wi TAG !

29.11.10

Salam

Hehe ~ ! Hari ini Titi bagi tag dengan aku . Muahaha ! Actually nama beliau Athirah , tapi orang semua panggil Kak Ti * padahal nak cakap lahir bulan Jan tak pun x] * .


1. berikan nama orang yang buat anda ketawa malam semalam
- Merlin T.T

2. apa yg anda buat 1 jam yang lalu ?
- Kemas bilik =.="

3. apa benda last yangg buat anda menjerit kuat-kuat ?
- Um , dah lama tak menjerit xDD

4. the next place you're going to?
- Fort Bragg , California MUAHAHA !!

5. benda last yang anda bayar
- Topuplah lima kali lagi X.X

6. di mana awak berada malam semalam ?
- In my room , watching Merlin , then went to sleep with my big teddy :D

7. apa perisa aiskrim yang anda suka
- Vanilla dan ... keladi xDD

8. rasa-rasa , anda nak tak potong rambut anda?
- Apa pasal cakap pasal rambut ni ...

9. anda suke melatah?
- TAK .

10. kalau anda melatah,apa yg anda ckp?
- Eh mok mu ! >.<

11. apa last mesej yang anda dapat?
- Derr , dah lama tak guna phone youuu . Dua-dua handphones bateri takdak , malas charge . Lagipun tak ade siapa mesej pun . So , biar je macam tu =.="
12. adakah anda akan kahwin pada masa hadapan?
- Um , inshaAllah :)
13. adakah anda gigit-gigit straw sambil anda minum?
- Dulu biasa buat , sekarang tak dahh .

14. do you make up your own words?
- Sometimes X.X

15.senarai kan 5 blogger yg anda tag
- T.T

Baru dapat tahu yang Merlin akan ada Season 4 sebab this Saturday , episod last of Season 3 T____T . Camelot telah diperintah oleh Morgana the damn witch X.X sebab dia anak kandung Uther Pendragon bla bla bla . Lepas tu nanti Lancelot datang , dan Lancelot dan Gwaine tu kononnya memang ada kena-mengena dengan destiny Merlin dan Arthur T.T

Dan juga , baru dapat tahu yang buku keempat Fallen ialah Rapture , will be released in December 2011 and that's why the movie will be in 2012 . And the whole suspension is KILLING ME ! Those books are addictive ! I hate you Lauren Kate for making me want more of your books T______T

BAIIII !

Kisah lalat , cicak dan ular .

28.11.10

Salam

*** WARNING : Dilarang geli dengan tajuk entri ini . xDD

So , as korang tahu hari ini aku telah belayar menaiki kereta ke Kampong Raja , Besut . Yalah , ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi lagi tempat yang aku akan pergi dengan menaiki KERETA .

Pergi ke sana untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu aku yang lelaki , anak mak sedara aku yang kedua ( Wan Cik ) - anak ketiga dalam sembilan orang adik-beradik . Ummi aku anak kedua , so sebab tu beliau mak sedara aku yang kedua =D

* eh eh ! sama pulak warna baju kartun ni dengan tema baju Ab. Jack tadi ! *

Sepupu aku , iaitu Muhammad Zharif , ataupun nama biasa beliau dalam kalangan sepupu-sepapa , family and all that , Abang Jack . Dan memang orang panggil beliau Jack jer . Duh .

Adik beliau nama Izaan panggil Jiji je pun . Kalau yang muda pada beliau , panggil Abang Ji . Yea yea , family aku ni memang unik sikit . Nama lain , nama panggilan lain jugaak . Macam aku T____T

Tapi I'm so sorry sebab tak ada gambar pengantin pun . Derr , aku ni memang bangang sikit kalau bab-bab majlis orang penting kahwin , kamera tak bawak . Hari tu masa abang sendiri nikah pun tak bawak !

Aku pun suruhlah abang kepada pengantin , iaitu Abang Ishraf , cameraman , untuk upload gambar-gambar kat Facebook . Tapi takpa ah , Abang Jack mementingkan privasi sebenarnya , soooo .... Takyah ah .

Actually Ab. Jack ni rapat dengan mak sedara aku yang keempat , iaitulah Kholati ( means makcik saya dalam bahasa Arab ) . Kholati ni kira masa single dulu tinggal sorang-sorang , so Ab. Jack tinggal dengan beliau .

Jadi , kenduri diadakan di rumah Kholati , bukan kat rumah Wan Cik . Lagipun Wan Cik tak sihat hari ni , asyik ulang-alik klinik dan hospital jer . Semua sekali dihandle oleh Kholati dan suaminya , Ayah Ku ( nama beliau Tengku yer sebab tu panggil Ku ) .

Rumah Kholati , Wan Cik , Ming ( mak sedara first ) dan nenek , dekat-dekat je . Kholati rumah beliau di seberang jalan manakala rumah Wan Cik , Ming dan nenek sebelah menyebelah dan kiranya dalam satu halaman jer .


Okay itu lah dia . Haha . Buruk gila lukisan =.=" . Dahlah guna bentuk geomatrik jer . Daa ~ Sungguh naif . Lalala ~

And then , masa sampai dekat rumah Kholatie tu , aku tengok setiap wajah agak sedih dan mata bengkak dan berair . Aku pun tertanya-tanya sendiri . Kenapa orang semua sedih ni ?

Lepas tu aku rasa macam rumah tu berasap sikit kann , so , aku tanyalah Kakak , " Kakak , rumah ni berasap ke ? " lepas tu Kakak jawab " Ya , " barulah aku faham yang asap tu dari tempat orang memasak .

Dan barulah aku mengerti mengapa hampir semua mata orang berair ( kecuali yang pakai spek ) dan merah . Pengantin pun dah macam baru lepas menangis je . Aku jeling-jeling je si Ab. Jack yang duk mundar-mandir . Then barulah mata aku pedih teramat sangat T________T


Aku pun tutup muka aku dengan tudung aku , so that mata aku terpejam dan tak terkena asap . Bila dah reda sikit , aku bukaklah balik tapi aku masih duduk diam dan tak tahu nak cakap apa dengan semua orang . T______T

Bukannya ada orang layan aku pun , cuma Ab. Jack je provok sepuluh minit sekali sebab dia je ada depan mata . Kuikuikui ~ Aku buat derk je pun , tak pun senyum-senyum je . Adoyai ~

Okay , masa sebelum tu , Paklang tengah mempersiapkan Ab. Jack , aku pun intailah sikit . Sebab Kakngah dan Kakak pun ada jugak dalam bilik pengantin tu . Aku duduk kat kerusi luar tu je . Al maklumlah , saya budak sopan >.< !

Then , Kholati pun suruh aku jaga beg beliau , beserta kunci bilik dan handphone nya . Aku dengan tenang hanya bersedia menerima amanah yang diberi . DAN ! Kakak dan Kakngah pun suruh aku jaga handbag diorang .


Ab. Jack pun suruh aku jaga handphone beliau sebab aku volunteer nak jaga . Sebab memang aku dah jadi orang jaga barang-barang berharga pun . Tak lama kemudian , Mak Su pulak suruh jaga handbag Yong T.T

Lepas tu , ada orang call Kholati , aku pun jawab . Aku pun usik pemanggil itu iaitulah Ummi aku sendiri . HEHEHE ~ Nakal tak ? Lepas tu aku pergilah cari Kholati sebab Ummi nak cakap dengan beliau , bukan dengan aku =.=" .

And then tak ada orang call dah . Adalah seorang tu call Kholati , tapi Ab. Jack tak ada orang call . Aku masa tu memang relieved sangat sangat sebab Ab. Jack tengah sibuk makan beradab .

Aku rasa orang pun faham yang Ab. Jack tengah sibuk dengan kenduri , so takyahlah call di waktu-waktu begitu . Bikin panas sajaaa . Dahlah tengah sibuk-sibuk , yang jawab pulak aku . Dahlah aku ni jenis tak reti bercakap dengan stranger dan gugup T.T

Letih jugak weh jaga barangan orang . Amanah tu woo ~ ! Kalaulah HILANG , apa aku nak jawab ? Berdebar-debar aku jaga barang-barang itu . Dahlah handbag yang Kholati punya untuk simpan duit yang diberi oleh tetamu .

And then Maklang suruh aku jadi penyambut tetamu T______________________T . Aku cakap Kakngah dan Kakak dah ada ! Beliau tetap paksa , last sekali Kholati menyelamatkan keadaan dengan mengatakan aku kena jaga beg-beg yang banyak tu . Dan aku pun beritahu yang aku tak reti nak sambut tetamu .

Akhirnya Kholati pun jaga sendiri beg beliau tu sebab beliau akhirnya duduk berbanding sebelumnya , mundar-mandir melayan tetamu . Aku yang pegang beg ni jugak yang duduk tercongok T.T

Aku pun lepak sikit kat khemah penyambut tetamu . Dengan Kakak dan Abang Pe'i . Setentang dengan khemah tu ada khemah untuk tetamu lelaki . So , sepupu-sepupu lelaki aku adalah duduk bawah tu tengah borak-borak .

Tetiba ...


Rupanya Kak Bibi ( sepupu aku jugak , adik pengantin ) terlanggar kon . Kakak yang first nampak , lepas tu aku pun terkaget X.X sebab aku tengok aje tak boleh nak buat apa . Sepupu-sepupu lelaki aku pun tiba-tiba blur , dan Kakak pun cakap yang Kak Bi langgar kon .

Lepas tu , berdekah-dekah diorang gelak . Aku pun gelak sekalilah sebab , yalah 'kan , tak ada pun orang langgar kon tengah jalan tu , tetiba Kak Bi boleh langgar xDDD . Lagipun aku gelak kat statement Kakngah jugak :

Orang ingatkan pergilah tengok , kot-kot ada apa-apa . Risau sikit ... Ini dia ketawa terbahak-bahak pulak !

And then diorang semua * dengan senyuman lebar dan masih nak ketawa * pun pergi tengok . Aku duduk diam situ aje , sebab KENA JAGA HANDBAG KAKAK lagi sekali . Dan lepas tu aku pun jalan kaki balik rumah nenek .

Lepas solat Zohor - Asar , aku pun pergi baca suratkhabar yang semalam punya dan yang beberapa hari lepas punya . T___T Buku Fallen ada dalam kereta , tapi malas ambik . Biarlah ~ lagipun dah lama aku tak baca berita .

Hmmmmmmm . Aku pun get ready to go back to Kuala Terengganu . Aku tidur sepanjang perjalanan dan bila aku buka mata , aku pun panggil Ummi , " Ummi , nanti beli aiskrim vanila yang dalam bekas biru tu . "

T_____________________________________T

Ingat nak makan je . Dahlah masa kenduri tu aku makan dekat meja pengantin * lepas pengantin habis makanlah * . Huahuahua ~ ! Sedap gilaaaa . Hampir semua sedara-mara menyinggah di meja pengantin dan makan udang tempura x]

Nasib baik banyak . Kihkihkih ~ Aku siap makan nasi lagi , dengan ayam , dengan daging , dengan ikan dan udang dan T__________T . Takpe takpe , tak baik membazir . Pengantin bukan makan habis pun ;p;p;p

( . )

Sampai kat rumah , aku pun makan aiskrim vanila , letak Milo sikit atas tu * tiru McD sket xDDD * ... Dan tengok tivi ! Walaupun cerita tak berapa nak best , layan jelah . Thanks to the ice-cream . It had saved my time of boringness ('',) .

Sebenarnya aku nak cerita pasal Walid aku . Beliau letak perangkap lalat , untuk tangkap cicak . Last sekali , dapat tangkap ular . Memang langsung tak ada kena mengena ! Dahlah perangkap tu untuk lalat , not for cicak . Sekali dapat bukan cicak pun , ular T.T

Sama jugak dengan kenduri kahwin sepupu aku ni . Anak Wan Cik yang kahwin , kenduri dekat rumah Kholati , yang makan beradab dengan pengantin mak sedara aku yang sorang lagi tu , Yong . So ?

T__________________________________T

Okaylah aku nak chow dulu . Nak tengok Merlin * yang adegan-adegannya asyik lawan pedang je , rasa macam aku ni peminat cerita lawan-lawan pulak =.=" * dan lepas tu nak tidur . Or maybe tengok tivi .

Thanks for reading , TATA !!

The Amazing Race Asia 4

27.11.10

Salam


Today I wanna talk about The Amazing Race Asia - Season 4 . Contestants consist from Malaysia , Singapore , Indonesia , Philippines , Hong Kong and India . :D:D

There were ten teams in this race , but now there are only three left for the final race >.< . Which doesn't consist of any Malaysians' teams T___T and makes me feel a little bit annoyed .

Yani and Nadine ( best friends ) , team from Indonesia . Aku tak tahu sangat perkembangan diorang sebab diorang yang first sekali eliminated from the race * tiru ayat Allan sket xDD * . And waktu tu I was not interested towards any of AXN programmes T.T

Yani and Nadine - Indonesia

Second team who was not very lucky - had been eliminated from the race , of course . They are Alan * not Allan , Allan tu pengacara >.< * and Wendy . Sweet couple , hahaha ~ ! Aku sempat tengok diorang gaduh hari tu masa belajar bahasa Tamil kot tak silap aku (",) lepas tu kena penalti .

Alan and Wendy - Hong Kong

Eyh , kenapa muka Wendy tak macam aku tengok hari tu ? Hari tu dia cute sikit , baby face . Haha ~ Whateverlah kann . Tapi kuciwa jugak diorang tersingkir sebab aku suka kumpulan nih . Well , takdak rezeki youuuu .

Masa minggu pertama dan ketiga tak ada elimination , tapi aku tak catch-up sangat dengan TARA ni . Masuk minggu keempat ( di mana Alan and Wendy di'eliminated' ) , barulah aku start tengok . Itu pun sebab buat oral dengan Nunu , Didi dan Tommy . Diorang semua suka tengok AXN .

And then , minggu kelima , semangat gila aku tengok xDDD tapi masa tu aku tak sokong sesiapa punnn .  Eh wait , sebenarnya startlah sikit sokong EthanKhairie dan NatashaHussein . RichardRichard pun okay , diorang tough * and your point is ? =.=" * .

Sahil and Manas - India

Sahil and Manas ( cousins ) tersingkir masa minggu kelima nilah . Actually ada satu lagi team sebelum diorang , tapi sebab apa entah , diorang jadi last team to arrive at the last stop . So , I'm sorry to say , they were eliminated from the race xDDD * tiru ayat Allan lagi * .

Aku lompat-lompat atas sofa masa tengok episod lima tuh . Kihkihkih ~ And terus-menyerus sebut MANAS MANAS MANAS CEPAT !!! Erk , bukanlah aku sokong team tu , tapi ... Emm , entahlah . Nama Manas tu unik , that was why I kept mentioning it xDDD .

And pada minggu keenam , team yang aku , 'Ainul dan Kakngah consider agak 'sengkip' terkeluar . Aku tak tengok yang ni . Alaaa , yang terjun terjun tuh - untuk yang Roadblock punya . Terjun apa entah , aku tak pasti . Tengok iklan je :D

Ivan and Hilda - Malaysia

Ivan and Hilda ( married ) - team . She kept raising her voice , y'know . Screaming and shouting all over again . I bet Ivan was so pissed off with her . We all thought they were from Philippines , but WRONG . They are Malaysians , instead .

Aku tak tengok pun , yang ulangan pun kalau bukak channel 701 mesti dah last-last . Nak habis dah , itu yang aku tak ada mood nak tengok tu . Nak kata exam , rancangan ni disiarkan setiap hari Khamis - malam . Haish ~ Maybe sibuk online kot ;p;p;p

The next week , Dimple and Sunaina ( travel friends ) were eliminated from the race . Pun , tak tengok yang ni . Kuikuikui ~ So , tak tahu perkembangan sangat . Team ni pun aku tak kenal sangat , yang aku si Dimple tu ada lesung pipit T____T

Dimple and Sunaina - India

Mengikut info yang 'Ainul bagitahu , NatashaHussein kena penalti sampai malam . So , 'Ainul cakap yang NatashaHussein yang tersingkir . Bila aku tengok ulangan * ala , nak habis dah pun * , rupanya DimpleSunaina yang last - sebab diorang sesat . Derrr .

The next race was at Bali , Indonesia . Fun ~ ! JessLani was at the first place at first . Then , dipintas oleh EthanKhairie . Nak dijadikan cerita , EthanKhairie ni pergi pilih untuk cari kubur Fang Sam Moy instead of balancing a basket on their heads .

That's why diorang sangat lama cari Fang Sam Moy punya kubur , last sekali they decided to do the balancing one . In that mean time , RichardRichard kena penalti , they had to go back to their boat and touch it . After that baru boleh pergi to the next destination .

So , RichardRichard and EthanKhairie memang berlumba-lumba sebab diorang sendiri sedar yang diorang je yang tertinggal kat belakang . It was a great match , sebab both of them kerap dapat first place for the other races before .

Ethan and Khairie - Malaysia

And lastly , Ethan and Khairie ( friends ) pun terkeluar dari TARA ni disebabkan oleh diorang buang masa pergi cari kubur Fang Sam Moy tuhh . Padahal kalau diorang buat yang balancing tu lagi cepat tau !

Tapi nak buat camane , dah sampai takat tu je rezeki diorang T.T dan aku dah kuciwa tahap gaban dah sebab they were the only Malaysian's team left . Hadoyaiiii .

Jess and Lani ( party girls ) , team yang paling aku dislike * sebab diorang ni gediklah , terutama masa kat Indonesia tuhh , haish , nak kasi pelempang rasanya ! * and they even talked bad about Malaysian team ( EthanKhairie ) , whatever , tersingkir minggu ni .

Jess and Lani - Philippines

Diorang tersesat rupaya =.=" . And then sesat jugak sesat jugak . Gelabah sangat kot , stressed-out gila masa diorang sesat tadi . Al maklumlah , kena drive sendiri , tak naik teksi dah pun . Minggu ni kat Korea .

And lastly , tinggallah tiga teams . Which are ? The first team to reach the Pit Stop was Natasha and Hussein ( daughter and father ) ! Hooray ! They are , umm , good . Gelak habis masa tengok Hussein melompat , dapat first place x]

But I don't get it , why did Natasha have to cry all the time ? =.="

Natasha and Hussein - Indonesia

Ingatkan NatashaHussein orang Malaysia , or Singapore , but rupanya orang Indonesia . Dapat tahu masa minggu yang kena pergi Bali tulah , sebab Hussein said he was glad to be in his own country . T.T

And then , second team to reach the Pit Stop .... Richard and Richard ( friends ) ! =.=" Pandai betullah diorang ni pilih kawan , ye tak ? Nama sama lagi , sehati berdansa sejiwa lagi ! Tapi aku suka Richard yang sensitif instead of Richard yang baran tuh . * err , can you figure them out ? xS *

Last sekali baru aku perasan yang seorang panggil Rich , seorang lagi Richard T______________T

Richard and Richard - Philippines

Err , aku lebih suka diorang rambut botak kot . Yang belah kanan tu Richard yang garang xS dan yang belah kiri tu sensitif sikit :D . Tengok muka pun dah tahu . Bekas askar kot sorang tuhh . Err , entah =D

Hmmmmm . Kumpulan favourite aku setelah EthanKhairie out , Michelle and Claire ( rebel pals ) ! Yay ! Nasib baik diorang wohhh ~ Actually tempat pertama , then , dipintas oleh RichardRichard masa kena break down the warrior's code :D

NatashaHussein actually third place , tapi on the way to Pit Stop , diorang dapat bantuan teksi . Kiranya diorang ikut teksi tu jelah . Pandai jugak diorang yeee . Haha ~ !

RichardRichard sesat . MichelleClaire pun sesat sebab tak reti tengok PETA DALAM BAHASA KOREA . Lepas tu ada Korean tu cakap Korea dengan Claire , manalah si Claire tu paham =.=" .

Michelle and Claire - Singapore

Last sekali MichelleClaire ikut si RichardRichard tu je -.-" . I was relieved jugak sebab diorang reached there as the third team . Fuhhh ~ Biarlah tak dapat first pun , asal masuk final . And Allan pun tanya diorang ... " How many times have you been the third team to reach the Pit Stop ? "

Diorang pun jawab , " Six times !!!! But we don't want to be the third team anymore for the next race ! We want to be number one ! " Yeahh ! That's the spirit ! Go Michelle and Claire ! Hehe . Semangat .

FUH . Penat taip entry nih tauu . Walaupun aku tahu tak ada orang baca * muka sedih lima saat , lepas tu blur balik -.- * , tapi tak apalah . At least boleh aku tengok balik in the future . Sobs sobs !

Sensitif teyh , Fiey ! Mentang-mentang ah lame doh dok tembung ! - mesej Alya kepadaku

HEHEHEHEHE . Sebab dia tak balas mesej aku . Aku pun , seperti biasa , bertindak drastik dengan menghantar mesej yang amat sensitif dan darat hulu xDDD

Alya , mentang-mentang ah duduk Langkawi doh leni ! Dok ingat doh saye orang kampung darat hulu Terengganu niii .

Hehe . Alya tinggal kat Langkawi for the rest of my life , I'll be with you the holidays . Tahun depan dia ada kat SHAMS lagi dengan kakak dia , but in 2012 dia akan terus pindah ke Langkawi . Ayah dia kena transfer . Sobs sobs !

Okay okay . Aku nak chow dulu . Nak solat Isya' lepas tu nak tengok tivi lepas tu baca buku form 3 . T__________T Tak adalahhh , baca buku ceritalah . Fifiey baca buku form 3 pada waktu cuti ? Oh my . Impossible rasanya ('',) .

TATA , wassalam .