Kisah lalat , cicak dan ular .

Salam

*** WARNING : Dilarang geli dengan tajuk entri ini . xDD

So , as korang tahu hari ini aku telah belayar menaiki kereta ke Kampong Raja , Besut . Yalah , ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi lagi tempat yang aku akan pergi dengan menaiki KERETA .

Pergi ke sana untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu aku yang lelaki , anak mak sedara aku yang kedua ( Wan Cik ) - anak ketiga dalam sembilan orang adik-beradik . Ummi aku anak kedua , so sebab tu beliau mak sedara aku yang kedua =D

* eh eh ! sama pulak warna baju kartun ni dengan tema baju Ab. Jack tadi ! *

Sepupu aku , iaitu Muhammad Zharif , ataupun nama biasa beliau dalam kalangan sepupu-sepapa , family and all that , Abang Jack . Dan memang orang panggil beliau Jack jer . Duh .

Adik beliau nama Izaan panggil Jiji je pun . Kalau yang muda pada beliau , panggil Abang Ji . Yea yea , family aku ni memang unik sikit . Nama lain , nama panggilan lain jugaak . Macam aku T____T

Tapi I'm so sorry sebab tak ada gambar pengantin pun . Derr , aku ni memang bangang sikit kalau bab-bab majlis orang penting kahwin , kamera tak bawak . Hari tu masa abang sendiri nikah pun tak bawak !

Aku pun suruhlah abang kepada pengantin , iaitu Abang Ishraf , cameraman , untuk upload gambar-gambar kat Facebook . Tapi takpa ah , Abang Jack mementingkan privasi sebenarnya , soooo .... Takyah ah .

Actually Ab. Jack ni rapat dengan mak sedara aku yang keempat , iaitulah Kholati ( means makcik saya dalam bahasa Arab ) . Kholati ni kira masa single dulu tinggal sorang-sorang , so Ab. Jack tinggal dengan beliau .

Jadi , kenduri diadakan di rumah Kholati , bukan kat rumah Wan Cik . Lagipun Wan Cik tak sihat hari ni , asyik ulang-alik klinik dan hospital jer . Semua sekali dihandle oleh Kholati dan suaminya , Ayah Ku ( nama beliau Tengku yer sebab tu panggil Ku ) .

Rumah Kholati , Wan Cik , Ming ( mak sedara first ) dan nenek , dekat-dekat je . Kholati rumah beliau di seberang jalan manakala rumah Wan Cik , Ming dan nenek sebelah menyebelah dan kiranya dalam satu halaman jer .


Okay itu lah dia . Haha . Buruk gila lukisan =.=" . Dahlah guna bentuk geomatrik jer . Daa ~ Sungguh naif . Lalala ~

And then , masa sampai dekat rumah Kholatie tu , aku tengok setiap wajah agak sedih dan mata bengkak dan berair . Aku pun tertanya-tanya sendiri . Kenapa orang semua sedih ni ?

Lepas tu aku rasa macam rumah tu berasap sikit kann , so , aku tanyalah Kakak , " Kakak , rumah ni berasap ke ? " lepas tu Kakak jawab " Ya , " barulah aku faham yang asap tu dari tempat orang memasak .

Dan barulah aku mengerti mengapa hampir semua mata orang berair ( kecuali yang pakai spek ) dan merah . Pengantin pun dah macam baru lepas menangis je . Aku jeling-jeling je si Ab. Jack yang duk mundar-mandir . Then barulah mata aku pedih teramat sangat T________T


Aku pun tutup muka aku dengan tudung aku , so that mata aku terpejam dan tak terkena asap . Bila dah reda sikit , aku bukaklah balik tapi aku masih duduk diam dan tak tahu nak cakap apa dengan semua orang . T______T

Bukannya ada orang layan aku pun , cuma Ab. Jack je provok sepuluh minit sekali sebab dia je ada depan mata . Kuikuikui ~ Aku buat derk je pun , tak pun senyum-senyum je . Adoyai ~

Okay , masa sebelum tu , Paklang tengah mempersiapkan Ab. Jack , aku pun intailah sikit . Sebab Kakngah dan Kakak pun ada jugak dalam bilik pengantin tu . Aku duduk kat kerusi luar tu je . Al maklumlah , saya budak sopan >.< !

Then , Kholati pun suruh aku jaga beg beliau , beserta kunci bilik dan handphone nya . Aku dengan tenang hanya bersedia menerima amanah yang diberi . DAN ! Kakak dan Kakngah pun suruh aku jaga handbag diorang .


Ab. Jack pun suruh aku jaga handphone beliau sebab aku volunteer nak jaga . Sebab memang aku dah jadi orang jaga barang-barang berharga pun . Tak lama kemudian , Mak Su pulak suruh jaga handbag Yong T.T

Lepas tu , ada orang call Kholati , aku pun jawab . Aku pun usik pemanggil itu iaitulah Ummi aku sendiri . HEHEHE ~ Nakal tak ? Lepas tu aku pergilah cari Kholati sebab Ummi nak cakap dengan beliau , bukan dengan aku =.=" .

And then tak ada orang call dah . Adalah seorang tu call Kholati , tapi Ab. Jack tak ada orang call . Aku masa tu memang relieved sangat sangat sebab Ab. Jack tengah sibuk makan beradab .

Aku rasa orang pun faham yang Ab. Jack tengah sibuk dengan kenduri , so takyahlah call di waktu-waktu begitu . Bikin panas sajaaa . Dahlah tengah sibuk-sibuk , yang jawab pulak aku . Dahlah aku ni jenis tak reti bercakap dengan stranger dan gugup T.T

Letih jugak weh jaga barangan orang . Amanah tu woo ~ ! Kalaulah HILANG , apa aku nak jawab ? Berdebar-debar aku jaga barang-barang itu . Dahlah handbag yang Kholati punya untuk simpan duit yang diberi oleh tetamu .

And then Maklang suruh aku jadi penyambut tetamu T______________________T . Aku cakap Kakngah dan Kakak dah ada ! Beliau tetap paksa , last sekali Kholati menyelamatkan keadaan dengan mengatakan aku kena jaga beg-beg yang banyak tu . Dan aku pun beritahu yang aku tak reti nak sambut tetamu .

Akhirnya Kholati pun jaga sendiri beg beliau tu sebab beliau akhirnya duduk berbanding sebelumnya , mundar-mandir melayan tetamu . Aku yang pegang beg ni jugak yang duduk tercongok T.T

Aku pun lepak sikit kat khemah penyambut tetamu . Dengan Kakak dan Abang Pe'i . Setentang dengan khemah tu ada khemah untuk tetamu lelaki . So , sepupu-sepupu lelaki aku adalah duduk bawah tu tengah borak-borak .

Tetiba ...


Rupanya Kak Bibi ( sepupu aku jugak , adik pengantin ) terlanggar kon . Kakak yang first nampak , lepas tu aku pun terkaget X.X sebab aku tengok aje tak boleh nak buat apa . Sepupu-sepupu lelaki aku pun tiba-tiba blur , dan Kakak pun cakap yang Kak Bi langgar kon .

Lepas tu , berdekah-dekah diorang gelak . Aku pun gelak sekalilah sebab , yalah 'kan , tak ada pun orang langgar kon tengah jalan tu , tetiba Kak Bi boleh langgar xDDD . Lagipun aku gelak kat statement Kakngah jugak :

Orang ingatkan pergilah tengok , kot-kot ada apa-apa . Risau sikit ... Ini dia ketawa terbahak-bahak pulak !

And then diorang semua * dengan senyuman lebar dan masih nak ketawa * pun pergi tengok . Aku duduk diam situ aje , sebab KENA JAGA HANDBAG KAKAK lagi sekali . Dan lepas tu aku pun jalan kaki balik rumah nenek .

Lepas solat Zohor - Asar , aku pun pergi baca suratkhabar yang semalam punya dan yang beberapa hari lepas punya . T___T Buku Fallen ada dalam kereta , tapi malas ambik . Biarlah ~ lagipun dah lama aku tak baca berita .

Hmmmmmmm . Aku pun get ready to go back to Kuala Terengganu . Aku tidur sepanjang perjalanan dan bila aku buka mata , aku pun panggil Ummi , " Ummi , nanti beli aiskrim vanila yang dalam bekas biru tu . "

T_____________________________________T

Ingat nak makan je . Dahlah masa kenduri tu aku makan dekat meja pengantin * lepas pengantin habis makanlah * . Huahuahua ~ ! Sedap gilaaaa . Hampir semua sedara-mara menyinggah di meja pengantin dan makan udang tempura x]

Nasib baik banyak . Kihkihkih ~ Aku siap makan nasi lagi , dengan ayam , dengan daging , dengan ikan dan udang dan T__________T . Takpe takpe , tak baik membazir . Pengantin bukan makan habis pun ;p;p;p

( . )

Sampai kat rumah , aku pun makan aiskrim vanila , letak Milo sikit atas tu * tiru McD sket xDDD * ... Dan tengok tivi ! Walaupun cerita tak berapa nak best , layan jelah . Thanks to the ice-cream . It had saved my time of boringness ('',) .

Sebenarnya aku nak cerita pasal Walid aku . Beliau letak perangkap lalat , untuk tangkap cicak . Last sekali , dapat tangkap ular . Memang langsung tak ada kena mengena ! Dahlah perangkap tu untuk lalat , not for cicak . Sekali dapat bukan cicak pun , ular T.T

Sama jugak dengan kenduri kahwin sepupu aku ni . Anak Wan Cik yang kahwin , kenduri dekat rumah Kholati , yang makan beradab dengan pengantin mak sedara aku yang sorang lagi tu , Yong . So ?

T__________________________________T

Okaylah aku nak chow dulu . Nak tengok Merlin * yang adegan-adegannya asyik lawan pedang je , rasa macam aku ni peminat cerita lawan-lawan pulak =.=" * dan lepas tu nak tidur . Or maybe tengok tivi .

Thanks for reading , TATA !!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers