vampires vs. vampires ( ?? )

4.11.10


Terasa pelik tatkala menaip kerana dah seminggu laptop ini menyorok dalam almari baju .

Okay fine . Tak percaya dengan diri sendiri sebab boleh avoid si laptop ni selama seminggu . Exam dah tamat semalam , tapi aku saja je nak uji diri sendiri T_________T .

So tak nak cerita pasal exam sangat sebab ...terasa malas . Exam overall okay je , cuma adalah part yang perlu menggunakan otak sepenuhnya . Dan mesti boleh jawab kalau membaca dan revise * okay fine part ni terasa *

InshaAllah semuanya A . Do'a-do'akan . Huu ~ * haru ayat * Maths dah dapat . 97% , alhamdulillah . Aku redha , redha dengan segala-galanya . Paling tinggi Maths kelas aku ialah Aina , seperti exam exam lalu , beliau mendapat 100% . TAHNIAH !

=.="

* bilalah agaknya aku nak dapat 100% setiap kali exam ? *

Dan alhamdulillah jugak , semua pelajar kelas aku dapat A bagi subjek Maths . InshaAllah kami bersama-sama lagi pada tahun hadapan . Chaiyok , 2 Ibnu Qudamah ! Jom target sasaran tahun depan okay =)

Oh , hari ni kami hantar buku teks . Emm , tapi ramai juga yang nak hantar Ahad ni . So , automatically yang dah hantar today boleh ambik buku form 3 . Tak sabar nak belajar form 3 !

Lepas tu , hari ni ada solat hajat di sekolah . Untuk SPM dan STPM . Straight A's and 5PA , ya akhowat wa ikhwan :) Kami do'akan kejayaan entum entunna . Moga diberkatiNya , amiin .


Oh ! Aku kaget seketika tatkala melihat followers ku mendadak naik . Ahh , excited pun ada ni . Last sekali tengok lewat minggu lepas iaitu seramai 268 , buka hari ni dah 278 ! Thank you all ! Nanti saya pergi melawat blog korang yaaa .

Mungkin sebab blog Liyana Lunia pun ada URL blog aku kot . Itu pun Mai yang inform . Followers dia pun mendadak jugak , well , blog dia interesting daripada aku . Tak lama lagi pintas akulah tu =.=" . Takpe , ini dipanggil persaingan secara sihat ( ??? ) .

* takkan aku nak pergi bomohkan si Mai tu pulakkk xDDDD *


I bought this book at the Novel Festival in Terengganu recently . Tak habis baca lagi . Ditulis oleh Dr Farhan Hadi , suami penulis novel remaja islamik yang terkenal , Fatimah Syarha . Heh ~ Bangga kejap sebab Fatimah Syarha orang Terengganu xDDD

Aku baca baru 1/4 buku ni . Aku kena menghayati dulu satu per satu . And best jugak sebab buku ni melibatkan kedoktoran . Banyak jugak sebenarnya -.-" . Best nama watak utama , Dr Muslih . Peranan dia dalam cerita ni pun best jugak .

Dan dari buku ni aku dah tahu yang ubat Clexane diperbuat daripada khinzir , dan untuk pesakit Islam kena beri Heparin . T__________T Memang , nak jadi doktor kenalah tahu ! Dan tak nak tahu pun , kena ambik tahu jugak !

Aku tersenyum seorang diri bila baca buku ni . Sebab aku nak jadi doktor , tapi pantang nampak darah , mesti pening sebab aku boleh BAU darah tuu . Nak cakap aku ni species vampire , rasanya Ummi aku yang lahirkan aku sebagai manusia kat muka bumi ni .

Nak kata aku kena bite dengan vampire pun mustahil sebab aku tak pernah rasa burning xDDDDDDDDDDD

* sila abaikan ayat-ayat yang anda rasa agak tak logik di atas *

Ohh , cakap pasal vampire ... Korang ada tengok cerita Mini Siri Ponti Anak Remaja ? Aku tengoklah episod ke berapa entah hari tu , tetiba aku tengok satu part tu seakan-akan Twilight .

OH MAN ! Aku pun menjerit , " Kenapa sama niiiiii ! " , Kakngah ada kat sebelah dah tersengih . Bagi aku , pontianak * eww , tak best je bunyi , tukar tukar * vampires yang baru datang tu kiranya The Cullens , tapi tak cukup pelakon xDDD

Dan Ponti tu pulak dianggap Bella , walaupun Ponti tu sendiri pontianak , tapi dia tak hisap darah . Yang vampires lain tu yang hisap darah , dahlah hisap darah LEMBU . Kuikuikui ~ Vegetarian much , eh ?

Lepas tu lepas tu lepas tu ada seekor pontianak tu nama dia Kamal xDD , macam so mysterious macam Edward . Dahlah Ponti dan Kamal tu saling memandang macam Bella dan Edward on their first meet . Eish , tumbok kang !

Apa-apa jelah . Enjoy jelah cerita tu , sebab heroin dia agak kiut . Dan si Kamal tu pun psiko jugak muka macam Edward . Dan ada seorang lagi tu lelaki , macam Jasper je asyik nak hisap darah manusia xDDD

Eh , banyak pulak aku mengarut ! Sorry sorry . Aku tulis lagi lepas ni okay ? Sabtu ni ke KL . Abang punya kenduri hari Ahad di rumah Kak Asnie pulaa ;) dan hari Isnin ada sesuatu !

TAA !
Post a Comment