Wedding and Ceremony

11.11.10



*****WARNING : This is a super-long post .

Okay , seperti mana yang semua orang dah maklum , Abang aku telah selamat diijabkabulkan di Masjid Kota Damansara pada 9 Oktober 2010 . So , pada 16 Oktober diadakan majlis kenduri dekat Terengganu . Alkisah kenapa tak dibuat sebelah perempuan dulu nanti aku bagitahu .


Okay aku hanya sempat snap picture ini sahaja . Lepas tu aku sibuk pergi kedai kahwin nak sewa keris sebab Abang dah merungut-rungut nak jugak pakai keris . Heish ~ Dahlah sampai ke hari ini tak hantar lagi keris tu ...kot .

And then aku pulak kena tolong angkat bakul berisi hadiah nak bagi dekat para tetamu . Selain itu , aku jadi pembantu Abang Shaffie ( flower boy xDDD ) untuk kasi hadiah dekat tetamu lelaki . Abelong dan Walid menjadi penyambut tetamu .

As usual , adik-beradik lelaki memang takkan pakai baju yang sesuai dengan hari perkahwinan kecuali pengantin itu sendiri . Abelong pakai T-shirt biasa je , lepas petang sikit baru dia pakai jubah . Itu pun sebab nak ambil gambar . Abecik pun lebih kurang jugak , pakai T-shirt je sebelum tu .


Itu Abecik dan Fadhil , sepupu aku . Diorang balik sama-sama dan sememangnya diorang sangat rapat . Aku saja je snap gambar ni sebab aku tengah tak ada kerja . Time ni tetamu dah surut sikit .

Gambar family ada , tapi yang dalam simpanan aku gambar agak blur . Actually kami dah tak kisah sangat tentang gambar family sebab Amuh tak ada . So what's the point kalau semua orang ada except for Amuh ? Haish ~

Ini nenek ( Mok ) dan Karim tengah cakap telefon . Alaa , orang Turki yang jadi tour guide masa aku pergi Turki tu . Dia belajar kat Malaysia sekarang , tapi aku malas nak ambik tahu sebab dia cakap banyak T.T

Okay , hari Sabtu lepas aku pergi KL . Semata-mata nak menghadiri kenduri kahwin sebelah perempuan pulak . Actually kakak kepada Kak Asnie baru nikah pada 7 Oktober 2010 , sebab tu kenduri kahwin Kak Asnie diadakan sekali dengan kakak dia tu .


And , Abang dan Kak Asnie pergi ambik kiteorang dekat KL Sentral . Aku pergi bertiga dengan Ummi dan Walid jeee . Huhuhu ~ Dan seperti biasa beg-beg yang dibawa mestilah besar gedabak dan berat dan T___________T .

Lepas tu lepas tu , pada 7 Oktober tu aku , Abecik dan Kakcik , Ummi Walid , Abelong Kaklong , Pak Tam Mak Su , sepupu-sepapa menujulah ke Dewan MBSA Bukti Jelutong sebab kenduri diadakan dekat sana .

Bayangkanlah , kami tunggu dari 12:30 tengah hari sampai 2:30 petang . Janji makan beradab pukul 1:30 petang . Pukul 2:30 tu pun belum sampai lagi sebenarnya =.=" . Last sekali Abelong makan dulu sebab dia terlalu lapar menunggu pengantin xDDD * abelong , jangan makan makanan pengantin sudah ler *

Aku bernasib baik sebab aku bawak buku Fallen . Tup tup dah habis baca ! Betapa lamanya tunggu pengantin T_________T . Kakcik cakap , " Nasib baik you bawak buku . " lepas tu beliau ketawa .


My sisters-in-law . I love them . Kakcik and Kaklong . Sebenarnya kami bertiga sama-sama boring sebab tulah aku snap picture ni . Nasib baik ada respon yang baik dari kedua-dua kakak iparku di atas -.-" . Cantik , 'kan Kakcik berpurdah ? Huhu .


Last sekali pengantin pun sampai . Ouh , nasib baik perut Kak Asnie tak buncit lagi . Hihi ~ Aku dah agak dah sebelum ni , time kenduri sebelah perempuan mesti Kak Asnie dah pregnant . Whoa , betul pulak tiba-tiba ;ppp

And then aku snap laa beberapa gambar . Gambar Ummi dan Walid . Aku nak jugak ambik gambar sepupu-sepapa yang lain tapi memandangkan aku ni seorang yang pemalu , jadi tak ambiklah T___________T * dan aku sering dibebel kerana aku malu tak bertempat *


Ummi dan Walid kat meja makan pengantin . Sebenarnya Abang suruh aku makan sekali dekat situ , tetapi aku sedar siapa diri ini . Insan yang hine sajeee , jadi tak layaklah duduk semeja dengan pengantin xDDD

So , ada sesiapa yang nak kenal dengan pak sedara aku yang bongsu iaitu Pak Tam ? Hee ~ Beliau amat sporting dan beliau salah seorang sponsor untuk kelas aku . Hihi . Gambar kat bawah gambar Pak Tam dan isterinya , Mak Su .


And then semua sepupu dan saudara-mara semua dah nak balik . Lepas bersalam salaman , kami keluarga belah lelaki ni pun dipanggil untuk ambil gambar . Yang aku bengangnye , lepas semua orang dah balik baru nak suruh bergambar !

Yang ada cuma aku , Abelong , Abecik dan Abang serta isteri-isteri mereka . Ummi dan Walid . Aku ? Haha , aku seorang diri je tak ada pasangan xDDD . Dan korang rasa apa kena-mengena lagu Anakku Sazali dengan majlis kahwin ?


Pada 9 Oktober 2010 , kelas 2 Ibnu Qudamah telah mengadakan jamuan akhir tahun bagi tahun 2010 . Mestilah , takkan jamuan akhir tahun bagi tahu 2009 kot ? =.=" Mereka yang tidak hadir ialah Faisal , Fathullah , Fadlan dan Farid . Ya , tepat sekali . Semuanya huruf 'F' . T______T


Dari kiri barisan belakang : Sofiah ( penolong ) , Aimi , Sakinah , Sarah , Auni , 'Ainul , Alya , Syazwani .

Dari kiri barisan tengah : Fifiey , Aina , Ain , Sabrina , Farishatul , Syafiqah , Nadhirah , Zahra , Afiqah , Ariff Luqman ( sesat ke sorang ni =.=" )

Dari kiri barisan hadapan : Anwar ( ketua ) , Syaukani , Zulfadhli , Amir Arif , Ustaz Che Ku Mah Hussain , Amir Khair , Abdul Rahman , Adam dan Amirul Amir


Ini gambar masa hari Isnin * sebelum hari majlis * , tengah bincang pasal jamuanlah . Dan aku tak tahu kenapa Aina dan Sarah agak excited pada masa ini LOL . xDDD

Dan Sofiah pulak tengah buat apa aku tak tahu . Maybe tengah buat kertas untuk tulis nombor cabutan bertuah dan nama untuk pertukaran hadiah . Bersama Sarah dan Aina .

Actually Piah buat peace masa aku nak ambik gambar , and then aku cakap , " Berlakon gop sket ! " Dan Sofiah pun berlakonlah tengah lurut-lurutkan kertas xDDD


And then masa nak balik dari Bilik Seni tu , ada drama sebentar . Jom layannn . Pelakon utama : Sofiah dan Alya . Motif ? Unknown . =.="


HARI JAMUAN

Time semua dah datang , kami semua pun letaklah hadiah untuk pertukaran hadiah atas meja . Sarah pun tulislah nama samaran masing-masing atas kertas kecik supaya nanti orang boleh cabut =.="


First sekali acara cabutan bertuah . Nombor dicabut oleh Anwar , ketua kelas .  Dan tetiba aku bertuah ! xDDD Sebab selama ni aku tak pernah pun bertuah T___________T

Aku taklah surprised sangat sebenarnya sebab hadiah semua aku dah tahu apa benda isinya sebab aku yang beli xDDD dan kami berempat ( Ain , Alya , Sofiah dan Aku ) memang awal-awal dah teringin nak hadiah yang paling mahal .


Last sekali Alya yang dapat ! Oh geram akuuuu .... ! Aku nak jugak . Aku dapat color pencil dan pemadam dan pensel mekanikal jer . Tapi takpelah , at least aku bertuah T___________T

Macam-macam makanan yang diorang bawak . Aku , sekali lagi Ummi aku buat nasi goreng untuk sekelas . Huhu ~ Aku tolong potong bawang putih jee . Gila pemalas kann ? Hahaha . Biasalah tu =.="


Kek coklat tu memang sedap kaw kaw aku cakap ! Zahra buat sendiri tauuu ! Zahra Zahra , lain kali bawak lagi . Hari tu Zahra pernah bawak kek tu ke sekolah .

Aku pun , " Zahra ! Saye nak lima ! " dan Zahra pun balas , " Okay , ambik jelah . " Gila baik budak tu kann ? Dan aku , dah Zahra cakap macam tu , ambiklah lima . Rezeki jangan ditolak xDDD


Hmm . Ramai jugak yang bawak kamera . Korang nak tahu mana satu kamera aku ? Ops , tak ada kat situ sebab digunakan untuk snap picture nilahhh . Haish ~~

Boleh dikatakan semua orang agak happylah time tu . Tak pernah aku tengok diorang sehappy itu ='') . Kalaulah boleh kami sama-sama lagi tahun depan , altogether . Dalam kelas yang sama . * kenapa mood sedih tiba-tiba ni ? *


Lepas tu , setiap seorang mesti guna satu gelas je . Tapi aku tak tauu macam mana boleh ada tiga gelas atas meja aku . Haha , aku pun minum jelah ketiga-tiga gelas tu sampai kena marah dengan Piah sebab guna lebih dari satu gelas . Sorry Yah xDDD


Okay nama dah tukarr . Tak letak Merlin lagi dahh . Letak something more meaningful to me . Ingat nak letak GCPS ( Grigori , Cullen , Price , Swan ) tapi tak terfikir masa tu . Yang ada dalam kepala otak memang Daniel G dan Lucinda P je .

Aktiviti selepas jamuan ialah main kotak beracun . So , semasa jamuan Wani dan Kinah pun tulislah apa yang nak dikenakan kepada kami semua . Sempatlah aku snap picture kat bawah ni .


Korang tahu tak berapa ramai yang dah cuba ambik gambar Wani tapi tak berjaya ?! Aku seorang je tauu sebab aku letak kamera aku atas meja dan klik SNAP . Then , nampaklah muka Wani . Actually , aku dah ada gambar Wani sebelum ni , cuma tak nak letak kat sini jer .

'Ainul pun adalah jugak komplot sikit-sikit dengan kotak beracun tu . Aku nak tengok diorang tak kasi , lepas tu konon-kononlah merajuk . Tapi seperti biasa rajuk sekejap je sebab takda orang pujuk . NGAHAHA

Lepas lama sikit tu , ada ORANG CUBA BUAT LAWAK BODOH TERLAMPAUU . Iaitu hadiah pertukaran hadiah yang aku consider agak bengonglah . Nak buat lawak tak jadi . What the fish betul .


Korang bayanglah , apabila korang bukak kotak hadiah , ada serpihan bata dan sebiji batu kecil dan RM2 ? Dia ingat kelakarlah bagi hadiah macam tu . Hell no ! Eii , aku rasa macam nak baling batu tu dekat tuan kasi hadiah ~ ! Nasib baik bukan aku penerima hadiah ni .

Hadiah yang aku dapat adalah dari Syafiqah . Berupa gelang dua utas ( yang berwarna hijau which makes everyone was jealous of me for a while ) . Cantik gelang tu ! Dan dua kerongsang berwarna hijau . Dah , memang kelas hijau hadiah kena hijau ke ? Haish ~ Taksub !


Thanks Syafiqah for the present . Walaupun gelang tu agak tak muat dengan saye , tapi takpelah , redha jelah . Buat kenang-kenangan . Ayat Alya , " Wi ke adik enta jelah . " kalau orang lelaki yang dapat hadiah tu xDDD

And then ada acara kejutan sikit . Idea aku kot . Kiteorang beli hadiah untuk penolong dan ketua kelas , Sofiah dan Anwar . Dahlah masa pergi beli hadiah tu Sofiah ada sekali . At the time Sofiah nampak aku beli wrapper warna hijau nak balut hadiah tu , dia membebel ;

" Fiey ! Kan kene balut hadiah pertukaran hadiah dengan suratkhabar ! "
" Tak , balut dulu dengan wrapper baru balut dengan suratkhabat ! "
" Ohhh . "

Hihi ! Dan time Sofiah bukak hadiah tu , aku pun ambik gambar dia sebanyak mungkin . Aku pun cakap dengan orang sekeliling Sofiah , " Yang duduk berdekatan tu , tolong ke tepi sikit . Nak ambik gambar Piah je ni . " Dan orang pun gelak =.=" tak pergi tepi pun .


Aku snap hampir sepuluh pictures of this moment . Saja je buat Sofiah famous sikit walaupun hanya satu je aku letak kat blog aku nih ~ Hahaha . And aku tak tahu kenapa semua orang tengah gelak masa nih =.="

Lepas Sofiah bukak hadiah tu , kiteorang pun main kotak beracun . Aku selamba je , orang lain cepat-cepat hulur kotak kat orang sebelah . Aku biasa je , dengan tenang * dan perlahan * aku ambik kotak tu dan bagi kat orang sebelah .

Last sekali ada satu part tu , Didi yang duk sebelah kanan aku terus ambik lepas Aimi * yang duduk sebelah kiri aku * letak kotak depan aku . Aku masa tu tengah bersandar kat kerusi . Terkejut jugak bila Didi terus ambik je tanpa aku sentuh pun kotak tu xDDD * mmecok ke Diey ? *


And then aku tiba-tiba rasa blur dan mengantuk , aku pun jalan sorang-sorang dan pergi surau . Orang lain semua dalam kelas lagi . Memang , masa tu aku rasa nak be alone jer . So dengan langkah yang yakin dan pasti , aku pergi ke surau .

Fuhh ~ Nasib baik sempat keempat-empat rakaat dengan imam . Sebab biasanya kalau aku sampai imam dah habis solat . Kena cari imamah baru laaa . Biasanya start solat pukul 1:30 petang , tapi bila Zohor awal solat pukul 1 lebih-lebih sikit lah .

Dan lepas solat aku makan koktel dengan Aimi . Sedap sedap ! Dah dua mangkuk makan sebenarnya . Dan kedua-duanya kongsi dengan orang . Yang first dengan 'Ainul , second one dengan Aimi . Pantang aku larikan mangkuk tu sikit , Aimi akan berkata , " Fiey , saye nak makan jugakk . " dengan nada tak bersalah .


Penolong dan setiausaha kelas yang memang rapat . LOL Semenjak jadi penolong dan s/u ni , terlebih rapat pulak . Maklumlah , s/u memang kena tolong penolong =.=" kan kan kan ? * mengikut kata Piah sendiri *

At last , Sarah insisted nak susun meja . Dia suruh empat lima kalilah jugak , baru orang bergerak untuk susun meja . Kesian dekat Sarah , itu pun aku yang terlebih semangat masa kali keempat dia cakap . Bosan jugak dengar dia duduk membebel nak susun meja T___T

And then sekaligus susun meja dan kemas kelas . Seperti biasa air batu akan mencair dan menjadikan kelas agak banjir . Dan aku tak tahu apa guna suratkhabar yang diorang lapik bawah air batu tu =.="

Alya ajak aku basuh tong air dan pinggan kat toilet . Dahlah toilet jauh , kena turun setingkat sebab toilet tingkat aku berkunci . So , Alya pun angkut pinggan mangkuk , aku angkut tong air . Masa turun tangga tu aku tak henti usik a.k.a buli Alya . PADAN MUKAA !


At first Alya basuh pinggan . Dia suruh aku basuh tong air tapi aku tak nak sebab aku malas . So dia basuh pinggan dan merungut , " Fiey ! Awok ni pemalas lahh ! " dan aku gelak dengan kuat jugak laaa .

Then , aku teringat nak ambik kamera dalam kelas , so aku naik ke kelas dan ambik kamera . Sambil sambil tu ajak Aimi sekali ke toilet , sebab nak suruh dia tolong Alya . Hahaha . Gila pemalas dan kejam aku ni kan ?


Sesi membasuh pinggan mangkuk . Alya geram sebab kena basuh jugak sudu plastik tu , so dia membebel . " Buanglah sudu ni ! Tak payah basuh pun ! " dan aku buat derk je . Sama jugak dengan Aimi . Last sekali aku suruh Alya basuh tong air dan Aimi basuh pinggan dan sudu .

Actually aku saja je nak usik Alya tak nak tolong dia setelah dia begging suruh aku tolong . Lepas tu aku gelak sebab kelakar pulak tengok muka dia yang cemas minta pertolongan . HAHA . Akhirnya aku tolong jugak ... Kahkahkah . * baik jugak aku rupanya *

And then , Alya suruh aku angkat tong air yang penuh dengan air tu ! Gila BERAT macam tu suruh aku angkat ? Then aku membebel dengan penuh perasaan , " Eh beratlah awok tahu dok ?! Buang sikit air tuuuu ! "

Then Alya tetiba gelak tanpa sebab dan gelak jugaa =.=" . Aimi yang agak fed up * mungkin * pun minta diri naik ke kelas lepas habis basuh pinggan . Aku pun ikut Aimi je , dan Alya ikut belakang aku . Woot woot ~

Last sekali , nasi goreng yang lebih aku offer kat muslimin kelas aku . Mendapat sambutan hangatlah jugakk =.=" . Lepas tu baru offer dekat muslimat , yang bawak balik Syafiqah , Alya dan Aimi . Huuu ~ Walaupun ayam goreng takde , korang tetap buat balik . =') terharu beb .

Then kami semua pun balik ke rumah masing-masing . Thanks to semua yang membantu aku angkat barang especially Sofiah , Ain , Sabrina , 'Ainul , Alya , Syaukani , Amir Khair dan Anwar . Dan kepada mereka yang memberikan kerjasama yang mantop ! 2A2 rules :)

Aku rasa setakat tu je cerita aku untuk hari ni . Serious , setakat TU SAHAJA ? Panjang gedabak post ni tau takk . Aku rasa tak ada orang baca pun . Saja luah perasaan . Kehkeh . OKAY , TATA !!

Nigrish , kucing Kakcik dan Abecik .

Post a Comment